Wednesday, April 25, 2012

Cinta Di hati Aisya



Cerpen kedua dari saya...



 Aisya meletakkan beg pakaiannya di pintu.Jemarinya menekan loceng beberapa kali sehinggalah seorang pengawal datang membukakan pagar untuknya.Lelaki hampir 60 an itu tersenyum kepadanya.Aisya membalasnya.
“Cik...Aisya?”Soal lelaki itu.
“Ya saya pakcik.Tan Sri ada kat dalam?”Balas Aisya.Laju kakinya beriringan dengan pengawal itu menyusuri halaman rumah banglo yang sedia luas itu.
Kedatangannya hari ini demi menunaikan amat arwah kedua ibubapanya.Ya,sebagai anak dia harus melunasi janjinya.Membuat bakti kepada TanSri Yunus.Orang tua itu telah banyak menabur jasa kepada keluarganya.Sejak kecil lagi,ibu tidak pernah lupa untuk berpesan.
“Aisya,besar nanti jangan lupa tau...balas jasa Tan Sri.Diorang dah banyak tabur budi pada keluarga kita.”
‘Ibu,hari ni Aisya datang untuk balas jasa diorang bu.’Desis hati kecilnya.
Dari pintu masuk,terpacak wajah lelaki yang semakin dimamah usia.Tan Sri Yunus.Dicapai tangan lelaki tua itu dan dicium penuh hormat.
“Kenapa tak cakap dah sampai?Boleh Atuk suruh Pak Syed jemput.”Tegur Tan Sri Yunus.Aisya menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas buat lelaki yang menggelarkannya atuk itu.
“Tak payah susah-susah atuk.Aisya tahu jalan kemari.Lagipun..saja tadi nak tengok pemandangan Kuala Lumpur.”Ujar Aisya.
“Kalau macam tu...jom..kita masuk,Mak Timah dah siapkan makan tengah hari.Lepas makan Aisya rehat-rehat dulu.”Tan Sri Yunus memberi arahan.
Beriringan mereka masuk kedalam rumah.Banglo yang luas ini pernah menjadi kediamannya ketika arwah ibu dan bapanya masih ada,sedikit sebanyak menyaksikan kedewasaannya.

Armand meneguk lagi air kencing syaitan itu.Muzik yang berirama sentimental itu dihayati dengan anggukan kepala.Gadis yang sedari tadi disisinya sesekali menarikan jemarinya didada bidang Armand.Bukan senang untuk mendekati pemuda kacukan Belanda-Melayu ini.Jadi,sesiapa yang mendapat peluang pasti tidak akan dilepaskan.
“Sayang..malam ni you hantar I balik ya?”Manja suara gadis yang dikenali sebagai Erina itu menembusi pendengaran Armand.
Lelaki itu sudah separa mabuk.Apa yang dikatakan padanya hanya di jawab dengan anggukan.Menguntum senyuman dibibir gadis itu.Peluang yang datang tidak disiakan,sudah lama dia ingin berdampingan dengan pemuda ini.
Bukan kerana harta atau kedudukan keluarganya yang kaya,tapi dia benar-benar sudah mencintai Armand.Keluarganya sendiri sudah cukup makan pakai,papanya salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di bandar metropolitan ini.
“Sayang...jom menari”Pelawa Erina,Armand hanya menurut setelah tangannya ditarik oleh Erina.
Dan manusia yang sesungguhnya di dalam kerugian itu terus menarikan rentak badan dengan irama lagu yang berkumandang tanpa mempedulikan malam yang kian merangkak ke pagi.Tanpa peduli hukumnya lelaki dan perempuan.

Aisya meletakkan fail yang baru didapatinya daripada setiausaha Tan Sri Yunus.Otaknya padat dengan isi fail tersebut.Bebanan makin menekan dirinya.Sesekali jemari mengurut batang hidungnya.
Keriukkan pintu ditolak dari luar mengganggu konsentrasinya.Kepala didongakkan.Wajah Armand,lelaki bongkak itu merangkap musuh sejak kecil terjengul.
“Kalau nak bodek atuk sekalipun....tak perlulah buat orang tua tu risau kau tak keluar makan.”sinis suara Armand menjengah telinga Aisya.
Aisya menepuk dahinya.Terlupa pula janji untuk makan tengah hari dengan Tan Sri Yunus.Pantas ditutup fail tadi,tangannya mencapai beg tangan yang terletak dibawah meja.
Armand masih membatukan diri di pintu menghalang laluannya.

“Excuse me...”ujar Aisya.
“Owhhh..dah pandai speaking...eh lupa pulakkan..atuk dah hantar kau belajar.Hurm,berbaloi jugaklah kan atuk habiskan duit sekolahkan kau...sekurang-kurangnya boleh speaking dengan aku yang...”
“Stop it,saya nak keluar makan dengan atuk,so...”Potong Aisya.
Aisya tahu tiada gunanya terus bertegang urat dengan lelaki seperti Armand yang tidak pernah sebulu dengannya sedari kecil.Ada sahaja yang tidak kena dengannya.Aisya dengan selambanya merempuh tubuh Armand yang menghalang laluannya.Beraduh lelaki itu.
“Eh,kau ni apahal..main langgar-langgar pulak.”Ujar Armand seraya beriringan berjalan dengan Aisya.
“Padan muka,siapa suruh halang jalan.”Balas Aisya lalu mempercepatkan langkahnya.Pasti Tan Sri Yunus sudah menunggu lama.Kalau terus dilayan sikap dingin Armand,pasti sampai ke esok tidak sudah.

“Man,atuk tak tahu dah berapa kali atuk cakap.Tolonglah tinggalkan tabiat buruk kamu tu.Tahu tak setitik air haram tu masuk kebadan kamu,40 hari amalan kamu tu Tuhan tak terima.Taubatlah cu...”Suara Tan Sri Yunus umpama angin yang berdesir lalu di anak telinga Armand.Ketika itu Armand sedang mengenakan kasut untuk keluar.
“Atuk,rilek laa,nanti bila sampai masanya...Man stop laa,atuk ni bising pulak”Balasnya lalu meluru ke keretanya,dia sudah lambat untuk menjemput Syarina,model dari Melaka yang baru dikenalinya semalam.
Tan Sri Yunus hanya mampu melepaskan keluhan.Termenung orang tua itu dimuka pintu.Ingatannya kembali ke 26 tahun lalu.Anaknya,Zarina pulang dengan seorang lelaki mualaf warga belanda dan seorang bayi comel.Rasa gembira dan marah bercampur baur,anak yang tidak pulang hampir 5 tahun kini kembali bersama dengan seorang suami.
Dia cuba menerima kehadiran lelaki belanda itu didalam keluarganya,tidak kurang rakan seperniagaan yang mengutuknya...murtadlah,tidak memartabatkan bangsa melayulah..ini semua gara-gara anaknya menikahi warga asing.Paling memilukan anak dan menantunya kemalangan ketika pulang daripada bercuti di Pahang,hanya cucunya sahaja yang selamat.Armand Jericho,raut wajah pemuda itu bermain di tubir mata Tan Sri Yunus.

Aisya sedang menyusun pakaian yang selesai dilipatnya.Kemas disusun didalam almari.Tersadai di atas katil empuk itu.Matanya merenung siling.Terngiang-ngiang ujaran Tan Sri yunus ketika dia sedang minum petang bersama orang tua itu.
“Atuk tak minta Aisya balas budi baik atuk dengan harta..tapi atuk minta sangat...Aisya terima Armand sebagai suami.Bimbing dia ke jalan yang lurus.”Lancar Tan Sri meluahkan hasrat hatinya.
Wajah tua itu direnung.Penuh harapan yang terlakar di wajah redup itu menyulurkan rasa tidak sanggup untuk mengatakan tidak.
“Atuk...Aisya..tak rasa kami boleh bersama.Kami macam langit dah bumi.Takkan boleh bersatu.Aisya takot lain jadinya atuk..”Aisya mengeluh perlahan.Rasa simpati dan terhutang budi bertimpa-timpa,patutkah dia menerima Armand yang hatinya sedingin ais.Mampukah dia leburkan pertelingkahan antara mereka.
“Atuk tahu...tapi atuk ada cara untuk buat dia terima Aisya...”Tan Sri Yunus memberi cadangan.
Aisya tahu,sekalipun Tan Sri memberikan beribu sebab untuk mereka disatukan,pasti Armand akan membuat tanggapannya sendiri..
“Atuk,beri Aisya masa untuk Aisya beri jawapan untuk semua ni.”Cukup dengan ayat itu untuk meletakkan Aisya dalam kekeliruan.
Kejamkah dia jika menolak lamaran Tan Sri Yunus,tapi apa alasan yang munasabah untuk Aisya menolaknya.
Aisya kembali di alam realiti,Tuhan..aku di persimpangan..berilah aku kemudahan untuk harungi kemelut ini.Istikharah,ya hanya Dia yang mempunyai petunjuk untuknya.Tuhan,permudahkan jalan buatnya.

Armand menghempas kasar fail di atas meja Aisya.Tersentak gadis itu.Mahu tercabut jantungnya dek dentuman fail itu.Aisya memandang raut wajah Armand yang membahang.
“Apa ni?Tak reti bagi salam ke?Main redah sesuka hati kau je!”Keras suara Aisya.
“Kau tak payah tunjuk baik kat sinilah.Kau ingat aku tak tahu kau gula-gulakan atuk aku tu suruh kahwin dengan kaukan?Huh..dasar perempuan pungut macam kau ni..kau ingat boleh tawan aku.”Armand bersuara kemudian ketawa.
Aisya memandang tepat ke anak mata Armand,lelaki itu memang tidak pernah sayang mulutnya ketika berbicara.Aisya pasti,jawapan yang telah diberikan kepada Tan Sri Yunus pagi tadi yang membawa Armand ke biliknya hari ini.Dada Aisya turun naik menahan amarah.Jika di ikut rasa marah yang terbuku,mahu di tamparnya pipi Armand,biar berdarah.
“Kau..kalau bercakap tu ada adab sikit boleh?Sini pejabat,bukan medan lepaskan marah”Aisaya masih menahan kemarahan dihatinya.Berkali-kali dia beristighfar di dalam hati.
Aisya nekad,menggalas hasrat Tan Sri Yunus membentuk Armand agar kembali dijalan-Nya.Dia pasrah apa pun bakal menggamit perjalanannya nanti.
“Huh!Kau jangan ingat aku akan ikut jejak langkah atuk aku tu,yang tunduk dengan perintah kau.Ini Armandlah....kau belum kenal aku siapa Aisya.Kau tunggu nasib kau nanti.Nak sangat jadi bini aku...Kau tunggulah.”Armand berlalu pergi,pintu bilik Aisya dihempas kuat.
Seluruh isi pejabat memandang dengan wajah yang terpinga-pinga.

Aisya duduk didalam buaian yang tergantung di balkoni biliknya.Berjeda sendirian akan nasib diri yang entah bagaimana.Mampukah dia merubah Armand.Kuatkah dia untuk menghadapi semua ini.Bukan dia buta untukmenilai sejauh mana kesungguhan Armand menerima perkahwinan ini.
Malu dibuatnya ketika mencuba baju dibutik pengantin petang tadi,mujur kehadiran Tan Sri Yunus sedikit sebanyak melenturkan kedinginan layanan Armand terhadapnya.Ketika perunding perkahwinan menanyakan warna apa yang menjadi tema perkahwinan mereka,kata-kata pedas Armand terngiang-ngiang lagi.
“Akak pilihlah warna apa yang akak rasa sesuai,yang saya tahu bukan warna kegemaran perempuan tak tahu malu ni.”
Tuhan,saat itu mahu saja Aisya membenamkan wajahnya sedalamnya.Apa tidak layakkah dirinya untuk bergandingan dengan Armand.
Apakah kerana dia hanya yatim piatu,sebatang kara,datang dari keluarga yang miskin,dia tidak sepadan untuk berdiri sama tinggi dengan Armand?
Kuakan pintu mematikan lamunan Aisya,dicapainya tuala kecil yang tergantung di bahunya lalu ditutup rambut yang sedari tadi terdedah.Wajah tua Tan Sri Yunus yang berpakaian baju melayu melatari pemandangannya.
“Ada apa atuk?”
“Tak ada apa-apa...Cuma atuk nak beritahu Aisya,esok atuk kena pergi Johor.”
“Berapa hari?”
“Esok pagi atuk pergi,malam atuk dah balik KL la...kenapa ?Aisya nak ikut?”Usik Tan Sri Yunus.
Aisya tersenyum.”Taklah,just nak tahu aje.Atuk jaga diri tau,jangan lupa makan ubat ikut waktu.”Pesan Aisya.
“Aisya,atuk pergi sehari tak sampai...jangan risaulah.”Tan Sri tersenyum dengan ulasan Aisya.
“Okeylah,atuk nak masuk tidur ni,Aisya pun tidurlah.”Ujar Tan Sri Yunus seraya menutup pintu bilik Aisya.Gadis itu hanya mampu mengukir senyuman.


Malam semakin merangkak ke pagi,Aisya masih setia menanti kepulangan Tan Sri Yunus.Dia sudah dimaklumkan akan kepulangannya sejam tadi.Rasa risau menjengah kalbunya.Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi,Armand belum pulang lagi sejak keluar usai maghrib tadi.Pelbagai perasaan bermain dibenaknya.Dia kesana kemari tanpa tujuan.Kedengaran deruan enjin kereta menjengah ke halaman rumah menggamit Aisya keluar.Kelibat Armand yang terhuyung-hayang dipapah seorang perempuan menjerut perasaannya.
Bau minuman haram itu semerbak menusuk ke deria baunya.
“You...tolong bawak dia masuk dalam rumah,I tak larat lah..”Suruh gadis yang berpakaian agak tidak cukup kain bagi Aisya.
Aisya turut memapah Armand hinggalah ke biliknya.Gadis yang menghantarnya itu meminta diri setelah membaringkan Armand di atas katil.Suara Armand yang kadang kuat,kadang perlahan kedengaran.Maklumlah orang sudah mabuk,akalnya sudah tidak dapat berfungsi dengan baik.

Belum sempat Aisya melangkah keluar dari kamar Armand,tubuhnya dirangkul dari belakang.Aisya kaget.
“Leen,you nak pergi mana?Malam masih muda....jomlah kita enjoyy...”Aramand berkata seraya tangannya memeluk kuat tubuh Aisya.Aisya terasa mahu menjerit kala itu.Tubuh Armand ditolak sekuat dayanya,bau arak yang menusuk ke rongga hidung sudah tidak dihiraukan.Hatinya beristighfar berkali-kali memohon pertolongan dari Allah.
“Lepaskan aku!Aku bukan Leen.”Jerit Aisya.
Armand hanya ketawa,biliknya dikunci dari dalam,perbuatannya yang dalam sedar dan tidak itu menakutkan Aisya.Aisya cuba melarikan diri,namun bilik yang menempatkan wardrobe,kamar mandi dan katil King itu cukup kecil untuknya melarikan diri.Armand seperti manusia hilang akal pedoman.Tubuh Aisya ditarik dan dihempaskan ke katil.Nafsu jantannya dan bisikan syaitan merajai hati.Dalam tangisan dan jeritan,Aisya rebah dalam paksa.Tangisan Aisya makin meliarkan tindakan Armand.Malam yang kian merangkak pagi itu terasa begitu neraka bagi Aisya.

Tan Sri Yunus masuk kedalam rumah dengan seribu debaran,pintu utama tidak berkunci.Hatinya berkocak sejuta rasa.Risau sekiranya berlaku apa-apa kepada Aisya.Dia tahu Armand tidak boleh diharapkan kerana pasti sekarang dia masih berfoya-foya diluar.
Hatinya kembali tenang melihatkan keadaan rumah yang tidak mencurigakan.Mungkin Aisya lupa untuk kunci agaknya.
Ketika melintasi kamar Armand yang berhampiran dengan kamarnya telinga tuanya menangkap bunyi tangisan.Dahinya berkerut.Tangannya pantas memulas tombol pintu kamar Armand,berkunci.Lalu diseluk sakunya yang tersedia kunci pendua bagi setiap bilik.
Bagai mahu tercabut jantungnya melihat keadaan Aisya yang sangat mengaibkan.Gadis itu hanya diselimuti pakaian yang rabak,terperuk di bucu katil.Terhinjut-hinjut menangis.Matanya tertancap jasad Armand yang berselimut di atas katil.
“Cucu tak guna!”Jerkah Tan Sri Yunus seraya mencapai tali pinggang Armand yang tergulung di hujung kakinya,dilibas laju ke tubuh muda itu dengan amarah yang sangat menggunung.
Armand yang sedang lena dan separa mabuk menggelupur menahan sakit.Pedih.Badannya yang putih melepak itu berbirat dengan kesan merah.


“Apa pun yang jadi...tarikh pernikahan kamu mesti diawalkan.Bersanding tu ikut tarikh yang ditetapkan.”Tan Sri memutuskan keputusannya.
Aisya tidak beriak.Armand yang sedari tadi seperti lembu dicucuk hidung,dia tahu dia sudah tiada sebarang hujah untuk membangkang keputusan Tan Sri Yunus.
“Atuk kecewa dengan kau Man..Atuk kecewa.”Luah Tan Sri Yunus.Matanya mula bergenang dengan air mata.
“Atuk...Man..”Armand cuba bersuara,namun kata-katanya tersekat disitu.Aisya seolah jijik dengan Armand.Tragedi semalam seakan terlayar diingatannya.Mahkota yang selama ini di jaga telah ternoda,oleh bakal suaminya sendiri.Hinanya diri terasa.
“Atuk,atuk buatlah apa pun keputusannya..Aisya ikut aje.Assalamualaikum.”Perlahan Aisya bersuara lalu kembali ke kamarnya.Melepaskan sendu dihati.Armand memandang sinis.
‘Nak tagih simpati atuk aku lah tu,hishh entah apalah bodoh sangat aku ni...terogol perempuan tak tahu diuntung tu..mesti dia yang plan ni.’Gumam hati Armand.Namun bibirnya terukir senyuman apabila terkenangkan tubuh Aisya yang telah dijelajahnya semalam.
Tan Sri Yunus meraup wajahnya.Kepalanya yang memutih dengan uban picit-picit perlahan.Sesak kepalanya memikirkan sikap Armand yang kaki botol,kaki perempuan..Dari siapalah dia warisi sikap buruk itu,mungkin arwah menantunya?Dia beristighfar laju,orang yang telah tiada tidak baik diungkit kisah hidupnya.
“Atuk,Man nak keluar,nanti malam Man balik”Ujar Armand seraya keluar menuju ke kereta.Tidak dipeduli apa yang sudah berlaku.Itulah Armand Jericho..Tan Sri Yunus hanya mampu menggelengkan kepalanya.Akankah terjadi satu kesilapan sekiranya dia nikahkan mereka berdua.Namun,segalanya sudah terjadi,tidak dapat tidak.Aisya dan Armand mesti disatukan.



Aisya membersihkan diri,hampir seharian melayani tetamu yang datang,penat menjengah tubuhnya.Terasa segar tatkala air dingin meleleh ditubuhnya.Usai mandi dan menunaikan  kewajipannya,Aisya merebahkan tubuh diatas katil.Termenung seketika.Hari ini dia telah diijabkabulkan.Menjadi isteri kepada Armand.Mengingatkan itu,dimana suaminya sekarang.Sejak usai majlis akad nikah tadi,kelibatnya tidak kelihatan lagi.

Ketika Armand melangkah kedalam kamar Aisya,isterinya sedang mengelamun.Huh!Berangan jadi jutawanlah tu.
“Hei,kau dengar sini perempuan.Aku takkan ulang lagi apa yang aku cakap ni.So,aku nak kau fahamkan sampai ke tulang hitam kau tu.”
Aisya yang sedang berbaring terduduk.Salam tidak,ketuk pun tidak,suaminya memberi amaran padanya.Tidak siumankah?Aisya hanya memandang wajah Armand kosong.Apakah dunia nerakanya bakal bermula.
“Aku tak nak kau mengadu kat orang tua kat luar tu,apa-apa saja yang berlaku antara kita.Aku tak nak dia sibuk pasal kau dengan aku.Faham!”
Aisya hanya mengangguk perlahan entah kenapa dia jadi bisu untuk membalas kata-kata Armand terhadapnya.
“Satu lagi!Kalau aku nak khidmat kau kat atas katil ni,kau kena layan aku,kalau tak,kau tahulah apa aku nak buat.”Keras suara Armand menusuk tangkai pendengaran Aisya,terkedu dia diatas katil itu.
“Perempuan macam kau ni,tak layak dapat kedudukan macam isteri lain.Kau tu..dah macam pelacur tahu!”Serentak itu tubuh Aisya di tarik rakus,terjatuh di sisi katil dibuatnya.
“Kau tak layak tidur atas katil ni.Itu tempat kau!”Tunjuk Armand lalu mencampakkan sebiji bantal ke arah lantai berdekatan sofa.
Aisya mengucap perlahan.’Tuhan,inikah harga yang harus aku bayar untuk membalas jasa Atuk..Mak..ayah..kuatkah Aisya untuk hadapi semua ini.’Rintih hati Aisya.Seraya membaringkan batang tubuhnya di tempat yang telah Armand khususkan buatnya.
Armand sudah berbaring tanpa mempedulikan keadaan Aisya.Puas hatinya dapat menyakiti hati Aisya.Dia tahu wanita itu takkan mampu melawan perintahnya,bukan dia tidak dengar janji Aisya dengan atuknya semalam ketika Tan Sri masuk kebiliknya untuk memberikan set barangan kemas arwah ibunya.
“Atuk,Aisya akan cuba jadi isteri yang baik dan taat pada Armand.Aisya redha dengan apa jua yang bakal Armand aturkan untuk teraju rumah tangga kami.Aisya ikhlas atuk.”Kata-kata itu kedengaran lagi dipeluput telinganya.
‘Redha sangatkan.Kau tunggulah nasib kau perempuan.Aku akan seksa kau habis-habisan”Armand terlena dengan senyuman kemenangan ditangannya.


“Aisya pergi dengan abang!”Arah Armand dihadapan Tan Sri Yunus.Aisya tahu,suaminya hanya berlakon dihadapan Tan Sri Yunus.
“Aisya pergi dulu atuk.”Ucap Aisya seraya bersalaman dengan Tan Sri Yunus.Didalam hatinya tersimpan seribu debaran,apa yang bakal dilakukan oleh Armand.Hanya mampu berdoa.
Aisya membuntuti langkah Armand ke kereta.Lelaki i tu semakin dingin dengannya.Seminggu menjadi isteri kepada Armand,seminggu juga dia berendam air mata didalam hati.
Mentalnya didera dengan kata-kata hinaan dari Armand.Bukan tidak mahu dibalas kata-kata berupa sindiran oleh Armand,namun memikirkan Armand adalah suaminya,cuba disabarkan hati yang kian terluka.
Suasana di dalam kereta sepi,Armand tenang memandu.Tiaba-tiba Mazda R8 hitam itu berhenti di bahu jalan.Aisya memalingkan wajah menghadap Armand yang sedang mengancing giginya.
“Kau turun!”
Aisya tersentak.
“Kenapa?Lagipun office jauh lagi.”Balas Aisya tenang.
“Hei,aku cakap turun,turunlah.Apa kau tak faham bahasa melayu ke?”Seraya itu dia keluar dan membuka pintu kereta untuk Aisya.Ditarik tangan Aisya kasar tanpa sebarang rasa simpati.Terduduk Aisya di atas jalan bertar itu.Armand menglemparkan beg bimbit dan beg tangan Aisya lalu menderum laju tanpa mempedulikan Aisya yang sedang mengaduh sakit.Tapak tangan yang  tergesel diatas tar.
Sakit yang dirasai tidak sepedih luka dihatinya.Air matanya mengalir lagi.
“Ya Allah,Kau kuatkanlah hati aku ya Allah.Sesungguhnya aku hambamu yang lemah.”Rintih Aisya lalu cuba bangkit dan matanya meliar mencari kelibat teksi,setelah kelibat kereta Armand hilang dari pandangannya.

Armand ketawa sendirian,puas hatinya dapat melakukan sesuatu yang menyakitkan Aisya.Dia menang lagi.
“Padan muka kau perempuan.Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan.Ini Armandlah....”
Armand ketawa lagi.Dia pasti Aisya tidak akan memberitahu Tan Sri Yunus.’Dasar perempuan bodoh!”Ujar Armand lagi.Laju kakinya menekan pedal minyak.Dia mahu segera sampai ke pejabat,dan Atuknya pasti akan bertanya Aisya kepadanya,dan dia sudah punya alasan untuk itu.

Aisya menyapu losen badan di seluruh badannya.Rambutnya disisir rapi.Malam ini dia mengenakan gaun malam setelah yakin Armand tidak pulang malam ini.Lelaki itu telah berpesan tadi sebelum keluar,agar tidak memberitahu Tan Sri Yunus akan kepergiannya meraikan parti diluar bersama temannya.Katil itu bakal menjadi miliknya malam ini.Dia memandang raut wajahnya di cermin.
“Hodoh ke aku?”Soalnya sendirian.Matanya menatap pantulan irasnya di cermin.
“Hurrmmm,apa tak cukup lawa ke aku erk?”Aisya berjeda sendirian.Perlahan dia bangun
memperagakan tubuhnya dihadapan cermin.Gaun malam yang dikenakan malam itu agak seksi, dengan kolar yang menampakkan dadanya yang gebu.Betisnya yang halus itu terdedah hingga ke paha.Dia menari-nari sendiri.Sudah lama tidak meluangkan masa sendirian.
“Cantik jugak aku ni,boleh Si Armand tu tak tergoda dengan aku”Gelak Aisya seorang.
Tiada sudahnya memikirkan hubungan yang sememangnya tiada penghujungnya dengan Armand.
Jam sudah menunjukkan 1 pagi,Aisya masih belum terlelap.Sekejap menoleh ke kiri,sekejap ke kanan.Bermain-main dengan rantai yang tergantung dilehernya.Lama-kelamaan matanya seakan berat dan,segalanya kelam.


Armand menghempaskan tangannya ke stereng.Mulutnya memaki hamun yang bukan-bukan.Marahnya membuak-buak,apabila dia menanti hampir 3 jam dan Syamir menghantar pesanan ringkas bahawa parti malam itu dibatalkan.Dia menghidupkan enjin dan menderu pulang ke rumah.Hampir 20 minit perjalanan keretanya menyusuri perkarangan banglo datuknya.Gelap.
Dalam gelap itu dia  teraba-raba memasuki bilik Aisya.
Cahaya yang samar-samar itu tidak menenggelamkan susuk tubuh Aisya dari pandangan Armand.Dia menelan liur,selimut yang menutup tubuh Aisya terdedah menampakkan betisnya yang mengancam.Armand tersenyum sinis.Tanpa menunggu lama dia merebahkan diri di sebelah Aisya.Aisya terjaga.Mata-bertemu mata,mereka hanyut melayari malam bersama rahsianya sendiri.Malam itu benar-benar menjadikan Aisya perempuan yang paling bahagia,perwatakan Armand lain dari sebelum ini.

“Ni bayaran untuk kau layan aku semalam.”Suara Armand mencelah di pendengaran Aisya yang sedang mengenakan tudung di kepala.
Not 50 sebanyak 6 keping terhampar di hadapan Aisya.Tergamam Aisya dibuatnya.Armand benar-benar membuatkan maruahnya terasa di injak-injak.Air mata ditahan dari mengalir ke pipi.
“Armand,apa yang berlaku semalam,saya anggap itu adalah tanggungjawab sebagai isteri kepada awak.Tak perlu awak lunasi dengan bayaran.Saya tak perlukannya.”Aisya bersuara tegas.Kecewa hatinya hanya Tuhan yang tahu disangkanya layanan istimewa semalam hanyalah sandiwara Armand.
“Isteri?Kau rasa perempuan macam kau tu  layak ke jadi isteri aku?”Tajam kata-kata Armand.
Aisya terpana.Kejamnya lelaki bernama Armand,demi janji kepada Tan Sri Yunus...Aisya gagahkan hati melayani sikap dingin Armand yang tidak berpenghujung.
“Armand...selagi  saya di beri kekuatan untuk menjadi Aisya Humairah,insyaallah...awak buatlah apa pun untuk lemahkan saya..dengan kuasa Tuhan,saya yakin...awak akan menjadi Armand Jericho sepertimana Atuk mahukan.”Usai berkata Aisya mencapai beg laptopnya dan menjinjing bagasi yang penuh dengan dokumen penting meninggalkan Armand yang mencebikkan bibirnya.
“Eleh....ingat aku peduli sangat dengan kau punya kekuatan tu.Ini Armand...tidak merayu untuk perempuan...tapi dirayu!”Penuh keriakan Armand berkata sendirian.

Armand melonggarkan tali lehernya.Tubuh disandarkan ke kerusi empuk itu.Kata-kata Tan Sri Yunus sebentar tadi bergema di anak telinganya.Riak wajah tua itu tergambar di tubir matanya.
“Mand,atuk tahu setiap apa yang Mand buat pada Aisya....walaupun Aisya tak pernah cakap sepatah pun layanan buruk kamu pada dia.Mand...Aisya seorang perempuan yang baik...Atuk tak nak kamu sia-siakan dia.Mungkin sekarang kamu rasa dia tak layak jadi isteri kamu...tapi ingat Mand.....Tuhan tu maha kaya,sekelip mata dia boleh ubah hati kamu,jangan sampai saat Allah ubah perasaan kamu...waktu tu...perasaan kamu tu tak mampu lembutkan hati Aisya yang semakin dingin.Kesabaran manusia ada tahapnya.”
“Aku nak berubah hati?Hahaha...Atuk buat lawak ke apa?Perempuan macam Aisya tu boleh buat aku jatuh cinta...hahaha...Kesana-kemari dengan baju kurung,tudung yang berbelit-belit..aku yang tengok pun rimas..”
“Kenapalah Aisya tak macam Erina  yang selalu daring,Syazlin yang up to date fesyennya...berseleralah sikit aku nak ngap..Eh,bukan aku dah..”Armand ketawa lagi.
Armand akui,melewati malam hari dengan Aisya,sedikit sebanyak mencuit hati jantannya.Tubuh yang langsing,rupa yang melayu tulen,hidung mancung terletak,alis mata yang tak terlalu lentik,bibir yang cukup menggiurkan.Armand tersenyum membayangkan tubuh Aisya yang selalu menjadi temannya saban malam.
“Argh! Aku tak boleh suka kat dia!Dia tu barua orang tua tu.Dia tak ubah macam perempuan lain,kahwin dengan aku sebab nakkan harta atuk aku!”Gumam Armand.
Telefon bimbit yang terletak di atas mejanya bergetar,menandakan mesej diterima.Jemarinya menari-nari di atas kekunci telefonnya.Malam ini satu lagi janji temunya bersama Erina anak Dato` Ehsan itu ditetapkan.Armand hanya tersenyum membayangkan raut wajah Erina,hilang sudah segala buah nasihat daripada Tan Sri Yunus tadi.Yang bermain difikirannya,rencana malam ini mestilah menjadi.Sesungguh manusia itu dalam kerugian,melainkan yang beriman dan beramal soleh.

Tan Sri Yunus duduk menghadap kedua cucunya.Wajah Aisya dan Armand dipandang silih berganti.Antara risau dan gentar,segalanya bercampur-baur.Risau akan keadaan Aisya ketika ketiadaannya nanti,gentar akan sikap Armand terhadap Aisya nanti,pendek kata,dia amat risau akan Aisya.
“Atuk pergi tak lama,dua minggu saja.Lagipun sekarang ajelah atuk tak sibuk.Panggilan baik ni tak boleh kita tangguh-tangguh.Bukan selalu dapat peluang macam ni.Memanglah kita ada harta,duit banyak...tapi nak ke tempat mulia ni....bukan mudah.”Tenang Tan Sri Yunus mengatur kata.Matanya tidak lari dari memandang wajah Aisya yang pucat.
Sejak akhir-akhir ini,Aisya selalu dilihatnya kurang bermaya.Lesu.Apa,sakitkah cucunya itu.
“Kamu berdua jaga diri baik-baik.Armand...kamu tengok-tengokkan Aisya ni.Jangan bebankan dia dengan kerja  kat office tu.Jangan selalu keluar malam.Mak Timah bukan 24 jam dalam rumah ni.Lagi pula,majlis kamu berdua tu,dua minggu selepas atuk balik umrah..tak lama dah tu.”
bebel Tan Sri Yunus lagi.
Armand kelihatan seperti tidak kisah.’Lagi seronok kalau Atuk tak ada’hatinya berbisik.
“Atuk..flight bila?”soal Armand tidak sabar.
“Dua hari lagi.”jawab Tan Sri Yunus pendek.
“Aisya?”Panggil Tan Sri Yunus.
Aisya yang sedang mengelamun tersentak.
“Ya Atuk..”
“Kenapa atuk tengok Aisya macam tak sihat aje?Aisya sakit ke cu?”soal Tan Sri Yunus prihatin.
“Tak ada apa-apalah atuk.Aisya okey je.Maybe banyak sangat fikir pasal kerja kot.Atuk jangan risau okey.Aisya okey.”Aisya bersuara setelah diam begitu lama.Dalam benaknya terhampar seribu kerisauan.Entah bagaimanalah nasibnya nanti ketika ketiadaan Tan Sri Yunus.Pasti suaminya itu punya seribu macam rancangan untuk menyakitinya.Tuhan...
“Atuk bukan apa,kalau Aisya sakit,atuk susah hati nak tinggalkan kamu berdua,bukan atuk tak tahu...Armand ni bukan boleh diharap sangat.”Tempelak Tan Sri Yunus kepad Armand.Terangkat kening lelaki itu.
Armand mendengus dalam hati.’Kau tunggulah nasib kau perempuan.Aku ajar kau cukup-cukup bila atuk tak ada nanti’ketawa Armand dalam hatinya.

Aisya termenung di atas sofa.Tan Sri Yunus telah selamat tiba di Tanah Suci 2 jam lalu.Dia mendapat panggilan itu sebentar tadi.Syukur diucapkan didalam hati.Tan Sri Yunus selamat juga sampai di sana.Kelibat Armand semenjak kepergian Tan Sri Yunus sudah tidak kelihatan,tentunya lelaki itu sedang meraikan ketiadaan Tan Sri Yunus,berparti agaknya.
Jam sudah hampir 10 malam.Aisya bergegas menunaikan solat isyak.Usai berdoa dia membaringkan tubuh diatas katil.Kuakkan pintu mengejutkannya.Wajah Armand terpancul dimuka pintu.
“Hei perempuan!Kau jangan nak bersenang lenang kat sini.Turun bawah,layan kawan-kawan aku!Faham!”Arah Armand.
Aisya tersentak.Tidak mengerti.
“Apa maksud awak?”Soalnya.
“Kau tanya aku?Hei!Kau tak sekolah ke?Aku cakap..turun bawah...layan kawan-kawan aku!Kami nak berparti.Kau faham!”Kuat  suara Armand menyucuk anak telinga Aisya.

“Tapi Armand..”
“Tak ada tapi-tapi..”Spontan tangan Armand menarik lengan Aisya.Terkocoh-kocoh Aisya mencapai tudung Ariani lalu disarungkan ke kepalanya.
Dengan kasar Armand menarik lengan Aisya menuruni tangga.Menuju ke ruang tamu.Mata Aisya sempat menangkap kelibat rakan-rakan Armand yang berada disitu.Masing-masing berpasangan.Aisya beristighfar didalam hati.Air matanya seakan mahu menitis ditahan.Malu!
“Beb!Korang nak tahu tak,dia ni perempuan tak tahu malu.Dia gulakan atuk aku supaya kahwinkan aku dengan dia,supaya dia boleh senang-lenang dengan kekayaan aku!”Kata Armand seraya menolak tubuh Aisya sehingga gadis itu terduduk di atas lantai.
“Alah,orang miskin memang macam tu.Tak sedar diri.Doirang ingat kita tak susah payah ke cari kesenangan.Suka hati mak bapak diorang aja nak tumpang senang kita.”Pedih kata-kata salah seorang daripada rakan Armand menampar pendengaran Aisya.
‘Tuhan...tidak pernah sebesar hama hati ini ingin menumpang kekayaan atuk,ibu...Aisya tak kuat bu....’desis hati Aisya.Air mata mula menuruni pipi mungilnya.Bibir tidak mampu melawan kata-kata yang ditaburkan padanya.
“Wah,dia buat drama air mata pulak Armand...memang hebatlah bini kau ni.”
“Bini?Wait...tolong sikit erk...perempuan macam ni bini aku?Setakat atas katil boleh la beb..kalau aku nak bawak keluar...malam sikit beb!”Serentak itu ketawa mereka memenuhi ruang tamu itu.
Aisya tergamam dengan kata-kata Armand,teganya lelaki itu memperkotak-katikkan maruahnya dihadapan rakan-rakannya.
“Dah..kau tak payah nak buat drama sedih kat sini...Pergi kat kereta aku kat luar tu..kau ambik semua minuman yang kau dah beli tadi.Kau bawak kat sini!”Perintah Armand lalu mencampakkan kunci keretanya kepada Aisya.Terketar-ketar tangan putih gebu itu mencapai gugusan kunci yang dilemparkan seraya berjalan menuju ke kereta Armand yang terparkir di perkarangan banglo.

Aisya membuka bonet kereta,terpandang olehnya,tin-tin minuman keras.Bibirnya mengucap laju.
Dia berjeda disitu tanpa menyedari Armand yang makin menghampirinya.
“Hoi perempuan!Kau buat apa lagi tercegat kat sini?Kau bawak arak ni kat kawan-kawan aku!Diorang dah dahagalah.Belajar saja tinggi tapi lembab!”Jemari Armand menunjal kepala Aisya.
“Armand,kalau awak nak saya layan tetamu awak,boleh...tapi bukan hidangkan minuman haram ni.Saya tak bersubahat Armand”
Armand bagaikan menyinga mendengar kata-kata Aisya.Serentak itu ditarik rambut Aisya yang ditutupi tudung itu tanpa perasaan.Ditolak tubuh langsing itu ke lantai.Tangannya mencabut tali pinggang yang berlingkar dipinggangnya.
“Kau siapa nak tegur aku?Kau tu orang miskin.Kalau tak kerana atuk aku tu kesian dengan keluarga kau,mesti kau anak beranak dah lama mampus faham!”Luah Armand seraya tangannya melibas batang tubuh Aisya.
Aisya cuba mengelak akan pukulan Armand,makin ligat libasan Armand mengenai tubuhnya.Beraduh bibirnya berselangseli dengan libasan dan sumpah seranah Armand.Air mata kian mencurah.’Ya Allah,kau selamatkanlah aku Ya Allah..’
“Armand!daripada you layan perempuan yang tak sedar diri ni apa kata you join we all kat dalam.Buang masa aje you layan perempuan ni”Gadis yang sama menghantar kepulangan Armand di malam hitam itu mencapai lengan Armand lalu di peluk erat.Aisya hanya mampu memandang.Hatinya bagai disiat-siat.Armand,teganya lelaki itu.
“Jom sayang.Benci I dengan perempuan ni.Menyusahkan!”Bibirnya tersenyum puas,seakan segala dendamnya terburai dengan menyeksa Aisya.
Aisya menghantar pemergian Armand dengan air mata yang makin berlinangan.”Ya Allah,sakit tubuh ini tidak seberapa dengan sakitnya hati ini Ya Allah.”Pandangan Aisya makin kelam,sekelam langit yang hitam,dia rebah di celahan pasu bunga.

Aisya mencelikkan matanya,tatkala telinga mendengar laungan azan dari surau yang berdekatan dengan banglo Tan Sri Yunus.Terkejut melihatkan keadaan diri yang terbaring di tempat parkir kereta,dicelahan pasu.Serentak itu ingatan peristiwa semalam terbayang ditubir matanya.Kejamnya lelaki bernama Armand Jericho.Tidak punya hatikah lelaki itu?
Aisya bingkas bangun.Tubuhnya kian terasa sakitnya.Lengannya baju tidurnya diselak,kesan lebam kian terserlah dikulit mulusnya.Tidak dipedulikan sakit yang sedikit menyucuk tubuh.Kakinya pantas masuk ke dalam rumah,isi rumah kelihatan bersepah,mungkin gara-gara parti semalam?
Aisay tidak tunggu lama,masuk ke dalam biliknya membersihkan dirinya.Bersujud dibawah kuasa yang Esa,memohon petunjuk dan perlindungan dari-Nya.Sesekali doanya diiringi tangisan yang mendayu.Aisya nekad ,sungguhpun Armand bukanlah pilihan hatinya,namun cinta buat lelaki itu telah mekar sejak dia berjanji untuk menerima Armand sebagai suami.
“Ya Allah aku redha jika ini jalan yang harus aku lalui sebelum menemukan bahagia.”


“Tahniah,puan mengandung”Berulang kali kata-kata Doktor Harlina bermain diingatan Aisya.Tangan yang bermain-main dengan rantai yang melingkari leher jinjang itu menari-nari disekitar kepala yang kian berdenyut.
“Apalah nasib yang anak mama akan lalui nanti,sama macam mama atau...”Tidak,Aisya tidak mampu untuk mematikan ayatnya.Dia takut,takut sekiranya Armand akan melakukan sesuatu dengan kandungannya yang baru 4 minggu.
Aisya berteleku diatas sofa ketika Armand melintasinya.Lelaki itu pantas menghampirinya.Aisya tidak bereaksi.Dia tahu pasti Armand akan menyakiti hatinya dengan kata-kata pedasnya.
“Kau mengandung kan?”Soal Armand mencarikkan reaksi Aisya.
“Tak!Siapa cakap?”Nafi Aisya.
“Kau jangan nak tipu aku,aku nampak kau pergi klinik Doktor Harlina,dia pun ada call aku ucap tahniah.”Tangan Armand menarik sanggul Aisya.Berkerut muka Aisya menahan sakit.
Aisya tersentak,lupa....Doktor Harlina adalah kenalan keluarga Tan Sri Yunus.
“Kau tu tak layak mengandungkan anak aku.Kau faham.Aku nak kau gugurkan anak dalam perut kau tu.Faham?”Arah Armand tanpa sedikit pun rasa bersyukur kerana diberi anugerah sebesar ini,seraya melepaskan jemari yang mencengkam kuat rambut Aisya.
Aisya berdiri tegak menghadap Armand.
“Armand...saya boleh terima kalau awak caci maki saya,hina saya..tapi,untuk gugurkan bayi ni....tidak sama sekali.Apa pun jadi..saya akan lahirkan dia!”Ucap Aisya lalu berlari anak ke kamarnya.
Armand mendengus.

Aisya menarik beg roda yang membawanya kerumah ini 7 bulan lalu.Segala sijil nikah dan dokumen pengenalan diri turut dibawanya.Dia nekad,biarlah Tan Sri Yunus tercari-cari dimana dia nanti,yang pastinya,dia mahu lari dari memperjudikan nasib kandungannya.Walau apa pun yang terjadi,janin yang sudah sebulan tersemai di dalam rahimnya layak untuk merasai kehidupan didunia ini.Aisya berjalan dalam kepekatan malam,bersama linangan air mata yang tidak henti.Didalam hati yang tersimpan seribu cerita duka,dengan harapan esok masih ada untuk dijalaninya.Biarlah Armand terus hanyut,dia sudah lelah untuk terus bergelut memenangi hati Armand,Lelaki hati batu itu tidak mudah untuk dilenturkan.Hanya pada Allah Aisya mengirimkan harapan dan doa,semoga masih terbuka pintu dan jalan untuk insan bernama Armand yang kian memiliki sekeping hati seorang perempuan bernama Aisya Humairah untuk kembali menjadi lelaki yang mengenali Allah dan agama.


4 tahun berlalu.......
“Humairah!Tengah hari nanti kita ada lunch dengan Mr.Jericho.”Suara Aina memberikan makluman di balas dengan anggukan.
“Err..Aina.boleh sediakan salinan setiap dokumen yang kita nak tandatangani dengan pihak Mr.Jericho..sebab ini adalah projek usahasama kita yang pertama dengan diorang..saya tak nak sebarang keraguan dari pihak mereka.Syarikat diorang syarikat besar,susah nak dapat peluang ni”Tokok Humairah sebelumAina meninggalkan ruang biliknya.Gadis itu mengangguk,lalu beredar.
Humairah meneruskan kerjanya.
“Humairah....”Telinga Humairah menangkap sebutan namanya.Dia mendongak.
“Yes..anything Rizal?”Soalnya kepad Rizal yang sudah mengambil tempat dihadapannya.
“You macam sibuk aje?”
“Of courselah Rizal...ini usahasama kita yang pertama dengan syarikat tu..bukan you tak tahu dari tahun lepas kita selalu deal dengan diorang,tapi tahun ni nasib baik dapat tau.”
“Humairah,you ni...terlalu fikirkan pasal kerja aje...pagi,petang..malam..sikit-sikit kerja.Sikit-sikit kerja.You tak ada masa langsung dengan I”Rengek Rizal.
Humairah menatap wajah Rizal yang sudah 4 tahun dikenalinya.Sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di Pertama Holdings.Lelaki itu sangat baik,sangat memahami dan sentiasa mengambil berat akan dirinya.Bukann dia buta untuk melihat perasaan lelaki itu terhadapnya.Namun...
“Rizal,I`m sorry...I bukan lupakann you..tapi ini satu-satunya projek pertama yang I buat sendiri dari awal...I nak Encik Hadif puas hati dengan kerja I.Okey..I janji ..lepas semua surat-menyurat selamat ditandatangan oleh pihak AHAJ I janji...kita spend masa sama-sama..lagipun Umar selalu cakap dia rindukan you.”Janji Humairah.
Mendengarkan sebaris nama Umar,Rizal tersenyum.Dia juga merindui gerangan itu.
“Okey...I tunggu.”Ucap Rizal seraya bangun dan sesampainya di pintu.
“Humairah..I teringi nak panggil you sayang..Can I?”Soalnya tiba-tiba.
Humairah tersenyum pahit.
“Up to you lah.”Ucap Humairah.
“Okey,bye sayang!”Ucap Rizal lalu menghilang di balik pintu.
Humairah termenung seketika.Tidak dinafikan,Rizal turut mengetahui segenap hidupnya yang disembunyikan dari pengetahuan orang lain.Bahkan lelaki itu tidak pernah menyakiti hatinya dengan persoalan yang sentiasa meniti dibibir masyarakat lain.Lelaki tu terlalu memahaminya.Mungkin dia patut memberikan peluang untuk Rizal.Mengingatkan itu,perasaannya terhiris lagi.


Armand mengerling jam ditangan.Hampir 12 tengah hari.Lagi 15 belas minit wakil dari Pertama Holdings akan hadir.Debaran kian terasa.Entah mengapa,semenjak dia dimaklumi oleh setiausahanya minggu lepas sebelum bertandang ke Negeri  yang jauh terpesuk di utara tanah air ini,dia seakan tidak sabar.Siapakah gerangan Humairah?
Mengingatkan separuh nama yang pernah hadir dalam hidupnya 4 tahun lalu,Armand dihimpit seribu penyesalan.Di manakah dia?Apa sudah memiliki kehidupannya sendiri?Armand berjeda sendirian.
“Mr.Jericho?”Panggilan itu mengembalikan Armand ke alam nyata.Seorang lelaki sebayanya menyapa.Penampilannya kemas.
“Encik..Rizal?”Teka Armand.
Lelaki itu mengangguk.
“Puan Humairah?”Soalnya,setahunya dia akan bertemu empat mata dengan ketua projek usahasama ini.
“Dia pergi ladies sekejap.”Terang Rizal.
Armand berbasa-basi,bertukar cerita dengan Rizal sementara menanti wanita bernama Humairah.
“Maaf,saya lambat”Satu suara menghentikan perbualan Armand dan Rizal.Suara yang membuatkan Armand terasa mahu rebah ketika ini.Waktu seakan berhenti berdetik.Nafas masing-masing seakan tersekat.
Humairah beristighfar panjang.Armand mengucap syukur didalam hati.
“Shall we start now?”Rizal mencelah.Humairah mengambil tempat disisi Rizal,bertentangan dengan Armand.
Penghawa dingin tidak mampu menyejukkan hati dua insan itu.
“Puan Humairah?”
“Yes,she is...so Mr. Jericho..”
“I prefer Armand.I feel comfortable with that.”Sengaja Armand menggunakan nama itu.Dia mahu Aisya mengingatinya.
“Okey..”Rizal mengangguk.Dia tahu,lelaki inilah yang menjadi pengarah episod duka dalah hidup Humairah.
Mereka bertiga meneruskan perbincangan dengan lancar,namun adegan mata bertentang mata antara Aisya dan Armand,Rizal dapat melihatnya.Rizal tahu gejolak hati Aisya.Dia yakin pasti pujaan hatinya sedang memendam rasa.


Hampir tiga minggu berulang-alik Perlis dan Kuala Lumpur,petang ini barulah Armand berpeluang mendekati Aisya sendirian.Selalunya Rizal akan bersama mereka.Rizal,lelaki itu seakan sentiasa melindungi Humairah darinya,apakah lelaki itu punya hati terhadap Humariha?.Armand menghampiri Aisya yang sedang menyusun kertas kerjanya yang sudah selesai dibentang.
“Aisya...”Humairah buat pekak.Sudah lama nama Aisya itu dibuang dari hidupnya.
Armand menarik tangan Humairah yang sedang menggulung kertas kerja.Terhenti tingkah wanita itu.
“Encik Armand,please..disini tempat kerja.Sila jaga tatasusila awak.Saya tak suka.”
“Aisya,maafkan saya...”Teragak-agak Armand berkata.
Humairah mencari raut keikhlasan yang keluar dari bibir Armand.
“Maaf?..For what?Awak buat salah apa dengan saya?”Humairah menyoal,pura-pura.
“For what I`ve done 4 years ago.”
Humairah menarik senyuman sinis.Ingat lagi lelaki ini rupanya,saban malam dia menangisi nasib diri apa yang akan berlaku sekiranya dia bertemu dengan lelaki dingin bernama Armand,hanya maaf yang lelaki itu pinta.
“4 tahun lalu?Encik Armand salah orang agaknya.Saya baru kenal saya 3 minggu lepas..masakan awak boleh cakap awak buat salah dengan saya?”Sengaja Humairah mahu menguji hati Armand.Dia masih belum buta untuk tidak mengenali lelaki ini.Mendengarkan kata maaf dari lelaki itu seakan menyingkap kisah duka 4 tahun dulu.
“Aisya,saya..”
“Stop it Armand.Bertemu awak tidak ubah seperti menoreh luka lama.Sakit 4 tahun lalu makin menghimpit setiap kali saya tengok muka awak.”Humairah terus berlalu tanpa mendengar Armand menghabiskan ayatnya.
Setiap kali mengingatkan sebaris nama Armand,setiap kali itulah air mata tidak henti menghiasi matanya.

Armand berteleku di atas sejadah yang saban malam menjadi temannya.Air mata kesal melatari pipinya.
“Ya Allah....hinanya aku ya Allah...”Ngongoi Armand dalam sendu.Terimbas setiap perbuatannya terhadap Aisya 4 tahun lalu.
Armand akui,sejak 4 tahun lalu,tidur malamnnya tidak pernah lena.Sentiasa dibayangi kehadiran Aisya disetiap penjuru pandangannya.Esakannya,rayuannya...rintihanya....
Kata-kata Tan Sri Yunus kembali terngiang ditelinganya.
“Mand,atuk tahu setiap apa yang Mand buat pada Aisya....walaupun Aisya tak pernah cakap sepatah pun layanan buruk kamu pada dia.Mand...Aisya seorang perempuan yang baik...Atuk tak nak kamu sia-siakan dia.Mungkin sekarang kamu rasa dia tak layak jadi isteri kamu...tapi ingat Mand.....Tuhan tu maha kaya,sekelip mata dia boleh ubah hati kamu,jangan sampai saat Allah ubah perasaan kamu...waktu tu...perasaan kamu tu tak mampu lembutkan hati Aisya yang semakin dingin.Kesabaran manusia ada tahapnya.”
Ya,kini dia sudah menerima karma diatas perbuatannya sendiri.Mungkin hati Aisya telah beku untuk memaafkan dirinya.
“Mand....”Panggilan Tan Sri Yunus.Lelaki bercermin mata tebal itu menghampirinya.
“Tak tidur lagi?Menangis lagi?”Soalnya.
“Atuk...MAnd tak kuat atuk.Mad tak kuat...”Tangis Armand.Tubuh Tan Sri Yunus dipeluk erat.
Tan Sri Yunus menepuk perlahan belakang Armand.
4 tahun cukup untuk menghukum Armand.Peristiwa 4 tahun lalu telah merubah siapa Armand Jericho.Kemalangan yang hampir meragut nyawa cucunya telah memberikan sinar jalan hidup yang baru buat Armand.Itulah manusia,saat Allah mengggoncangkan nikmat yang dikecapi,barulah terasa diri telah hanyut dibelai nikmat yang tak sudah.
Akibat kereta yang dinaiki terbabas dan telah meragut nyawa Erina,anak usahawan terkenal,menyedarkan Armand dari terus leka menjunjung duniawi.Cucunya bangkit menjalani hidup menjejaki Aisya,isteri yang tidak pernah dihargainya.Setiap malamnya tidak pernah sepi dengan solat taubat,solat tahajjud.Pendek kata Armand yang didalam pelukannya bukan lagi Armand si kaki botol,kaki perempuan,kaki disko..tapi Armand....atau nama kegemarannya,Omar Saifullah.Dia suka nama itu.
“Dia buat tak kenal dengan Mand atuk.Betul cakap atuk,hati dia dah dingin.”
Tan Sri turut mengalirkan air mata simpati.Ya Allah,kau berilah jalan kebahagiaan buat cucuku”

“Mama!”Tubuh kecil itu merangkul leher Humairah sekeluarnya dari pagar nursery.
“Hari ini anak mama belajar apa?”Soal Humairah,tangannya mengangkat tubuh kecil itu untuk didukung.
“Hari ni,cikgu Omar...ajar Omar pasal..family.Ada father..mother...sister...lepas tuuu..”
“Lepas tu apa?”
“yang ader..ader tuu..”
“Ader-ader?”
“alaa..yang adik lelaki tuu”
“Brother?”
“Haaaa...brother.”
“Pandainya anak mama....Jom kita balik.”
“Mama...”Panggil Omar Yazid ketika mereka berdua beranak masuk ke dalam kereta.
“Ya sayang...”
“Errm...kenapa papa Omar jauh?Omar teringin nak tengok papa yang betul.Asyik tengok gambar aje.”Ujar anak kecil itu.
Humairah terkedu,wajah anaknya ditatap penuh kasih.Papa...gambar..Ya,dia akui.Armand adalah ayah kepada anaknya.Tidak pernah sekalipun dia nafikan.Gambar Armand selalu ditunjukkan kepada anaknya.Gambar ketika akad nikah mereka.Wajah Armand yang sedang tersenyum manis.
“Mama!”Panggilan Omar menarik kembali Humairah ke alam nyata.
“Ya sayang..jom kita balik..malam nanti Uncle Rizal ajak keluar.Omar nak ikut?”Soal Humairah.
“Nakk..Omar pun dah rindu sangat kat Uncle Rizal.”
Persoalan tentang siapa dan dimana papanya hilang begitu saja.Omar terlalu gembira untuk bertemu dengan Rizal agaknya.Namun rasa gusar tidak lari dari membelenggu hatinya.Tidak mustahil Armand tahu akan kehadiran Omar Yazid.


Perbincangan yang diadakan di Kopitiam itu terhenti seketika setelah mendengar deringan Iphone Armand.Kedua pasang mata Rizal dan Humairah memandangnya.
“Sorry need to answer..Urgent maybe..”Ujar Armand seraya bangun menuju kearah ruangan tidak berpenghawa dingin.
Hampir 5 minit,Armand kembali ke meja dengan wajah yang cemas.
“Maaf Rizal,Humairah,saya rasa kita terpaksa hentikan perbincangan kita kat sini dulu.Saya kena balik KL.Atuk saya  pengsan.I`m sorry.”Kata-kata Armand mengingatkan Humairah kepada Tan Sri Yunus.
Dia pengsan?Sudah lama tidak ditemui orang tua itu yang cukup banyak budi  padanya.
“Saya ikut?”Pinta Humairah tiba-tiba,Armand yang sedang menutup zip beg sandangnya terhenti.
“Are you serious Humairah?”Soal Rizal.
“Yes I do.”Ujar Humairah.Rizal tahu,pasti Humairah rindukan atuknya.Namun,mampukah dia lepaskan mereka berdua?
“Humairah,saya ...”Armand mati kata.
“Saya rasa tak perlu sebarang pertanyaan di waktu sekarang.Jom kita gerak sekarang...tapi sebelum tu,saya kena jemput someone..”Matanya melirik ke arah Rizal.Lelaki itu mengangguk.Ya,mungkin sekarang waktunya dia membawa Omar Yazid kedalam hidup Armand.
Armand tidak mampu berkata apa,yang pastinya Atuknya pasti gembira melihatkan kedatangan Humairah.Bibirnya tersenyum lebar.

“Mama,muka uncle ni..macam papa!”tegur Omar Yazid setelah masuk ke dalam kereta Audititi putih milik Armand.
Armand tersentak.Papa?Matanya memandang wajah Humairah seakan meminta penjelasan.
“Omar  Yazid bin Armand Jericho.Omar,ini...”
“Papa Omar.”sambung Armand.
Kanak-kanak kecil itu segera beralih ke atas riba Armand.Humairah tersentak.Cepat benar anaknya itu beralih hati.
“Papa...father...Mama...Omar dah ada papa macam Siti...esok pergi sekolah Omar nak cakap dengan Siti..Omar dah ada Papa.”Riang kanak-kanak itu bersuara.
Armand diselubungi sebak.Petah bibir halus itu bersuara.Humairah memandang tanpa perasaan.Dia tahu pasti Armand punya agenda nanti.Kalau tidak mengenangkan keadaan Tan Sri Yunus,tidak ingin dia mengikut lelaki ini.
“Omar,sini..duduk dekat mama,papa nak drive.Kita nak pergi jumpa Tok Nyang.”Arah Humairah.
Lebar senyuman dibibir Armand,Aisya Humairah telah melahir dan mendidik zuriatnya dengan sempurna.Mendengarkan kalimah papa meniti dibibir mungil itu membuatkan rasa menyesal itu bertimpa-timpa.
“Aisya...sekali lagi..saya pohon maaf dengan apa yang telah saya lakukan pada awak 4 tahun lalu.”Tenang Armand meluahkan maaf.Dia tahu berkali-kali dia telah mengatakan maaf kepada Humairah namun tidak sekalipun wanita itu menerimanya,mungkin benar..hatinya telah beku.
“Armand,harga air mata saya selama 4 tahun lalu bukan sekadar ucapan maaf,luka di hati saya terlalu dalam...”
Armand sudah menduga,kata-kata itu akan terbit dari bibir Humairah.
“Aisya,saya akui saya seorang suami yang khilaf,4 tahun kehilangan awak mencarikkan ketenangan saya...saya sedar sekalipun berjuta maaf saya katakan,takkan mampu melembutkan hati awak yang sudah beku.Saya harap awak bahagia disamping dia..”
“Dia?Who?”
“Rizal”
Humairah tertawa sinis.
“Nonsense”
“Aisya,saya tidak buta untuk lihat keikhlasan dan kerelaan Rizal yang sentiasa disisi awak.Saya nampak cinta dimata dia untuk awak.”tiada sebarang nada dari kata-kata Armand.
Humairah mengerutkan keningnya.Cemburukah Armand?
“Armand,atuk ..”
“I`m sorry.okey..Omar..let`s go son”Potong Armand seraya memasukkan gear membelah jalan-jalan menuju Kuala Lumpur.
Armand lelah untuk menyakiti hati wanita itu lagi.Dia nekad untuk tidak mengulangi perbuatannya 4 tahun lalu.Dia hanya mahukan maaf dari wanita bernama Aisya Humairah.


8 jam perjalanan,Audititi putih itu memasuki perkarangan banglo yang ditinggalkan 4 tahun lalu.Humairah memerhati sekelilingnya.Tiada sebarang perubahan.Kereta yang sama terparkir digaraj,Cuma...Mazda R8 milik Armand 4 tahun lalu tiada disitu.
“Saya fikir...kita akan melawat atuk kat hospital.”
“Atuk tak suka tinggal di hospital.Dia upah doktor peribadi untuk rawat dia kalau berlaku apa-apa kecemasan.”Terang Armand tanpa di pinta.
“So..sekarang dia ada dalam bilik?”
Armand hanya mengangguk.Dia membimbit beg milik Humairah.Omar  Yazid sedang didukung oleh Aisya yang mula memasuki pintu masuk ke rumah.Armand memandang dari jauh.’Tuhan,masih adakah sinar kemaafan buat aku.’Gumam Armand sendirian.
Armand meletakkan beg pakaian Humairah dibilik yang pernah dihuni Humairah.Wanita itu kelihatan letih.Armand merapati Humairah dan mengambil Omar Yazid dari dukungan Humairah.Lengan mereka bersentuhan.Humairah tidak bereaksi.
“Awak pergi rehat dulu.Atuk maybe  tengah tidur.Biar saya masuk jumpa dia dulu.Dia mungkin tak sabar nak jumpa awak.”Ujar Armand dengan senyuman.
“Okey.”Jawab Humairah pendek.

“Aisyaa...”Panggil Tan Sri Yunus.Pantas tubuh Tan Sri Yunus dirangkulnya.Tumpah tangisan Humairah.4 tahun memendam rasa rindu.
“Maafkan Aisya atuk.Aisya...”
“Sudahlah Aisya....atuk dah rasa lapang bila Aisya balik.Atuk dapat jumpa cucu atuk balik.Syukur pada Tuhan.”Pintas Tan Sri Yunus.
Armand dari pintu kamar hanya memerhati gelagat dua beranak itu.Hatinya melafazkan syukur.Namun jauh didasar hatinya terdetik,mampukah Aisya memaafkan dirinya.Layakkah dia untuk mendapat kemaafan dari Aisya.Persoalan yang jawapan hanya ada pada Aisya Humairah.
Seketika,teringat akan Omar Yazid yang tidur dibiliknya.Ah,rasa gembira menggamit hati jantannya.Pantas kakinya melangkah menuju ke biliknya.
Aisya memandang dari ekor matanya kelibat Armand yang menjauh.Matanya kembali menatap wajah tua Tan Sri Yunus.
“Aisya...atuk tahu apa yang atuk tanya ni,mungkin akan buat Aisya tidak senang duduk...Cuma...atuk nak kepastian..macam mana dengan status kamu dengan Armand?”
Aisya menongakkan wajahnya.
“Aisya tak pernah minta fasakh,tapi...Armand..Aisya tak tahu.”Ringkas jawapan Aisya.
Tan Sri Yunus melepaska keluhan,diluah mati bapak,ditelan mati emak.Itulah yang dirasakannya saat ini.Antara kasihkan Aisya,kasihankanArmand.Dia tidak mampu menyangkal,Armand memerlukan Aisya,namun cucunya pernah berkata padanya.
“Armand tak pinta Aisya untuk kembali dalam hidup Armand.Cuma kemaafan yang Armand nak dari dia”,berbekalkan kata-kata itu,Tan Sri Yunus tidak mampu meluahkan apa yang dilalui Armand 4 tahun ini.
“Boleh Aisya maafkan Armand?”laju bibir Tan Sri Yunus bersuara.
Aisya mendongakkan wajahnya menatap anak mata Tan Sri Yunus penuh harapan.Untuk kembali ke sisi Armand,tidak pernah diimpikan.Luka 4 tahun lalu masih terasa bisanya.
“Aisya...Atuk tak minta Aisya kembali ke sisi Armand...tapi,tak salahkan kalau kita saling bermaafan.Lagipun,he`s totally new Armand,atau nama kegemaran dia...Omar Saifullah”
Aisya menundukkan wajahnya.Hasrat Tan Sri Yunus menikam kedamaiannya.Mudahkan hati ini menerima kemaafan Armand,sedangkan hati ini telah hancur dimamah perbuatan Armand sendiri.
Aisya diam lagi untuk beberapa ketika.Totally new Armand?Omar Saifullah?
“Aisya,atuk tahu dah banyak atuk minta dari Aisya sampaikan atuk dah hancurkan masa depan Aisya.Tapi mahukan Aisya tunaikan harapan atuk yang satu ni.Maafkan Armand.Please Aisya...”Lirih suara Tan Sri Yunus menusuk kalbu Aisya.Dia lemah tatkala mendengar rayuan Tan Sri Yunus,nada yang sama ketika Tan Sri Yunus memintanya menerima Armand 4 tahun dulu.
“Aisya keluar dulu Atuk,takut Omar terjaga.”Aisya meminta diri.Tan Sri Yunus mengangguk menandakan dia mengizinkan.
‘Aisya..atuk tahu kamu berat untuk maafkan Armand,tapi percayalah..Armand sekarang bukan lagi Armand 4 tahun dulu.Dia dah berubah...berubah sehinggakan atuk turut merasakan kecewa dihatinya.Moga Tuhan lembutkan hatimu cu.Doa Tan Sri Yunus didalam hati,matanya masih memandang pintu dimana Aisya keluar tadi.

Aisya menyalin pakaiannya.Rambut yang meleret panjang itu disanggul rapi.Tudung dikenakan kembali.Deringan telefonnya mematikan tingkahnya.
Rizal.Dia menjawab panggilan dengan ucapan salam.Laju bibirnya bercerita tentang perbualannya bersama Tan Sri Yunus petang tadi.
“Humairah,awak yakin awak boleh hadapinya?”Soalan Rizal menggoncangkan keyakinannya.Rizal tahu siapa Armand dalam hidupnya.Dan Rizal juga pernah menyatakan hasrat untuk memiliknya dan pernah juga hendak membantunya meminta cerai kepada Armand.
“Entahlah Rizal.Atuk nak saya maafkan Armand.”
“So..?”
“Tak semudah itu Rizal.Luka 4 tahun dulu masih terasa.Saya tak boleh Rizal.Tak boleh”
“Humairah,sedangkan nabi ampunkan ummat...”
“Saya bukan nabi Rizal.Saya manusia biasa.Saya ada hati,perasaan.Armand tak mungkin berubah Rizal,saya kenal dia.Doa boleh saja berpura-pura untuk buat saya kembali pada dia.Tak mustahil dia ulang balik sikap dia yang dulu.Kalau betul dia memang dah berubah kenapa dia tak cari saya?Dimana dia waktu saya perlukan dia?Tanggungjawab dia sebagai ayah,suami?”
Aisya meluahkan apa yang berbuku di sanubarinya.
Aisya...awak sedar tak awak masih cintakan dia,kalau awak tak cintakan dia,dah lama awak tamatkan ikatan perkahwinana awak dengan dia.Kalau awak bukan nabi yang semudahnya nak maafkan kesalahan Armand,awak perlu ingat...Armand juga bukan malaikat yang bersih dari dosa.”Panjang Rizal bersuara.
Aisya terkedu dengan kata-kata Rizal.Egokah dia?
“Rizal..”
“Looks, Humairah...saya tahu awak terluka,sukar untuk awak maafkan Armand,tapi fikirlah...atuk tak minta awak kembali pada Armand,tapi maafkan Armand.”
“Maksud awak?”
“Cara awak bercakap seolah-olah awak mahukan Armand kembali dalam hidup awak.”
“No..”
“Listen Humairah...saya nampak masih ada cinta dihati awak buat Armand.Kalau tak awak takkan sekecewa ini.”
Suasana sepi seketika,Aisya cuba mencerna kata-kata Rizal.
“Okeylah,got to go.Assalamualaikum”
Usai menjawab salam,Aisya mematikan talian.Termenung seketika dibirai katil.Biliknya tidak berubah langsung.Bau wangian yang sama,warna yang sama dan..susun atur yang sama.
Mungkinkah Armand benar-benar berubah.. 
“Mama!”Panggil Omar Yazid,mencicit anak kecil itu ke riba Aisya.Pipinya dicium lembut oleh Aisya.
“Jom,papa panggil makan.Tok Nyang pun ada sekali.Jomlah mama...”
“Jom...”Aisya bersuara seraya mendukung tubuh genit Omar Yazid menuju dining area.


Aisya memasukkan beg kedalam bonet.Wajah sugul Tan Sri Yunus membuatkan dia tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu.Wajah Armand yang tidak beriak dipandangnya.Lelaki itu sentiasa kelihatan tenang.Huh!mungkin lakonannya sahaja.
“Atuk,Aisya balik dulu ya.”Tangan Tan Sri Yunus dikucup kasih.
Tubuh Aisya dirangkul Tan Sri Yunus.Lama.Air mata ditahan supaya tidak gugur.
“Selalu-selalulah balik sini.”Pesan Tan Sri Yunus seraya mencium pipi cicitnya.Setelah berpamitan Toyota Innova milik Tan Sri Yunus yang dipandu Armand perlahan-lahan meninggalkan perkarangan banglo.
Suasan sepi,sesekali kedengaran suara Omar Yazid ketawa kerana mendengar celoteh papanya.Aisya hanyut dalam dunianya.Anak matanya sesekali memandang sisi wajah Armand.Kelihatan makin terurus,makin matang.Yang nyata Armand yang di hadapannya tidak seperti Armand yang dulu,kaki pukul,kaki botol,kaki disco dan kaki perempuan.
‘Apa agaknya yang berlaku sepanjang ketiadaanya 4 tahun ini?’gumam hati Aisya.”Tapi benarkah dia telah berubah,tapi kenapa dia tak minta untuk aku balik kesisi dia?”namun soalan itu terluah di dalam hati.
“Aisya..”Panggil Armand lembut.Omar Yazid susah hanyut terlena diatas riba mamanya.
Aisya memandang wajah Armand yang sedang memandu.
“Saya tak tahu adakah sekarang waktunya untuk kita bercakap pasal kita.Tapi saya tak tahu bila lagi waktu yang sesuai untuk kita bincang elok-elok.”
“Straight to the point!”Pintas Aisya.Armand melepaskan keluhan.
“Saya tahu kalau awak tak cakap pun,saya tahu awak tak boleh maafkan saya.Tapi...saya tak minta apa-apa lagi dari awak Aisya.Cuma maaf yang saya mahu dari awak.Saya janji,saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak maafkan saya.”
“Ceraikan saya!”Aisya bersuara keras tiba-tiba.Entah mengapa ringan bibirnya berkata-kata.Aisya terkedu sendiri dengan kata-katanya.
Armand tersentak.Sungguh tidak diduga.Memang dia tidak pernah meminta untuk Aisya kembali kesisinya,tapi...bukan juga berpisah dengannya.
‘Ya Allah,sakitnya ujian-Mu’desis hati Armand.Dia bungkam seketika.
“Aisya...mahalkah harga kemaafan buat saya?”Soal Armand.Tenang,sebak didada bagaikan mahu pecah.Aisya mati kata.
“Insyaallah,saya akan uruskan hal tu secepat mungkin.”
Kata-kata Armand bagaikan sembilu menusuk ke jantung Aisya.Kuatkah dia untuk menghadapi perpisahan secara rasmi dengan Armand,benar kata Rizal,masih ada cinta buat Armand dihatinya.
Keadaan kembali sunyi,masing-masing melayan perasaan.
‘Kenapa awak tak minta untuk kita baiki mahligai kita yang pernah hancur’desis hati Aisya.
‘Kalau itu mampu buat awak kembali bahagia,maafkan dosa saya,saya redha Aisya,walau hakikatnya...hati saya hancur dimamah permintaan awak.’rintih hati Armand.Matanya menghadap jalan raya dihadapan.
Sesungguh jodoh itu rahsia Allah.Kita tidak tahu siapa yang akan kita temui untuk melangkapkan hidup kita.

Aisya menatap raut wajah Omar yang sedang lena.Armand telah menginap di Hotel Putra Palace.Masih terngiang-ngiang kata-kata yang keluar dari bibir lelaki kacukan Belanda Melayu itu.
“Insyaallah,saya akan uruskan hal tu secepat mungkin.”
Tak mudah untuk memaafkan Armand,tapi lagi sukar sekiranya dia berpisah dengan Armand.Mungkin benar,he`s totally new Armand?Aisya berjeda sendirian.Keliru dengan perasaannya terhadap Armand dan Rizal.
Bolehkah dia lupakan setiap kesengsaraan yang Armand berikan 4 tahun lalu?Egokah dia sekiranya dia berkeras terhadap Armand.Berdosakah dia selama ini.
Deringan telefon memecahkan lamunan Aisya.Telefon yang terletak diatas meja disisi katil dicapai.Tertera nama Armand.Mahu apa dia waktu ini?Tidak menanti lama,panggilan itu dijawan dengan ucapan salam.
“Maaf ganggu awak?Awak dah tidur ke?”Soal Armand.
“Belum,...kenapa?”
“I don`t know how to say....setiap kali saya tengok awak dan Omar....saya rasa berdosa sangat.Saya tak minta apa-apa dari awak,Aisya....Cuma satu..kemaafan dari awak.Maafkan kesilapan dan dosa saya terhadap awak 4 tahun dulu.”Lirih Armand bersuara.
“Maaf?Untuk awak ulangi silap tu lagi?”Tajam suara Aisya.
Armand terkedu sendiri.
“Aisya..”
“Stop it Armand!Lelaki macam awak boleh ke berubah?Mustahil Armand.Dalam hati awak tu Cuma ada hasad dengki,kekejaman..”
“Aisya....benar cakap atuk..hati awak dah dingin.Apa pun jalannya..saya takkan putus asa untuk mendapat kemaafan dari awak Aisya.”
Suasana sepi seketika.Masing-masing menanti siapa yang akan mulakan kata.
“Maaf saya lupa...hanya perpisahan yang boleh buat awak maafkan saya.Insyallah,habis aje projek usahasama kita..saya akan cepat-cepat jumpa peguam saya.Sebelum tu,saya nak Aisya senaraikan apa-apa yang Aisya mahukan dari saya...”
“Maksud awak?”
“Maybe....macam kereta?Rumah?or  anything else yang awak mahu..bukan niat saya untuk mengumpan awak dengan harta...tapi sekurang-kurangnya...sebelum ikatan awak sebagai isteri saya putus,biarlah saya berikan sesuatu untuk awak.”
Aisya terusik dengan kata-kata Armand.Entah mengapa kata-kata itu seakan ikhlas,lahir dari hati Armand.Argh..sakitnya menjeruk perasaan,antara cinta dan simpati keduanya bertembung menjadi satu.
“Aisya...are you still there?”Soal Armand setelah Aisya diam sedari tadi.
“Yes,I`m here...”
“Kalau macam tu..saya rasa sampai disini ajelah.Atuk kirim salam pada awak dan Omar.Assalamualaikum,jaga diri.”Pamit Armand seraya mematikan panggilan.Aisya menjawab salam di dalam hati.Air matanya mengalir perlahan.
Mengapa Armand menbuatkan dirinya diambang dosa.Salahkah kiranya dia tidak memberi kemaafan buat Armand.Tegakah hatinya berpisah dengan Armand?Omar Yazid?Dia perlukan Armand,seorang ayah...
Ya Allah..hebat ujian-Mu....

Armand sujud lagi.Ketenangan kian menjalar disegenap hatinya.Permintaan Aisya bermain-main diingatannya.
“Ceraikan saya!”Kata-kata itu bermain lagi.
“Ya Allah...sesungguhnya syurgamu menarik aku jauh ke dalam gaung ujian,nerakamu memagari aku dengan segala nikmat.Aku redha ya Allah...andai ini adalah jalan untuk aku bersihkan dosaku.”
Armand berteleku lagi diatas sejadah.Bibirnya mengalunkan kalimah kitab Al-Quran. Alhamdulillah,berkat tidak henti mengunjungi kelas mengaji selama hampir 2 tahun,kini bibirnya tidak lagi keras untuk membaca kitab suci ini.Peristiwa 4 tahun lalu terulang tayang ditubir matanya.Betapa marahnya Tan Sri Yunus ketika pulang dari Tanah Suci,tatkala mengetahui Aisya sudah tiada.Puas dia dileteri,namun dalam hatinya bersorak gembira.Tiada lagi perempuan yang menjadi penyebab dia harus tunduk mengikut telunjuk Tan Sri Yunus.
Dan malam yang penuh duka itu terlayar diingatannya,jeritan Erina,tangisan Erina,keadaan Erina yang menghadapi mati amat menakutkan.Dia lihat segala-galanya dengan mata itu.Saat itu terasa malaikat Izrael begitu hampir kepadanya.Teringat setiap perbuatan kejinya kepada Aisya,layanan buruknya kepada isteri yang tidak pernah dihargai.Wajah-wajah insan yang sentiasa disisinya terimbas diingatan saat itu.Wajah Tan Sri Yunus yang penuh kekecewaan,wajah Aisya..isterinya yang  polos,yang bersih.Paling menyedihkan,Erina mati tanpa sempat bertaubat.
Ketika sedar dari kemalangan itu,Armand tidak henti melafazkan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat,mengenali dan mendalami keindahan Islam.Sungguh rasa jahil tidak pernah lekang dari dirinya.
Sekarang,hasratnya cuma satu,mahu Aisya bahagia...sekalipun bukan bersama dengannya.Dia relakan perpisahan ini...cuma...Omar Yazid.Ya,anak kecil itu tidak pernah mengecap nikmat kasih sayangnya.
“Ya Allah....aku benar-benar dilema Ya Allah....hati aku sayangkannya...aku perlukan Aisya..tapi aku sedar Ya Allah...aku tidak layak untuk bersamanya.Dia baik,terlalu baik....”Gumam Armand di dalam hati bersama tangisan yang tidak berlagu.

Rizal menatap wajah Aisya dihadapannya.Dia perasan jiwa wanita itu tidak berada disini.Sekadar jasadnya.Pasti persoalan Armand yang memenuhi benaknya,yakin Rizal.
“Humairah....”Panggil Rizal.Aisya tersentak.
“Awak okay?”
“Ya..saya okey.Kenapa?”
“You don`t look like what you say.”
Aisya tersenyum,Rizal seorang sahabat yang bernar-benar memahaminya.
“Don`t worry..when I`m say,I`m okay...I really meant it.”Aisya menyakinkan Rizal.
Rizal mengerti.Aisya tidak mahu berkongsi cerita dengannya.
“What about your atuk hope?”
Aisya melepaskan keluhan,cuba menyusun kata-kata.
“Aisya Humairah....”Lembut panggilan Rizal menyusup ke telinga Aisya.
Aisya teragak-agak untuk memulakan kata.
“Saya tak tahu apa nak buat..Saya keliru ..”
“Keliru?”
“Saya tak pasti Rizal.Atuk cakap Armand totally change.He`s new Armand.”
“So..apa yang buat awak keliru ?”
“Saya takut dia pura-pura.Saya ada cakap..kalau dia nak saya maafkan dia..ceraikan saya.”
Rizal tersenyum.Kepalanya digeleng perlahan.
“Humairah....awak jangan terlalu pentingkan diri.Awak patut beri Armand peluang untuk tunjukkan keikhlasan dia.Cerai bukan jawapan bagi masalah awak berdua.Awak kejam Humairah.Awak pernah rasa bagaimana deritanya bersama Armand dulu.Awak rasa setiap kesakitan yang Armand bagi pada awak..Tapi ingat Humairah,awak bukan Tuhan untuk terus hukum dia macam tu.”
Kata-kata Rizal begitu menyucuk perasaannya.
“Tapi dia tak pernah minta untuk saya kembali pada dia.”
“Mungkin dia terlalu rasa bersalah untuk bersama awak.Dia rasa berdosa dengan kesilapan dia yang lalu.”
“Tapi..”
“Awak jangan lupa Humairah...antara awak dan Armand,ada Omar.Dia perlukan papa dia,dan awak perlukan suami awak.Jangan noktahkan perkahwinan awak berdua dengan perceraian.Bincang elok-elok dengan Armand.”
“Macam mana nak bincang...sedangkan setiap kali kami berjumpa dia selalu minta maaf,maaf,maaf.Tak pernah sekalipun dia minta untuk saya balik kesisi dia.”
“Up to you.”
“Maksud awak?”
“Semua terpulang pada awak Humairah.Awak perlu perjuangkan kembali hak awak sebagai isteri dia.”
Aisya masih membuat riak tidak faham.
“Kalau dalam hati awak masih ada Armand...tak salah untuk awak perjuangkan cinta awak dengan dia.”
“Entahlah...”Keluh Aisya.Segalanya bagaikan tersimpul rapi,antara kecewa,kasih dan simpati...segalanya bercampur baur.


Armand mengelap tubuh kaku Tan Sri Yunus,atuknya pengsan lagi.Jantungnya makin lemah menurut doktor Harlina.Aisya yang masih memangku tubuh Omar Yazid dikerlingnya.Wanita itu tidak henti-henti menangis sejak kedatangan mereka keHospital Sungai Buloh.
“Aisya,sabarlah...atuk will be right.”Pujuk Armand.
Aisya masih diam tidak berkutik.
“Bagi Omar pada saya.Mesti awak lenguh riba dia lama sangat.”Pinta Aramnd lalu mengangkat anak kecil itu ke dalam dukunganna lalu dibaringkan diatas sofa yang satu lagi,berdekatan sofa yang diduduki Aisya.Wanita itu masih lagi tidak berkata apa-apa.
“Armand,kejamkah saya kalau saya tak maafkan awak?”Perlahan kata-kata Aisya menyusup ke telinga Armand.Terpenpan dia seketika.
“Saya....”Armand mati kata.
“Orang tak rasa apa yang saya lalui ketika jadi isteri awak 4 tahun lalu.Saya bukan boneka yang tak ada perasaan Armand.Luka yang awak calitkan tak mudah untuk sembuh.Begitu dalam sampai saya tak sanggup nak ingat lagi.Hanya Tuhan tempat saya mengadu.Air mata bukan lagi ubat untuk saya waktu tu.Kehadiran Omar..buat saya lupa seketika tentang kesakitan yang awak buat.Rizal yang banyak membantu saya untuk terus cekal jalani hidup dengan Omar,tanpa awak sebagai suami.”Aisya mengesat air mata yang kian lebat.
Armand menangis di dalam hati.Matanya terpaku pada wajah Aisya yang keruh.Begitu sekali luahan hati Aisya.
Melihatkan air mata Aisya,seakan mahu dirangkul tubuh itu ke dalam pelukannya.Tuhan...kejamnya dia waktu itu.
“Aisya...”
“Awak rasa mudahkah saya nak maafkan awak.Berdendamkah saya kalau tak maafkan awak?”
“Aisya....saya minta maaf.Saya tahu saya takkan mampu kembali kepada 4 tahun lalu untuk padam setiap kesengsaraan yang awak lalui.Kalau saya mampu untuk balik waktu tu,satu-satunya yang takkan saya lakukan adalah menjadi suami awak Aisya.Tapi,saya tak mampu Aisya.Saya hanya manusia yang biasa yang melalui hidup dengan belas kasihan Allah.Waktu Allah ambil nyawa Erina dihadapan mata saya..waktu tu..yang saya nampak hanya wajah awak dan Atuk.Wajah yang paling banyak saya lakukan dosa.Saya...”Armand terkelu seketika.Liur ditelan.
Aisya yang mula diam menatap mata Armand yang jelas penuh penyesalan.Tersentuh seketika hatinya.Ayat Armand dicerna semula.
Kalau saya mampu untuk balik waktu tu,satu-satunya yang takkan saya lakukan adalah menjadi suami awak Aisya.”,kemalangan?Kematian Erina?Tuluskah kata-kata itu?
“Jadi awak fikir jadi suami saya tu satu kesilapan?”Terpacul kata-kata itu dibibir mungil Aisya.
Armand tersentak.Tidak bukan  itu maksudnya.

“Aisya....”Kata-kata Armand mati disitu.Suara Tan Sri Yunus kedengaran sayup-sayup.
“Armand....Aisya...”Panggilan itu mendekatkan Aisya dan Armand ke arah Tan Sri Yunus.
“Atuk..”Kedua mereka bersuara.
“Omar mana?”Soalnya.Lemah.
“Dia ada kat atas sofa,tengah tidur atuk.”Jelas Armand.Aisya hanya diam.Tangannya mengelus-elus jemari TanSri Yunus.
“Mand...Aisya.....atuk ni dah tak lama agaknya....kubur tu dah melambai-lambai panggil atuk.Atuk dah...”
“Atuk...please...jangan cakap macam tu lagi.Mand tak suka.Atuk will be right.”Pujuk Armand,lebih untuk menyedapkan perasaannya.
Aisya masih lagi diam.
“Mand....kalau 4 tahun dulu Allah ambil nyawa atuk...mungkin atuk takut untuk tinggalkan kamu berdua,takut untuk kamu terus hanyut..tapi sekarng atuk dah tak takut lagi.Atuk yakin....Armand dah berubah.Armand dah jadi Omar Saifullah...macam yang Armand nak.Saifullah..pedang Allah cu...”Kata-kata Tan Sri Yunus makin menyemarkkan esakan Aisya,Armand tidak beriak.
“Aisya....atuk tak minta Aisya kembali kepada Armand...tapi satu saja atuk minta...maafkanlah Armand.Dia dah banyak berubah selepas kemalangan 4 tahun lalu...”
“Atuk stop it,atuk perlukan rehat...”Armand memintas.Dia tidak mahu Tan Sri Yunus membuka cerita 4 tahun lalu.
“Aisya need to know!”Keras suara Tan Sri Yunus,sesungguhnya dia amat bersimpati dengan Armand,tidak sanggup lagi dia melihat keadaan Armand.
Aisya mengerutkan keningnya.Persoalan apakah yang menjadi kaitan dengan dirinya.
“Atuk...please...kalau atuk sayangkan Mand,please...cepat sembuh.”Armand menukar topik.
“Armand...”Tan Sri Yunus tahu,Armand memendam rasa.
Armand malas mahu bertegang urat dengan Tan Sri Yunus.Dia segera keluar untuk mencari surau,waktu maghrib kian hampir.TanSri Yunus dan Aisya hanya memandang tubuh itu menghilang dari kamar VIP itu.


Aisya mencari kelibat Armand di dalam biliknya,jam menunjukkan2 pagi.Doktor Harlina menelefonnya tadi setelah Armand tidak dapat dihubungi.Sejak pulang dari hospital tadi kelibat Armand sudah tidak kelihatan.
Tangannya teragak-agak untuk masuk.Namun memandangkan hal ini amat penting,tidak dapat tidak,dia harus bertemu dengan Aramnd.Tanganya memegang tombol pintu.Belum sempat tanganya mengetuk pintu..kedengaran suara orang mengaji.Begitu lembut alunan kita suci itu menusuk kekalbunya.
Suara siapakah it?Tanpa memberi salam,pintu itu dikuak perlahan.Dari belakang dia nampak tubuh Armand yang memebelakangi pintu sedang bersila di atas sejadah sambil melagukan ayat-ayat suci.Tersentuh hatinya.Suara itu kedengaran begitu ikhlas sekali.
Benarlah,Armand telah berubah.Selama ini dia terlalu prejudis terhadap lelaki itu.Serta-merta kata-kata Rizal kembali dimindanya.
Kalau dalam hati awak masih ada Armand...tak salah untuk awak perjuangkan cinta awak dengan dia
Mungkin dia patut berikan Armand peluang?Tapi mahukah Armand menerimanya?Aisya dihimpit pelbagai rasa.Terasa setiap kekusutan makin menjelma.Segala-galanya kelihatan makin rumit.

Rizal memerhati Armand yang sedang mara ke arahnya.Ya dia perlu bertemu empat mata dengan Armand.Tidak sanggup lagi menahan segalanya.Hubungannya dengan Aisya yang samar-samar perlukan titik noktah.Dia rela sekiranya Armand mahu Aisya kembali,dia tahu,Armand lebih berhak.

“Lama tunggu?”Sapa Armand.
“Tak lama sangatlah..”Ujarnya kembali berbasa-basi.
“So...may you tell me,kenapa awak nak jumpa saya?”Armand terus terang bertanya.Rizal tersenyum.
“Do you love Aisya?”Tersentak Armand dengan pertanyaan itu.
“Awak cintakan dia?”Soal Armand kembali.Rizal mengukir senyuman lagi,kali ini lebih ikhlas.
Armand bertanyaka perasaanya pada Aisya,tipulah kalau dia tidak mencintai Aisya.
“Saya tanya awak,tentang perasaan awak.Bukan saya.”
Armand diam seketika.Mencari kata-kata yang sesuai untuk dikatakan pada Rizal.
“Rizal...sesungguhnya cinta saya pada Aisya tak mampu saya ungkap.Tapi saya sedar...saya tak mungkin miliknya kembali.Dia jauh dari gapaian saya.Mungkin inilah karma yang harus saya lalui setelah apa yang telah saya lakukan 4 tahun lalu padanya.”Telus Armand bersuara.
Rizal menatap anak mata Aramnd terpancar keikhlasan pada kata-katanya.
“Kenapa awak tak cari Aisya dulu?”
Armand diam lagi.Rizal seolah menjerat hatinya.
“Saya akui,mengenali Aisya Humairah mendekatkan saya pada erti cinta.Saya tahu Aisya sedia maklum akan perasaan saya terhadapnya.Tapi..”Rizal menyisip jus oren dihadapannya.Membiarkan Armand mencerna kata-katanya tadi.
“Cinta dia untuk awak masih ada.Terus terang saya katakan,saya pernah offer untuk bantu dia menamatkan kisah rumah tangga awak berdua.Tapi,setiap kali saya bersuara,setiap kali itulah..Aisya akan berdalih.Dia masih anggap awak suami dia Armand.Awak perlu berusaha sikit saja untuk dapatlan dia kembali dalam hidup awak.”
Armand mengeluh lagi.Mengapa semua orang mahukannya kembali dalam hidup Aisya.Tidak ada cara lainkah untuk dia menyembuhkan luka dihati wanita itu.
“Awak pun boleh kalau awak berusaha untuk itu.”Armand bersuara akhirnya.
"Armand...Armand...kenapa awak tak...”
“Rizal,kalau awak nak Aisya...tak apa...saya akan lepaskan dia untuk awak.Saya tak fahamlah kenapa semua orang nak saya kembali ke sisi Aisya?Tak ada cara lainkah untuk saya ubatkan kembali luka dihati dia?Aisya sendiri yang mahukan saya ceraikan dia.”Pintas Armand lalu bingkas banugn meninggalkan Rizal yang terkebil-kebil.
‘Aisya Humairah....’Desis hati Rizal.


Aisya mencium tangan Tan Sri Yunus penuh kasih.Wajah tua itu ditatapnya penuh kasihan.Terlantar di atas katil begini.Air matanya mengalir lagi.Keriukkan pintu dibuka dari luar,mematikan tingkahnya.Wajah Armand yang sugul memaku pandangannya.
‘Kenapa dia kelihatan begitu tertekan?’Desis hati Aisya.Dia bangun memberi ruang untuk Armand.
“Aisya....boleh tunggu kat luar kejap?”Pinta Armand.
Aisya mengangguk.Dia faham mungkin Armand perlukan ruang untuk bersendirian dengan Tan Sri Yunus.
Armand mengenggam jemari Tan Sri Yunus lembut.Matanya meliar memandang wajah tua itu.Hatinya di pagut hiba.
“Atuk...kenapa semuaorang tak faham perasaan Mand.Bukan Mand kejam untuk buang Aisya dari hidup Mand.Mand tak kuat untuk terus bersama Aisya atuk.She`s to valueless to me.Mand takut atuk..Mand takut untuk hadapi sekali lagi hidup dengan dia.Mand takut Mand akan sakitkah hati dia lebih dari apa yang Mand lakukah dulu.Mand tak sanggup atuk.Mand tak sanggup.Dah banyak Mand lukakan hati Aisya....Tapi Mand juga takut untuk berpisah dengan Aisya.Tak cukup lagi ke tempoh 4 tahun ni untuk hukum Mand atuk...Mand tak kuat....”Bersama sedu sedan Armand meluahkan rahsia hatinya.
Tan Sri Yunus yang telah sedar tatkala Armand menggenggam jemarinya turut mengelirkan air matanya.Hiba rasa hatinya.
“Mand....”sayup suara Tan Sri Yunus.Mematikan tangisan Armand.
“Atukk...”
“Sabar cu,atuk faham....”
“Atuk...bukan tidak terlintas dihati Armand untuk miliki Aisya kembali.Tapi..boleh dia terima Armand yang dah tak sempurna ni?Boleh ke atuk?Armand si tempang?Si kaki palsu!Boleh ke atuk?”Lirih suara Armand.
Tan Sri Yunus makin esak tangisannya.
“Aisya berhak untuk dapat orang lain yang lebih sempurna,yang lebih berdaya.Sedangkan..Mand.. Mand tak mampu.Hidup bergantungkan kaki palsu.Kaki palsu atuk..”Sayu suara Armand.
Ya,kemalangan 4tahun lalu meragut kaki kirinya.Dia gagah menjalani hidupnya bersama sejuta rasa syukur nyawanya tidak turut melayang.Mujur jua langkahnya tidak kekok berbekalkan kaki palsu itu.
Aisya yang bersembunyi dibalik pintu terduduk,automatik air matanya mengalir laju.Begitu banyak yang tersimpan disebalik ketenangan seorang lelaki bernama Aramnd Jericho.Sedangkan bibirnya tidak henti meragui lelaki itu.Tidak menunggu lama Aisya masuk ke dalam bilik yang menempatkan Tan Sri Yunus itu.
Matanya yang berair tidak dihiraukan.Wajah Armand dan Tan Sri Yunus yang tergamam dengan kehadiran Aisya yang tiba-tiba itu.
“Armand...”Aisya meraih tangan Armand,diturunkan lututnya melutut dihadapan Armand.Serta-merta kasihnya tertumpah melihat wajah ikhlas Armand.
Aramnd tersentak dengan perlakuan Aisya.Selepas 4 tahun,ini kali pertama Aisya menyentuh tangannya.
Aisya tunduk mencium jemari Armand,air mata bercucuran membasahi pipi licin Aisya.Tersengguk-sengguk dia menangis.
“Armand,maafkan saya kerana terlalu ego...saya pentingkan diri sendiri.Saya isteri yang nusyuz..”Wajahnya disembamkan keriba Armand.Armand terkejut.
“Aisya...awak..”
Aisya mengangkat wajah seraya menahan Armand dari bersuara dengan tangannya.
“Armand,mahu tak awak terima saya kembali jadi isteri awak?”Soal Aisya.Armand terpempan.
“Saya..saaa..”Suara Armand tersekat disitu.
“Armand,saya tak kisah apa pun yang terjadi pada awak.Saya Cuma mahukan awak kembali dalam hidup saya.Omar,anak kita,dia perlukan awak dan saya untuk menyempurnakan hidup dia..”Lembut suara Aisya.
Armand terkedu.Adakah Aisya mendengar setiap butir kata-katanya tadi?Pantas dia menolak tubuh Aisya,jatuh terduduk dibuatnya.
“Aisya...saya tak perlukan simpati awak Aisya.Awak ada Rizal.Dia lebih layak untuk awak.Saya ni tempang,cacat!Cacat Aisya.”Ujar Armand seraya menyelak kaki seluar yang dipakainya.
Terpampang kaki plastik yang bersambung dengan lutut Armand.
Tangisan Aisya terhenti serta-merta.Tumpah simpatinya,bergunung penyesalannya.
“Ini..awak tengok ni.Ada ke perempuan yang nak lelaki macam saya?Cakap Aisya!Kalau awak kembali kepada saya semata-mata kerana simpati,baiklah kita perpisah Aisya.Tak guna kalau awak pura-pura.”Luah Armand.
Tan Sri Yunus yang diam tidak berkutik mengalirkan air mata.Tidak sanggup melihat kepedihan Armand,cukuplah 4 tahun ini dia terseksa dek perbuatannya sendiri.
“Armand,percayalah...tidak pernah sedetik pun saya berhenti dari mengingati awak selama 4 tahun ini.Sekalipun dulu awak tidak pernah menerima saya sebagai isteri kepada awak...saya tetap sayangkan awak.”Aisya merayu lagi.
“Stop it Aisya!Rayuan awak buat saya makin terseksa.It`s hurt me.Awak buat saya rasa makin tidak berguna!”

Aisya dengan tidak semena-mena memeluk kaki kanan Armand.Tangisannya berlagu lagi.
“Please Armand...saya..”
Tidak menunggu lama Armand mengatur langkah keluar dari kamar yang dirasakan semakin sempit itu.Tidak sanggup dia melihat air mata Aisya.Itu akan melembutkan hatinya.Membuatkan dia berat untuk melepaska Aisya,yang pastinya..Rizal lebih layak buat Aisya.

Armand kaget sendiri,bagaimana pakaian kerjanya boleh terhampar di atas katilnya sedangkan sebelum dia melangkah ke kamar mandi tadi,tiada sebarang pakaian disitu.Telinganya menangkap bunyi derap tapak kaki.Pantas dia menoleh.Wajah Aisya yang tersenyum menyapa pendengarannya.
“Kenapa awak ada dalam bilik ni?”Soal Armand seraya duduk,meletakkan tongkat yang digunakan tadi disisi katil,dicapai tuala yang berada diatas katil,mahu dilap kaki kirinya.Tanpa sempat berbuat demikian tuala itu dirampas Aisya.Penuh hati-hati Aisya mengelap kakinya.Armand kaku.
“Salah ke saya masuk dalam bilik suami saya?Lagipun..”
“Stop pretending Aisya.It`s hurt me more!”Tajam suara Armand,Aisya tayang muka selamba.Tidak dihiraukan kata-kata Armand.
Tangannya pantas mencapai kaki palsu Armand lalu dipasangkan ke lutut Armand.Suaminya diam tidak berkutik.Terkumat-kamit bibir Armand menahan amarah.Aisya tertegun melihat otot pejal didada Armand yang terdedah,sudah lama tidak menatap tubuh sasa ini.Arghh.....fokus!Fokus!
“Aisya..”
“Shuttt...awak ni banyak cakaplah.Dari dulu sampai sekarang.Macam dalam sistem pemerintahan diktator.Cuba sesekali awak dengan cakap orang.Ini tak..main kepala dia aje..”Bibir Aisya mengukirkan senyuman buat Armand.Sudah di pahat didalam hatinya,mahu mengejar cinta Armand yang masih utuh dihatinya.Dia nekad,mahu melembutkan hati Armand.
“Dah siap,awak pakai baju ni ya,lepas siap,saya nak pakaikan tali leher.”Arah Aisya.Armand hanya menurut.Dalam hatinya mahu sahaja dia memeluk tubuh isterinya,namun memandangkan rasa rendah diri yang terlalu menggunung dihatinya,niat itu terkubur begitu sahaja.
“Armand...do you know something?”Soal Aisya sekadar mahu memulakan bicara yang lebih santai.
Armand menggeleng,laju.Aisya tersenyum sumbing,tangannya mencapai tali leher berwarna coklat itu ,disimpul dan di pakaikan ke leher Armand.Dia terpaksa mengjungkitkan kakinya sedikit kerana Armand agak tinggi darinya.
“Sebelum saya jadi isteri awak,saya selalu berangan.Nak pakaikan tie untuk suami saya...nak sediakan pakaian untuk dia pergi kerja...macam sekarang ni..”Ujar Aisya,serantak itu ikatannya dikemaskan.Armand masih lagi diam,tidak berkata apa-apa.
Suasana sepi seketika.Armand seolah menanti apa yang bakal keluar dari bibir Aisya.
“Then...ini yang naakk sangat saya buat!”ketika itu juga,satu ciuman mendarat di pipi Armand.Aisya dengan segera menuju ke pintu.Sampai disitu dia berpaling melihat Armand yang semakin kaku dan kaget dengan perbuatannya tadi.
“Turun bawah cepat sikit ya,Omar dah tunggu nak breakfast dengan awak!”Pamit Aisya.
Armand yang baru sedar daripada menganalisa perbuatan Aisya teraba-raba pipinya yang menjadi mangsa ciuman Aisya.
Bibirnya mengukir senyum sebelum riak wajahnya kembali muram.
‘Ikhlaskah Aisya menerima dirinya?’

“Armand..”Aisya memanggil nama suaminya yang sedang berbaring mengiring membelakanginya.
Dia tahu Armand belum terlena lagi.Bibirnya menarik senyuman sehabis manis.Tangannya mengunci pintu kamar,membuatkan Armand yang sedang pura-pura tidur itu semakin laju degupan jantungnya.
Aisya merapati Armand,merebahkan tubuh berhadapan Armand.Lelaki itu membulatkan matanya.
“Awak ni...”Aisya bersuara sebelum menyambung.

“4 tahun tidur malam tak ada awak.Kalau malam ni saya nak tidur sini boleh?”Pinta Aisya tanpa sedikit segan.
Armand makin tidak tentu arah.Ah!Perlakuan Aisya semakin pelik.Sudahlah tengah hari tadi datang ke pejabat membawa bekalan sehinggakan dia terpaksa membatalkan janji temunya dengan pelanggan,tidak semena-mena ada budak penghantar bunga menghantar bunga padanya.Belum pernah seumur hidupnya menerima bunga.Staf-staf tidak henti mengusiknya.
Sekarang mahu tidur sekatil dengannya.Aduh!Pening jadinya.
Aisya menatap wajah Pan Asia suaminya.Dari mata turun ke hidung,turun ke bibir seksi dan milik suaminya..kembali menatap anak mata hazel nut itu.
“Kenapa awak macam tak selesa?”Soal Aisya,sengaja.Dia tahu Armand tidak selesa dengannya.Ah,pedulikan.Desis hatinya.
“Aisya..awak...”Jemari Aisya mematikan gerakan bibir Armand.
“You look so pale.Better you close your eyes.I won`t disturb you.Just want to see you sleep.”tutur Aisya sopan.
Teringat ketika awal perkahwinannya dulu,dia suka merenung wajah Armand yang sedang tidur,begitu polos.Mata Armand yang kosong tanpa perasaan.Senyuman sinis yang kadangkala menyakitkan hati.
“Kenapa sekarang awak tak selesa.Dulu awak okey jer.Siap peluk-peluk lagi.”Tutur Aisya tiba-tiba.Armand tidak bereaksi.
Suasana hihambat kesepian.Masing-masing diam tanpa kata,mata Aisya makin berat,dan seketika pandangan makin kelam.
Armand hanya melihat telatah Aisya.Sesekali bibir Aisya menguntumkan senyuman.Hatinya di pagut rasa takut.Takut untuk melihat senyuman itu menjadi air mata.Takut sekali lagi menyeksa wanita dihadapannya.
Bukan dia mahu menafikan rindu yang bertamu didada,tetapi..dia takut.Dan ketakutan itu menelan tiap angan-angan dan impian untuk memiliki Aisya semula.
Armand memerhati pelusuk wajah Aisya tanpa tudung itu.Dia sudah hanyut dibuai mimpi.Armand menatap wajah Aisya sepuasnya,melepaskan rindu yang membuak.Tangannya mengelus rambut ikal Aisya.Kening halus itu diusap lembut.Pipi Aisya disentuhnya.Aisya tersedar,namun matanya tidak dicelikkan.Pura-pura tidur,mahu menanti apa tindakan Armand.
“Aisya Humairah....kenapa awak buat saya makin berat untuk lepaskan awak.Setiap kali lihat mata awak yang penuh harapan,saya terluka Aisya.Nak aje saya tarik awak dalam dakapan saya.Tapi,saya tak mampu Aisya.Saya tak sempurna.Saya bukan armand 4 tahun lalu.Saya hanya si kaki tempang,saya cacat..”Dalam nada perlahan yang cukup untuk didengari Aisya,Armand melepaskan keluhan.
Aisya tersenyum didalam hati.Dia sudah yakin akan perasaan Armand padanya.
‘Armand,bersaksikan Tuhan,akan saya pertahankan cinta kita,kita akan bina semula mahligai kita yang selami ini suram.’Desis hati kecil Aisya.
Armand turut terlena sambil tangannya masih dipipi Aisya,dengan perlahan tangan Aisya memeluk pinggang suaminya.Biarlah dia mengalah,mempertahankan kasih mereka.Dia sanggup jika itu yang telah tersurat dalam takdirnya.

Aisya terdengar esakan kecil.Matanya yang separa sedar itu menangkap kelibat Armand yang sedang berteleku diatas sejadah menghadap kiblat.
“Ya Allah,aku bersyukur dikurniakan isteri sebaik dan sesolehahnya.Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah berkurangan kepadaku.Permata hati yang dikau anugerahkan padaku tidak ternilai ya Allah.Ya Allah,kau ampunilah dosa isteriku,ya Allah..Kau berilah sinar bahagia untuk dia Ya Allah.Aku tidak mampu untuk berikan kebahagiaan itu padanya.Aku hamba-Mu yang hina lagi kerdil Ya allah.”Bersama tangisan Armand berdoa dalam pagi yang kian hampir.
Tersentuh hati Aisya,mengalir air matanya.Tanpa ditahan-tahan,dia menerpa ke arah Armand yang sedang khusyuk berdoa.Tangannya mencapai kedua tangan Armand lalu dikucupnya penuh rasa kerdil.
“Armand...ampunkan saya Armand.Saya berdosa pada awak.Saya isteri yang..”
Armand meletakkan jemarinya dibibir Aisya.Bibirnya cuba mengukir senyum buat Aisya.
“Aisya...saya redha setiap langkah awak pergi dari saya Aisya.Tapi itu belum memadai dengan kesengsaraan yang saya berikan pada awak.Setiap luka yang saya calitkan pada awak....tak mungkin saya dapat tebusnya.Maafkan saya Aisya.Maafkan lelaki tempang ini,lelaki yang lemah ini,yang dulunya bongkak,takbur...”Lirih suara Armand memohon keampunan padanya.
“Armand..”Kata-kata Aisya mati disitu.
Tanpa menanti lama,Armand merangkul tubuh Aisya  kedalam pelukannya.Tumpah segala rindu yang menimbun.
“Armand...why not we start it again.Bina semula rumah tangga kita.Omar dan saya perlukan awak.”
Armand menatap anak mata Aisya,mencari keikhlasan di balik permintaannya.
“ Aisya...Saya....”
“Lelaki tidak memimpin dengan kesempurnaan fizikal Armand.Kalau awak fikir tanpa kaki awak tu awak tak boleh bahagia,awak silap Armand...awak silap.”
“Aisya...pleaseee...”
“Armand....awak cakaplah apa sekalipun...saya tetap akan berada dengan awak.Tak kira apa pun yang terjadi!Please Armand,berilah saya peluang itu.”Aisya bernada merayu.
Armand berjeda sendirian.Separuh hatinya mahukan Aisya,separuh lagi..hanya Tuhan yang tahu.
Mata mereka saling bertatapan.
Azan Subuh kedengaran dari Surau yang berdekatan banglo yang didiami mereka.Armand merungkaikan pelukannya.
“Aisya..subuh dah azan....Jom solat sekali.”Arah Armand.
Aisya tercegat seketika,seraya bangun lalu keluar dari bilik Armand.Armand menanti Aisya datang kemudiannya.
Hampir 15 minit,Aisya datang siap bertelekung.Disampingnya Omar yang sudah siap memakai baju melayu serta berkopiah.Armand tersenyum.Terlupa seketika kemelut rumah tangga mereka.
Mereka sekeluarga bersolat berjemaah,semoga apa yang dirasakannya saat ini,akan sentiasa berkekalan.Doa Armand didalam hati.


Aisya menyusun lauk pauk diatas meja.Kelihatan begitu sibuk sekali.Sesekali matanya melirik ke arah jam yang tergantung didinding.Senyuman makin melirik dibibirnya.
Hampir 5 minit kemudian,kedengaran pintu utama dibuka,meluru Aisya kearah ruang tamu.Sudah di agak siapa gerangannya.
“Mama!”Panggil  anak kecil itu.Aisya menerpa kearahnya lalu mendukung anak kecil tersebut.
“Papa mana?”Soalnya setelah tidak melihat kelibat suaminya.
“Tengah tolong tok nyang berjalan...dia nak masuk rumah.”Pendek anak kecil itu menjawab.
Aisya melebarkan pandangan matanya keluar,baru teringat,atuk sudah dibenarkan keluar sejak pagi tadi.
Wajah suaminya ditatap penuh kasih,tersenyum Armand membalas pandangan isterinya.
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah,Tan Sri Yunus tersenyum di dalam hati...moga apa yang dilihatnya bukan lakonan.
Suasana di meja makan agak riuh,melayan telatah Omar Yazid yang sangat mencuit hati.Hari ini Armand merasakan hidupnya seakan lengkap.Dengan kehadiran Omar Yazid,kembalinya Aisya ke dalam hidupnya.Armand melafazkan syukur di dalam hati.
Mata mereka saling bertatapan untuk seketika,sebelum masing-masing membalas senyuman,penuh makna.

Armand meletakkan naskah Al-Quran yang dibacanya di atas meja kerjanya.Kelibat Aisya yang sedang menyikat rambut di meja solek dikerlingnya.Entah mengapa perilaku Aisya malam ini,menggamit kenangan 4 tahun lalu.Sikap menggodanya terserlah malam ini.Gaun malam yang di pakai Aisya kelihatan amat nipis dimatanya.
Armand mendekati isterinya yang masih ralit membetulkan rambutnya yang panjang mengurai.Terbias bau wangian rambutnya.Terkocak nalurinya seketika.
“You look so weird this night.”Sapa Armand,jemarinya bermain dengan rambut Aisya yang mengurai,mematikan tingkah Aisya.
Aisya menatap anak mata hazel nut milik Armand.Anak matanya galak menyampaikan hasrat hatinya.
“Pelik?Pelik yang macam mana tu?”Sengaja menguji.
Armand menarikkan senyuman.
“Entah....looks like you are try to seduce me?”
Aisya melepaskan tawanya.Armand mengerutkan keningnya.Dia buat lawakkah.
Tangan Aisya mula memainkan peranannya.Dia melingkarkan kedua tangannya ke leher Armand.Mukanya disembamkan ke dada bidang Armand.Terkesima Armand dibuatnya.
“You know how much I miss you?”Aisya bersuara gemersik.Armand menelan liur yang dirasakan pekat.
“Err..”Armand bungkam.Peluh mula kelihatan di dahinya.Aisya ketawa lagi.Pantas jemarinya menyeka peluh Armand lalu bibirnya spontan mengucup pipi Armand.Armand kaget lagi.
“Saya tak pernah lupa tiap kemesraan yang awak berikan pada saya Armand.Pelukan awak,ciuman awak..rengekan awak.Itu yang jadi ubat kerinduan saya pada awak...”Aisya tersenyum lagi.
Armand cuba tersenyum,tapi nyata kekok.
Aisya menolak perlaha tubuh Armand ke belakang,mendekati katil.Terbaring Armand di atas katil.
Aisya tahu Armand kaget,dia juga terasa malu dengan tindakan luar logiknya,namun...dia mahu membuktikan yang dia tulus dengan keputusannya untuk kembali kepada Armand.Dia mahu suaminya memilikinya sepenuhnya,punya hak seperti suami lain.
Aisya membuka butang baju melayu Armand.Satu persatu.Matanya tidak sekelip pun lari dari menatap anak mata Armand,dia lihat bibir Armand yang terkumat-kamit ingin berkata sesuatu.
“Kenapa awak diam?”
“Err...”
“Saya tahu macam mana nak buat awak bercakap!”
Cup!bibir mungil Aisya mendarat dibibir Armand.Armand melopong.Ternganga.
“Aisya..apa awak buat ni?”
“Apa saya buat?”Aisya ketawa.Armand makin tidak keruan.
“Salah ke saya bermanja dengan suami saya?Salah ke kalau saya cuba nak bahagiakan hati suami saya dengan bagi layanan yang baik...”Aisya berkata pilu.Dia sudah buntu bagaimana mahu menyakinkan Armand akan perasaannya.’Saya cintakan awak Armand!’Tukas hati Aisya.
Aisya mengubah posisinya dia duduk dibirai katil.Armand turut membetulkan duduknya.
“Aisya...awak tahukan saya..”
“Saya tahu Armand..awak lelaki tempang,cacat,si kaki palsu?Itu awak nak cakap.Saya dah muak dengan kata-kata tu.Kalau betul awak nak tebus kesilapan awak pada saya dan Omar..kenapa awak tak bahagiakan kami dengan apa yang awak ada.Kekurangan awak bukan penghalang untuk kita bina kembali hubungan kita Armand.Saya tak nak yang lain,yang sempurna di mata awak..saya Cuma nak Armand Jericho bin Abdul Ainin Jericho.Papa anak saya,suami saya...”Lirih suara Aisya.
Armand terkedu mendengar kata-kata Aisya.Dia hilang kata.Wajah sugul Armand dipandangnya.Kesal menjengah hatinya.
Armand menarik Aisya ke dalam pelukannya.Pantas Aisya menolak.
“Tak perlu tenangkan hati saya Armand kalau hakikatnya awak tak pernah cintakan saya.Lupa pula saya.siapalah saya ni kan,perempuan miskin yang simpan angan-angan untuk kahwin dengan orang kaya seperti awak.”sinis kata-kata Aisya menyucuk perasaan Armand.
“Aisya..stop crying,it`s hurt me.Saya tak mampu untuk lihat lagi kesedihan awak.Ia menyakitkan saya.Iaa..”
“Sudahlah Armand,saya aje yang hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong mahukan awak,tapi awak...entahlah...”
Aisya bangun namun tangannya ditarik Armand,langkahnya terhenti.
“Aisya...maafkan saya kalau apa yang saya buat memberi luka dihati awak.Saya takut untuk sakiti awak lagi Aisya.Saya takut untuk pisang berbuah dua kali.Saya takut..”Jemari Aisya menyentuh bibir Armand.
“Armand...ketakutan buat hidup kita tak tentu araj Armand...Janga jadikan semalam sebagai kisah yang menghantui perjalanan awak untuk hari esok,tapi pandanglah realiti hari ini Armand.Awak berhak untukbahagia.Kalau awak nak saya dan Omar bahagia...kunci kebahagiaan kami terletak pada awak Armand.Kebahagiaan kami adalah awak.”
Armand menghela nafas syukur.Gembira hati tidak terkata,seakan sinar bahagia mula merayap ke tangkai hatinya.
Mereka berpelukan seketika.Sesungguhnya Syurga itu menabur duri-duri ujian dijalannya,neraka pula mengasyikkan dengan nikmat berpanjangan yagn akhirnya terkandas di pintu dosa.
Aisya seakan mengerti bahasa mata Armand,sesungguhnya hanya Armand empunya tulang rusuknya,dan hanya Aisya tulang rusuknya yang hilang.
Bahagia adalah milik manusia yang sentiasa berani mencarinya,Armand tidak lagi takut dengan bayangan dosa silamnya,Aisya bukan lagi memeluk bayangan tubuh Armand,kini dia kembali miliki suami yang amat dicintainya.
“Saya cintakan awak”Aramnd berbisik lembut di anak telinga Aisya.Aisya tersenyum.
“Cinta dihati Aisya hanya untuk Armand,biarlah takdir Allah sahaja yang pisahkan kita.Hanya Allah.”

✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿

Bila Allah turunkan ujian pada hambanya bukan beerti Allah tidak mendengar keluhan,kesakitan yang kita lalui...tapi Allah sudah menjanjikan sesuatu yang amat indah untuk kita lalui setelah kesakitan itu.

11:05 PM,KUALA KEDAH,HOME SWEET HOME
J

Dari tinta penulis:
Bingkisan kedua dari saya...honestly...tak berpuas hati sangat dengan hasil kali ini,banyak yang berlaku sepanjang menghasilkan cerpen yang tidak seberapa ini...
Kepada kawan-kawan yang tidak lokek mem beri komen,saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Insyaallah akan datang dari saya HANTARAN HATI
J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...