Sunday, December 16, 2012

DISEMBER Story

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak berceloteh panjang-panjang dalam blog ni.Selalu saja diburu rasa bosan dan tak ada idea untuk menaip lampiran yang berjela-jela ni.Apa pun..sebelum 2012 berakhir,hendaklah jugak aku menarikan jemari aku menaip bait-bait kisah yang terjadi pada aku secara keseluruhan sepanjang tahun ini.


2012 memberikan banyak kenangan untuk aku kenang hingga akhir hayat.Salah satunya 3 orang sepupu aku bakal menamatkan zaman bujang dimana 2 orang telah selamat berumah tangga.Seorang lagi masih menanti hari bersejarah beliau.Apa pun,aku doakan semoga perkahwinan diorang sampai ke akhir hayat,Jika diizinkan Allah sampai ke syurga.Amin.

Dalam melayari hari-hari menjadi khalifah di muka bumi Allah ini,aku bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa tidak lokek mewarnai hari-hari aku.Salah seorang kawan baik aku telah bertukar ke poli lain,so tiada lagilah tempat untuk aku tempiaskan leteran aku ni.Aku hanya mampu mendoakan dia dari jauh.Semoga di permudhakan segala urusan.Aku sayang hang!
*air mata dah meleleh ni.

Okey laa, tu antara perkara yang membahagiakan aku dan menyedihkan aku.Untuk pengetahuan hampa,aku dah nak masuk semester 6.Sedar tak sedar,dah tiga tahun aku menimba ilmu di bumi Pauh ini.Dan tak lama lagi aku jugak akan meninggalkan bumi Perlis ini dengan segulung DIPLOMA hendaknya.Amin...
Apa pun,semester 5 lalu banyak mengajar aku tentang kehidupan.Sedikit-sebanyak ia mematangkan aku.Dalam meniti perjalanan menuju abadi.

Banyak yang hendak aku coretkan dalam entry ni,tapi masa macam tak bagi je...hehe...okeylah sebelum kita tamat kat sini..aku nak sangant hampa semua doakan aku dapat sambung ijazah bulan 9 ni...pless pless pless
*buat muka innoncent!

And,last but not least..sampai sekarang aku tak percaya aku dapat A- dalam math kejut 4.
Sepanjang 5 sem,ini yang pertama tau...memanglah pada hampa macma poyo je kan?Tapi,bagi aku budak yang lemah dalam math,memang nikmat tak terkata laa...Apa pun doakan yang terbaik untuk aku semester 6 ni tau.Tak mau ada paper sangkut!
Sekian,wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...