Orang kata cinta itu buta.Kadangkala cinta itu boleh menumbang ambingkan
hidup.Ada yang bahagia,ada yang derita.Tapi hidup ini kosong tanpa cinta.
Berhempas pulas aku huraikan tentang cinta pun,aku sendiri belum pernah
jatuh cinta dengan sebenar-benarnya.Walaupun usia dah meningkat ke 30
an,aku masih sendiri.Setiap kali aku
balik ke kampung,tiada isu lain yang mak bebelkan,kahwin,kahwin,kahwin.Bukanlah
niat aku mahu melawan mak,tapi hakikatnya jodohku belum tiba.Ayah hanya
menggelengkan kepala setiap kali mak membuka topik hangat itu.
Tapi betul jugak cakap mak,sampai bila aku nak begini.Rakan-rakan yang sebaya
denganku sudah beranak pinak,aku juga yang membujang.Adik aku yang lelaki pun
sudah mengikat tali pertunangan dengan pujaan hatinya.
“Hoi minah,kau ingat papa aku bayar gaji kau berangan aje ke kat office ni?”Sergah satu suara yang cukup
aku meluat abad ini.Syed Muzammil.Aku tak tahulah apa dosa aku sampai menjadi
pekerja kepada papa si Syed Muzammil a.k.a
Mr. Hyde.Kenapa aku panggil dia Mr Hyde?Ini semua kerana sikap dia dengan orang
lain tu,baik yang amat,dan entah mengapalah dengan aku saja dia kuat
berangin.Kata staf pejabat,mungkin wajah aku iras bekas buah hati dia sebab itu
dia dingin dengan aku,kata oranglah.Sejak dia menjadi pemangku kepada pengarah
urusan syarikat ini 2 bulan lalu,hidup aku memang porak peranda dibuatnya.
“Hoi..kau ni berangan apahal?Aku nak fail-fail invois syarikat
pembekal.Apalah malang nasib papa aku bergajikan kau sebagai pekerja.Makan gaji
buta!”
Ikutkan hati aku yang panas ni,mahu saja aku hempuk-hempuk kepala Mr. Hyde
yang tak ada insurans ni.Memang sengaja dia nak cari pasal dengan akulah.Sehari
tak buat aku panas hati ni,memang tak aman agaknya.
“Encik Syed Muzammil,ini fail yang encik nak.Ada apa lagi yang encik nak
saya lakukan?”Argh..betapa tidak ikhlasnya aku menuturkan kata.
“Aku nak kau letak atas meja aku tu.Tak ada maknanya kalau papa aku bayar
gaji kau tak boleh nak suruh lebih sikit.”Ujarnya lalu beredar dari meja aku.
“Kalau setakat nak suruh aku bagi fail ni.baik tak payah datang kat meja
aku,Guna interkom sudahlah.Itulah,belajar aje jauh tapi hampeh!”
*****
Kereta aku tiba-tiba mati di tengah jalan.Aduh!Lagi lima
belas minit aku dah lewat untuk masuk ke pejabat.Mahu cair tahi telinga aku
kena bebel dengan Mr Hyde tu.Ya Allah,tolonglah hamba-Mu ini.
Tiba-tiba Mazda RX8 hitam berhenti di sebelahku.Pastinya mamat berlagak
tak ingat dunia tu.Alamak,mahu kena bahan aku macam ni.
“Hah!Alasan nak masuk kerja lewat lah ni?Kau ni kan memang nak kena dengan
aku kan?”Ambik kau ayat penuh penghormatan.Aku pun tak tahu kenapa setiap kali
mulut puaka dia tu bersuara aku tak reti nak membalas.Mungkin status aku
sebagai seorang pekerja bawahan dia.
“Encik,kereta saya ni tiba-tiba rosak.Tak tahulah pulak kalau-kalau saya ni
suka pulak nak bazirkan duit rosakkan kereta ni then baiki.Itu memang kerja
bodohlah namanyakan?”Nah,aku pulangkan paku buah keras untuk kau!
Aku lihat dari jauh wajahnya yang cemberut.Rasakan kau!
“Dah lah,kau tinggalkan kereta buruk kau kat sini.Sini aku
tumpangkan!”Ujarnya setelah diam untuk seketika,sempat lagi dia mengutuk ya!
Tak menunggu lama aku terima saja pelawaannya.
“Tapi ingat..tak free tau kau tumpang aku ni..”Amboi,ada makna rupanya
pertolongan dia ni.Nasib..nasib..
Aku pantas mengambil tempat di sebelahnya setelah aku yakin tiada yang
berharga untuk aku tinggalkan di dalam keretaku.
Sepanjang perjalanan aku hanya diam.Hanya kedengaran MP3nya sahaja
memutarkan lagu yang entah apa-apa tu.
“Eh umur kau dah dekat 30 kan?Asal kau tak kahwin lagi?”Umpama dentuman
bom atom yang mampu mematikan seluruh urat nadiku.Mulut yang sememangnya tak
ada insuran.
“Dah tak ada jodoh lagi.Nak buat macam mana.”Aku cuba mengawal suaraku.
“Tak ada jodoh atau kau tu jual mahal.Tak pun,tak ada yang nak kan kau?”
Mahu saja aku sumbatkan mulutnya laser tu denga kasut tumit tinggi aku
yang satu inci ni.Hati mana yang tak berasap dengan ayat-ayat puaka yang tak
ada insuran tu.
“Yang encik kisahkan sangat saya tak kahwin tu kenapa?Encik pun setahu
saya dah nak masuk 32 kenapa tak berbini lagi.Encik pun tak laku jugak ke?”Nah
,ambik kau.Sabar aku pun ada tahap jugak tahu.Mak aku kat kampung pun tak ada
nak kutuk aku sebab tak kahwin.
“Aku lainlah.Lelaki.Tak ada due date.Kau tu perempuan,buatnya tak boleh
beranak.Siapa yang susah.Kesian laki kau tu kan?”
Ya Allah,kenapalah aku ni bendul sangat terima pelawaannya pagi ini.
“Encik,saya tak nampak sebarang masalah dengan status saya sekarang.Tapi
kalau saya boleh pilih kahwin ke bujang,lebih baik saya bujang macam ni dari dapat
lelaki mulut puaka macam encik ni.Terima kasih sebab tumpangkan saya pagi
ni.Kalau encik nak charge,nanti encik cakap berapa saya perlu
bayar.Assalamualaikum!”tukasku setelah kereta berhenti betul-betul dihadapan
pintu masuk Al-Hussien Holding.
Boleh gila aku kalau terus mendengar celoteh puaka Mr. Hyde ni.
***
Aku menongkat dagu merenung mejaku yang kosong.Terfikir juga kata-kata Mr.
Hyde tadi.Aku dah nak masuk 30,bila lagi waktu yang sesuai aku nak berumah
tangga.Kata-kata mak kali terakhir aku balik kampung terngiang-ngiang lagi.
“Irah,sampai bila Irah nak berjauh hati macam ni.Dah tak ada jodoh Irah
dengan Azman.Lagipun,dah beranak pinak si Azman tu.Takkannya dia nak balik ke
pangkuan kamu tu.”
Mudah untuk mak tuturkan tapi mak tak tahu apa yang aku lalui.
Azman,aku mengenalinya sejak menjejakkan kaki ke universiti.Kami tak
pernah bercinta,bukan kerana dia tidak meluahkan perasaannya pada aku,tapi aku
yang meminta untuk kami masing-masing menumpukan pada masa depan kami.Aku mahu
kami sama-sama berjaya meraih kejayaan.Sampai masanya,aku sendiri aku
memberikan jawapan terhadap lamaran hatinya.
Namun,kisah kami tidak lama,selepas dia melanjutkan pelajaran ke
Australia,aku dikejutkan dengan kepulangannya bersama isterinya.Hati mana yang
tidak hancur setelah aku mula membina impian untuk bersama akhirnya hancur
dimamah janji.
“Kau ni, tak sudahkan dengan berangan kau tu!Kerja pun mesti banyak yang
terbengkalai ni!”Dah agak dah ni mesti suara Mr. Hyde tu.
Aku mendongak menatap anak matanya.Memang dia nak aku main kasar jugak ke?
“Encik Syed Muzammil,FYI saya dah siapkan semua kerja saya.Sekarang
pun dah masuk waktu lunch.So..terpulanglah apa yang saya nak buat sekarang.Saya
tak fahamlah kenapa encik kisahkan sangat pasal saya.Orang lain buat kerja
salah pun encik tak adalah nak membebel macam burung kakak tua.Saya yang
tersalah letak fail pun encik dah mengamuk macam gorilla.Apa encik ingat encik
tu bagus sangatlah?Saya tak tahulah apa dosa masa silam saya dengan encik
sampaikan semua hal saya yang sebesar semut pun ada dalam pengetahuan
encik.Kalau macam nilah cara encik layan saya,mulai sekarang saya bukan lagi
warga Al –Hussien!Saya akan hantar notis 24 jam!”Aku capai tas tanganku lalu
beredar meninggalkan Mr. Hyde yang tergamam melihatku.
Rasakan kesabaran orang yang telah banyak bersabar.Apa dia fikir aku takut
sebab aku pekerja.Ini Nadhirah Binti Daud.
2 bulan aku berhempas –pulas menjaga reputasi aku sebaik mungkin
dengannya,akhirnya hari kesabaranku benar-benar teruji.Hati siapa yang tidak geram,setiap
kali aku baru hendak merehatkan diri dia muncul mengeluarkan ayat-ayat
puakanya.Bukan aku tidak pernah siapkan kerja,sebagai Penasihat kewangan,aku
rasa kerjaku sentiasa tiptop ketika papanya masih menjadi ketuaku.Munculnya si
Mr. Hyde mulut puaka tu,memang membuatkan hidupku umpama neraka dunia.
***
Hidup sebagai penanam anggur ini tidak mudah rupanya.Semua housemate ku
sudah ke tempat kerja.Tinggalah aku sendirian menatap skrin televisyen.Dua hari
aku asyik makan tidur.Mahu bertambah berat badanku macam ni.Pada keluarga
dikampung belum aku khabarkan berita perletakan jawatanku.Tak mahulah aku
menyerabutkan fikiran mereka dengan masalahku.
Sedang aku menonton siaran ulang Nora Elena di TV3,kedengaran beberapa
kali hon dibunyikan.Siapa pula yang pulang.Mungkinkah Syauqina,dia tu pelupa
sikit.Bergegas aku bangun untuk bukakan pintu.Tidak pula aku capai
tudung,maklumlah housemate akukan?
Jatuh rahangku apabila Mazda RX8 yang tersadai di depan rumah
sewaku.Pantas aku tutup pintu.Kelam kabut aku mencari tudung yang tersangkut di
belakang pintu.Apalah yang belum Mr. Hyde ni puas hati lagi.
“Hah!Apa yang encik nak sampai datang ke rumah buruk saya ni?Tak ada orang
yang nak dikutuk ke?”ujarku setelah menghampirinya yang sedang bersandar pada
kereta mahalnya tu.
Aku silangkan tangan memeluk tubuh.Biar dia tahu yang dia tu tetamu yang
tak diundang.
“Awak ni memang sure nak berhenti kerja ke?”Soalnya dengan muka serius.
Aku ketawa sinis.
“Yes!I do.Kenapa?”Selaku.
“Are you sure?Sekarang susah nak dapat kerja.Saya belum approve lagi surat
perletakan jawatan awak tu...”Air mukanya jelas memujuk dan merayu.
Ah!Kalau setakat aku kerja balik lepas tu hari-hari menggorila dengan aku
memang taklah jawabnya Mr. Hyde!
“Sudahlah encik.Tak perlu pujuk-pujuk saya pula.Lagipun kat office
tu,berangan aje kerja saya.Menyusahkan encik.So rasanya encik dah boleh buat
kenduri 40 hari 40 malam meraikan ketiadaan sayakan?”Aku membalas tanpa rasa
takut lagi.
Biar dia rasakan,selama ini aku sudah cukup bersabar dengan kerenahnya
yang selalu sangat naik angin denganku.
“Nadhirah,saya tanya sekali lagi.Awak tak nak saya reject perletakkan
jawatan awak tu ke?”
Aku pandang dia atas bawah.Satu senyuman sinis aku hadiahkan untuk dia.
“FYI Encik Syed Muzammil bin Syed Mokhtar,luas langit dan bumi Allah
ni.Sedangkan ulat dalam batu pun boleh cari makan,inikan pulak saya yang ada
kudrat ni.Lagi pulak,tak sanggup rasanya kalau saya terus kerja kat situ.Takut
pulak syarikat tu terkena badi andartu macam saya ni...”Aku hamburkan kemarahan
aku sesinis mungkin.Biar dia tahu betapa aku meluat tahap cipanzi pada dia.
“Nadhirah..”
“Dah Encik sila berambus dari rumah saya sekarang jugak,sebelum saya jerit
yang bukan-bukan nanti.Saya ni belum ada calon nak kahwin,jangan sampai Encik
pulak yang jadi mangsa saya.”Aku cantas kata-katanya seraya kakiku pantas
mengatur langkah ke dalam rumah.Biar dia tahu yang aku benar-benar meluat dan
sakit hati dengannya.
Salah ke kalau aku tak kahwin lagi.Kadangakala sakit pulak hati aku setiap
kali membincangkan soal kahwin.Apa semua masalah boleh selesai dengan kahwin
ke?Kalau tak kahwin maknanya tak lakulah.Fikiran masyarakat melayu yang
tipikal.
Bagi aku kahwin adalah penyatuan dua hati yang saling sanggup bersusah
payah demi satu sama lain.Bukan tu saja,aset-aset lain seperti harta,kerjaya,semua
itu satu bonus untuk satu hubungan yang mencipta perkembangan manusia.Maksud
aku dari segi kewangan dan nilai diri seseorang tu.
Takkanlah nak kahwin tapi,habuk langusng tak ada,meletakkan semua
tanggungjawab diatas bahu seorang suami.Itu kalau suami tu baik,dibuatnya
hampeh..makan pasir jelah kau anak beranak.
Jadi,bagi aku nak kahwin memerlukan buah keputusan yang benar-benar
tepat.Bukan main sambar saja apa yang ada depan mata.Selagi ada
pilihan,pilihlah!
***
Panggilan telefon dari mak sebentar tadi sedikit sebanyak mengganggu gugat
ketenangan perasaan aku.Ada risikan dari seseorang yang berhajatkan aku sebagai
teman hidup.Mak mengharapkan aku terima,tapi aku..
Entahlah,kata mak,baik budaknya.Bahkan dia sendiri yang bertemu muka
dengan mak meminta izin untuk memperisterikan aku.Kata mak aku rugilah kalau
menolak.
Alaa mak tidak habis-habis dengan ayat ruginya kalau menolak.Mak tak
tahukah yang hati anak mak ni belum terbuka untuk berumah tangga walaupun umur
dah meningkat.Jujur aku katakan,bukanlah aku masih mengenang kisah ku dengan
Azman dulu yang membuatkan aku tutup seketika kisah cintaku,tapi aku mahu
mencipta diri sendiri.Tambahan pula,belum pernah ada cinta dari lelaki yang
singgah dihati aku yang selama ini sepi.
“Mak ni bukan apa Irah.Kamu tu anak mak,Mak mahu yang terbaik untuk
kamu.Mak yakin kali ni,Irah pasti suka kalau tengok tuannya.”
Tidak habis-habis dengan ayat provok tu.
Masuk hari ni,genap sebulan aku berhenti kerja.Ada dalam empat ke lima
temuduga aku pergi.Tapi semuanya belum ada jawapan.Haishhh..mahu kopak aku
kalau terus macam ni.Duit simpanan makin berkurang,Mana taknya,sewa rumah,bayar
kereta,duit elaun untuk si Nazdrin yang sedang belajar di
UiTM.Aduh...kusut-kusut.
Dalam aku melayan perasaan,telefonku berdering.Tanpa melihat nama
pemanggil pantas aku jawab.
“Helo..”Sapaku.
“Helo...Nadhirah please...tolong saya..saya
tengah...arghhh...tolong...datang ke rumah saya.Papa dengan Bonda saya tak
ada.Pleasee..saya sorang-sorang ni..tolonggg...”Panggilan dimatikan.
Jantung aku berdegup kencang mendengar suara penuh rayuan meminta simpati
aku menolongnya.Aku cam suara tu.Suara Syed Muzammil.Ya Allah,perlukah aku
membantunya.
Dari suaranya benar-benar mengharapkan bantuan aku.
Bagaimana kalau dia cuba nak perangkap aku?Tapi kalau betul dia dalam
kesusahan dan..kalau jadi apa-apa pada dia,menyesal pulak aku nanti.
Aku toleh jam di dinding,tepat pukul 8.45 malam.Rakan rumah sewaku belum
ada yang pulang.Bergegas aku ke kereta.Lagi pula,jalan ke rumah banglo Tuan
Syed Mokhtar masih aku ingat kerena setiap tahun,Tuan Syed Mokhtar akan
menyambut ulangtahun perkahwinannya dirumah dan menjemput semua warga
Al-Hussien.
Hampir 45 minit memandu aku sampai di perkarangan rumah banglo Tuan Syed
Muzammil.Gelap sahaja ruang halaman rumahnya.Takut pula aku untuk masuk.Namun
mengenangkan Si Mr. Hyde yang mungkin dalam kesusahan aku beranikan
diri.Ish...tiada orang lainkah dalam rumah ni?Aku ni perempuan,dia tu
lelaki..mahu kena tangkap basah macam ni.Dalam pada berkira sendirian kaki aku
menapak laju masuk ke dalam rumah yang..tak berkunci?
Dalam gelap aku teraba-raba bertemankan cahaya lampu telefon bimbitku.
“Encik Muzammil!Encik Muzammil!!!...”Laungku.
Tiba-tiba hidungku ditutup dengan kain dan untuk seketika nafasku tersekat
dan pandanganku yang sedia kelam,makin kelam dan......
***
Kepalaku terasa berat.Tubuhku terasa sedikit dingin.Aku cuba mencelikkan
mata yang terasa berat lagi.Pandanganku terasa asing.Ini bukan bilik
tidurku.Bilik aku tidak seluas ini,dan tidak se...
Arghh!!.Aku cuba mencerna kembali apa yang telah berlaku.Aku cuba duduk
tapi mengapa aku terasa lain macam dengan tubuhku.Mengapa aku tidak berpakaian
dan hanya berselimut tebal.
Ya Allah!!Apa yang telah terjadi dengan aku?
“Hah..dah bangun pun...lena betul kau tidur ya...”Aku menoleh kepada susuk
tubuh yang datang entah dari mana.
Ya Allah,macam mana aku terperangkap begini.Adakah aku sudah
dinodai?Apakah mahkota yang aku jaga selama ini telah rosak?Dan..adakah si
jahanam ini pelakunya?
“Setan kau!Apa yang kau tak puas hati dengan aku hah?Kenapa kau buat aku
macam?Aku benci kau setan!!!!”Aku bagai hilang akal.Tubuh aku balut dengan
selimut.Mata aku sempat menangkap pakai yang aku pakai semalam tersadai di
lantai.Termasuklah pakaian peribadiku.Sial!!!!!
Lelaki durjana ini hanya ketawa.Tidak terlukis riak bersalah atau menyesal
dengan apa yang telah dilakukannya.
“Kau menjerit ni apa hal hah?Kau ingat suara kau tu sedap sangat ke
hah?Tapi...layanan kau semalam memang hebat!!”Dia pamerkan lirikan yang
menggoda,tapi bagiku lirikan penuh dendam kesumat.Tak guna punya jantan.
Tiba-tiba air mataku mengalir laju.Aku teringat wajah mak,ayah dan
adik-adikku.Berkali-kali mak berpesan,jaga diri,jaga diri..tapi..aku terkandas
dikaki manusia bertopengkan syaitan ni.
“Okeylah..apa kata kau pakai baju-baju kau ni..aku tunggu kau kat
luar..ke...kau nak aku tolong pakaikan?”Dia beri senyuman yang bagiku cukup
menyusuk hati aku.
“Apa kau dah buat pada aku setan!!!”Aku pukul bahunya dengan kudrat
perempuan aku yang tidak seberapa ini.Dia mencapai kedua tanganku.
“Rileks laaa Nadhirah...rileks..bukan aku yang paksa kau.Kau sendiri yang
datang kesinikan?So...kau tak payahlah nak tunjuk rasa menyesal dengan
aku..lagipun..kita sama-sama relakan semalam.”Setiap bicaranya makin
menyuburkan benih benci dihati aku.
“Rela kepala otak kau!Mentang-mentang kau anak orang kaya,kau suka-suka
hati pijak kepala orang susah macam aku ni.Kau fikir aku hadap sangat dengan
kau tu.Kalau kau tak perangkap aku tak ada maknanya aku nak datang sini.Kau
memang jantan tak guna!Jantan sial!!!!Aku benci kau..Aku benci kau!!!”Tidak aku
pedulikan lagi keadaan aku yang serabai.Aku sudah kelihatan seperti orang
hilang akal.Yang pastinya aku benci Syed Muzammil dihadapanku ini.
“Kenapa kau buat aku macam ni hah?Apa dosa aku pada kau jantan!!!Kau cakap
dengan aku!!!”Aku menjerit lagi.Air mata yang berjuraian tidak aku kisahkan.
Dia ketawa lagi.Dan ketawanya membuatkan aku makin sakit hati.Ya
Allah...aku telah dinodai,dan maruah aku diragut oleh jantan keparat ini.Betapa
aku benci kepadanya!
Aku tersepuk di lantai setelah penat aku memukul-mukulnya.
“Macam nilah Nad...kau pun dah kena tebuk dengan aku.Lagi pulak..masa aku
sentuh tubuh kau yang...perghhh ni..kau masih suci..jadi,apa kata kita
kahwin?”Bibirnya tersenyum sumbing.
Kahwin?Aku kahwin dengan lelaki jahanam ni?Lagi jahanamlah hidup aku
agaknya.
“Untuk apa aku kahwin dengan kau jahanam?Untuk kau jadikan hamba nafsu
syahwat kau tu?Pergi mampus sajalah.Tak ingin aku berlakikan lelaki macam kau.”
Dia ketawa lagi.Kali ini lebih kuat dari sebelumnya.
“Nad..Nad..yang kau ni jual mahal sangat kenapa?Sepatutnya kau kena
bersyukur tau aku nak bertanggungjawab.Kau tak takut ke kalau-kalau apa yang
kita buat semalam tu menjadi benih dalam perut kau.Tak ke orang pelik kau
mengandung tanpa suami?Aku ni tak naklah
kau gugurkan anak yang aku bagi tu...dah cukuplah kita buat dosa
semalam,jangan kau tambah dengan gugurkan dia pulak nanti.”Lancarnya bibir
lelaki ini berkata.Tahu pulak dia tentang dosa dan pahala.
Mengandung?Ya,aku mungkin saja hamil nanti.Dan,mak dengan ayahlah insan
yang paling kecewa denganku nanti.Patutlah aku tidak mahu kahwin-kahwin
rupa-rupanya sibuk menggadai tubuh kepada jantan lain.Ya Allah....bantulah aku
Ya Allah..
“Kau jangan risau Nad..aku takkan bocorkan hal ni kepada sesiapa..tapi
kalau kau kahwin dengan aku la..tapi kalau kau tak nak...apa aku boleh
buat..kau tunggu ajelah perut kau tu memboyot.Lepas tu bila kau dah bersalin
kau bagi kat aku.Aku nak buat anak angkat.Yelah aku pun ada saham jugak nak buat
dia kan.”
Ya Allah,jauh sungguh dia menyimpang sehingga ke anak jadinya.Tidakkah dia
terfikir untuk menyelesaikan situasi kami sekarang.
Air mata aku mengalir lagi.Dengan perlahan aku mengatur langkah menuju ke
luar rumah.Aku pilu sendiri.Semudah ini aku letakkan harga diriku.Serendah ini
martabatku sebagai perempuan dimata Syed Muzammil.Ya Allah,betapa aku leka
dengan permainan dia.
Aku hidupkan enjin kereta dan dengan penuh hiba aku pulang ke
rumah,manakala si keparat itu dengan senyuman kemenangan menghantar
kepulanganku.
Ya Allah,berat ujian-Mu Ya allah.Risikan mak,tragedi malam tadi yang
mengubah hidupku 360 darjah impaknya.Sungguh aku lelah...
***
Nad, I’m still waiting with my offer to be
your hubby..
Xkan nak biar anak awk xada ayh...
Betapa aku jijik dengan mesej yang dihantarnya.Saban hari dia akan
menghantar mesej kepadaku.Paling tidak panggilan di tengah malam yang
menjadikan aku ngeri setiap malam.Rakan-rakan rumah sewaku turut perasan akan
perubahan yang berlaku padaku.
Kadangkalau aku termenung,monyok,dan kadangkala aku jadi tidak keruan kata
mereka.
Sungguh fikiranku kusut.Kusut dengan apa yang melanda diriku.Apa yang
harus aku lakukan.
Telefon berdering lagi.dan tidak lain tidak bukan,pasti si jantan jahanam
itu.
“Kau nak apa lagi telefon aku malam-malam buta ni hah ?Tak puas lagi ke
kau buat hidup aku huru-hara?”
Dia ketawa dihujung talian.
“Nad..Nad...aku rindu nak dengar kau menjeritlah...akhrinya lepas jugak
rindu aku kan..Iyalah..nak ajak kau bermalam kat katil aku..mesti kau tak
nak..rindu pulak rasanya nak rasa tubuh kau yang..ummphh tu kan...”Ya
Allah,mahu saja aku tuang lava ke dalam kerongkong lelaki jahanam ni.
“Kalau setakat call aku nak beritahu offer bodoh kau tu,lupakan ajelah.Tak
hadap aku nak berlakikan kau!”
“Nad..Nad...kau jangan sampai mak ayah kau kat kampung tengok
gambar-gambar hot kita malam tu..rasanya..mahu tercabut jantung orang tua kau
kat kampung tu tengok aksi ghairah kau kan...”Ujarnya dalam ketawa
terbahak-bahak.
Terasa sesak nafasku untuk seketika mendengar celoteh puaka dari Syed
Muzammil.Aku mati kata.
“Aku ni tak suka main kasar Nad,tapi kau yang mencabar aku.Aku tak nak
kalau-kalau kau hamil dan kandungkan anak aku..tapi statusnya anak luar
nikah..so..kau kahwin aje dengan aku sampai kau disahkan mengandung.Bila kau
dah beranak nanti pandailah aku uruskan...”Belum habis lagi tawarannya.
“Kau..!!!Arghhh..memang tak guna!”Jeritku.Biar terkeluar tahi telinganya.
“Okeylah sayang...you pergi tidur dulu ya..tak baik ibu mengandung tidur
lewat-lewat.”Usiknya seraya mematikan talian.
Huh!Aku belum disahkan mengandung lagilah jahanam...Tapi bagaimana kalau
gambar yang dikatakannya sampai ke pengetahuan keluarga di kampung?Mahu mati
terkejut mak aku dibuatnya.
Ya Allah...tunjukkan aku jalan yang terang yaAllah...berilah aku kemudahan
ke jalan yang lurus..
***
Aku lihat wajah mak yang terpamer rasa bahagia.Aku selamat ditunangkan
dengan jantan lahabau tu.Betapa aku sakit hati dengan senyuman dan layanannya
terhadap kedua orang tuaku.Yang membuatkan aku pelik,reaksi kedua ibubapa Syed
Muzammil yang bagaikan tidak mengesyaki sebarang keanehan terhadap aku dan Syed
Muzammil yang tiba-tiba hendak berkahwin.Sudahnya secepat mungkin kami nak
disatukan.Riaknya seakan kami ini sudah lama merancang untuk
bersama.Ah,persetankan itu semua.Yang pastinya cepatlah sumpahan ini
berlalu.Tidak sanggup lagi untuk aku berterusan menipu kedua orang tuaku yang
aku sudah tidak gadis lagi,dan jantan keparat inilah puncanya.
“Lagi sebulan kita
kahwin..wow...tak sangka kan..kau dah jadi tunang aku..”Sinis senyuman yang
terlakar di bibir Syed Muzammil membuatkan aku seakan terhiris.
Sungguh aku tak rela menjadi tunangannya.Aku benci.
“What everlah.Yang pastinya lepas kahwin 2 atau 3 bulan aku akan buat
check up pastikan aku mengandung atau tak,then kita cerai!”Aku hadiahkan
jelingan tajam.Padan muka.
“Kau ni..rileks laa...kita kahwin pun belum dah cakap pasal
cerai...rileks..”Dia ketawa lagi.
“Kau nak aku rilekss...Huh!Kau tahu tak yang aku benci sangat dengan
kau.Benci sangat-sangat!!Kau paham!”Tekanku.
“Sekarang kau bencilah..tapi kau jangan berlagak sangat.Kata orang..benci
tu lama-lama jadi suka.Baru kau tau...”Dia tersengih lagi.
“Arghh..layan kau menyakitkan hati.Kau apahal nak jumpa-jumpa bagai
ni?”Soalku.
Entah apa mimpinya hendak bertemu denganku lewat tengah hari ini.
“Nad...apa kata kau sopan sikit.Cubalah kau panggil aku dengan panggilan yang terhormat
sikit.Ini tak ,aku kau...dah macam orang asing tau.Kau tu dah la tunang
aku.Patutnya panggillah dengan panggilan yang lemah lembut sikit.”Selanya
membuatkan aku makin terasa hendak menelannya.
“Kau ingat aku suka sangat jadi tunang kau.Kalau tak kerana kau perangkap
aku malam tu,tak adanya kau jadi tunang aku.Menyesal aku pergi rumah kau malam
tu.Kalau tak ,tak adanya aku nak jadi tunang kau.”
“Nad..Nad..garang jugak kau ni kan?”
“Dah,aku tak ada masa nak berbual dengan kau.Kau nak apa jumpa aku kat
tengah-tengah shopping kompleks ni?”
“Kitakan nak kahwin.Bak kata orang...kahwin tu kalau boleh nak sekali
ajekan..So aku nak buatlah grand-grand.Lagi pulak akukan anak sulung yang nak
kahwin.Bonda aku nak buat besar-besaran.Aku dah daftarkan nama kita untuk
kursus kahwin.Esok dah boleh pergi.Lain-lain Bonda aku dah uruskan.Jadi
sekarang jom kita pergi try baju pengantin.”Ajaknya.
“Apa kejadahnya aku nak besar-besaran bagai.Akad nikah sudahlah.Buat yang
wajib aje.Lagipun aku rasa kita kahwin tak lama.Membazir aje.”
Aku jeling kearahnya.
“Wow..kak Nad kalau boleh jeling memang menusuk ke jantung.”Sapa satu
suara.Aku kerutkan kening.Siapa pula gadis manis dihadapanku ini.
Aku pandang Syed Muzammil.Dia tersenyum manis,tapi tidak sedikit pun
singgah ke hati aku.
“The one and only my sweet sister.Syarifah Munirah.Last week dia tak ada
masa kita bertunang.Baru balik semalam dari Auckland.”Terang Syed Muzammil
tanpa aku pinta.
Dengan sekelip mata,aku berada dalam dakapan Syarifah Munirah.Aku maniskan
muka.Hipokritnya aku!
“Jomlah kak,Bonda dah tunggu kat butik sana.”Aku akur menurut langkah
mereka dua beradik.
Aku pelik bin sangat pelik.Sikap Syed Muzammil dengan kaum kerabatnya
langsung tidak menampakkan betapa setannya dia.Ah..aku sudah tidak pasti berapa
pikul dosa telah aku lakukan dengan mengutuk dan memaki hamun lelaki yang bakal
menjadi suami aku nanti.Arghhhh!!!Stress aku macam ni.Streesss!!!!
***
“Kak Nad dah lama ke bercinta dengan abang?”Soal Syarifah Munirah ketika
kami sama-sama menjamu selera setelah berjam-jam di butik pengantin tadi.
Aku kerling Syed Muzammil di sebelahku.Dia hanya meneruskan suapannya
tanpa menghiraukan aku yang terkial-kial mencari jawapan kepada soalan adiknya.
“Err...tak adalah lama sangat.Tapi cukuplah sekadar untuk kenal hati budi
masing-masing.”Main hentam keromo jawapan aku.
Aku perasan senyuman sinis di bibir Syed Muzammil.Lahabau punya jantan,kau
kenakan aku!Jaga kau.
“Owh...tapi apa pun Muni harap kak Nad tak kecewakan abang macam bekas
kekasih dia dulu.Kesian abang Muni.Punyalah lama bercinta,alih-alih dia
tinggalkan abang macam tu aje.”Tokok Syarifah Munirah.
‘Patutlah balas dendam sakan.Rupanya dah pernah kecewa.Padanlah,mulut macam
puaka,perangai macam setan!’Desis hati aku.
“Muni..kadang-kadang dalam bercinta ni..kita kena ada sifat redha
jugak.Bukan semua yang kita sayang mampu jadi milik kita.”Ulasku.Jujur dari
hati aku.
Syed Muzammil merenung aku.Ah!Aku benci.Semua yang berkaitan dengannya aku
benci!
“Amboi kak Nad ni..macam doktor cinta pulak.Kak Nad pernah bercinta ke
sebelum jumpa abang?”Soal Syarifah Munirah lagi.
Ah...memang nak suruh aku buka kitab cinta tak jadi aku tu
ke?Alaahai...tapi okey what...sesekali aku boleh sakitkan hati mamat tu.Biar
dia sedar yang aku tak harapkan dia pun..
“Nak cakap bercinta tu,tak adalah sangat...Cuma sekadar masing-masing
berjanji untuk bersama.Tapi jodoh tu kan di tangan Tuhan.Jauh mana kita
merancang,jauh lagi takdir Tuhan untuk kita.”Aku teruskan suapanku.
Kali ini syed Muzammil menatap anak mataku.Betul-betul boleh tembus kornea
mata ni.
“Yang kau ni apahal asyik nak terkeluar biji mata tu tengok aku.Apa dah
rasa nak tukar mata baru ke?”Serangku apabila Syarifah Munirah berlalu untuk
mencuci tangan.
“Suka hati akulah nak buat apa pun.Mata aku.Lantaklah aku nak tengok
hidung kau ke,mata kau ke..kan ke aku bakal tengok semua tu nanti.”Hah
sudah!Dia mula buat ayat puaka 18SX pulak.
Akhirnya aku diam sampai ke sudah.Malas aku mahu berperang mulut dengan
Mr. Hyde yang tak makan saman tu.
Petang itu aku dihantar pulang ke rumah oleh dia.Keretaku sesuka hatinya
sahaja diberikan kepada adiknya yang baru aku kenal beberapa jam lalu.Kalau
jadi apa-apa pada kereta aku tu siap kau Mr. Hyde!
***
Aku duduk termenung merenung jemari aku yang dah tertempek dengan inai.Ini
semua gara-gara mak yang beria-ia hendakkan aku memakai inai.Maklumlah akukan
anak sulung.Perempuan pulak tu.Ikut ajelah mana yang baik.
Sesekali sebak pula bertandang di dadaku.Kesian mak dengan ayah,bertungkus
lumus nak meraikan perkahwinan aku sedangkan aku sekadar meminta mereka
mengadakan majlis akad nikah sahaja.Bukan aku tidak mahu mengabadikan
detik-detik bersejarah ini,tapi untuk apa aku beria-ia berbesar-besaran
sedangkan hakikatnya perkahwinan ini sekadar untuk menutup onar yang berlaku
antara aku dan lelaki jahanam itu.
Ikutkan hati,tak ingin aku berlakikan dia.Rela aku sendirian,tapi
mengenangkan ugutannya untuk menunjukkan gambar-gambar panas aku yang tak
pernah pun aku lihat,aku paksakan hati menerima semua ini.
Aneh pula aku rasakan.Kalau orang lain,terhegeh-hegeh nak si lelaki
pengkhianat tu kahwin,yang aku ni tak hendak pulak.Siap di ugut pulak baru nak
kahwin.Ah!Lantaklah.Yang pastinya,bila aku dah sure mengandung ke,tak
mengandung ke,cukup 3 bulan aku nak mintak cerai.Cerai!!
***
“Kau ni tak reti pakai seksi-seksi ke?”Apa kes pulak Mr. Hyde ni.Memang
nak kena lempang dengan aku ni.
“Apa hal pulak aku nak kena pakai seksi-seksi?”
“Kau ni..inikan malam pertama kita walaupun dah tak sesuai nak sebut malam
pertama.Kau ni,cubalah buat aku selera sikit.Ini dengan kain batiknya,t-shirt
pulau pangkor yang 3 sepuluh hingget tu.Hai..hilang selera aku tau.”
Amboi,mulut puaka ni memang nak kena maki dengan aku ni.
“Tak ada makna nak malam pertama dengan kau!Tak hingin aku!”Aku jegilkan
mata.Sungguh-sungguh aku bencikan dia.Mahu saja aku carikkan wajahnya yang
kacak tu,errr..kacak jugaklah..biar hodoh.Arghh!!!!
“Kau tak hingin ya.Sekarang memanglah kau benci aku,sebab aku ada depan
mata kau.Kau tunggulah bila aku dah tak ada.Entah –entah baru hilang berapa
saat kau dah rindu.Masa tu baru kau tau.”
Aku palingkan muka jauh-jauh.Aku capai narita yang terletak di atas almari lalu
aku bentangkan di lantai.Aku rebahkan tubuh.Pedulikan dia.Tubuhku
letih.Seharian melayan kaum kerabat tetamu yang berkunjung.
“Yang kau berbaring kat lantai tu apsal.Marilah temankan suami kau
ni.Lagipun kita dah halal tau.Kau tak payah risau.Lebih dari malam tu pun kita
boleh buat”Dia ketawa terbahak-bahak.
Sial punya jantan.
“Dah lah,malas aku layan kau yang tak betul tu.”Aku pejamkan mata
rapat-rapat.
“Tidurlah sayang...tak apa abang faham,malam ni sayang letihkan..tak
apa-tak apa tidur nyenyak-nyenyak tau..malam ni kita tunda dulu..”Tokok dia
lagi sambil ketawa mengekek.
Sabar ajelah ikutkan hati mahu aku wrestling Mr. Hyde yang tak betul
ni.Sejak siang tadi aku sakit hati dengannya.
Mentang-mentanglah depan keluarga dan sanak-saudara tadi aku tak boleh
tunjukkan apa yang sebenarnya berlaku antara aku dan dia,sesuka hati ,jantung
limpa perut kambing dia saja peluk-peluk aku,pegang sana- sini.Yang paling
menyesakkan nafasku bila di suruh cium dahi,lain yang ditujunya.Malu aku
dibuatnya.Arghhh pendek kata,dia memang pandai berlakon.Tak nampak
langsung yang kami ni terpaksa kahwin.
Kalau yang datang asyik puji kami sepadanlah,secocok bagai pinang dibelah
5 6 belah tu,memang tertipu hidup-hidup dengan lakonan mamat lahabau ni.
Kesian pula aku dengan keluarga kami.Dua-dua tertipu dengan sikap pura-pura
malaikatnya.Dan yang menjadi mangsa adalah aku!
Ikutkan hati yang tek berapa kuat iman ni,memang aku tak redha dengan
semua ni,tapi aku pasti ada sesuatu yang Allah takdirkan untuk aku disebalik
semua ini.Kepada Allah aku panjatkan doa,moga di beri aku kekuatan untuk aku
lalui apa yang telah tertulis untuk aku.
Mata ku benar-benar mengharapkan lena,seketika aku terasa tubuhku
diawang-awangan...
Mengharapkan ada mimpi,mimpi bertemu sang putera arjuna hati membawa aku
pergi dari kesengsaraan jiwa ini.Moga di alam mimpi nan sementara ini aku bisa
melupakan seketika tentang kenyataan yang sedang aku alami.Dan sang putera itu
sedang membisikkan aku tentang kata-kata cinta,belaian dan ciuman yang
mendamaikan hatiku....Indahnya mimpi ini.Tolonglah jangan bangunkan aku,biar
aku bahagia di alam ini...sebentar pun jadilah..aku tak mahu bangun,nanti
bertemu lagi dengan mamat lahabau yang dah jadi suami aku..Tolonglah...biarkan
aku dengan mimpi ini...sikit lagi..sikit lagi.....dann.....
***
“Kamu ni Irah,dah jadi isteri orang tu,jaga diri baik-baik.Jaga tingkah
laku tu.Jangan buat mertua meluat dengan kita.Apa –apa yang ditegur tu bukan
bererti dia tak suka tapi dia sayang.Nak kita jadi isteri yang
baik..”Berjela-jela pesanan penaja mak.Biasalah mak mana yang tak risau anak
dah jadi menantu orang,mesti dia nak yang baik-baik ajekan?
“Insyaallah mak.Irah ingat tu.”Balasku seraya aku cium pipi mak.Tangan
ayah aku kucup penuh kasih.Terima kasih mak,ayah kerana besarkan Nadhirah
ini.Tapi maafkan anak mak yang hina ini.
Aku sebak seketika mengenangkan kisah aku dan Mr.Hyde lahabau tu.
“Dah,tu laki kamu tu dah lama tunggu dalam kereta tu.Pergilah,cepat pergi
cepat pulak sampainya nanti.Jangan lupa kirim salam dengan mertua kamu tu.”Ayah
menokok lagi.
Aku tersenyum mengangguk seraya menapak ke kereta.Mamat tu dari tadi lagi
sudah berpeluk cium dengan mak.Nampak tak,tak sampai 4 hari jadi menantu mak
aku,dah mula naik tocang.Huh!
Aku labuhkan punggung disebelah pemandu.Aku bersandar lemah.Kusut untuk
aku fikirkan tentang kisah rumah tanggaku yang bakal bermula.Dia diam sahaj
sehinggalah kami mula masuk ke lebuhraya.
“Kau ni apahal monyok semacam.Kau sedih erk,tinggalkan mak ayah kau kat
kampung tu?”Dia memulakan bicara.
Aku malas menyertainya yang beria-ia mahu bercakap denganku.Lantaklah,aku
malas nak layan!
“Kau ni.kenapa hah?Orang cakap tak baik ibu mengandung monyok-monyok.Nanti
berjangkit ke anak dalam kandungan.Tak mahulah aku dapat anak mulut muncung
sedepa.Tercemar gen handsome aku ni.”
Ya Allah,perasan yang amatlah Mr. Hyde ni.
“Yang kau ni tak sudah-sudah dengan fakta ibu mengandung kau ni apahal?Aku
ni belum comfirm lagi mengandung tau.Rimas aku !”
Aku mendengus kecil.Biar dia tahu yang betapa aku benci dengannya.
Dia ketawa.Memang suka menyakitkan hati aku dengan gelaknya itu.
“Nadhirah..kita ni alang-alang dah jadi suami isteri..apa kata kita
berbaik sikit.Cubalah kau panggil aku dengan panggilan yang penuh kasih sayang
sikit.Kita ni baru kahwin tau.Inai kat jari kau tu pun merah lagi.Aku ni pun
masa kahwin dengan kau,bujang lagi.Tapi dah tak terunalah..”Dia sambung ketawa.
Ya Allah,sakitnya hati!
Aku palingkan muka menghadap lebuhraya yang agak lenggang.Lebih baik aku
sibukkan diri menatap sawah padi dan lalang tepi jalan dari aku lihat wajah
yang menjijikkan bagi aku.
“Apa pun,depan famili aku,aku tak nak dengar kau aku.Kalau aku dengar kau
panggil aku kau aku...kau tunggulah akibatnya.”Separuh mengugut nadanya.
Aku cebikkan bibir,jelingkan mata kepadanya.Biar dia tahu yang aku
memberontak.
“Kau cebik la bibir kau tu,jangan sampai bibir aku pun mendarat kat
situ.Untung aku...”Selanya.
Arghhh..tiada langsung kata-kata dari bibirnya yang membuatkan aku terasa
tenang.Asyik-asyik menyakitkan hati aku saja.Memang tidak amanlah hidup aku
nanti.Takut pula aku membayangkannya.
Aku capai bantal kecil di tempat duduk belakang.Aku tutup mukaku.Lebih
baik aku tidur dari melayan bebelan yang hanya akan menyakitkan hati aku.
“Aik?Mengantuk ke?Nak kata buat overtime semalam..tak adalah pula..ooo...aku
faham..ibu mengandung memang perlukan rehat yang cukup...okey-okey.kau tidurlah
sampai nanti aku kejut okey.”
Dan suasana sepi seketika sehinggalah aku tidak sedar apa-apa lagi.
***
“Hoi..apa kau mengelamun tu..daripada kau buang masa macam tu aje..baiklah
kau urut bahu suami kau yang tersayang ni...lenguh pula rasanya.”Panggil Syed
Muzammil ketika aku sedang duduk-duduk di birai katil.
Tersayang konon.Kalau kau nak tahu,kau lah manusia paling aku benci
sekarang!
“Tak kuasa aku!”Ringan mulutku membalas.
“Eh kau ni..sepatutnya kau beria-ia nak urut aku.Bukankah menyenangkan
hati suami ni..banyak pahalanya.Kau tak nak dapat pahala ke?”Ujarnya seraya
membaringkan tubuh di sebelahku.Baju T yagn dipakainya sudah tercampak di atas
sofa.Beria dia nak aku urut ni.
Mamat ni memang nak kena dengan aku kan?Okey...nah rasakan.
Belakang tubuhnya yang agak sasa itu,aku tumbuk sekuat hati bagai
melepaskan setiap kemarahanku padanya.
“Kau kalau tak boleh nak sayang aku pun,janganlah tunjuk sangat.Tapi tak
apalah,aku bayangkan kau tengah curahkan jutaan kasih sayang dalam setiap
tumbukan kau tu.”Usiknya.
Aku peduli apa,janji aku puas.
Tidak lama kemudian dia bangun dan duduk menghadap aku.Kaget aku
dibuatnya.Bukan tidak pernah lihat tubuhnya tanpa baju,tapi renungannya
menimbulkan getar di hati perempuanku.
“Kau ni apa halnya?Macam nak terkeluar biji mata tenung aku tu apa
kes?”Aku menyoal,menyembunyikan getaran yang maha hebat di dalam dada.
“Kau ni cantik,tapi..berbisa..”Tiba-tiba dia memuji ku.Ah,ayat mahu manis
sahaja!
Tangannya mencapai jemariku.Jantungku turut berdetar.Makin laju dan makin
laju.
“Kita ni dah jadi suami isteri..tapi kenapa kau masih tak nak terima aku?”
‘Buang tebiat ke apa orang tua ni.’
“Kau jangan risau aku tak buang tebiat lagilah..Cuma..aku pelik.Kat luar
sana tu kalau aku ayat mesti berduyun yang nak,tapi kenapa kau yang dah
tertangkap basah lencun dengan aku pun macam terpaksa pulak nak kahwin.Kau ni
normal ke tak?”
Ya ampun...tolonglah.
“FYI..aku tak hadap langsung nak bersuamikan kaulah.Aku benci tahu
tak.Benci!!!”Separuh menjerit suaraku.Aku hadiahkan jelingan maut buat dia.
Rasanya aku dah tahap boleh dapat title isteri derhaka dah ni.
“Tak baik benci-benci ni tau.Nanti lama-lama jadi cinta.Kau jugak yang
merana.”Ujarnya dengan sengihan.
“Huh tak ada maknanya aku nak jatuh cinta dengan lelaki macam kau
ni.Sampai saat ni aku masih tak faham kenapa kau buat aku macam ni hah?Apalah
dosa aku sampai macam ni sekali kau hukum aku.Sebab aku tak kahwin-kahwin lagi
ke kau perangkap aku macam ni?Apa tak ada cara lain ke kau nak tolong
aku?”Tiba-tiba lirih suaraku.Entah mengapa aku tiba-tiba jadi pilu.Sedih.
Dia memaut daguku dengan tangannya.Wajahnya kian merapati wajahku.Nafasnya
yang lembut beralun kian menghampiriku.
Aku memang sudah halalan toyyiban untuk dia perlakukan sesuka
hati,tapi...selagi aku belum menemukan penamat dalam kisah kami,aku tak mudah
untuk serahkan tubuh ini lagi sekalipun dia pernah menyentuhku diluar relaku.
“Abang!Bonda panggil!”Syarifah Munirah tiba-tiba terjengul di muka
pintu.Ya Allah,mahu tertanam rasanya kepala ini.Malu!!
Pantas aku bangun dan berdiri di sisi katil.Syed Muzammil masih lagi
dengan posisi kedudukannya tadi.
“Kau ni Muni.Tak reti ketuk pintu dulu ke?Dibuatnya abang tengah beraksi
tadi macam mana?Tak ke free-free kau tengok tayangan porno.Kau tu belum kahwin
lagi...Tak sesuai..”Bebelnya seraya memakai kembali t-shirt yang dibuangnya
tadi.
Kenyataan yang keluar dari mulutnya makin memerahkan wajahku.Terasa pijar
seketika.
“Yang abang tu tak senonoh sangat apesal?Lain kali tutup pintu tu kunci
lah.Tak adanya orang meluru masuk macam ni!”Balas Syarifah Munirah tidak mahu
kalah seraya berlalu.Aku sudah tidak terkeluar sebarang bicara.Sekadar membuang
pandang kearah lain.Sungguh malu aku berkoyan-koyan!
“Err..Bonda panggil tu,cepatlah pergi.”Halauku.
Biarlah mereka beransur pergi.Tak terpandang aku ke arah adik iparku yang
satu ini.Mahu kena bahan gamaknya.Budak sorang ni pun boleh tahan mengusiknya.
“Muni ni..kacau daun betullah.Nak memadu kasih dengan bini pun susah.Lain
kali aku nak buat loceng kat depan pintu bilik.Siapa nak masuk kena tekan
loceng.Bila ada yang membuka maknanya memang tak busy..”Bibirnya tersengih
umpama kerang busuk yang memang patut kena buang.
“Cepatlah pergi,bonda panggil tu.”Sekalipun aku tak hadap dengan anaknya
yang satu ini,kedua orang tua Syed Muzammil aku tetap hormat.Mereka tak
bersalah dalam hal aku dengan Mr. Hyde ni.
“Jomlah kita turun sama-sama.Bonda mesti ada nak sampaikan apa-apa
tu..Jomlah...”Ajaknya sambil menarik tanganku agar berjalan bersamanya.
“Kalau nak aku ikut dengan paksaan pun,biarlah aku pakai tudung dulu.”Sindirku.
Dia lepaskan pegangan tangannya dengan senyuman manis.Boleh kena kencing
manis tengok senyuman dia ni,tapi tidak pada aku!
Kami beriringan berjalan menuruni tangga menuju ke ruang riadah banglo
papa mertuaku ini.Suasana sepi turut aku rasai dalam banglo ini.Mana
tidaknya,si Mr. Hyde tu dengan adiknya sahajalah permata hati Tuan Syed Mokhtar
dan Puan Suryani.Mungkin sebab itu kot mereka berdua ni sering dimanjakan
hingga lahabau yang sekor ni bertukar jadi setan!Sakit hati aku setiap kali
terkenangkan apa yang telah menjadi punca menjerat ikatan simpul mati dengan
Syed Muzammil ni.
“Hah..apa plan kamu berdua lepas ni?”Papa mertua aku memulakan bicara
setelah aku dan si Mr Hyde ini melabuhkan punggung di atas sofa mewah ini.
Macam selalu,tangan si Mr Hyde yang tak makan dek saman ni memang sah-sah
tengah meramas lembut jemari ku.Aduhh..agak-agaklah kalau nak berlakon
pun.Rimas aku dibuatnya.
“Entahlah papa.Rasa-rasanya,hujung minggu ni Mil nak bawa Nad masuk ke
rumah Mil.Mil nak mulakan hidup rumahtangga secara berdikari.”Ujarnya
tenang.Aku lihat keikhlasan dalam kata-katanya.Hebat lakonannya.Siapa yang
melihat pasti tak percaya.
“Baguslah kalau macam tu.Bonda pun tak sabar nak ada cucu ni..”Tiba-tiba
mak mertuaku mencelah.Dahlah tu,pasal cucu pulak yang dibangkitkannya.
“Bonda ni,biarlah kami bulan madu dulu.Awal lagilah nak ada anak ni.Tak boleh manja
lama-lama..”Hah sudah,keluar pulak gurauan 18SX.Memang dia nak aku maki hamun
dia dalam hati ni berkoyan-koyan gamaknya.
Tangan tu memang tak reti dok diam.Sekejap diramas jemari aku,kejap-kejap
di letakkan tangannya ke riba aku.
Memang nak kena dengan aku orang tua ni.
“Abang ni kalau nak bergurau tak ada scene 18SX tak boleh ke?Geli lah
dengan romantika de amour abang yang tak bertempat ni..”Sampuk Syarifah Munirah
yang sedang berbaring di sofa hujung sana.
Dah nak mula sesi bergaduh lah tu.
“Yang Muni jealous tu ape hal?Itulah abang suruh kahwin cepat-cepat tak
nak.Kan dah rugi tu...betul tak sayang?”Selanya seraya melirik kearahku.
“Abang ni..kesitu pulak..”Balasku dengan senyuman yang boleh dikategorikan
manislah jugak.
Ikutkan hati mahu saja aku jeling 45 darjah,tetapi memandangkan aku ni jenis
menantu mithali,aku sekadar menurut rentaknya sahaja.
Sepantas kilat Syarifah Munirah membaling bantal kecil ke arah Mr
Hyde.Maka tercetuslah adegan perang tak berapa nak dingin antara dua beradik
itu.Kami sesekali ketawa dengan telatah mereka yang tak semacam orang tua tu.
Mengada jugak si Syed Muzammil ni menyakat adiknya.
Hilang setiap tingkah dan riak-riak yang menyakitkan hati aku.Yang aku
lihat,Syed Muzammil yang sangat berbeza.Terpancar sifat seorang abang,anak dan
lelaki...Aduh duh duh...hati aku dah lain rentaknya.
***
Aku terasa hendak menjerit pun ada.Makin lama aku jadi bini dia,makin gila
aku dibuatnya.Mana aku tak angin satu badan,entah apa mimpi dia
semalam,tiba-tiba aku bangun sesedap ajinomoto cap mangkuk jepun aje dia peluk
aku.Yang aku pulak boleh sedap landing kepala atas bahu dia.
“Kau ni apa hal hah?Tak boleh ke kalau kau tak buat aku rasa nak hempuk
kepala kau dengan selipar ni?”Unjukku kearah selipar yang aku gunakan setiap
kali keluar dari bilik air.
“Kenapa pulak kau nak hempuk kepala aku?Apa aku dah buat hah?”Soalnya
buat-buat bodoh kiranya bagi aku.
“Yang kau tidur kat atas katil kenapa?Kan ke bilik kau kat sebelah?Kau ni
memang sengajakan?”
“Kau ni kalau aku cakap tak pandai,kau marah..tapi kau ni memang buat
perkara yang tak berapa nak pandai tau tak.Hukum mana cakap suami isteri tak
boleh tidur sekali.Bukan setakat nak tidur sekali,nak lebih-lebih pun boleh
laa..”Balasnya dalam nada ketawa.
Ewah-ewah sedap mulut saja dia nak
membalas ya.
“Hello....kau dah lupa ke,yang kita dah tetapkan kau kat sebelah dan aku
kat bilik ni.Itu perjanjian kita sebelum masuk kat rumah kau kan?”Ungkitku
tentang perjanjian yang telah kami akui sejak sebelum kami berpindah masuk ke
rumahnya yang didiaminya semasa masih bujang dulu.
“Eh,suka hatilah aku nak landing kat mana pun.Kau sibuk tu apa hal?”
Ya Allah,sabar sajalah wahai hati.
“Bercakap dengan kau ni memang selalu menyakitkan hati tau tak..”Aku
memeluk tubuh.
“Nadhirah sayang...kau yang selalu sakitkan hati kau sendiri.Kau yang
pilih untuk terasa sakit sedangkan kau diberi pilihan untuk memilih bahagia dan
derita kenapa kau nak pilih derita?”Nada suaranya jelas berubah.
Aku cuba mencerna kata-katanya.Terlalu dalam untuk aku rungkai.
Dia tarik tanganku menuju ke ruang tamu.Dia dudukkan aku di sofa,manakala
dia duduk dilantai.Wajahnya melangut memandangku yang agak terpinga-pinga
menghuraikan kata-katanya tadi.
Kedua tanganku diramas lembut.aku jadi kaku seketika.Aku kaget sendiri.
“Nadhirah binti Daud..aku ni bukanlah nak cakap aku baik sangat,tapi terus
terang aku nak katakan kat sini..sekalipun kau terima aku ni bukan atas dasar
cinta,tak boleh ke kau cuba buka ruang dalam hati kau tu untuk terima aku?”Aku
tiba-tiba tersentuhd engan kata-katanya.
“Tapi kita kahwin sebab nak tutup tindakan bodoh kau malam tu kan?”Pintasku.
“Ya aku mengaku malam tu memang silap aku.Tapi kenapa kita tak cuba
jernihkan keadaan yang dah memang keruh ni?Rela atau tidak kau jadi isteri
aku,kau dah jadi tanggungjawab aku.Aku dah jadi tangga pertama untuk kau
taat.Tapi aku tak mintak kau taat dengan aku pun...”Suaranya mendatar.
“Tapi kita kahwin bukan untuk selamanya.Kita akan
berpisah.Berpisah!!!”Tekanku.
Aku akui,aku memang sudah patrikan hati aku untuk mana-mana lelaki buat
masa ini.Aku tidak mahu menyimpan sebarang rasa dengan lelaki ni,kerana aku
takut aku akan kecewa akhirnya.
“Kau silap Nadhirah.Memang kita merancang untuk menamatkan semua ni bila
keadaan dah betul-betul baik.Tapi apalah salahnya kalau kita berbaik.Kalau tak
boleh jadi suami isteri yang bahagia pun,kawan baik pun okey what?Pilihan ada
ditangan kau.Semua yang berlaku dah pun berlaku,kau ada kuasa ke nak balik ke
masa lalu dan pastikan kesilapan malam tu tak berlaku?”Soalnya padaku dengan
renungan yang cukup sayu bagiku.
“Tapi...”
“Listen Nadhirah..kita memang akan berpisah bila tiba masanya..tapi
sebelum masa itu tiba tak salahkan kalau kita cipta kenangan yang manis-manis
daripada dok menjerut rasa dorang-sorang.Kau ingat aku tak tahu yang mulut kau
tu dah berbakul-bakul maki kat aku ni?”
Nah..terdiam kau nak!!
Aku membisukan diri.Bukan terbisu..Cuma terfikir baik dan buruk apa yang
dikatakannya.
“Aku ingatkan bila dah dekat 30 ni kau dah matang,dah boleh fikir apa yang
betul,apa yang tidak...rupa-rupanya hampas kelapa betullah kau ni.”
Sedap pulak dia mengutuk aku.Aku jeling tajam kearahnya.
“Terpulanglah apa kau nak fikir pasal aku Nad..tapi bagi aku..selagi kita
diberi peluang untuk nikmati pilihan yang ada di depan kita kenapa nak pilih sengsara?Kenapa
nak pilih derita?Cuba kau fikir baik-baik...semua ada di tangan kau Nad.Take
it..or leave it!”Bersahaj ciuman mendarat di pipiku.
Memang tak tahu betullah mangku ni sekor.Dalamserius boleh pulak dia
kenakan aku.Arghhh!!!Stress!!
***
Malas aku nak serabutkan kepala aku fikir pasal mamat tak betul tu.Yang
pastinya pagi tadi benar-benar melegakan aku.Yes,aku tak hamil
pun.Alhamdulillah...tapi kenapa sedikit hampa menjengah benakku.Kenapa aku
perlu kecewa setelah ujian air kencing tadi tidak menunjukkan sebarang hasil
yang aku hamil,tambahan pula aku datang bulan baru saja sebentar tadi.Tapi,kenapa
bulan lepas punya period tak datang?Hurmm...maybe aku tertekan sangat kot,sebab
tu tak datang...
Hampir 2 bulan aku menjadi isterinya,tapi tidak pernah sekali pun dia mengambil
kesempatan keatas aku cuma yang ter-ter tu adalah jugak.Itupun di depan papa
dan bonda dia.Tapi paling selalu jadi mangsa tengok sikap tak senonoh dia tu,si
Syarifah Munirah itulah.Kesian anak dara tu.Nasiblah dapat abang macam si Mr
Hyde tu.
Hari ni sudah dua hari si Mr Hyde tu pulang lewat.Tenang sikit hati aku
dari mendengar celoteh yang kadangkala menyakitkan hati aku.
Menjadi isteri kepada bos besar tu kadang-kadang sunyi jugak bila dia
terpaksa keluar daerah,tinggallah aku seorang diri.Biarpun selalu jugak dia
menyuruh aku bermalam di rumah orang tuanya aku saja yang menolak.Dia pun tidak
terlalu mendesak.
Bila sorang-sorang diri macam ni,fikiran aku tidak henti dari memikirkan
tentang Mr Hyde.Dia suamiku,dialah lelaki yang menggalas tanggungjawab
menanggung dosaku.Sepanjang aku mengenali dia,dia seorang yang baik,kelakar dan
romantis.Entahlah,itu mungkin lakonannya agar aku jatuh ke dalam perangkapnya
lagi.Siapa tahu.Tapi..aku akui sesekali namanya turut mencuit naluri wanita
aku.Tapi,mulutnya yang puaka tu memang aku tak boleh nak kawal.Tak pernah manis
bahasa kalau nak menyakitkan hati aku tu.
Jam di dinding menunjukkan tepat sembilan malam ketika dia pulang ke
rumah.Wajahnya tenang,namun terpancar kepenatan dari gaya dia merebahkan tubuh
diatas sofa.Rasa kasihan menjalar di dalam hati.Entah mengapa ringan kaki
menghampirinya.Jemari ku pantas menarikan picitan di bahunya.
“Kau ni macam tahu –tahu aje yang aku ni lenguh.Terasa kasih sayang yang
kau pendam tu sampai ke dalam hati aku.”Dia bersuara.
Tengok tu,memang nak cari pasal dengan aku kan?
“Kau ni,aku kesian tengok bahu kau kena paksa berkhidmat untuk kau yang
tak reti jaga kesihatan.Kerja tu kerja jugak jangan sampai bebankan diri
sendiri.”Sindirku,lebih kepada mengcover diri.keh keh keh..
“Hurrm..sayang jugak kau kat aku ni ya?”Sinisnya pada aku.
Alahai,kan dah terkena.
Aku tampar bahunya perlahan.
“Malas aku nak layan kau.Aku tolong ikhlas,tapi kau dah salah faham
pulak.”Aku hendak masuk ke dalam bilik.
Belum sempat aku berpaling,tubuhku jatuh betul-betul atas ribanya.Sempat lagi
dia tarik tanganku tadi.
“Nad...kalau dah suka tu cakap ajelah.Buat apa kau nak pendam-pendam.”Selanya
padaku.
Aku cuba untuk bangun,nyata tindakan hanya sia-sia.
Dia makin seronok mengusik nampak.Aku tak tergodalah Mr. Hyde.
“Yang kau ni tiba-tiba romantik kenapa?Dah tinggal berapa kali Jumaat
hah?”Terjahku.Namun getar di dalam hati kian lebat.
“Kau baru tahu ke yang aku ni romantik?”soalnya kembali.Terukir senyuman
di bibirnya.
“Tadi aku dah buat pregnancy test..aku tak mengandung.And kebetulan pulak
hari ni aku period.Secara saintifiknya aku memang tak mengandung.”Bibirku
beria-ia memberitahu.
Tapi mengapa hati ini tidak mahu dia tahu yang aku tidak hamil.Mengapa
terbit rasa kecewa jauh di sudut hatiku?
Aku bangun membetulkan duduk.Raut wajahnya tidak beriak.Apakah dia gembira
sekaligus aku juga akan diceraikannya?Ya Allah...sanggupkah aku mendengar
kalimah itu?
Anak matanya tepat memanah keanak mataku.Senyuman sinis itu terlaakr
lagi,membawa pergi rasa kecewa tadi.Yang tinggal hanyalah amarah dan kebencian!
“Kau sedih ke malam tu tak menjadi?Nak try sampai dapat ke?”
Mahu saja aku pulas kepalanya sampai putus!
“Kau ni kan memang tak boleh amankan kalau tak buat aku rasa sakit hati
dengan mulut puaka kau tu.Patutlah kekasih kau lari tinggalkan kau.Mulut macam
puaka.Tak ada insuran!”Laju bibir aku menyumpah seranahnya.Puas hati aku.
Wajahnya kelihatan keruh.Senyuman yang tadinya tak habis-habis menggayuti
bibir merahnya hilang.
“Mulut aku ni memang selalu jadi mulut puaka dengan orang yang aku
sayang.Sepatutnya kau bersyukur tau aku sayangkan kau.”Usiknya tiba-tiba.
Sah!Dia memang tak ada perasaan.
“Nadhirah...Kau memang tak sabar nak jadi janda aku ke?”Soalnya tiba-tiba
lirih.
“Kalau ya kenapa?”Dugaku.
Tiba-tiba dia bangun dan melutut di hadapanku.Tangannya menggenggam kedua
tanganku.
“Aku tak tahulah sama ada aku yang salah menilai atau kau yang tak
nampak.Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku buat semua ni?Perangkap kau malam
tu,beria-ia nak kau kahwin dengan aku?Kau tak perasan ke tu semua aku buat
sebab aku sukakan kau?Aku cintakan kau.Kau tak nampak ke semua tu?”
Aku jadi kelu dengan kata-katanya.Lidahku kaku untuk membalas
kata-katanya.Pandangan matanya melontarkan sejuta rasa.
“Mungkin betul kata Muni,aku terlalu yakin dengan perasaan aku sampai aku
lupa,kau pun ada perasaan jugakkan?Terpulanglah kau nak percaya atau tak.Tapi
bagi aku,aku sayangkan kau lebih dari apa pun.Kalau diizinkan Tuhan,aku nak
bersama kau sampai akhir hayat aku.Tapi,aku tak nak memaksa kau lagi.Cukuplah
selama ni kau menyumpah aku macam-macam.Sakit jugaklah telinga aku
ni...”Ujarnya lagi seraya bibirnya menyentuh ubun-ubunku.Kelibatnya menghilang
di dalam bilik tidurnya.
Aku hanya kaku,dan kaku.Fikiranku ligat mencerna tiap butir
bicaranya.Namun sia-sia,aku makin keliru dan buntu dengan ucapan sayang dan
cintanya.Dan aku pasti ada seseorang yang boleh membantu aku mencari jawapan!
***
“Cuba Muni cakap dengan akak apa yang abang dengan Muni rahsiakan dari
akak.”Tanpa menunggu Syarifah Munirah sempat membetulkan duduknya aku terpa dia
dengan soalan yang bermain-main di dalam fikiranku sejak semalam.
Pagi ini setelah Syed Muzammil keluar ke pejabat,terus aku telefon
Syarifah Munirah untuk bertemu.Aku perlukan penjelasan.
Dia kelihatan serba salah.
“Tolong explain kat akak.Akak keliru Muni?Keliru!!Apa yang berlaku
sebenarnya?”Asakku lagi.
“Tapi akak kena janji akak takkan beritahu abang yang Muni yang cerita
pada akak?”Pintanya pula.
Aku angguk perlahan.
“Sebenarnya..papa denga bonda dah lama berkenankan akak untuk abang.Dari
sebelum abang ambil alih syarikat papa.Abang pun dah setuju cumanya dia nak
akak kenal dia dulu sebelum papa dengna bonda pergi pinangkan akak.Abang yang
rancang semua ni.Dia nak kenal akak dengan cara dia sendiri.”Syarifah Munirah
takut-takut memberikan penjelasan,
“Akak tak faham.”
“Begini,abang dah jatuh suka pada akak masa abang baru putus cinta dengan
bekas kekasih dia.Masa tu papa buat ulangtahun perkahwinan papa kali ke
32.That’s mean tahun lepas.Masa tu papa nak kenalkan abang dengan akak,tapi
abang tak nak sebab dia ada agenda dia sendiri untuk buat akak jatuh cinta
dengan dia termasuklah buat akak kahwin dengan dia.”
Aku makin keliru.
“Boleh jangan buat akak lagi keliru tak?”
“Akak ni...abang tu memang sayangkan akak dari pertama kali dia tengok
akak masa anniversary papa dengan bonda.Masa tu akak memang tak kenal abang
langsung,bahkan abang tak benarkan sesiapa pun tahu yang dia ada masa majlis
tu.Dia nak tengok akak dari jauh.Then bila dia ambil alih jawatan papa,dia nak
buat akak jatuh cinta dengan dia,tapi malangnya setiap kali dia nak dekat
dengan akak,lain jadinya.Sampai akak gelar dia Mr Hyde kan?”Syarifah Munirah
tersenyum.
Eh,macam mana dia boleh tahu?
“Semua yang terjadi pada akak dengan abang ada dalam kocek Muni
laa..”tokonya lagi.
“Jadi..kes malam tu pun Muni tahu?”
“Errr...yang malam tu,Muni tak nak jelaskan apa-apa.Biar abang sendiri terangkan.Muni
tak nak masuk campur.”
“Muni...”Aku bernada separuh merayu.Aku mahu tahu keseluruhan cerita.Tidak
mahu teraba-raba di dalam cerah.Banyak rupanya yang berlaku diluar pengetahuan
aku.
“Akak..Muni tak nak keruhkan lagi keadaan.Kesian Muni tengok abang Muni
tu.Dia sungguh-sungguh sayangkan akak.Tapi akak jual mahal.Muni tahu,cara abang
buat akak kahwin dengan abang tu memang tka betul,tapi cuba akak tanya hati
akak..tak ada ke sedikit ruang untuk abang masuk dan berteduh disitu.Muni yakin
dalam hati akak tu penuh kebencian pada abang kan?Tapi sebagai manusia
kadangkala kita kena fikir secar logik.Ada ke lelaki yang dha sentuh kita tapi
nak kahwin dengna kita?Beria-ia pulak tu,sampai ugut-ugut?Sepanjang akak kahwin
dengan abng ada abang paksa akak tidur dengan dia?Muni tak cakaplah yang abang
Muni tu baik...tapi kalau dalam hati akak tu asyik nak membenci abang aje,bila
akak nak temukan bahagia?”
“Tapi hubungan kami takkan kemana Muni.Kami masing-masing dah berjanji
untuk berpisah bila tiba masanya..”Pintasku mengingatkan janji Syed Muzammil.
“Akak...tak ada perhubungan yang akan kekal selamanya kak.Tapi sementara
masa yang ada ni,kita kecapi dan nikmati betul-betul.Dengan masa yang bersisa
ni,carilah seberapa banyak kebahagiaan yang ada di depan kita kak.Jangan
idamkan perkara yang jauh untuk kita capai akak,sebaliknya raihlah apa yang di
dalam genggaman.Akak fikirlah baik-baik,Muni tak nak rumah tangga akak dengan
abang hancur sebelum masanya.Memanglah akak dengan abang akan berpisah,tapi biarlah
yang memisahkan akak dengan abang adalah maut.”
Kata-kata Syarifah Munirah sedikit-sebanyak jauh meresap ke dalam hati
aku.Ada benar juga kata-katanya.Tapi aku mahukan penjelasan dari Syed Muzammil.
***
Aku renung lauk pauk yang tersaji di atas meja.Jam sudah menunjukkan angka
sebelas malam.Kelibat Syed Muzammil belum kelihatan.
Kemana pulak perginya ya?Berkali-kali juga aku menghubunginya,namun
hampa,tiada sebarang jawapan.
Mataku semakin memberat.Dalam aku melayan kantukku,pintu dibuka dari
luar.Berlari anak aku menuju ke pintu.
Batang tubuh yang kau nantikan sejak pulang dari bertemu Syarifah Munirah
tadi akhirnya menjelma.
“Kau tak tidur lagi ke?”Soalnya dengan wajah yang keletihan.
“Err..aku tunggu kaulah.Yang kau balik lambat sangat ni kenapa?”Soalku
kembali.
“Aku sibuk sikit.Esok aku nak ke Kuching.Flight awal pagi.Oklah,aku nak
masuk tidur ni.Kau pun pergilah masuk tidur.Selamat malam.”Ujarnya seraya
menghilang di balik kamarnya.
Entah mengapa,jauh di sudut hati aku terasa sayu.Dengan tidak semena kolam
mataku berair.
Kalau sibuk sekali pun takboleh ke jawab panggilan aku.Dah tu esok nak
pergi malam ni baru beritahu.Selalunya dua tiga hari sebelum berangkat dia akan
memaklumkan padaku bahawa dia akan keluar daerah.Kadang-kadang dia akan mengajak
aku untuk turut serta walau pun dia tahua ku akan menolak.
Akhirnya aku sendiri turut masuk ke kamar tidurku dengan perasaan
sebal.Lenaku malam tu dengan linangan air mata.Ah!Kata sayangkan aku,tapi...
Pagi itu aku lihat dia sudah tiada di pembaringannya.Kasutnya juga sudah
tiada.Mungkin betullah dia sudah berangkat ke Kuching.
Aku duduk merenung meja yang kosong.Aku tiba-tiba sedih.Selalunya setiap
pagi dia akan bersarapan bersamaku sebelum ke tempat kerja.Ada rindu yang
menyelinap masuk jauh di dasar hati ni.
Mungkinkah ini cinta?Mungkinkah ini yang dimaksudkan Syrifah
Munirah.Terlalu banyak kebencian yang aku pendamkan dalam hatiku hinggakan aku
tidak pernah melihat sebarang cinta dari Syed Muzammil.Tapi dia yang mencipta
kebencian ini.Dia yang membina tembok besar antara aku dan dia.Semua ni
berpunca dari dia!!!
Air mataku laju menuruni pipi.Untuk apa aku menangis aku sendiri tidak
pasti.Yang aku tahu,aku benar-benar terasa dengannya.Kalau pun marahkan
aku,janganlah buat aku benar-benar tidak diperlukan.Sekurang-kurangnya,kejutlah
aku seperti selalu setiap kali aku terlewat bangun.Dan,ciuman yang sering dia
berikan setiap kali hendak ke tempat kerja walaupun aku akan menolak kini tiada
lagi.
Sakitnya memendam rasa.Semua ini perlu dihentikan.Untuk apa lagi aku
menjadi isterinya.Aku sudah sah tidak hamil,jadi tidak ada alasan lain lagi
untuk aku menjadi isterinya.
***
“Kenapa kau dah tak macam dulu?”Soalku ketika kami sama-sama menjamah
makan malam.Dia baru pulang dari Kuching setelah hampir 3 hari disana.
Dan hampir 3 harilah aku bagai orang hilang akal kerana tidak mendapat
sebarang panggilan atau mesej darinya.
Itulah bahana rindu mungkin?
“Macam dulu macam mana tu?”Riaknya
bersahaja.Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.
“Kau marahkan aku ke?Aku ada buat salah apa-apa ke?”
“Kau ni kenapa ?Aku rasa macam biasa aje.”Jawabnya seraya bangun menuju ke
ruang tamu,pasti untuk terus ke tempat kerja.Aku menurut langkahnya.
“Kalau macam tu,bila kita nak teruskan dengan prosedur perceraian kita?Dah
tak ada apa-apa lagi yang kita perlu lakonkan sekarang.”Laju bibir aku
mematikan langkahnya.
Dia berdiri terpacak memandangku.Pandangan penuh sayu.Ah,mulut aku ni pun
boleh tahan celuparnya.Kenapa isu cerai tu jugak yang aku nak
dahulukan.Sepatutnya aku minta penjelasan tentang malam tu
dan..arghh!!!Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..aku jadi janda
oitt....
“Kau rasa perkahwinan kita ni satu lakonan ke?”Soalnya tiba-tiba.
Tersentak aku dibuatnya.Dia berkecil hatikah?Bibirku terkunci rapat.
“Baik...kalau kau rasa ini satu lakonan...aku akan terukan!”Ujarnya
kemudian lalu menuju ke kereta.
Aku hanya terkesima sendiri.Aku sudah lepas bicarakah?
Ya Allah,mengapa kian hari aku kian keliru?Ya Tuhan,tunjukkanlah aku jalan
keluar dari kemelut ini.sungguh aku keliru dan ragu...
Lewat tengah hari itu entah mengapa,Syarifah Munirah tiba-tiba mengajakku
keluar makan bersama.Tapi,,memandangkan aku juga bosan,mudah saja aku terima
pelawaaannya.
Kelibatnya dari pintu masuk Mc Donals mendekat kearah ku dengan senyuman.
Tidak aku nafikan ,Syed Muzammil dan Syarifah Munirah memiliki paras yang
menawan.Syarifah Munirah dengan tubuh tinggi lampai persis model,manakala Syed
Muzammil pada aku boleh dikategorikan sebagai kacak.
Iras kacukan arab melayu benar-benar boleh mmebuatkan sesiapa yang melihat
pada pertama kalinya akan tertawan,termasuklah aku ketika pertama kali
melihatnya sebelum aku tahu sikapnya yang selalu dingin denganku.
“Ada apa ajak akak keluar ni?”Soalku pada Syarifah Munirah setelah selamat
dia mengambil tempat dihadapanku.
“Amboi akak,tak menyempat betullah.Muni bosan la kat rumah tu.Bonda
hari-hari keluar meetinglah,mendalah,papa lagilah.Setiap petang keluar main
golf,pagi pergi kelas mengaji.Muni bosan sangat.”Bebelnya.
“Habis tu,kenapa tak pergi rumah akak.Kita masak sama-sama,makan sekali
ke..?”
“Alaa..malaslah,kalau abang ada mesti dia buat aksi tak senonoh depan
Muni.Menyampah pun ada.Macamlah dia sorang je ada bini.”Amboi,sedap dia
mengutuk laki aku.
Aku hanya ketawa mendengar dia mencemuh abangnya.
“So,lepas makan ada apa-apa plan?”Soalku.
“Kita pusing-pusing shopping kompleks ni.Kalau ada yang berkenan kita
belilah..Nak?”cadangnya.
Dalam pada melayan kerenah Syarifah Munirah,mataku menangkap kelibat
sepasang kekasih yang sedang makan bertentangan denganku.
Aku kenal si lelaki itu,dan siapa pula yang begitu mesra suap-menyuap
fries nan sebatang tu?
Ah,rasa nak wrestling aje si lahabau tu.Amboi...bukan main mesra kau
ya...Patutlah kau dah lain macam dengan aku,rupa-rupanya dah ada pengganti.Tak
apa.tak apa...tahulah kau blik nanti.
“Kak..Kak!!”Panggil Syarifah Munirah mematikan amarah ku yang kian
bertunas.
Patutkah aku memberitahunya?Ah,ini maslaah rumahtanggaku,biar aku
selesaikan sendiri.
***
Aku menanti penuh sabar kepulangannya.Inikah yang dikatakannya sayang dan
cintakan aku?Kalau dia sayangkan aku kenapa dia tak terus terang dan kenapa dia
tak boleh layan aku macam suami orang lain.Kenapa dia tak cuba hilangkan
kebencian dalam diri aku kalau dah tahu aku ni asyik nak membenci dia saja.Dia tak
tahu ke yang aku ni pun perempuan jugak,cepat tersentuh,mudah jatuh sayang
kalau kena caranya.Ini tidak...memang cari nahas kau Syed Muzammil,tak cukup
kau perangkap aku,kau nak perangkap perempuan lain pulak...
Kedengaran enjin kereta dimatikan diikuti bunyi pintu dibuka dari luar aku
kemaskan dudukku.Terjengul batang tubuh Syed Muzammil yang kelihatan agak
lesu.Tengkorak kau lesu,balik rumah buat muka letih lesu,diluar sana suka hati
kau aje berpeleseran dengan perempuan lain.
“Muzammil!”Pertama kali aku panggil namanya.Selalunya,kau ,kau dan kau..
Langkahnya yang menuju ke pintu biliknya terhenti.Dia menoleh kearahku.
“Kenapa?”Soalnya bendul.
Ikutkan hati yang sakit ni,nak aje aku baling mukanya tu dengan bantal kat
sofa ni.
“Kenapa sejak akhir-akhir ni kau macam nak jauhkan diri dari aku?”Aku
memulakan bicara.
Dia turut mengambil tempat di sofa,bertentangan denganku.
“Eh,bukan ke kau lagi suka kalau aku jauh-jauh dari
kau?”Tempelaknya.Terkena batang hidung mak nak!
“Dah tu,kau asyik nak sakitkan hati aku aje?”Balasku.
“Kau ni kenapa sebenarnya?Bila pulak aku sakitkan hati kau?Lagipun,apa
yang aku buat semua makin tambah menyakitkan hati kau kan?So..ada baiknya aku
jauhkan diri dari kau.At least,kurang sikit sakit hati kau tu kan?”Riak
wajahnya begitu serius.
Kata-katanya bagai merobek perasaanku.Mungkinkah kasihnya elah
berubah?Mungkinkah cintanya telah pudar?Mengapa hati ini sakit mendengar
jawapannya?Ya Allah..
Tidak menunggu lama aku masuk ke dalam bilik lantas aku kunci dari
dalam.Aku hempaskkan tubuh di atas katil.Laju air mata membasahi pipiku.
Beginikah akhirnya aku dan dia?Mengapa aku mesti menangis sedangkan aku
yang benar-benar mahukan perpisahan antara kami.Sakitnya perasaan ini.Saban
waktu kian membelitku.
‘Sekalipun kau benar-benar nak lepaskan aku janganlah kau toreh perasaan
ni setelah kau beri harapan pada aku Muzammil.’
Aku mula yakin,perasaanku padanya bukan lagi benci,tapi cinta.Benarlah
kata orang,gaduh itu cinta.Tapi mengapa setelah aku sedar akan perasaanku
padanya,dia pula berpatah arang?Susahnya memendam rasa.
***
Pagi-pagi lagi aku sudah bergerak memulakan perjalananku.Biarlah aku pergi
andai dia sudah benar-benar mahu menjauhkan diri dariku.
Sudah aku tinggalkan nota buatnya.Aku hanya menanti surat dari mahkamah
untuk menamatkan segala lakonan ini.Biarlah,lagi pula dia sudah ada
pengganti,perlu apa lagi aku disisinya.
Aku tak mengandung,so lepaslah dia dari perjanjian kami dulu.Mungkin
takdir Tuhan lebih baik buat aku diluar sana.
Kepulanganku mak sambut dengan senyuman.Agak lama juga aku tidak pulang
selepas perkahwinan aku dulu.Mak memeluk tubuh aku erat.Ayah sudah ke sawah
katanya.Kepulangan aku yang seorang diri langsung mak tidak syak.
Mungkin atas alasan rindu,mak tidak mengesyaki gejolak rumah
tanggaku.Maafkanku mak,anak mak tak mampu menjadi seorang isteri dan anak yang
baik.Anakmu ini anak derhaka mak.
Hati aku merintih lirih.
Adik-adikku semua masih di sekolah.Aku ligat membantu mak menyediakan
makan tengah hari.Lauk kegemaranku pula tu.Terlupa seketika tentang kemelut yang
melanda diriku.
“Mak tengok Irah sekarang dah susut sikit.Entah-entah ada isi?”Duga mak.
Berkerut keningku.
“Tak adalah mak.Belum rezeki.Cuma sekarang ni selera tu kurang sikit.”
Tubuhku susut semenjak dua menjak ni,gara-gara si Syed Muzammil tu lah.Tapi
lain pulak yang mak perasan.Mungkin mak betul-betul mengharapkan kehadiran cucu
dalam keluarga kami.
Kasihan mak,tertipu dengan lakonan aku dan suamiku.
Suamiku?Huh,baru sekarang aku sedar dia suamiku ke?Entahlah,kalau nak
tanya status dia di hati aku sekarang,aku mengaku,hati ni dah mula
sayang.Tapi..entahlah..macam tak ada harapan saja hubungan kami ni.
Lewat petang itu,aku di kejutkan dengan kedatangan Mr Hyde.Mahu luruh
jantung aku dibuatnya.Renungan tajam yang diberikan setiap kali mata kami bertentang
membuatkan aku makin kecut perut.
Kedatangannya menjadi tanda-tanya buat aku.Apa lagi yang dia mahu dari aku
agaknya.Bukankah aku sudah jelaskan semuanya di dalam nota yang aku tinggalkan
pagi tadi.
“We need to talk!”Bisiknya padaku sebelum dia mengikut ayah dan adikku
menuju ke masjid menunaikan solat maghrib.
Fuh,jelingan maut tu..
Aku hanya mampu banyakkan berdoa dan berzikir supaya tidak berlaku perkara
yang aku tidak ingini.
“You make me crazy you know!”Serbunya setelah kami meminta diri untuk
tidur memandangkan jam sudah menginjak ke tengah malam.
“Apa yang saya dah buat?”Ah,aku sudah terbaik pulak dengannya.SAYA?
“Apa yang saya dah buat?Boleh pulak kau tanya macam tu?Hei..kau sedar
tak,kau keluar rumah tanpa izin aku.Dah lah tu,aku macma orang gila cari kau
kesana-kemari.Telefon tu bukan reti nak on,kau tahu tak aku risau?”Jelasnya
dengan wajah yang menyinga.
“Bukan ke kau cakap kau nak jauhkan diri dari aku.So...”
“So,ini ke cara kau nak tolong jauhkan diri dari aku?Wake up
Nadhirah..kita bukan budak-budak lagi nak main hide and seek.Cuba kau beritahu
aku apa yang kau tak puas hati dengan aku?”Lembut tuturnya bagai melembutkan
hati aku yang agak panas.
“Kenapa kau buat aku macam ni?Hari tu kau cakap kau sayangkan aku,kau
cintakan aku,tapi sebaliknya yang berlaku.Dengan mata aku,aku nampak kau dengan
perempuan lain.Aku penat Muzammil.Aku lelah dengan permainan kau.Kau perangkap
aku sampai macam ni sekali.Aku tak faham...tolong jelaskan perkara yang
sebenarnya...pleaseee..”Rayuku dengan linangan air mata.
Aku sudah tidak sanggup lagi hidup dengan teka-teki begini,andai benar dia
ikhlas mencintaiku,katakan sejujurnya.Usah biar aku tenggelam dengan kekeliruan
ini.Cukuplah aku semput memikirkan penghujung hubungan kami.
Aku berdiri membelakangkannya.Entah mengapa malam ini aku lemah di
hadapannya.Air mata ni mcam paip pulak nak meleleh tu.
Aku terasa ada tangan yang memelukku dari belakang.Peluklah
kuat-kuat,jangan lepaskan lagi.Aku rasa aman dalam dakapan ini.
“Sayang..”Panggilan kali ini membuatkan hatiku makin bergetar.
Tapi aku masih diam.Masih menanti butir bicaranya,katakanlah apa saja yang
boleh membuatkan aku kembali tenang.
“Maafkan abang..”Abang?Mahu meloncat hatiku mendengar bahasanya
padaku!Eh,jap jap..mood merajuk lagi ni.
Aku kakukan tubuhku.
“Abang minta maaf sebab banyak buat sayang terluka..”Tuturnya penuh lemah
lembut.Hilang semua nada sinis dan bongkaknya.
“Abang cintakan Nad sepenuh hati abang.Tiada dua mahupun tiga.Hanya
Nadhirah di hati abang.Apa pun yang menjadi sebab kita jadi suami isteri,abang
Cuma nak sayang tahu yang abang sayangkan Nad segenap jiwa raga abang...”
Ucapan sayangnya jauh menerobos ke peluput pendengaranku.Jauh meresap ke
dalam hatiku yang selama ini menanti kata-kata ini darinya.
Tapi sejauh mana kebenaran kata-katanya?
“Awak tipu!!”Selaku.
Dia palingkan tubuhku menghadap wajahnya yang tenang.Luruh semua dendam
dan sakit hatiku tatkala menatap senyuman dibibirnya yang bagiku cukup
ikhlas.Inikah angau namanya?
Jemariku dielusnya penuh kasih.
“Abang tak tahu sejak bila ia bermula...tapi yang pastinya,setiap kali
abang nak luahkan perasaan abang..lidah abang mesti kelu,lepastu mulalah buat
mulut puaka dengan sayang.Sampailah dapat gelaran MR Hyde tu.”Ujarnya dengan
senyuman.
Tengok tu,dia tengah pujuk aku ke ni?Macam tengah kutuk aje!Aku tarik
tanganku daripada genggamannya.Jual mahal!Padahal dalam hati dah berbunga
berkilo-kilo!
“Nadhirah binti Daud..”Panggilnya.Baru aku perasan,bila dia mula hendak
serius,pasti nama penuhku akan meniti di bibirnya.
Bahuku di pegangnya.Mata kami saling bertaut.
“When I say I love you..I really mean it!”Tokoknya.
“Tipu!Tipu!Tipu...”Dugaku,bagaikan mengujinya.Huh,biar dia rasakan yang
aku benar-benar terasa hati dengannya.
Dia menggaru-garu kepalanya.Lagaknya seperti sedang berfikir.Tiba-tiba aku
lihat senyuman nakal dibibirnya.
“Fine,kalau tak percaya..mungkin dengan cara ini Nad tak ragu dengan abang
lagi..”Tidak menunggu lama aku sudah berada di atas katil.
Alamak,main kotorlah pulak mamat ni.Ni mesti idea 18SX ni..arghhh!!!!
Aku menjeling tajam kearahnya yang sedang tersengih-sengih seperti kerang
busuk bagiku.
“Apa lagi yang awak nak rahsiakan dari saya?”Rasa mahu terbakar hati ni.
Dia bercekak pinggang mempamerkan wajah blur.Memang nak kena sekeh dengan
aku la ni.Sudahlah semalam paksa-paksa aku,sekarang buat muka tak bersalah
pula.Hati siapa yang tidak sakit.Sudahlah kesalahan semalam belum diampunkan
lagi,memang di topup hukuman laaaaaa.
“Okey,biar explain dulu,lepas tu Nad sendiri putuskan nak maafkan abang ke
tidak?”
Aku memeluk tubuh.Tanda protes!
“Actually,malam tu abang tak buat apa-apa pun.Sumpah!Abang just suruh Muni
tanggalkan baju sayang then abang tidur kat bilik lain.Pagi tu aje pun abang
masuk.Sumpah!Abang tak buat apa-apa pun sampailah semalam...”Dia tayang gigi.
Kenapa pulak isu semalam yang dibangkitkan.Aku tahulah semalam
tu..arghhhh!!Sakit pulak hati aku!
“Tapi kenapa tipu saya..Awak jahat!Awak jahat!!”Aku baling bantal
kearahnya yang nyata tidak mengelak.
Kalau tidak kerana insiden semalam,sampai bila-bila pun aku tak tahu yang
aku masih dara sewaktu bernikah dengannya.
Tidak lama adegan baling membaling tu apabila dia memeluk tubuh ku
erat.Ini yang lemah ni.
“Dah susah sangat nak jinakkan sayang...Dah la bagi gelaran Mr.
Hyde..mulut puakalah..iyalah orang tu mana nakkan kita.Dia tak kisahkan
perasaan kita ni..”
“Dah betul mulut awak tu macam mulut puaka.Dengan orang lain baiknya bukan
main.Dengan kita nak dibuat seteru pulak!”Sinisku.Biar dia tahu aku sakit hati
dengan kata-katanya.
“Okey..okey..abang minta maaf atas apa yang dah berlaku.Mungkin abang
banyak menipu untuk dapatkan sayang..tapi percayalah...perasaan abang jujur
terhadap sayang!”Aku lihat sinaran kejujuran dari anak matanya.
“Orang lelaki kalau dah suka memang suka buat orang yang dia suka tu makan
hati erk?”
“Urmm...tak juga..tapi bila orang yang kita suka tu makan hati,maknanya
dia memang sukakan kita jugak..”
“Kenapa pulak?”Soalku hairan.Ada ke patut kalau orang tu suka kita,kita kena
makan hati dengan sikapnya.
“Sayang perasan tak,bila sayang berhenti kerja dulu,sayang ada rasa
something wrong tak bila tak ada orang nak marah-marah sayang,kutuk-kutuk
sayang..”
Aku imbas kembali saat-saat sepi yang aku lalui,tidak aku nafikan ada
jugak rasa rindu untuk menatap dan mendengar ayat-ayat sinisnya.Tambah-tambah
saat dia seperti menjauhkan diri dari aku.
“Itulah cinta sayang.Bila ada depan mata,asyik nak gaduh aje...tapi bila
jauh tahu pulak rindu.”
“Kenapa pulak?”
“Macamlah abang tak tahu,tiap-tiap pagi lepas abang pergi kerja mesti
masuk bilik abang cium-cium baju abang yang tak basuh lagi tu kan?”
Gulp!!Mana dia tahu aku ada masuk bilik dia..Alamak kantoi sudaa..
“Hahaha....merahnya muka...dalam bilik abang tu ada CCTV tau...sebab
banyak benda berharga abang simpan kat situ.Macam dokumen-dokumen penting.Sebab
tu abang boleh tahu apa sayang buat kat kalau masuk bilik abang.Itulah..masa
orang offer nak tidur sebilik tak nak,jual mahal.Tapi tahu pulak cemburu bila
kita keluar dengan perempuan lain.”Tokoknya.
“Siapa yang cari pasal dulu?Siapa yang tipu siapa?”Balasku tidak mahu
kalah.
“Okey..okey,abang yang salah.Abang minta maaf..abang janji lepas ni abang
tak ulang lagi.Perempuan yang sayang tengok hari tu kawan baik si Muni tu.”
Tak menunggu lama,aku tampar-tampar bahunya.Owh,patutlah si Muni tu
tiba-tiba ajak aku lunch kat luar,rupa-rupanya ada agenda ya!
“Cuba cakap apa lagi yang awak sembunyikan dari pengetahuan Nad?Cepat
cakap!!!”Aku mula hendak naik angin.Terasa dikhianati apabila banyak yang
berlaku di luar pengetahuanku.
“Okey,I start from the beginning!Abang jatuh cinta dengan sayang waktu
sayang tenangkan seorang mak cik yang jadi mangsa rahut.Masa tu abang antara
saksi yang nampak kejadian tu.Sayang look so care.Hati abang dah mula ada
bunga-bunga cinta.Perasaan tu makin kuat bila papa cadangkan sayang sebagai
calon menantu.Tapi abang tolak pertolongan papa nak terus masuk meminang sayang
sebab abang nak kenal sayang dengan cara abang sendiri.Everytime I hurt you
with my word,jantung abang macam bunga api.”
Suasan hening seketika,aku cuba mengulang tayang peristiwa-peristiwa yang
dikatakannya dalam ingatanku.
“Abang yakin yang sayang juga ada perasaan yang sama pada abang bila
sayang macam kaku nak jawab soalan jodoh yang abang tanyakan.Sebenarnya,lain
yang abang nak tanya..lain yang keluar dari mulut ni.”Riak wajahnya bagaikan
menyesali apa yang telah berlaku.
“Bila pulak Nad cakap Nad sayang abang!Perasan!”ujarku seraya meninggalkan
dia yang masih terkebil-kebil memandangku.
***
Aku tatap wajah serius di
depanku.Apa yang tidak kena denganku hari ini?Tersalah paka baju ke?Atau lauk
yang aku masak ni tak sedap?
“Abang ni kenapa?Macam ayam
berak kicap je?”USikku.Cuba menghidupkan suasana.
Dia masih diam tidak
berkutik.Sejurus kemudian dia bangun membawa pinggan ke singki.Mujur habis nasi
yang dimakan.Tapi dalam hatiku,gusar kian terasa.Apa yang tidak kena dengannya
kini?
Usai mengemas meja makan,aku
mencari kelibatnya.Kelihatan dia sedang membaca buku yang memang aku tak pernah
ambil tahu sambil berbaring.
Aku merapatinya di sisi
katil.Langsung tidak diendahkannya aku yang sedang tersengih-sengih umpama
kerang busuk.Tak apa,kau tunggu yaa..
Jam sudah menunjukkan pukul
11 malam.Dia masih lagi diam seribu bahasa.Aku memulakan rancanganku.Baju tidur
yang paling seksi yang kami beli ketika berbulan madu di Paris bulan lepas aku
pakai.Kita tengok siapa yang kena!
Sengaja aku gemalaikan
langkahku menyisir rambut dihadapan cermin.Tanganku lemah-lemah aku usap tubuh
untuk menyapu losen.Aku perasan kerlingan matanya padaku.Hah!Kita tengok siapa
yang terkam siapa.Geram pulak bila aku di tunggulkan sesuka hatinya.
Penantianku makin ke
penghujung,dia tida menunjukkan sebarang reaksi.Hish!Tak boleh jadi ni.
Aku merapat ke
katil.Berbaring di sebelahnya tanpa menarik selimut.Berharap wangian aku sembur
tadi terbau-bau ke hidungnya.Setelah kepalaku rapat ke bantal,pantas aku
pejamkan mata.Menanti apa yang bakal berlaku.
Akhirnya penantianku
terjawab apabila aku merasa gerakan disisiku.NAmun hampa apabila,aku hanya
merasakan tubuhku diselimut kemas.Yang pastinya aku dapat merasakan dia sekadar
berbaring di sebelahku.Dan seketika,aku merasakan ruang kamar kami gelap.
Entah mengapa,hatiku
tiba-tiba dilanda sebak.Apakah bahagia yang aku dapat ini hanya seketika.Sampai
hati abang buat Nad macam ni.Tiba-tiba air mataku mengalir.Kain lama kian esak
tangisanku.
Ya Allah,mengapa begini
jadinya?Kalau ada silap dan salah katakanlah padaku,jangan hukumku dengan
kebisuan yang menyeksa ini.
Tiba-tiba terasa ada usapan
dimataku.
“Kenapa menangis ni
sayang?”LEmbut suaranya memecah pendengaranku.Ah,untuk apa suara itu memujukku
lagi?
“Kenapa abang peduli?”
“Nadhirah…”
“Abang memang suka buat Nad
macam ni kan?Apa abang ingat abang diam Nad pun akan diam ke?”
“Sayang…”
“Apa sayang-sayang?”MArahku.
“Nad ni kenapa?Dia yang
nangis nak marah-marah orang pulak!”Tegas suaranya.
Hatiku di pagut pilu.Aku
bangkit.Dia turut bangkit.Dalam gelap dia tarik aku dalam pelukannya.Aku tolak.
“Kenapa peluk-peluk orang
pulak?Dah lah diam memanjang.Abang cuba beritahu apa yang abang tak puas hati
sekarang?Cakap dengan Nad!”Aku mula memberontak.
“Abang…abang…”
“Abang..abang…abang..dah macam Mamat Khalid tahu tak!”Selaku.
“Sayang…I love you..”Ucapnya
tiba-tiba.Aku diterpa hairan.
“Nad tahu.”Balasku pendek.
Dia kembali berbaring
kemudiannya.
Eh,datang bulan ke apa orang tua ni?
“Syed Muzammil,please tell me the truth!Kenapa tiba-tiba diam?”
“Dahlah,tidur lagi baik.”
Ahai,marah
bunyinya.Hish…merajuk ke?
“Abang ni kenapa?Elok-elok dok Ilove you,terus diam.”
“Sayanglah..”
“Apa pulak kene mengena dengan Nad?”
“Nad tak pernah cakap pun
yang Nad sayangka abang…”Rungutnya tiba-tiba.
Aku bagaikan
digeletek.Keluar ketawaku lewat malam itu.
“Jadi abang touching la bila
sayang tak balas ucapan tu?”
Dia kembali duduk
sepertiku.Aku capai tangannya aku kucup penuh syahdu.Mengharapkan ciuman itu
akan menghantar nadi-nadi kasih sayangku padanya.
“Tak perlu ucapan yang
panjang-panjang,mahupun the shorted one for me to tell you that I really love
you.Selagi Allah izinkan Nad bernafas,selagi itulah cinta Nad sentiasa untuk
abang.Nad bukanlah sekuat Juliet mempertahankan cintanya pada Romeo dengan
kematian,bukan juga Laila yang sanggup mati bersama Majnun.Tapi Nad cuba
menjadi seperti Hawa yang datangnya dari rusuk Adam,bukan di kepala untuk abang
junjung,bukan dari kaki untuk abang jadikan alas,tapi dekat dihati abang untuk
Nad dicintai oleh abang..”Sungguh ucapan itu lahir dari hati aku yang suci
murni ini.
Dengan tak semena aku berada
dalam dakapannya.
“Thanks sayang…lepas ni
abang takkan ungkit lagi..”Tuturnya seraya mengeratkan lagi dakapannya,dan aku
faham renungan dan bisikan yang dibisikkan di telingaku.Akhirnya malam berlalu
bersama rahsianya yang tersendiri.
***
Kadangkala kita terlalu
sibuk memikirkan cara untuk membenci orang lain sedangkan kita seharusnya
saling kasih mengasihi kerana lumrah manusia adalah saling berkasih
sayang.Semakin kuat aku cuba menafikan perasaan aku pada dia,makin Allah
limpahkan perasaan itu dalam hatiku.Sejauh mana aku mampu berlari untuk menafi
realiti.Jodoh aku masih kuat dengan dia.
Tamat sudah penantianku
selama 28 tahun menunggu Syed Muzammil menyunting aku sebagai ratu dihatinya.
Bernarlah kata orang,cinta
itu hadir setelah kebencian.Makin banyak aku huraikan tentang cinta,makin
keliru korang dibuatnya dak?Apa pun yang berlaku,aku masih isteri kepada Syed
Muzammil.
Ceritaku telah lengkap
dengan kehadiran cahaya hati aku dan dia,Syed Muzaffar.Permata bonda dan
papa.Hadirnya membawa rahmat dalam rumahtanggaku.
Bercintalah,kerana cinta itu
kasih sayang,jauhilah benci dan ragu,kerana itu racun dendam dan
sengketa.Sesungguhnya takdir Allah itu lebih indah dari andaian kita.
*********************
Blok B3 4.18,1043 pm.
Alhamdulillah.Dalam kesibukan
menanti final,aku mampu mencoretkan bingkisan tak seberapa ini.Cerpen yang
mengambil masa paling pendek,seminggu.Entah dari mana idea mencurah-curah
datang,dan inilah hasilnya.Akhir kata,nikmatilah CINTA J
Cinta itu
lumrah,benci itu adat…bila kedua-duanya bersatu,siapa yang akan menang ?
Tepuk dada
tanyalah tuan hati,Siapa yang menjadi dambaan,dan siapa yang menjadi igauan…
Akhir madah,BENCI
itu CINTA,GADUH itu RINDU ;D