Tuesday, January 22, 2013

Cheritera 21

Assalamualaikum.

21 tahun..
Alhamdulillah..sedar tak sedar aku dah pun menjengah angka 21 tahun tepat 15 Januari 2013 yang lalu..
Dah lame kan?
AAK ?
Bukanlah aku nak story pasal aku kena prank ke ape ke..just nak sharing dengan pengunjung-pengunjung sekalian..
*bajet macam beribu-riban yang mai baca..AAK ?

Pertama kalinya,aku tak tahu nak luah betapa bersyukurnya aku kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menjalani hidup sebagai manusia selama 21 tahun...Rasa macam dah tua*kuang-kuang..
21 tahun,bukan satu tempoh yang pendek.Orang kata kalau impun duit mesti dah juta-juta kan ?
Dalam pada aku riang gembira menjadi 21 tahun,rupa-rupanya ada banyak yang aku tak tahu.Bertambah usia bukan pada keseronokan menyambut dengan kek dan hadiah semata..banyak yang terselit di celah-celah rasa ulang tahun tu..
21 tahun...aku dibesarkan dan dipelihara penuh kasih dan sayang yang tak terperi oleh kedua ibu bapa yang sentiasa berada di belakang..menghulur kekuatan kala aku lemah berdiri...
Mak..sembilan bulan berteduh di dalam rahimmu..
Mendidik aku mengenal erti kehidupan...
Membawa aku jauh meneroka dunia ini..
Tuhan..rahmatilah dia.sesungguhnya tanpa belas kasihnya mengandungkan diri ini,tidak dapat ku melihat indahnya dunia ini..

Duhai ayah..
Yang bersusah payah membanting tulang mengerah tenaga demi menyediakan apa yang kurang,
Melimpahkan apa yang lebih..
Tuhan..kau berilah kebahgiaan buat insan-insan ini...
Sesungguhnya tidak ku tahu nilai jasa mereka mendewasakan diri ini..
Dan aku tahu takkan cukup usia ini membalas jasa mereka..

Tak lupa kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kala rebah aku menyembah bumi..Thanks for everything!




*Ini gambar kawan kite,besday die sehari lepas besday kita..huhuhuhu..we oull share kek ni taw.. Thankss Munn.sayang awak ketat-ketat , sendat-sendat !

Saturday, January 19, 2013

Dewasa

Assalamualaikum...

Entah mengapa malam ni aku terasa nak update something dalam belog aku ni..
Selalunya tak pernah rasa excited macam ni pun..
Maybe sebab terlalu bosan memikirkan apa yang patut aku lakukan apabila berseorangan begini..

Lewat malam ni *daa nak subuh dooo,sunyi-sunyi begini rasa nak menaip sesuatu yang aku rasa naakkk sangat kongsi dengan pengunjung belog aku ni haaa..

DEWASA...
Apa yang kita faham dengan dewasa?
Dah boleh buat keputusan sendiri?
Dah tahu nilai baik dan buruk?
Dah boleh halang orang lain dari mempersoalkan prinsip kita?

Okeyy laa..sejujurnya untuk aku bicarakan isu ni semudah dan setepat yang boleh tu..memang mustahillahkan?
Tapi..apa pun..sebagai manusia yang sedang menuju alam dewasa aku tidak lepas dari melalui fasa-fasa kematangan.Tapi itu bukan alasan untuk aku mengatakan aku telah cukup dewasa.Aku mengaku aku sendiri belum cukup mampu berdiri di atas kaki sendiri..
Seperti mana yang aku dah katakan taadi,kita akan melalui fasa-fasa untuk mendewasakan kita.Aku sendiri cuba untuk faham erti dewasa sebenar-benarnya.
Contoh yang paling senang aku bagi laa kan..PERGAULAN.
Aku bukanlah terlalu dewasa untuk sewenangnya bergaul dengan sesiapa saja yang aku mahukan,tapi bukanlah itu penghalan untuk aku berkawan atau berkenalan dengan sesiapa saja..bagi aku mudah aje berkawan ni..
I know you,you know me...
I understand you,you understand me..
I respect you,you respect me..
Macam win-win situation laaa,actually apa yang aku nak sampaikan disini,sampai ke hari ini aku masih belum faham kenapa berlakunya pergaulan secara berpuak-puak?
Seriously aku pelik plus hairan!Aku tak maksudkan sesiapa disini,cuma aku terfikir..apa salah dan silap aku pada orang lain sampai apa yang aku buat sering dipertikaikan,dah tu,ada yang memandang diri aku bagai akulah punca setiap masalah yang mereka alami..Seriously aku tak faham.Kenapa mesti wujud JURANG PERBEZAAN antara aku dengan orang lain.Adakah aku ni spesies dari planet lain?Atau kerana penampilan aku yang seratus peratus selekeh?Atau jerawat yang membanjiri seluruh wajah aku?
Entahlah,wajarkah aku menyalahkan takdir kerana diberikan wajah sebegini?Kadangkala aku sedih...bukan kerana mereka yang tidak sudi bertemankan diriku,tetapi insan-insan yang menerima tempiasku.
Rasa rendah diri dan terkilan tidak pernah reda dalam dada ini...Aku sendiri tak faham...

Alhamdulillah,Allah itu Maha KAYA lagi ADIL...
Apabila dia berikan sesuatu itu pasti ada alasannya...Aku terima apa yang berlaku sebagai fasa-fasa mendewasakan diri.Bukan mudah untuk aku terima,cuba bayangkan apabila suara dan pendapat kita tak pernah dihiraukan?Bukan niat aku hendak menyindir,tapi inilah realiti yang sering aku alami...Aku bukan buta untuk menilai layanan orang lain pada aku.Pandangan BENCI,MENYAMPAH,SINIS...dan pandangan SUKA,SAYANG..
Sejujurnya aku bukanlah manusia yang dipenuhi sifat sempurna kerana aku hanyalah manusia yang lemah,hidup berdasarkan belas kasihanNya.
Kadangkala aku senyum dalam tangisan,ketawa dalam sendu..sebak di dada hanya Tuhan yang tahu.Bukan aku menagih simpati,sekadar sedikit perhatian.
Teringat pulak pada bicara seorang teman pada aku..
"Awat nak di kisahkan depa?Bukan depa yang tentukan apa yang hang patut dapat dalam dunia ni?"

Yeah!That's true..tapi hati saya sensitip awop...Saya ni lembut orangnya walaupun pada hakikanya akulah perempuan paling ROCK huhuhuhu...

Bukan mudah untuk aku tuturkan apa yang terbuku didada,walau tumpah air mata dipipi ini,takkan mampu menceritakan sakit di dalam hati.I'm just a simple gurl.Tak mengharapkan berkilo-kilo pujian dari anda-anda semua,sekadar sedikit senyuman yang ikhlas untuk mewarnai hati saya....

Apa pun aku cuba motivasikan diri..memperbaiki diri yang sememangnya dicipta tidak sempurna,melangkah menjadi dewasa.

#Akhir kata,selamat menjadi dewasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...