Monday, April 9, 2012

Kasih Dihati



Assalam readers...dipagi Selasa yang permai ini.....Fizah nak share something dengan you all huhuhuhuh....you know what..Fizah dah siapkan satu cerpen untuk tatapam you all...jeng jeng jeng...
Pieja La Dolce peresenttt...

Enjoy your reads...






CERPEN

“Aku terima nikahnya Nur Atilia binti Ahmad dengan mas kahwin RM 253 tunai”Kali kedua melafazkan akhirnya termeterailah janji,terbinanya ikatan suci.Kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Hakimi siang tadi.Ucapan itu terngiang-ngiang lagi di pendengaranku.
Gembirakah hati ini.Sungguh aku merintih dalam senyum ini Ya Allah.Ya aku sudah layak bergelar isteri tapi,aku tidak pinta secepat ini.Kubur abah masih merah,aku sepatutnya masih bersedih,tapi mengapa pernikahan ini berlangsung.
Air mataku mengalir lagi.Aku pasti siapa yang melihat pasti menganggap air mata bahagia.Tidak! Mama Zizah yang mahukan aku mengahwini Abang Hakimi.Abang tiriku yang sedang belajar di London.Ini tahun terakhirnya.Tiga bulan lagi bakal membawa pulang ilmu kedoktorannya.
“Lia,aku tahulah kau happy tapi janganlah tunjuk kegembiraanya kau dengan air mata.Dah comot mekap kau.Penat tau aku mekap kau.Tu,mahal tau bedak compact aku tu.”usik Afiqah.Dialah tempat aku meluahkan segalanya.Dialah teman baikku sejak aku di sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah.
Aku mengukir senyuman sehabis manis buatnya.
“Fiq,kau tak tahu apa yang aku rasa Fiq.Aku sedih Fiq.Aku harap sangat abah yang jadi wali aku Fiq.”Ya,itulah impian aku sejak aku tahu tentang penyakit jantung abah.Aku mahu abah yang mewalikan pernikahanku.
“Aku tahu Lia.Tapi dah Tuhan lebih sayangkan abah kau.Kau kena kuat Lia.Kalau kau sedih macam ni,aku sure,arwah abah kau pun sedih jugak.Dia mesti tak nak kau sedih macam ni.Yang dah pergi tu biarlah,kita yang masih hidup ni kena kuat.”ujar Afiqah seolah mengusir sendu yang mula bermukim dihatiku.
Aku memeluknya lagi.Esakan aku berlagu lagi.
“Dahlah Lia,kau tu dah jadi bini orang,tak lama lagi nak jadi mak orang.Aku pun nak balik dah ni.Hari dah nak tengah malam dah ni.Kau bukan tak tahu jalan nak balik rumah aku tu tengah renovate,gelap tu.Aku chau dulu beb!”Afiqah sudah meminta diri.
Aku melepaskan pelukan kami.
“Thanks Fiq,kalau kau tak ada siapa lagi aku nak tumpang kasih Fiq.Kaulah sahabt aku dunia akhirat.Kau balik nanti jangan lupa kirim salam kat mak ayah kau tau”
“Baik.Nanti cheq balik habaq kat mak cheq nahh”keluar loghat utaranya.Aku menghantarnya menuju ke pintu pagar.Kereta Myvi orennya di parkir diluar perkarangan rumahku.
Sekelip mata,Afiqah hilang dari pandangan mataku.Aku mengatur langkah ke kamarku dengan seribu debar dan persoalan
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Aku membersihkan tubuh yang mulai melekit.Mana tidaknya hampir seharian aku bersalut dengan kebaya labuh daripada kain lace bewarna krim ini.Bagi gadis lain pastinya hari ini adalah hari paling bersejarah dalam hidup mereka.Tapi sebaliknya pada aku.Bukan aku membenci suamiku.Tapi,aku banci situasi perkahwinanku.Lelaki itu tidak aku cintai,mampukah aku menjadi isteri yang sempurna buatnya.Sesungguhnya aku membesar dengan asuhan seorang bapa.Abah aku yang membesarkan aku selama 25 tahun aku hidup di muka bumi ini.Aku tidak pernah mengenali erti ibu,mak,mama.Kehadiran Mama Azizah 2 tahun lalu,masih tidak mampu mendinginkan ruang kasih ku yang berhaba ini.Sungguh aku mendambakan kasih seorang perempuan.Kasih seorang ibu.
Mama Azizah sedari dulu tidak pernah sebulu denganku.Walaupun aku bersedia menyayanginya sepenuh jiwaku.
Tapi bagaimana dia mudah memintaku menerima anak lelakinya.Ya,anak lelakinya telah sah menjadi suamiku beberapa jam yang lalu.Dan,beberapa jam yang lalu juga dia telah terbang kembali ke tanah London.Tengah hari tadi usai sahaja majlis akad nikah,terus dia mengambil penerbangan Alor Setar ke Kuala Lumpur.Ada ujian sebelum peperiksaan akhir sekaligus  penentu masa depannya.
Usai menunaikan kewajipanku dari Zohor hingga Isyak aku berteleku di atas tikar sejadah arwah abah.Masih kedengaran lagi suara abah membacakan doa seusai solat berjemaah.Masih terasa hangatnya tangan abah aku kucup.
“Ya Allah,Kau tempatkanlah roh abah dalam kalangan orang beriman.Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi kehidupanku ini Ya Allah.Kau peliharalah suamiku walau dimana jua dia berada Ya Allah.”Doaku dengan linangan air mata.Akhirnya entah bila aku terlelap di atas sejadah itu aku tidak pasti,azan subuh yang mengejutkanku dinihari itu.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Mensyuarat pagi ini aku kendalikan sebaik mungkin.Laporan lengkap harus aku berikan kepada Mama Azizah petang nanti.Meja kerja ku penuh dengan fail-fail yang belum disemak.Waktu makan tengah hari sudah masuk.Namun rasa hendak menghabiskan kerjaku mengatasi rasa laparku.Isi pejabat sudah lengang,semua staffku sudah ada yang keluar menikmmati makan tengah hari.Aku bersandar lesu.
Bunyi telefon berdering mengejutkan aku yang mulai hanyut dengan khayalan.Tertera nama Afiqah di skrin iphoneku.
“Ya Fiq?”sapa ku.
“Lia,kau tak nak makan ke?Aku tunggu kau kat bawah ni”
“Kau pergilah makan dengan Cik Abang kau.Aku malaslah.Banyak fail nak kena semak ni.Petang nanti Mama Azizah nak laporan lengkap.”tolakku.Tapi aku pasti,Afiqah punya seribu cara untuk memujukku.
“Kau ni Lia,kuat sangat kerja.Kalau ya pun nak siapkan kerja...kesihatan tu kena jaga jugak Puan Nur Atilia oiii.”Afiqah dah memulakan ceramah kesihatannya.
“Aku rasa aku tak sempatlah Fiq.Kau tolong tapaukan untuk aku boleh?”Pintaku.Aku pasti jika aku meluangkan masa makan tengah hari aku bersama mereka pasti kerja aku tidak akan sempat habiskan kerjaku petang ini.
Kedengaran dengusan dihujung talian.Tengah menlancarkan serang merajuklah itu.
“Fiqku sayang....sorrylah aku tak dapat join kau hari ni.Tapi esok aku janji aku makan dengan korang.” Sekali lagi aku menabur janji.
“Hang toksah dok buat lecey laa Lia oit...aku bila dah masuk loghat utara aku ni....”
Malas mahu berperang mulut lagi,aku memutuskan talian.Itu satu-satunya jalan yang ada untuk lari daripada mendengar leteran Afiqah.
Aku mahu segera menyiapkan kerjaku.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Sejak dua tiga hari ini tubuhku terasa lesu.Selera makanku makin berkurang.Malas rasanya mahu kepejabat.Tetapi memandangkan keadaan perniagaan kain syarikatku makin menaik,aku gagahkan jasadku hadir kepejabat.Hendak diikutkan rasa lesu ini,mahu sahaja aku berbaring diatas katil,membungkus didalam selimut.
Perutku berbunyi minta diisi.Aku bergerak ke pantry,meninggalkan mejaku yang penuh dengan bebanan kerjaku.Sesampainya aku ke pantri,pandanganku makin kelam dan  berpinar,seketika kurasakan tubuhku melayang dan.....
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Aku mencelikkan mataku.Badanku terasa segar.Hidungku mengesan bau ubat yang agak kuat.Aku dimana?Hospital?Argghh!Kepalaku kembali berdenyut.
“Jangan banyak bergerak.Your body need rest.Otak tu kalau boleh kosongkan dari memikirkan tentang kerja or anything yang buat awak rasa tertekan.”Suara garau itu menjengah pendengaranku.Ya aku kenal suara itu,suara yang menerima lafaz ijab dan kabulku itu.Ya,aku pasti.Aku menoleh mencari raut wajah itu.

“Saya nak duduk.Tak selesalah baring”Pintaku.Wajahnya kupandang kosong.Bahasa yang digunakannya ketika berbicara denganku cukup untuk memahamkanku akan siapa aku disisinya.
Dia cuba membantu ku untuk duduk,pantas aku menepis.Aku masih mampu untuk melakukannya menggunakan kudratku.Dia hanya mempamerkan riak tenang.
Aku memerhati penampilannya sekilas,kemeja biru cair tersarung didalam uniformnya.Stetoskop digantung kelehernya.Doktor lah katakan.Wajahnya tidak kupandang lama,sekadar pandangan seorang doktor dan pesakit.
“You look so stress.Maybe kurang rehat,terlalu banyak fikir pasal kerja.Kerja tu kerja jugak,kesihatan awak tu yang penting.”Katanya lagi.Wah,dasar doktor,berlakon seolah mengambil berat tentang perihal hidupku.
Argh!Aku tidak betah untuk terus berduaan dengannya.
“Errr....doktor,can I get my phone?.”aku memerlukan alat komunikasi itu.Aku mahu menghubungi Afiqah.
“Nur Atilia....tak sangka nama aje lembut,manis...tapi perangai...kasar,”Dia menjawab soalanku dengan satu penyataan yang aku sendiri tidak faham.Aku kasar?Kenalkah dia akan siapa siriku.
Aku mendongakkan wajahku.Memandang tepat ke wajah putih bersih itu.
Doc,I ask for my phone.Kalau tak faham jugak,boleh berikan handphone saya?Saya perlukankanya!”Suaraku sedikit menjerit.
Riak wajahnya sedikit tidak berubah.Dia menyandarkan tubuhnya dibingkai tingkap yang tertutup.Kenapalah dia tidak pergi rawat pesakit lain.Argh!
“Kalau saya tak bagi?”Jawapannya benar-benar menyakitkan hatiku.Mengapa pula?
“Doktor Muhammad Hakimi,saya seorang pesakit.Macam ni ke caranya awak layan pesakit awak?Main tarik tali bagai.Saya bukan budak kecil.Give or tell me where is my phone?”aku masih cuba mengawal suaraku.
Dia menyeluk poket uniform putihnya.Sejurus itu dia menyuakan Iphone berwarna putih yang dibaluti dengan casing transparent.Ah! Iphoneku!Macam mana boleh berada di dalam simpanannya?
Aku merampas telefon tersebut sebaik sahaja huluran tangannya menghampiriku.Pantas aku buka kekunci.Terpapar 16 panggilan tidak berjawab diikuti 7 pesanan ringkas.
Aku periksa pemanggil-pemanggil tersebut.Hampir 10 daripada Afiqah,7 lagi dari beberapa kenalan perniagaanku.Aku beralih ke peti masuk,kesemua mesej-mesej itu datangnya dari Afiqah.Aku membacanya satu persatu.Tidak lain tidak ukan,mesejnya penuh dengan persoalan mengapa tidak menjawab panggilannya.
Aku tersenyum seketika tatkala membaca mesejnya yang berbaur pujukan.Aku mengerling dia lagi.Masih lagi bersandar di posisi tadi.
“Happy nampak,kenapa pak we mesej apa?”Soalnya.Riaknya masih tenang.
“Pak we?Hurm,...”Aku melepaskan keluhan.Pasti dia melihat nama Afiqah yang menelefonku semasa Iphoneku di dalam simpanannya.
Tidak nafikan,aku setkan nama Afiqah sebagai Fiqku Sayang.Pasti dia beranggapan Fiq itu adalah lelaki.Ah biarkan dia beranggapan begitu.
“Owh,you mean Fiq?Not Pak we,but maybe pak we to be?”Sengaja aku bergimik.Jemariku rancak menari di atas skrin Iphone membalas mesej Afiqah,aku tahu dia risau.
“Oklah,I dont want to disturb you.Take a rest.Maybe esok pagi atau petang ni you dah boleh discharge.You just need a lot of rest.Take a leave or,leaving for holiday?”Sarannya lalu melangkah pergi meninggalkanku.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Malam ini Mama Azizah memintaku agar pulang awal.Aku pasti,mahu minta duit lagilah tu.Rasanya minggu lepas dia aku dah masukkan tiga ribu ringgit dalam akaunnya.Sudah habiskah?
Aku memandu menyusuri Jalan Langgar.Banglo aku diami bersama Mama  Azizah terletak di Taman Sri Bandar.Mujur sahaja petang-petang begini jalan tidak begitu sesak.Lagu Tentang Rasa yang menjadi lagu tema drama bersiri Vanilla Coklat itu berdendang di radio.Aku cuba menghayati lirik lagu itu.


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Mampukah aku menumpang kasih di bawah lindungan lelaki bernama Muhammad Hakimi?Mampukah?Sedar tidak sedar hampir 7 bulan aku menjadi isteri kepada lelaki itu.Sekalipun tidak pernah dia menghubungi aku.Kepulangannya ke tanah air pun aku tidak tahu.Tahupun setelah aku dimasukkan ke hospital gara-gara pengsan di pejabat.
Hampir 20 minit aku memandu akhirnya aku memarkirkan keretaku  di halaman rumah.Kelihatan Toyota Harrier berwarna hitam terparkir disebelah kereta Mama Azizah.Siapa empunya kereta?Ada tamukah?

Aku bingkas ke kamar,malas mahu mengambil tahu siapa yang bertandang ke rumah.Aku menjeling ke arah jam tanganku,ada masa lagi untuk menunaikan solat Asar.Hari ini aku tidak berapa sibuk,mujur juga arahan Mama Azizah kena pada masanya kalau tidak,mahu melenting wanita itu.
Tidak dinafikan 2 tahun mengenali Mama Azizah cukup membuatkan dirinya terluka.Wanita itu sering tidak puas hati dengannya.Tapi di depan arwah abahnya pandai pula dia mengambil hati..Mungkin dialah mak tiri zaman moden.
Usai menunaikan solat Asar aku menghala ke ruang rehat.Tempat yang menempatkan televisyen dan alat-alat hiburan.Aku selalu berkaraoke dengan abah malam-malam disini.Ah,rindu pada arwah abah menggamit lagi.Aku duduk di kerusi bertentangan dengan Mama Azizah,kebetulan.Dia mengerling ke arahku,riaknya wanis.Aku pasti,adalah sesuatu yang dimahukannya dari aku,kalau tak duit,pasti ada benda yang memerlukan bantuanku.
“Lia..”panggilnya.Aku memandang tepat ke wajahnya.
“Ya “Aku menjawab lesu.Aku hanya menanti butir bicaranya.Malas mahu meneka,kerana aku tahu...baiknya ada sebab.
“Kejap ye..”katanya sambil memandang ke arah bilik tetamu di tingkat atas.Disitu satu-satunya bilik yang paling tinggi.Aku mengerutkan dahi.
“Kimi!Keluar kejap,mama ada benda nak bincang ni!”Laungnya.
Pendengaranku jelas mengenali nama itu.Kimi?Hakimi ada di dalam rumah ini?Apa kaitannya perkara yang mahu dibincangkan dengan aku dan melibatkan Hakimi?
Sejurus itu kelibat Hakimi menuruni anak tangga yang hanya 4 tingkat itu menghampiri aku dan Mama Azizah.Dia duduk berhampiran dengan Mama Azizah.
Suasana agak sepi.Hanya kedengaran kipas berputar,siaran televisyen yang tidak ditonton.Mataku menjamah wajah Hakimi.Dengan t-shirt putih kolar berbentuk V yang tersarung dibadannya menambahkan kemachoannya.Seluar bermuda menampakkan gaya yang santai.
‘Back to the point Lia!’
“Ada apa mama suruh Lia balik?Mama perlu duit ke?Kan ke minggu lepas Lia dah masukkan 3 ribu dalam akuan mama?”Aku terus bersuara menghambat kesepian antara kami.
“Lia,mama bukan apa...mama tahu Lia kahwin dengan Kimi bukan sebab kamu berdua saling suka sama suka.Kimi ada pilihannya sendiri.So,mama ingat mama nak kahwinkan diorang berdua...”Mama Azizah tenang menuturkan ayat itu.
Jantungku seolah tercabut dari tangkainya.Aku memandang wajah Hakimi,lelaki itu tidak beriak.Gembira,sedih..langsung tidak tergambar diwajahnya.

“So...mama nak Lia buat apa?Sign surat benarkan poligami?Mana sekarang jugak Lia boleh sign.”Aku terkedu sendiri,akukah yang menuturkan ayat itu.Tiada hatikah aku?
Suami yang tidak pernah mengiakan kehadiranku didalam hidupnya bakal berkahwin lagi,dengan pilihannya.Bertuahlah gadis itu mampu disayangi lelaki ini.Apa guna ikatan perkahwinanku kalau dia berkahwin dengan gadis lain?
Mama Azizah memandang aku tidak percaya.
“Yang tu tak apa,Cuma mama nak minta tolong sikit boleh?”
“Tolong apa?”
Hakimi masih lagi diam.Langsung tidak berbunyi.Dia membuang pandang ke skrin peti televisyen.
“Kimi kan baru aja kerja,so mama ingat,kalau-kalau Lia tak kisah Lia sponsor majlis kahwin diorang boleh?”Tanpa segan silu Mama Azizah membuat permintaan.
Aku meraup wajah.Aku sudah agak.Mesti ada udang disebalik batu.
“What everlah mama..nanti mama claim segala bil dengan Syahmi.Tapi..sebelum apa-apa..daripada kami berdua buat dosa kering..Lia rasa baik Abang Kimi lepaskan Lia.Tak guna kalau Lia terus jadi isteri Abang Kimi  sedangka hakikatnya hati kami tidak pernah bersatu.Itu aje harapan Lia.Kahwinnya Abang Kimi dengan bakal isteri dia nanti...Lia harap masa tu Lia dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan Abang Kimi selain daripada seorang adik beradik tiri.”Aku pantas masuk kebilik aku.Sebak mula berkumpul di dada.Pilu hatiku.
Aku menyandarkan tubuh di balik pintu yang telah aku kunci kemas.Air mata aku mengalir laju.Mengapa hatiku sakit melihat ketenangan lelaki itu.
Lagi menyakitkan apabila Mama Azizah mahu kahwinkan dia dengan gadis pujaan hatinya.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Afiqah demam,dengan manja meminta aku menemaninya ke Poliklinik.Aku menjemputnya dirumah sewanya bersama 3 lagi rakan serumahnya.Setelah dia masuk kedalam keretaku,aku memandangnya.Pucat lesi.Aku mencapai tangannya.Sejuk.
“Kita pergi hospital teruslah.Aku risaulah.Badan punyalah panas.Tangan sejuk.”Usulku.
“Kau bawak ajelah aku mana-mana pun.Aku dah tak tahan dah ni.”
Pantas aku memandu laju ke hospital Sultanah Bahiyah.Sesekali mataku memandang Afiqah yang berada disebelahku.
aku memarkirkan keretaku.Pantas aku membukakan pintu dan memapah Afiqah ke dalam hospital.Aduh berat jugak minah ni,telan nasi ke apa?Badan keding aje aku tengok.
Sesampainya ke kaunter pesakit luar aku mendudukkan Afiqah ke kerusi yang ada disitu.Aku mencapai dompet milik Afiqah lalu menyuakan kad pengenalannya kepada jururawat yang bertugas disitu.
Aku menanti disisi Afiqah setelah mengambil nombor giliran.Hampir 20 minit menunggu seorang jururawat menyebut nama Afiqah.aku memapahnya lag.Badannya kelihatan sangat lemah.Aku masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh jururawat itu.Tanpa memandang wajah doktor yang sedang duduk dimejanya,aku menempatkan Afiqah dikerusi yang terletak disisi meja.
“Badan dia panas sangat.Nak berjalan pun tak ada daya.”Ulasku.Aku masih memegang tubuh Afiqah yang longlai.
“Urm...biar saya periksa nadinya.”Aku mendongak memandang wajah doktor itu.
Ah,lelaki ini sering wujud dalam keadaan yang mengejut.
“Lia,aku nak baringlah..aku tak tahan duduk macam ni.”Rengek Afiqah.Mematikan tenunganku pada wajah Hakimi.
Mengapa dalam banyak-banyak doktor yang bertugas malam ni mesti lelaki ini juga yang aku jumpa.
Dia menjalankan tugasnya memeriksa Afiqah begitu tekun.Hampir lima minit aku dan Afiqah disuruh mengambil ubat di luar.Aku memapah Afiqah yang makin lemah.
“Lia..”panggilnya.
“Lia datang dengan kereta siapa?”
“Kereta Lia.Kenapa?”
“Urm...Lia tunggu kat luar kejap.Lagi 10 minit  Abang Kimi datang.”
“Kenapa?”Aku menyoal.Agak pelik apabila dia memintaku untuk menunggunya.
“Tadi Abang Kimi tumpang kawan.Dia dah balik.So,ingat nak tumpang Lia.Boleh?”
“Ok.Lia tunggu kat luar.”

Aku mengerling Hakimi disebelah yang sedang fokus memandu.Dia meminta untuk memandu dari hospital lagi.Suasana sepi.Hanya kedengaran suara DJ berceloteh.Malam kian larut.
“Preparation wedding macam mana?Ada yang tak cukup?”Aku menyoalnya.Memecah sepi antara kami.
Dia menoleh memandang wajahku.Lampu isyarat berwarna merah.
“Entah,semua mama yang uruskan.”
“Urm,bila tunang?Langsung?”Sekadar berbasa-basi.
“Ikut family sebelah sana....tunang,akad nikah sekali.”
Dia meneruskan pemanduannya.
“Hurm...senang,jimat kos,tenaga dan masa.”
“So,bila kita boleh bercerai?”Terpacul pertanyaan itu dari bibirku.
Aku memandang pemandangan Bandaraya Alor Setar di waktu malam.Tidak banyak kenderaan yang kelihatan.Tenang,tidak seperti bandar Kuala Lumpur.sibuk memanjang.
“Lia dah ada calon ke?”
“Maksud Abang Kimi?”
“Lia macam tak sabar nak bercerai dengan Abang Kimi.Mesti dah ada plan kan?”
Aku rasa mahu ketawa dengan telahannya itu.
“Abang Kimi,dunia Allah ni luas..kat mana-mana kita boleh cari cinta kita.Buat masa ni memang Lia tak ada calon lagi.Cuma Lia harap Lia boleh bebas tanpa sebarang ikatan dengan sesiapa.Dan masa tu mungkin masa yang sesuai untuk Lia cari haluan Lia sendir.Tak mahu lagi hidup mengikut telunjuk orang lain.”
“Lia menyesal kahwin dengan abang?”
“Menyesal?Abang Kimi,sesaat pun Lia tak pernah rasa menjadi seorang isteri kepada seorang suami.Istilah menyesal tak pernah wujud.”
Dia diam.Kereta mula memasuki halaman rumah.Aku bingkas menanggalkan tali pinggang keledar.Tiba-tiba tangaku ditarik.
“Kenapa?”Aku menarik tanganku dari pegangannya.
“Abang nak tanya and abang harap Lia jujur.Lia sayangkan abang?”soalan cepumas mana pula yang dipetiknya?Ah,tidak betulkan doktor ini?
“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Assalamualaikum”Aku terus keluar dan menuju ke b ilik tidurku.Ah,perasaanku hanyut lagi.
Tidak aku nafikan,sesekali nama Hakimi menjengah hati wanitaku.Namun aku tidak pernah menyimpan impian untuk bersamanya.Tambah-tambah sejak aku tahu dia sudah punya idaman hati.
“Ya Allah....sakitnya perasaan ini”...
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Aku menutup al-Quran.Alhamdulillah,selepas kepergian abah,aku sudah dua kali mengulang kitab suci ini.Aku bersyukur.
Hari ini Jumaat,hari cuti bagi negeri Kedah,Terengganu dan beberapa negeri lagi.Aku melihat jam,baru pukul 7.Masih awal.Tiba-tiba aku teringin hendak makan nasi Kama` yang dijual di Kuala Kedah.Bergegas aku bersiap.

Suasana di rumah sepi.Aku menuju ke keretaku.Tidak peduli langsung keadaan sekeliling.

“Lia nak kemana?”Aku mendengar nama aku  dipanggil.Aku menoleh ke arah suara itu.
“Lia nak ke Kuala.Nak beli breakfast.”
“Abang ikut?”Pintanya.
“Naiklah.”Malas mahu berbalas alasan dengannya.
Terus sahaja dia mengambil tempat disebelah pemandu Suzuki Swiftku.Aku menghidupkan enjin beberapa minit sebelum memasukkan gear dan meneruskan perjalanan.
Aku membuka radio saluran Hot.Fm.Pagi ini riuh radio itu membincangkan topik kahwin tanpa cinta.Bahagia  atau derita?
Ah kena pula dengan kisah ku dengan lelaki ini.
“Nampaknya kita ada seorang pendengar yang menghantar kiriman sms.Saya kahwin atas pilihan keluarga,pada awalnya saya tak dapat terima suami saya.Tapi,selepas hampir sebulan mengenali suami saya.Saya benar-benar jatuh cinta dengan dia.I love you abang”Lancar suara Faizal Ismail membaca  mesej yang diterimanya.Aku hanya mendengar sepintas lalu.
“Lia bahagia kahwin dengan abang?”Soal Hakimi.Matanya menatap wajahku.Aku perasan itu.
“Abang Kimi rasa kita kahwin ke?”
“Maksud Lia?”
“Kita mungkin kahwin....tapi pada sekeping sijil nikah.Lia tak pernah rasa apa itu kahwin.Malah..Lia selalu berharap apa yang Lia lalui sekarang adalah mimpi.Lia cukup letih dengan permainan mama.Bukan niat Lia nak burukkan mama.Tapi untuk apa kita kahwin kalau ini yang kita lalui.Lia bukan lelaki yang boleh kahwin lebih dari satu.Lia sangat tak faham kenapa kita kahwin”Laju aku meluahkan rasa.
Hakimi mencapai jemariku.Diusapnya.Aku kaget.
“Kenapa pakai cincin ni sebelah kiri?”Soalnya.
“Lia selesa pakai sebelah kiri.”
Tanpa silu dia mengucup tanganku.
“Terus terang abang cakap.Abang tak tahu apa abang rasa sekarang.Yang pastinya...abang suka selalu disisi Lia.”Ucapnya separuh perlahan.Tapi aku masih mampu mendengarnya.
Aku menarik tanganku.
“Apa Abang Kimi buat ni?Jangan nak mengada!Lia tak suka”
“Abang suka.”
Gila agaknya.Sah..doktor ini tersasar inject ni.
“Stop it!Abang Kimi kena sedar.Abang tu nak kahwin dengan buah hati abang.So,Lia tak suka Abang Kimi buat Lia macam ni.”
Aku menghentikan kereta di bahu jalan.Aku terus keluar menuju ke gerai yang menjual Nasi Kama`.Orang sudah tidak ramai.Cepatlah jugak aku membeli 3 bungkus nasi.Satu untuk aku,satu lagi untuk Hakimi,dan satu lagi untuk Mama Azizah mungkin.
Aku kembali ke kereta.Hakimi sudah bertukar tempat duduk.Dia duduk di tempat pemandu.Aku melabuhkan punggung disebelah nya.
Usai aku memakai tali pinggang keledar dia terus meluncur laju.Aku hanya diam.
“Kalau kita mulakan dari awal nak?”
Mulakan dari awal?Maksudnya?Aku mengguman sendirian.
“Kita baiki balik rumah tangga kita”sambungnya setelah aku diam,tidak menjawab pertanyaan tadi.
“Mulakan?Baiki?Masih ada masa lagi ke Abang Kimi?Abang Kimi dah nak kahwin dah pun.”Aku mengingatkan.
“Kenapa mesti Lia ingat perkara tu?”
“Bukan ke Abang Kimi yang nak kahwin?”
Dia mendengus.
“Kenapa Lia tak minta untuk abang Kimi terima Lia?”
Aku mengerutkan kening.Rasa hendak ketawa pun ada.Gila apa doktor ni.Kejap nak kahwin,kejap nak aku minta dia terima aku.Apa ni?

“Abang Kimi...jangan berlakon boleh tak?Lia lemaslah macam ni.Hidup dengan dunia hipokrit.Kalau abang takut Lia tak bagi bahagian abang..abang jangan risau.Sekalipun kita bercerai,Lia akan tetap masukkan duit dalam akaun abang dan mama.”aku tahu...mereka dua beranak takut tidak mendapat elaun harta arwah abah.Dasar mata duitan.Apa tidak cukup lagikah gajinya sebagai doktor itu.
“Lia..”kata-katanya mati disitu apabila kereta mula memasuki ruangan rumah.
“Lia..bukan tu maksud abang.Kalau kita boleh baiki hubungan kita..kenapa tak kita cuba?”
“Sudahlah abang Kimi..Kalau betul abang Kimi nak kita baiki hubungan kita..kenapa tak dari awal dulu?Kenapa baru sekarang...Atau abang Kimi takut Lia kahwin dengan lelaki lain then abang tak sesen pun?How nice your planning!”Aku keluar dari kereta.Malas mahu menatap wajah yang kian mendapat tempat dihatiku.
Pedih terasa menjalar dihatiku.Kenapa perasaan indah ini hadir,sedangkan terang lagi bersuluh hatinya milik wanita lain.

(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Aku memandang gubahan hantaran yang bersusun di ruang rehat rumah.Set hantaran bertemakan sangkar itu aku pandang penuh asyik.Gabungan warna putih dah hujau pucuk pisang memang kena.Tampak bersih dan simpe.Lima dulang semuanya.Pasti berbalas tujuh dari pihak sana.
Teringat majlis kahwinku 6 bulan yang lalu.Mama Azizah hanya membuat sedikit kenduri dan tiada sebarang hantaran mahupun sesi fotografi.Aku sempat merakamkan beberapa keping sahaja.Itupun denga bantuan Afiqah.
Aku tersenyum pilu.
“Lia terima semua ni?”sapa satu suara,aku kenal.Siapa lagi lelaki dalam rumah ni.
“Terima atau tidak,Lia ada pilihankah?”
“Kalau Lia say yes..Abang akan cancelkan semua ni.”tiba-tiba dia mengeluarkan idea bodoh.
Aku ketawa.Mudah benar dia buat keputusan.Sedangkan esok dia akan menjadi suami kepada gadis lain.Gadis yang dicintainya.
“Tak sangka semudah ini abang Kimi buat keputusan.Hari ni macam ni,esok entah macam mana.Kita bukan budak-budak..main kahwin-kahwin...Itu imaginasi kita masa kecik-kecik dulu.Sudahlah..selamat pengantin baru Muhammad Hakimi.”Aku mahu berlalu.Terasa tanganku ditarik.
“Kenapa Lia tak boleh bagi peluang untuk Abang baiki hubungan kita?”Mudahnya dia berkata-kata.
“Peluang?Dari dulu Lia selalu bagi peluang untuk Abang Kimi.Tapi Lia sedar Lia hanya bermimpi di siang hari.Selamat pengantin baru.”Aku menarik tanganku lalu masuk ke kamar.Di atas katil aku melepaskan segala kesakitanku.Air mata yang mengalir umpama mengusir kelukaan ini.
Kuatkah aku menahan perasaan ini.Kata-kata Afiqah dua hari lalu terngiang kembali.
“Kau jangan nak jadi lilin sangat boleh tak?Aku surelah..si Kimi tu ada hati dengan kau.kalau tak takkanlah di asyik ulang benda yang sama dengan kau.Nak baiki hubungan korang.kau patut beri dia peluang.”
“Aku sentiasa beri dia peluang Fiq.Dari awal aku jadi isteri dia...aku dah janji dengan diri aku..apa pun yang jadi dia tetap suami aku.Syurga aku.Tapi macam mana aku nak baik dengan dia kalau asyik ikut cakap mama dia aja.Kat rumah pun tak duduk sebilik.”
Ya,aku tak mampu nafikan..aku telah serahkan cintaku buat lelaki bernama Hakimi.Aku tak tahu bagaimana ia bermula,yang pastinya,aku tahu hati aku milik dia.
Ketukan di pintu mematikan tangisanku.
“Siapa?”Aku malas hendak membuka pinta,takkan hendak menampakkan wajah aku yang menangis ni.
“Mama!”balas suara di luar.
Mama,ah mahu apa lagi wanita itu.Nak minta duit lagilah tu.Lupa pula..mereka akan bertolak malam ni ke Ipoh.Pastinak duit minyaklah tu.Aku bergegas ke bilik mencuci muka.
Terjengul wajah Mama Azizah dimuka pintu setelah kubuka.
“Ada apa mama?”
“Urrmm..Lia tak nak ikut ke?”Aku tahu ajak-ajak ayam saja tu.
“Tak kot mama.Lagipun esok petang Lia nak ke kilang.”
“Kalau macam tu..mama nak duit sikit boleh?”Kan aku dah agak.
“Berapa?”
“Dua ribu?”
“Banyak tu mama?Berapa kereta yang pergi?”
“Tiga”
“Seribu setengah dah cukup kut?”Aku tidak suka  membazir.Sudahlah belanja lain aku yang keluarkan.Hampir lima belas ribu.Licin income kilang untuk tiga minggu.
“Lia,kalau Lia tak nak bagi cakap je lah.Tak payah nak limitkan perbelanjaan mama.Mama minta hak mama.Bukannya mama curi.Lagipun anak mama yang tulah satu-satunya.Mama nak ahli rombongan duduk hotel.Takkan nak suruh diorang duduk masjid,jatuh lah standard mama.”
Aku melepaskan keluhan.Mama Azizah memang jenis yang memaksa.
“Okey.kejap lagi Lia pergi bank.”Aku menutup kembali pintu bilik lalu mencapai tudung Ariani yang tersangkut di penyangkut berlubang-lubang itu.

(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Mataku masih lagi segar.Aku keseorangan malam ini.Mak Cik Timah orang gaji rumahku turut pergi.Aku tidak dapat melelapkan mata biarpun berkali-kali aku cuba untuk memejamkan mata.Aduh..sudahlah esok aku harus ke kilang,kalau lambat,marah pula Pak Cik Hasim nanti.Aku sudah berjanji dengannya.
Aku menatap skrin Iphoneku,aku seolah-olah menantikan panggilan dari seseorang.Mungkinkah Hakimi?Ah..lelaki itu mungkin sedang bergayut denga bakal isterinya.Maklumlah siang nanti akan menjadi raja sehari.
Wall paper itu aku tatap lagi.Itu gambar candid yang Afiqah ambil.Gambar Hakimi sedang menerima lafaz akadnikah.Tampan sekali dia ketika itu.Aduh..aku hanyut lagi membelai perasaan mengingati lelaki itu,sedangkan dia?
Deringan telefon mengejutkanku.Mujur tidak terlepas pegangaku pada Iphoneku.Aku menjawab tanpa sempat melihat identiti pemanggil.
“Lia,kereta yang Hakimi naik kemalangan.Sekarang kami di hospital.Boleh Lia mai la?”suara Mak Cik Timah menembusi pendengaranku.Ya Allah!Aku rasa mahu pitam sekarang.
“Hospital mana Mak Cik Timah?”
“Kami dok ada dekat hospital Alor Setar la ni.”
“Hah?Bukan ke kat Ipoh?”
“Sat gi Mak Cik Timah cerita.Lia mai sini dulu nah?”
Aku mematikan talian lalu bergegas ke hospital.Aku mahu segera sampai kesana.
“Ya Allah,jangan kau ambil dia dari aku Ya Allah.Aku tak sanggup kehilangannya.”Air mata aku mengalir laju.

Melihat kelibat Mak Cik Timah yang sedang memeluk mama Azizah membuatkan aku tidak perlu bertanya kepada kaunter pertanyaan disitu.Aku meluru ke arah mereka.Mama Azizah seperti orang bingung.
“Mak Cik Timah...macam mana keadaan abang Kimi?”
“Hakimi ada dalam wad tu,dia dok lena..hurm...kesan ubat bius ka apa tak tau doktor tu habaq tadi.”Ujar Mak Cik Timah sambil mengunjukkan ke arah bilik yang sedang tertutup rapat.

“Dia macam mana?Maksud Lia..ada apa-apa yang parah dak?”Aku menyoal kalut.
“Doktor kata,kaki kanan terseliuh,tangan kanan patah.Kereta dia kena rempuh belah drebar.Mujuq dia dan brek,tapi kereta dia pusing-pusing jugak la”
“Dia sorang saja ka dalam tu?”Aku mula mengeluarkan loghat Mak Cik Timah.
“Macam ni cereta dia,masa kami kat RnR Sungai Perak,dia dok melengum,lepas tu Mak cik Lia pi la teguq dia.Suruh dia senyum sikit..nak jadi pengantin barulah katakan.Lepas tu dia kata dia tak mau kawin dengan..apa nama awek dia tu..Shila..kot...”Mak Cik Timah cuba mengingati nama bakal isteri abang Hakimi.Shila namanya.
“Lepas tu..Mak cik Lia mengamuk la..dah nak sampai dah dia buat perangai..Dia jerkah Mak cik Lia,dia kata dia nak balik.Dia nak pujuk Lia..dia kata dia dah banyak abaikan Lia,Yang Mak Cik timah bersyukur sangat bila dia kata dia dah sayangkan Lia.”Ayat Mak Cik Timah terhenti disitu.
Benarkah apa yang aku dengar.Hakimi sayangkan aku?
“Dia ambik kunci kereta dia,dia belah bawak lagu tu ja.Mak Cik Lia ligan la dia.Rombongan lain pakat dok tunggu kat sana lagi kot.Mujur Mak Cik Timah ikut masuk jugak.Sampai ja kat tol Langgar,keluaq kat lampu isyarat tu dia tak belek kiri kanan dah,terus lagu tu ja...Masa tu kereta dari kanan tengah hijau...dumm..”ujar Mak Cik Timah panjang lebar menamatkan cerita versinya.
Mama Azizah hanya diam tidak berkutik.
Aku mencapai tangan Mama Azizah.
“Mama..sabar ya.”Aku cuba menenangkan hati Mama Azizah.
“Kaulah punca anak aku kemalangan.Kau ni tak puas hatikan anak aku nak kahwin dengan orang yang di cinta kan?Eh..kau ni perempuan jenis apa hah?”Kau pergi!Pergi!Aku tak nak tengok muka kau kat sini”Mama Azizah menolak tubuhku dari menghampirinya.
Aku jatuh terduduk.’Ya Allah,dugaan apa lagi ni.Sumpah tidak pernah terlintas di hati aku untuk memintanya untuk jadi begini.’
Mak Cik Timah menyuruh aku masuk ke wad Hakimi melalui isyarat mata.Dia memegang bahu Mama Azizah yang sedang menangis,mengusap perlahan.Aku terus menuju ke wad yang menempatkan Hakimi.
Pecah tangisanku melihat keadaan Hakimi.Kaki yang berbalut,tangan yang bersimen.Dia kelihatan lena sekali.Aku mencapai jemarinya.Aku kucup.Syahdu aku rasakan.Sepanjang menjadi isterinya,tidak pernah aku berpeluang mengucup tangan sasa ini.
“Abang,bangunlah...tolong jangan macam ni...Lia janji..Lia akan bagi abang peluang untuk abang baiki hubungan kita.Tapi please...tolonglah sedar....”aku bercakap dengannya.Aku tahu dia tidak dengar.
Sungguh kesalku menggunung tatkala aku mendengar cerita Mak Cik Timah.Ya,dia kemalangan kerana aku.Kerana mahu pulang memujukku.Air mataku mengalir lagi.
Aku terlelap bersama tangisan.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Hari ini genap dua hari Hakimi pulang ke rumah.Mama Azizah seolah menyalahkanku di atas semua yang berlaku.Akibatnya dia menyuruh aku menjaga Hakimi sehingga sembuh.Aku rasa hendak ketawa pun ada.Bukankah itu tanggungjawab aku sebagai  isterinya.Perihal pernikahan tamat disitu sahaja apabila Shila mengetahui Hakimi telah mengahwini aku.Heboh juga perempuan itu dan keluarganya datang menyerang Mama Azizah,tapi setelah mengetahui Hakimi kemalangan mereka cuba bertolak ansur.
“Lia,abang nak minum”Pinta Hakimi setibanya aku dibiliknya.
“Tepi tu sajakan?Ambillah sendiri.”Aku tahu dia mengada-ngada.Bukannya tangan kiri tak boleh digerakkan.Yang patah tangan kanan.
Akumencapai baju-baju yang bertaburan atas lantai.Aku hairan setiap kali aku masuk kebilik lelaki ini pasti semak,bersepah.Letih aku melayani kerenah Hakimi.Baru dua hari,aku sudah merungut,belum pun seumur hidup.Eh?Beranganlah kau Lia.
“Tolonglaa...lagipun tak baik minum guna tangan kiri.”Ah,dia memang bijak memberi hujah.
Aku mencapai air mineral yang terletak di atas meja,disisi katil.Aku suakan kemulutnya straw yang dilipat itu.
Setelah beberapa deguk,dia menolak.
“Thanks sayang.”Ah,,panggilan tu membuat aku rasa malu sendiri.Aku pantas mengemas bilik Hakimi.Aku beralih ke arah meja kerjanya.Aduh,serabut gila.Bagaimanalah lelaki ini membuat kerja dengan keadaan yang sebegini.Kalau aku,dah lama terlentang agaknya.tulisan pada helaian kertas sangat comot.Padanlah dengan dirinya seorang doktor.
Aku perasan matanya memerhati tiap langkahku.
“Kan best kalau tiap-tiap hari Lia kemaskan bilik abang.Tidur dalam bilik ni dengan abang...sembang dengan abang tiap-tiap malam sebelum tidur.”Jauh sungguh dia memasang angan-angan.
“Apa abang Kimi merepek ni.Dah semak sangat.Lia kemaslah.Nanti kalau kawan-kawan abang Kimi datang,tak ke malu.”
“Lia,boleh tak buang perkataan Kimi tu..panggillah abang ke...darling ke..Bee ke..hurmm tak pun...hubby.Barulah romantik.”
“Jangan nak mengarut boleh tak.Dah makan ke beelum?”Soalku,jam sudah menunjukkan 9 malan.Beginilah rutinku,siang kepejabat,malam menjaga Hakimi.
“Belum,mama nak bagi tadi,abang tak nak...abang nak tunggu Lia.Nak Lia suapkan.Boleh?”Entah mengapa permintaannya itu amat keterlaluan bagiku.Sudahlah meminta aku memanggilnya dengan panggilan entah apa-apa.
Aku duduk dibirai katil berhampiran dengannya.Aku menyelak selimut.Mencapai kaki kanannya.Aku lurut perlahan.Dia sudah boleh bertatih sedikit.Tapi memerlukan sedikit urutan untuk membetulkan sendi dan uratnya.Namun masih boleh berjalan menggunakan tongkat.
Dia memandangku.Aku tahu reaksinya seperti semalam.Menjamah segenap wajahku.Baru aku perasan,dia suka memandang wajahku setiap kali aku memandang ke arah lain.Dia mencapai tangan kananku menggunakan tangan kirinya.Tarikannya membuatkan aku makin merapatinya.
“Abang tahu,abang mungkin anak mama.Abang terlalu mengikut kata mama,sampai sanggup kahwin dengan Lia walaupun masa tu abang dah ada kekasih.Abang mungkin naif,sampaikan Lia yang bagi nafkah pada abang.Abang nak kahwin pun abang masih harapkan duit Lia.”Ayatnya terhenti disitu.Dia menarik nafas.Aku hanya menatap wajahnya yang tenang.Tanganku masih didalam genggamannya.Aku menanti kata-kata seterusnya.
“Tapi...terus terang abang cakap,hati abang sentiasa mahukan Lia disisi abang.Abang cintakan Lia.Mungkin abang terlambat untuk sedar.Hati abang bertambah yakin yang abang cintakan Lia saat Lia minta abang lepaskan Lia.Masa tu..abang rasa abanglah lelaki paling bodoh sebab tak pernah cuba untuk meraih hati Lia.”Aku melihat ada air jernih yang bertakung dimatanya.
Dia mengucup jemariku.Aku mengelus kedua belah pipinya.Aku memeluknya erat.
Tangisanku pecah lagi didalam pelukannya.
Terima kasih ya allah,Kau kabulkan doaku ya Allah.
“Lia..tak tahu nak cakap apa...Lia tak sanggup kehilangan abang....Cukuplah abah tinggalkan Lia.Lia minta maaf abang..Lia sanggup biar abang kahwin dengan orang lain.”Aku memohon kemaafan darinya.”Aku sedar aku juga bersalah kerana tidak cuba untuk mempertahankan hubungan kami yang selama ini umpama tanah gersang di musim kemarau.
Ya Allah,kau sinarilah kasih ini agar sentiasa utuh dijiwa kami Ya Allah.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Mama Azizah seolah-olah sengaja tidak membenarkan aku tidur di dalam bilik Hakimi malam ini.Dia masuk ke bilik itu sejak usai solat maghrib lagi.Setahu aku Hakimi sudah boleh berjalan sendiri.Aku tidak perlu lagi mengemas biliknya sekarang,semuanya dilakukan sendiri.Tangannya yang berbalut simen sudah dibuka.Walaupun tidak berapa kuat,dia masih boleh kesana-kemari tanpa bantuan sesiapa.Sudah seminggu aku tidur dibiliknya.Itupun setelah dia berkeras dan mengunci pintu.

Aku meniarap di atas katil sambil menatap Iphoneku.Melayan twitter bersama Afiqah.Tiba-tiba ada mesej masuk.
                Hurm...bila sayang nak masuk bilik?Abang ngantuk ni....
Aku tersenyum membaca bait mesej itu.Laju aku membalas.
                Mama ada kat dalam bilik abang lagi tak?
Aku hanya mahu Mama Azizah keluar dari bilik itu.Sejak kemalangan hari itu,aku umpama seterunya.Pantang berjumpa ada shaja yang hendak dimarahinya kepadaku.
                Urmmm..mama macam tak nak keluar je.Abang pergi bilik sayang nak?
Ah!kusut.Dia sudah buat idea gila.
                Tak payah lah.Malam ni tidur dengan mama laa

Aku menanti balasan seterusnya.
                Nak sayang jugak!Kejap lagi mama keluar abang pergi erk.No objection!
Aku tidak mampu berkata apa lagi.Hanya menanti apa yang bakal berlaku.Seketika kurasakan sekeliling makin gelap..dan....

Tubuhku di usap perlahan.Aku menepis.Apalah yang mengganggu lenaku.Tanpa mencelikkan mata aku menukar posisi tidurku.Tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang.Aku pantas mencelikkan mata.Hakimi sudah berbaring disisiku.
“Eh,abang.Macam mana..”Hakimi meletakkan jemarinya dibibirku.
“Tak boleh tidur tanpa Lia kat sebelah.”
Aku mengubah posisi mengadapnya.Aku rangkul lehernya dengan ke kedua belah tanganku.Aku menatap kedua bola matanya.
“Sebelum ni okey ja,kenapa malam ni tak boleh pulak?”Aku mengusiknya.
“Tu sebelum..tapi sekarang dah tak boleh.”Ujarnya.Wajahnya mempamerkan aksi merajuk.
“Mama?”aku risau jugak kalau-kalau Mama Azizah datang menerjah kamarku.
“Abang dah kunci bilik abang.Bilik sayang pun dah.So..kita berdua aja sekarang.”Lain bunyinya aku dengar ayat yang keluar dari mulut Hakimi.Suaranya kedengaran romantik sekali.
Dia bangun dan memadamkan semua lampu kecuali lampu meja.Dimalapkannya sedikit.Dia menyertai aku yang sedang berbaring.
“Jom tidur.”Aku semakin pelik dengannya.
“Ok,jom..”Aku membalas sebelum menarik selimut dan memejamkan mata.Aku mengiring menghadapnya.
Dapat aku rasakan pelukannya makin erat,makin rapat kurasakan desah nafasnya.Dengan selafaz bacaan doa,aku hanyut menyelami kasih dan cinta yang Hakimi hamparkan buatku.Malam ini menjadi saksi kami memaknakan cinta.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

 Mama Azizah duduk menghadap aku dan Hakimi.Ketika itu aku dan Hakimi sedang menonton cerita Adnan Sempit di Astro First.
“Kimi,mama dah jumpa calon yang sesuai dengan kamu.Minggu depan kita langsung.Mama dah  tengok,baik budaknya.”Ujar Mama Azizah.”Aku mengerling Hakimi disebelahku.Lagaknya tenang.Matanya masih menatap kaca televisyen.
“Kimi,kamu dengar tak apa mama cakap ni?”Bentakknya apabila Hakimi seolah tidak peduli dengannya.

“Mama,tolong hentikan sikap mama yang macam budak-budak boleh tak?Kimi dah kahwin,Lia dah jadi isteri Kimi yang sah.”Hakimi bersuara akhirnya.Riak wajahnya tidak sedikit pun manis.Aku turut kecut.Tidak pernah aku lihat wajahnya yang membahang marah.Aku hanya diam,tidak mahu mencampuri pertelagahan dua beranak ini.
“Kimi!Sekarang dah berani lawan cakap mama.Apa perempuan ni dah bagi?Nasi kangkang?Patutlah Kimi dah macam lembu kena cucuk hidung.Hei perempuan,kau dengar sini baik-baik.Aku akan buat Hakimi kahwin jugak dengan perempuan yang aku nak jodohkan.Kau ingat tu!”Marah Mama Azizah lalu berlalu ke biliknya dengan perasaan marah yang jelas kelihatan.
Tuduhannya membuatkanku beristighfar di dalam hati.Ya Allah,tidak pernah terlintas dihati aku untuk menyimpang dari jalan Allah.
Terasa tangan Hakimi meraih aku dalam dakapannya.Automatik air mata membasahi pipiku.Aku rebah bersama tangisan di dada bidang suamiku.
“Abang,tak pernah terlintas di hati Lia untuk buat perkara terkutuk tu.”
“Shhuttt....abang percayakan Lia.Abang faham.”
“Kenapa mama susah sangat nak terima Lia?Lia mungkin kaya dengan harta yang arwah wasiatkan untuk Lia.Tapi percayalah abang..bukan ini yang Lia mahukan.Lia hanya mengharap secebis kasih dari mama untuk Lia teruskan hidup Lia yang tak pernah mencium walau sekelumit kasih dari seorang ibu.”Air mataku tumpah lagi.
Hakimi mengeratkan lagi pelukannya.
‘Ya Allah,terima kasih kerana berikanku suaminya mengasihiku,menyayangiku..’Hanya itu mampu hati aku meluahkan saat ini.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)

Mama Azizah menjeling tajam kearahku ketika kami sedang bersarapan pagi ini.Aku menuangkan air milo panas ke dalam gelas Hakimi.Matanya tidak lepas memandang gelagatku.Aku tahu didalam hatinya pasti menyumpah seranah aku.’Tuhan..tabahkanlah hatiku’
“Terima ka sih sayang”Ucap Hakimi seraya meneguk minumannya.
Aku membalasnya dengan senyuman paling manis.
“Huh!baru panggil sayang sikit dah senyum sampai ketelinga.Dasar perempuan tak sedar diri.Kau ingat kau boleh rampas Kimi dari aku?”Tajam suara Mama Azizah menembusi anak telingaku.Aku tunduk meneruskan sarapanku.Harus bagaimana lagi aku puaskan hatinya?
“Mama!Depan rezeki ni?Pagi-pagi pun nak gaduh lagi ke?”Hakimi mencelah kedinginan yang melanda.
“Kalau Kimi nak mama diam.Kimi kahwin dengan Ainsyah.Anak jiran Pak Ngah kamu tu.Baik budaknya.Baru balik Egypt 2 bulan lepas.”Aku memandang wajah Hakimi.Terasa hatiku dicucuk-cucuk setiap kali Mama Azizah bercakap tentang isu kahwin.Apa aku tidak cukup baik untuk dijadikan menantunya.Ah aku dah jadi menantu dia dah pun.
“Mama..berapa kali Kimi nak cakap.Kimi dah kahwin.Hanya Lia isteri Kimi.Sampai bila-bila pun...hanya Lia.Dah lepas ni Kimi tak nak dengar apa-apa lagi pasal ni.Kimi nak ke hospital.Lia dah siap ke belum.Abang tunggu kat kereta.”Arah Hakimi.Pantas dia keluar rumah.
Selepas insiden malam itu,kereta Hakimi terlantar di bengkel.Aku secara tidak langsung dihantar olehnya menggunakan keretaku.
Aku ada mempelawanya untuk membeli kereta baru,tapi dia menolak.Masih mampu lagi untuk dia membeli kereta baru.
Aku mempercepatkan suapanku.Meneguk sedikit jus oren,lalu bergegas ke kereta.Mama Azizah mendengus kuat.Ah!malas untuk aku terus berhadapan dengannya aku tahu,pasti dia hendak menyakiti hati aku lagi.

Hakimi sudah menanti di dalam kereta.Aku mendapatkannya.Sekelip mata Suzuki Swiftku sudah berada di atas jalan raya.Aku diam tidak berani bersuara.

“Abang harap Lia tak kecil hati dengan mama.”Hakimi bersuara matanya masih fokus dengan pemanduannya.Aku menoleh menghadapnya.Aku menghadiahkannya secangkir senyuman.
Aku menekan punat radio.Dengan pantas jemariku di rangkul oleh Hakimi.
Please say something....abang tak suka kalau Lia pendam sorang-sorang.”ucapnya.
“Lia ok...Lia yakin abang takkan buat macam tu dekat Lia.”Aku menyakinkan Hakimi.Aku yakin dengan cintanya kepadaku.Kasihku sudah tumpah sepenuhnya kepada lelaki yang bernama Muhammad Hakimi.Andai Tuhan mengambilnya dari aku,entah bagaimanalah keadaanku nanti.
Lagu Hanyut dendangan Faizal Tahir berkumandang.Aku cuna memahami liriknya.

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

“Lia tujukan lagu ni untuk abang.”Aku memandangnya lagi.Sungguh aku tidak pernah jemu berada disampingnya.
“Thanks sayang,dan rangkap ini untuk sayang.. Aku memang bersalah,selalu saja mengabaikan mu,dan tapi dah ku sedari,segala perit kau lalui,ku terlupa kau terluka..”Perlahan dia mengikut rentak lagi itu.Sungguh aku terharu dengan luahannya.
“Maafkan abang selami ni abang tak peka dengan Lia.Abang abaikan kehadiran Lia.”
Syukur Tuhan,terasa hilang kesengsaraanku beberapa kebelakangan ini.Jemariku dikucupnya penuh kasih.Mukaku terasa berbahang.Perlakuannya romantis sekali.
“Kalau tak fikir abang kena masuk hospital balik hari ni,abang bawak Lia check in kat hotel tu!”Tunjuknya kearah Hotel Regency ketika kami melintasi hotel itu.
“Buat apa?”Soalku.
Cover balik time first night!”
Erk!terasa mahu saja aku sembunyikan wajahku ketika ini.
“Hish!abang ni..otak tu cuba fikir elok sikit.”
“Apa yang tak eloknya.Tak apa nanti abang nak call kawan abang ni,dia kerja kat agency travel,boleh tolong pilihkan tempat untuk kita bulan madu.Masa tu,Lia takkan boleh berenggang dengan abang walau sesaat pun.”Hah..sudah..dia dah melalut jauh.Sampai sahaja dihadapan bangunan yang menempatkan pejabatku,aku segera menanggalkan tali pinggang keledar aku mahu bergegas keluar,tanganku di tarik Hakimi.
“Apa?”Aku menyoalnya.
“Salam?”
Oh..aku ingatkan apa tadi.Aku pantas menyalaminya.Sekelip mata,dahi aku dihinggapi ciuman dari Hakimi.Ah..lelaki ini makin menyemarakkan cintaku padanya.
“Apa pun yang terjadi....hanya Lia di hati abang,jangan pergi jauh dari abang tau..Lia dah ambil separuh dari jiwa abang,and please....believe me sayang.”Sayu ucapannya.
Aku merasakan sesuatu yang aneh pada ucapannya.
“Hanya Allah yang mampu memisahkan kita.Insyaallah,Lia akan jaga hati abang sebaiknya.”Aku menyakikannya.Tangannya aku raih semula.Aku kucup lama.Entah mengapa aku merasakan beratnya hendak berpisah dengannya pagi ini.Selalunya aku pergi kerja meninggalkannya dirumah,tidak pula begini.Ah...aku benar-benar hanyut dengan bisikan kasihnya.

Aku manghantar pemergiannya dengan perasaan yang berkecamuk.Debaran seolah membayangi desah nafasku.Ya Allah,jangalah kau apa-apakan hubungan dan kasih kami Ya Allah.

(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Afiqah mengajak aku untuk makan tengah hari di Restoran Noodle Station di Tesco Mergong.aku hanya mengikutnya memandangkan keretaku ada pada Hakimi.Dia sudah menghantar khidmat pesanan ringkas kepadaku.Dia tidak dapat menjemputku pulang kerana hari ini dia on call sekali gus menggantikan rakan sekerjanya yang mengambil emergency leave kerana isterinya bersalin.Sempat lagi dia mengusikku,lagi 9 bulan dia bakal mengambil cuti i tu dan alasannya yang sama.Aku hanya tersengih membaca mesej itu.Insyaallah jika ada rezeki.Aku juga teringin akan kehadiran cahaya mata,bukti kasih kami.
Kami mengambil meja yang berhampiran pintu masuk.Setelah pesanan sampai,aku tidak menunggu lama,mee yang yang berasap aku pandang penuh selera.Afiqah hanya ketawa memandang tingkahku.
“Kau Lia,tahulah lapar,tapi janganlah tunjuk sangat teruja tu..Malu aku beb!”
“Ah.lantak kaulah Fiq,Cheq dah lapaq..cheq nak makan.”Aku memerli Afiqah dalam loghat utaranya.
“Tak senonoh punya kawan..”Dia membalas.
Kami meneruskan suapan,sesekali aku tergelak dengan lawak-lawak yang Afiqah sampaikan.Memang tidak kering gusi dengannya.Dia selalu menceritakan insiden-insiden jenaka yang berlaku dalam keluarganya.Kadangkala mencuit hati.
Usai makan,Afiqah mengajakku untuk window shopping sebentar.Aku hanya menurut.Kami berlegar-legar di ruangan gerai-gerai yang menjual tudung serta aksesori wanita.Koleksi beg tangan turut dijual.
Afiqah sempat membeli beberapa helai koleksi tudung yang belum dimilikinya.Sesampainya kami di hadapan Nagoya Tekstil,mataku tertancap pada satu susuk tubuh yang aku kenali.Hakimi!Dia berada agak jauh dari kami.Aku menarik Afiqah berlindung sedikit daripada mereka.Aku lihat di tangannya penuh dengan beg-beg kertas dan plastik.Mama Azizah tutur berada disitu.Dan...seorang perempuan muda disisi Hakimi.Dia kelihatan sangat gembira disisi Hakimi.
Hanya Tuhan tahu betapa luluh hatiku saat ini.Ya Allah...lututku seakan tidak mampu berdiri lebih lama.
“Fiq,jom hantar aku balik rumah.”
“Lia...siasat dulu...kita tak tahu pucuk pangkal cerita Lia.”Afiqah memujukku.Kami beriringan menuju ke parkir kereta.
Adegan tadi sudah cukup membuatku mengerti segalanya.Tidak mustahil Hakimi hanya berpura-pura mencintaiku.Dia hanya mahu mengaburi mataku dengan kasih sayangnya.Hebat lakonannya,aku sendiri telah tertipu.Aku benci Hakimi!
“Kau cakaplah apapun Fiq,aku nak balik..aku tak nak tengok lagi penipu tu.Mak dengan anak sama saja.Mata duitan.Semuanya nak kikis harta aku.Kalau diorang nak harta aku..ambillah..tak guna kalau kaya tapi tak ada kasih sayang..Harta kekayaan takkan mampu beli hati aku Fiq.”Aku tumpahkan tangisanku dalam pelukanh.
Sepuluh minit perjalanan,kereta Afiqah memasuki halaman rumah.Aku bergegas keluar.Kakiku  pantas mengatur ke bilik.Pada Afiqah telah aku pesan agar menungguku.Beberapa helai pakaian aku masukkan ke dalam bagasi beroda.Toiletries aku periksa,lengkap semuanya,aku kembali ke kereta Afiqah.

“Kau nak kemana?Lari bukan penyelesaian masalah.Masalah tu untuk diselesaikan,bukan lari Lia.”Bebel Afiqah.
“Fiq,kau tak tahu Fiq apa yang aku rasa.Hati aku,perasaan aku...aku cukup kecewa dengan Hakimi,dia pandai buai aku dengan ayat-ayat cinta dia.Rupa-rupanya ada udang disebalik batu.Kenapalah aku bodoh sangat percayakan dia.”
Ketukan di cermin kereta menghentikan perbualanku dan Afiqah.Aku menoleh.Wajah Hakimi terjengul.Aku mengeraskan diri.Benci aku menatap wajahnya.Aku melarang Afiqah yang cuba menurunkan cermin tingkap.
“Kau bawak aku pergi terminal feri.Sekarang!”
Afiqah masih membatu.Aku menjelingnya tajam.Hakimi masih mengetuk cermin kereta.
Dia menelefonku.Aku reject.Rasakan.
Afiqah tidak tunggu lama,dibukanya pintu kereta lalu keluar dan menyuruh Hakimi mengambil tempat disebelahku,ditempat memandu.
“Lia,what`s happen?Lia nak ke mana dengan beg-beg ni semua?”
“Lia nak pergi jauh dari sini supaya tak perlu tengok sandiwara Doktor Hakimi”Ah,bibirku pedas melepaskan sindiran.
“Apa ni Lia?Abang tak fahamlah.Cuba jelaskan dekat abang”
Tangannya memegang kedua belah bahuku.Dia menatap anak mata aku tajam.Renungannya seakan menyejukkan hati aku yang sedang panas.
“Dah lah Doktor Hakimi,tak perlu berlagak tak tahu apa-apa...Lia letihlah..letih dengan sikap hipokrit mama dan abang...Kalau harta Lia yang abang nak sangat abang cakap aje,Lia tak kisah..tapi sampai hati abang tipu Lia.Lia benci abang!”Sudah bercampur aduk panggilanku terhadapnya.
Hakimi menarik nafas,perlahan dilepaskannya.Aku lihat perbuatannya.Pandai benar dia bersandiwara,hinggakan aku benar-benar tenggelam bersama bisikan cintanya.
“Lia...abang tak tahu apa yang Lia salah faham kat sini,tapi kalau pasal apa yang Lia nampak dekat Tesco tadi,seriously..mama yang pergi ke hospital minta abang temankan mama bawa Si Ainsyah tu jalan-jalan.”
“Jalan-jalan?Oh..logik sangat jawapan abang tu kan?Tolonglah,Doktor Hakimi saya bukan pesakit doktor yang doktor boleh tipu dengan pujuk rayu untuk buat pembedahan.Sudahlah...pergilah layan bakal isteri doktor.Dia memerlukan doktor untuk buat persiapan perkahwinan!”Laju aku menyindirnya.
“Lia!Baru pagi tadi dah janji dengan abang,sekarang Lia dah buat hal...”
“Oh!Lia buat hal...so sekarang Lialah yang salah?Lia ni mungkir janji.Oh pleaselah Doktor Hakimi,jangan nak tegakkan benang yang basah.Dah terang lagi bersuluh.”Aku sungguh tak mengerti mengapa sukar benar untuk dia akui tuduhan aku.
“Lia,please,listen...waima apa pun masalahnya,abang nak kita duduk bincang elok-elok...bukan lari macam ni.Masalah takkan selesai dengan cara macam ni.Apa pun salah abang,cuba Lia tanya duluu,siasat..ini tak,suka sangat buat prasangka sendiri.”
Aku terkedu dengan kata-katanya.Akukah yang salah kerana menurut kata hati.Ya sepatutnya aku tanyakan hal ini kepadanya.Aku juga harus mendengar penjelasan dari pihaknya.Tuhan,derhakakah aku ?
Aku keluar dari kereta,meluru aku masuk ke dalam bilik.Ras malu,bersalah,geram,sakit hati...semuanya berbaur di dalam hati aku.Malu kerana bersikap keanakan,bersalah kerana tidak  siasat perkara tadi,geram kerana dia seolah mengikut terlunjuk Mama Azizah.Sakit hati...hurm..mungkin api cemburu kot.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
“Sikit-sikit cemburu.Tahulah kau tu kemaruk sangat dengan anak aku!”Tajam suara Mama Azizah menerjah anak telingaku.
Ketika itu aku sedang meneguk air di dapur.Hampir seharian aku berkurung didalam bilik sejak insiden tengah hari tadi.

“Perempuan macam kau ni layak ke bergandingan dengan anak aku?Huh...anak aku tu nakkan harta kau aja tau.Kalau tak,tak ingin dia berbinikan perempuan macam kau!”Pedih kata-kata itu kedengaran di telingaku.Mahu saja aku semburkan air yang sedabg ku deguk ini.
Sudah lama dia tidak mendera perasaanku.Tapi malam ini kata-katany benar-benar sakit untuk aku telan.Hinakah aku untuk bergelar isteri kepada lelaki sekacak Hakimi?
“Mama,kenapa mama susah sangat nak terima Lia?Apa dosa Lia pada mama?”Terlintas soalan itu di mindaku.
“Kau nak tahu kenapa?Sebab arwah abah kau tu kedekut.Semua harta dia serah kat kau.Habis tu aku ni apa?Tunggul?Tak payah hidup?”Selamba dia berkata tanpa sedikit pun rasa malu.
Aku beristighfar di dalam hati.
“Mama,harta yang ada ni pun tak habis makan ma..Kalau iya pun mama nakkan harta arwah abah..Lia tak kisah mama.Harta takkan bawak kita ke syurga mama.Mati nanti hanya kain putih je yang boleh kita bawak,tak guna sesen pun harta yang berjuta tu mama.”Aku malas mahu berlama disitu.Segera aku ke kamar tidurku.

Sedikit kaget dengan kehadiran Hakimi di dalam bilikku.Dia tenang menghadap buku yang suka dibacanya itu.Karya inggeris.Entahlah aku tidak minat sangat dengan karya inggeris yang kebanyakkan bagiku berbelit bahasa bunganya.
Aku ke bilik air mencuci muka.Cuba menghilangkan rasa sakit hati yang menghuniku sejak tengah hari tadi.Lima belas minit kemudian aku keluar.Kini Hakimi sedang duduk dibirai katil.Aku cuba meneka apa yang ingin dilakukannya.Ah!aku bukan ahli nujum,yang tahu membaca fikiran orang lain.
“Lia..”Aku mendongak apabila namaku dipanggil.
“Abang tak tahu macam mana nak buat Lia yakin dengan abang.So,malam ni..abang nak Lia luah semua apa yang terbuku di hati Lia.Insyaallah,kalau abang mampu untuk selesaikan kemelut perasaan Lia,abang akan cuba.”Sayu kata-katanya menyinggah benakku.
Aku duduk di meja solek.Memandangnya melalui cermin mejaku.
“Kita pindah!”Itu yang keluar dari bibirku.
“Kenapa?”
“Lia tak nak duduk dengan mama!Muktamad!”
Wajahnya suram.Tidak setenang tadi.
“Lia,jauh mana pun kita lari..mama tetap mak abang.Tanggungjawab abang...”
“Tapi sampai bila bang Lia boleh tahan dengan perangai mama...sikit-sikit burukkan abang depan Lia,sindir Lia macam-macam...Lia bukan kayu,patung yang tak ada perasaan!”
Dia menghela nafas,kuat.Aku hanya duduk di atas sofa menhadap Iphone.Cuba menghilangkan rasa gulana yang menjengah hati aku.Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku.Apa aku harus aku lakukan sekarang.
“Lia...abang minta maaf kalau apa yang mama cakap tu buat Lia tersentuh.Tapi,cuba Lia baik-baik dengan mama...maybe dengan cara tu mama akan terima Lia”
“Huh..sampai bila Lia yang kena mengalah?Dari dulu sampai sekarang asyik-asyik Lia yang kena mengalah!”
Hakimi mendekatiku.Dia mencapai tanganku yang masih memegang Iphone.
“Lia...please..mama dah tua.Takkan itu pun Lia nak ambil hati.”Senang saja dia berkata,tidak pedulikah dengan perasaanku yang sering dihiris dengan kata Mama Azizah.
“Kenapa setiap kali Lia mesti mengalah..Lia letih,penat dengan semua ni.Lia ada hati abang,Lia ada perasaaan.Lia tak minta untuk dijunjung,dijulang...Cuma Lia minta sedikit ruang untuk Lia dikasihi...macam isteri dan menantu perempuan lain.”
Aku meluahkan apa yang terbuku dihatiku.
Hakimi merenung anak mataku.Aku tahu dia berbelah bagi a ntara aku dan mamanya.Tapi aku juga manusia yang mahukan perhatian dan kasih sayang.

“Mungkin perkahwinan kita satu kesilapan.Kalau ni mama mahukan,baik kita berpi..”Jemari  Hakimi bertaut dibibirku.
“Stop it Lia.Bergegar tiang a`rash kalau seorang isteri menyebut perkataan tu.”
Aku malas mahu berlama dengannya,pantas aku ke katil.Merebahkan tubuhku.Cuba memejamkan mata.Malas aku mahu bertekak dengannya lagi,akhirnya aku yang makan hati.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Hari ini sudah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan Hakimi.Makin sakit hati aku menahan rasa.Pagi ini aku mahu bersarapan bersama Afiqah di luar,pantas aku ke kereta.Dalam perjalanan ke luar,Mama Azizah memanggilku.
“Lia,aku nak duit!Duit aku dah tak ade nak belanja ni”
“Mama,minggu lepas dah seribu,takkan tak sempat sampai hujung minggu ni?”
“Eh,aku mintak tu bagi ajelah,yang sibuk sangat tu kenapa?Suka hatilah aku nak belanja macam mana pun.”
“Mama!mulai hari ni jangan minta duit dengan Lia lagi.Kimi kan dah  kerja.Biar Kimi pulak tanggung mama.”Sampuk Hakimi yang baru turun agaknya.
“Eh...kenapa pula lagi pun,memang tu tanggungjawab dia.”
Tanggungjawab?Huh..tak sekolah ke orang tua ni?
“Mama,Kimi malas nak gaduh lagi laa...Lia,biar abang yang bank in duit kat mama nanti.Lia tak payah bank in dah.”Ujarnya lalu menuju ke meja makan,mahu sarapan agaknya.Aku mals mahu menunggu lama,lantas mengatur langkah ke kereta.
Sesampainya aku ke kereta aku terdengar suara orang menjerit.Aku masuk kembali ke dalam rumah,Mama Azizah ku lihat sudah terbaring.Keadaannya menakutkan aku.Hakimi berlari ke arah kami.
“Mama!”Kata kami serentak.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
“Mama kenapa abang?”Soal aku apabila Hakimi keluar dari bilik yang dihuni Mama Azizah.
“Dia kena stroke.Tapi sementara saja.Maybe ambil masa untuk sembuh.Separuh anggota bahagian kanan tak boleh bergerak.”Tenang Hakimi bersuara.
Aku terduduk.Ya Allah,kasihanilah Mama Azizah.Dia dah tua untuk harungi sakit sebegitu.
“Kesian mama....Lia nak tengok dia”Aku melangkah.
“Lia....”Panggilah Hakimi menghentikan langkahku.
“Maafkan mama?”
Aku renung wajahnya,terpancar rasa bersalah di wajahnya.
Aku angguk perlahan,senyuman aku hadiahkan buatnya.
“Thanks sayang”ucapnya lalu tanpa di sangka,satu kucupan hinggap didahiku.Sejuk!Malu!itu yang aku rasakan saat ini.
Pantas aku meluru ke bilik Mama.Aku lihat jasad yang dulu hebat,meluahkan caci maki untuk diriku kini terlantar diatas katil.Mama Azizah sedang tidur,mungkinkesan ubat yang Hakimi beri tadi.Menitis air mataku melihat keadaan Mama Azizah.Wanita yang dulu kuat,gagah berdiri,kini terlantar lemah.
“Mama,cepat sihat ya...Lia tak sanggup tengok mama macam ni.Walaupun mama bukan mak kandung Lia..tapi Lia sayang mama macam ibu Lia sendiri.Mama,ampunkan Lia mama.Lia berdosa dengan mama.”Aku mencium tangan mama beberapa kali.Sungguh sesalku menggunung.Aku gagal untuk menjadi seorang anak tiri dan menantu yang baik untuk mama.
Sepatutnya aku yang kena mengalah,bukan mama,mama dah tua.Inilah padahnya melawan cakap suami.
“Lia...”Aku dengar suara Hakimi memanggilku.Tangannya mengusap belakangku.
“Sudahlah tu,ini semua takdir Allah...Lia sabar ya”
Aku memeluk tubuh Hakimi.Tangisanku berlagu didadanya.
“Lia salah bang.Sepatutnya Lia yang mengalah,Lia yang salah...”

“Lia,let by gones be by gones....Allah dah tetapkan sesuatu yang baik untuk kita.Jangan salahkan diri sayang okey?”
Aku mengangguk.Perlahan aku rungkaikan pelukannya.Aku kembali menatap wajah Mama Azizah,aku cium dahinya sebelum keluar dari bilik.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Mama Azizah mengalirkan air matanya.Sepanjang hari dia tidak henti menangis.Aku mengelap air matanya.Dari anak matanya aku lihat dia seolah kesalkan sesuatu.Mungkin sesal akan keadaan diri yang sudah tidak sempurna.Hati aku di amuk kasihan padanya lagi.
“Mama...dah lah tu,janganlah nangis lagi.Anggap aja ini semua ujian Allah....mama kena terima dengan hati yang terbuka.”Aku pujuk lagi.Tanganku tidak henti memicit tangan kanannya.
Mulutnya terkumat-kamit seolah-olah sedang mengatur bicara.
“Mama kenapa?Mama nak makan?Minum?”
Aku menghulurkan gelas yang berisi air dan sebatang penyedut minuman buatnya.Dia menolak dengan tangan kirinya.Aku buntu.Sudahlah tiga hari aku tidak ke pejabat.
“Mama nak apa?”
“aaa..maaa..maaa”Hanya itu yang ku sempat faham.Aduh...macam mana ni?Hakimi?Pasti lambat lagi pulangnya.Tiba-tiba sesuatu timbul dimindaku.
“Kejap ya mama.”Aku keluar kebilik sebentar.
Kembali dengan drawing book yang aku gunakan untuk melakar corak atau design-design kain yang aku fikirkan ketika idea merekaku timbul, bersama dengan sebatang pen.
“Mama tulis apa yang mama nak cakap dengan tangan kiri..tak cantik tak apa Lia cuba fahamkan.”
Kelihatan tangan Mama Azizah terketar-ketar cuba menulis.Rasa lucu menjengah hatiku,macam budak tadika belajar menulis.
Mataku cuba membaca coretan kidal Mama Azizah.
                Mama minta maaf..mama tak pernah sayangkan Lia,mama tamak...
                Mama Cuma pentingkan diri mama..
                mama minta maaf
Air mataku bertakung.Kepalaku jauh menganalisis tulisan Mama Azizah.Ya Allah,syukur..kau kurniakan aku saat ini.Terasa duniaku lengkap ya Allah.Abah...Allah dengar doa Lia abah...
Aku kucup wajah Mama Azizah berkali-kali.Dia turut mengalirkan air mata.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Hakimi duduk berbaring sambil menyandar di kepala katil.Dia memanggilku.Diraih aku ke dalam dakapannya.Aku berbaring dengan kepala ke dadanya.Dia menggeselkan hidung dan bibirnya di belakang telinga kananku.Aku kegelian.Tangannya  tidak lepas mengusap jemariku.
“Gelilah abang...”Aku menjerit kecil.
Dia tidak peduli,tindakannya makin liar.Aku faham gejolak perasaannya.Aku juga turut merindui dakapannya.Hampir dua minggu kami tidak bermesra begini.Seminggu aku merajuk,seminggu lagi aku tidur di bilik Mama Azizah menjaga keperluannya.Sebentar lagi aku akan ke bilik Mama Azizah.AH!dia membuatkanku berat untuk meninggalkannya malam ini.
“Tidurlah kat bilik kita malam ni...”Godanya.
“Mana boleh...mama siapa nak jaga..pampers sapa nak tukar?Kalau di adahaga sapa nak bagi air?”Aku menolak.
“Mak Cik Timah ada,lagipun anak-anak dia dah balik bandar..malam ni dia tidur dengan mama.Abang dah cakap tadi,dia cakap okey.”
“Abang...Mak Cik Timah tu dah tualah..takkan nak biar dia jaga mama.Lagipun kita sebagai anak waktu macam inilah kita nak balas jasa mama..besarkan kita.Abang ni...”Rungutku.Aku benar-benar tidak bersetuju dengannya.
“Untungnya abang dapat isteri macam Lia...dahlah baik..cantik...betul-betul isteri mithali.Ni yang buat abang sayang Lia ni.”
Aku tersipu dengan kata-katanya.

“Tapi....satu je abang tak tahu..”
“Apa?”
“Lia cintakan abang?”Soalnya.Aku memandang tepat ke anak matanya.
“Lia sayang dan cintakan abang lebih dari segala-galanya.”Aku membuat pengakuan.Aku akui aku belum pernah meluahkan perasaanku terhadapnya.
“Since when?”Soalnya lagi.
“Entah..maybe lepas abang lafazkan ijab dan kabul dulu”Ya,aku akui sejak saat itu,hati aku tidak pernah sepi mengingatinya.Jiwaku sentiasa terpanggil akan kerinduan terhadapnya.
“Sorry sayang...abang lambat sedar yang abang cintakan Lia.Betapa banyak masa yang kita bazirkan dengan benda-benda yang tak berfaedah.Kalaulah dari dulu abang sedar perasaan abang pada Lia...mesti sekarang kita dah...”Ayatnya mati disitu.
“Kita dah apa?”
“Parent to be...”sambungnya.Aku merasakan mukaku sudah bertukar warna.Malu.
“Abang ni....”
“But..lately...abang tengok Lia ada berubah sikitlah...”
“Berubah?Macammana tu?”
“Lia macam berisi sikit..then...urmm..bila last period?”Aduh ada ke soalan itu yang ditanyanya.
“Hurm..tak sure,,tapi bulan lepas punya tak datang lagi...”Aku malu-malu menjelaskan.
“Kalau macam tu..esok abang bawak balik pregnancy test,Lia try erk?”
Tuhan.....mahu saja aku benamkan wajahku ketika ini.
“Buat apa?”
“Manalah tahu kalau-kalau ada isi..”Ucapnya sambil mengusap perutku.
“Nanti lahirkan anak-anak yang banyak untuk abang tau..abang tak nak anak tunggal...nanti jadi macam abang..anak mak.”
“Hish..abang ni kesitu pulak.Apa abang ingat Lia ni mesin...tahu beranak aja?Kalau anak ramai anak..beranaklah sendiri.”
“Nope..abang tak boleh beranak..tapi abang boleh tolong buat anak”Ucapnya lantas mengubah posisi kedudukkan kami.Dia menutup lampu dan...malam itu berlalu penuh dengan kasih sayang.
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
Aku menanti Hakimi di muka pintu.Dia berjalan menghampiriku.Dahiku dikucupnya.
“Baby abah apa khabar hari ni?”Ucapnya seraya meletakkan telinganya diperutku yang sudah memboyot.Aku sudah 7 bulan mengandung.Alhamdulillah,selepas menggunakanpregnancy test yang Hakimi beri,aku mengandung.Dia terus membuat pemriksaan air kencingku,sah,aku hamil 3 minggu.Susah betullah ada suami doktor ni.
Kami beriringan masuk ke dalam rumah.Di dalam hati aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mengurniakan aku kehidupanyang bahagia ini.Mama Azizah kini berada di Tanah suci Mekah.Menunaikan umrah dengan saudara mara lain,dia dudah boleh berjalan menggunakan tongkat.
Terima kasih Tuhan  kerana mengurniakan aku suami seperti Muhammad Hakimi,sesungguhnya kasih dihati ini tidakpernah luput buatnya Tuhan.Semoga kasih ini terus mekar memayungi kebahagiaan kami.



                                                            
-SEKIAN-
Kita tak tahu siapa jodoh kita,dimana dan bagaimana..tapi yakinlah,Allah sudah aturkan seseorang yang sangat berharga untuk menyinari hati kita dengan kasih sayangnya
J
Terima kasih kerana sudi membaca karya saya,Komen dan  pandangan anda amatlah saya harapkan....terimalah CERPAN saya yang pertama J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...