Cerpen kedua dari saya...
Aisya meletakkan beg pakaiannya
di pintu.Jemarinya menekan loceng beberapa kali sehinggalah seorang pengawal
datang membukakan pagar untuknya.Lelaki hampir 60 an itu tersenyum
kepadanya.Aisya membalasnya.
“Cik...Aisya?”Soal lelaki itu.
“Ya saya pakcik.Tan Sri ada kat dalam?”Balas Aisya.Laju kakinya beriringan
dengan pengawal itu menyusuri halaman rumah banglo yang sedia luas itu.
Kedatangannya hari ini demi menunaikan amat arwah kedua ibubapanya.Ya,sebagai
anak dia harus melunasi janjinya.Membuat bakti kepada TanSri Yunus.Orang tua
itu telah banyak menabur jasa kepada keluarganya.Sejak kecil lagi,ibu tidak
pernah lupa untuk berpesan.
“Aisya,besar nanti jangan lupa tau...balas jasa Tan Sri.Diorang dah banyak tabur
budi pada keluarga kita.”
‘Ibu,hari ni Aisya datang untuk balas jasa diorang bu.’Desis hati kecilnya.
Dari pintu masuk,terpacak wajah lelaki yang semakin dimamah usia.Tan Sri
Yunus.Dicapai tangan lelaki tua itu dan dicium penuh hormat.
“Kenapa tak cakap dah sampai?Boleh Atuk suruh Pak Syed jemput.”Tegur Tan Sri
Yunus.Aisya menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas buat lelaki yang
menggelarkannya atuk itu.
“Tak payah susah-susah atuk.Aisya tahu jalan kemari.Lagipun..saja tadi nak
tengok pemandangan Kuala Lumpur.”Ujar Aisya.
“Kalau macam tu...jom..kita masuk,Mak Timah dah siapkan makan tengah hari.Lepas
makan Aisya rehat-rehat dulu.”Tan Sri Yunus memberi arahan.
Beriringan mereka masuk kedalam rumah.Banglo yang luas ini pernah menjadi
kediamannya ketika arwah ibu dan bapanya masih ada,sedikit sebanyak menyaksikan
kedewasaannya.
Armand meneguk lagi air kencing syaitan itu.Muzik yang berirama sentimental itu
dihayati dengan anggukan kepala.Gadis yang sedari tadi disisinya sesekali
menarikan jemarinya didada bidang Armand.Bukan senang untuk mendekati pemuda
kacukan Belanda-Melayu ini.Jadi,sesiapa yang mendapat peluang pasti tidak akan
dilepaskan.
“Sayang..malam ni you hantar I balik ya?”Manja suara gadis yang dikenali
sebagai Erina itu menembusi pendengaran Armand.
Lelaki itu sudah separa mabuk.Apa yang dikatakan padanya hanya di jawab dengan
anggukan.Menguntum senyuman dibibir gadis itu.Peluang yang datang tidak
disiakan,sudah lama dia ingin berdampingan dengan pemuda ini.
Bukan kerana harta atau kedudukan keluarganya yang kaya,tapi dia benar-benar
sudah mencintai Armand.Keluarganya sendiri sudah cukup makan pakai,papanya
salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di bandar metropolitan ini.
“Sayang...jom menari”Pelawa Erina,Armand hanya menurut setelah tangannya
ditarik oleh Erina.
Dan manusia yang sesungguhnya di dalam kerugian itu terus menarikan rentak
badan dengan irama lagu yang berkumandang tanpa mempedulikan malam yang kian
merangkak ke pagi.Tanpa peduli hukumnya lelaki dan perempuan.
Aisya
meletakkan fail yang baru didapatinya daripada setiausaha Tan Sri Yunus.Otaknya
padat dengan isi fail tersebut.Bebanan makin menekan dirinya.Sesekali jemari
mengurut batang hidungnya.
Keriukkan pintu ditolak dari luar mengganggu konsentrasinya.Kepala
didongakkan.Wajah Armand,lelaki bongkak itu merangkap musuh sejak kecil
terjengul.
“Kalau nak bodek atuk sekalipun....tak perlulah buat orang tua tu risau kau tak
keluar makan.”sinis suara Armand menjengah telinga Aisya.
Aisya menepuk dahinya.Terlupa pula janji untuk makan tengah hari dengan Tan Sri
Yunus.Pantas ditutup fail tadi,tangannya mencapai beg tangan yang terletak
dibawah meja.
Armand masih membatukan diri di pintu menghalang laluannya.
“Excuse
me...”ujar Aisya.
“Owhhh..dah pandai speaking...eh lupa pulakkan..atuk dah hantar kau
belajar.Hurm,berbaloi jugaklah kan atuk habiskan duit sekolahkan
kau...sekurang-kurangnya boleh speaking dengan aku yang...”
“Stop it,saya nak keluar makan dengan atuk,so...”Potong Aisya.
Aisya tahu tiada gunanya terus bertegang urat dengan lelaki seperti Armand yang
tidak pernah sebulu dengannya sedari kecil.Ada sahaja yang tidak kena
dengannya.Aisya dengan selambanya merempuh tubuh Armand yang menghalang
laluannya.Beraduh lelaki itu.
“Eh,kau ni apahal..main langgar-langgar pulak.”Ujar Armand seraya beriringan
berjalan dengan Aisya.
“Padan muka,siapa suruh halang jalan.”Balas Aisya lalu mempercepatkan
langkahnya.Pasti Tan Sri Yunus sudah menunggu lama.Kalau terus dilayan sikap
dingin Armand,pasti sampai ke esok tidak sudah.
“Man,atuk tak tahu dah berapa kali atuk cakap.Tolonglah tinggalkan tabiat buruk
kamu tu.Tahu tak setitik air haram tu masuk kebadan kamu,40 hari amalan kamu tu
Tuhan tak terima.Taubatlah cu...”Suara Tan Sri Yunus umpama angin yang berdesir
lalu di anak telinga Armand.Ketika itu Armand sedang mengenakan kasut untuk
keluar.
“Atuk,rilek laa,nanti bila sampai masanya...Man stop laa,atuk ni bising
pulak”Balasnya lalu meluru ke keretanya,dia sudah lambat untuk menjemput
Syarina,model dari Melaka yang baru dikenalinya semalam.
Tan Sri Yunus hanya mampu melepaskan keluhan.Termenung orang tua itu dimuka
pintu.Ingatannya kembali ke 26 tahun lalu.Anaknya,Zarina pulang dengan seorang
lelaki mualaf warga belanda dan seorang bayi comel.Rasa gembira dan marah
bercampur baur,anak yang tidak pulang hampir 5 tahun kini kembali bersama
dengan seorang suami.
Dia cuba menerima kehadiran lelaki belanda itu didalam keluarganya,tidak kurang
rakan seperniagaan yang mengutuknya...murtadlah,tidak memartabatkan bangsa
melayulah..ini semua gara-gara anaknya menikahi warga asing.Paling memilukan
anak dan menantunya kemalangan ketika pulang daripada bercuti di Pahang,hanya
cucunya sahaja yang selamat.Armand Jericho,raut wajah pemuda itu bermain di
tubir mata Tan Sri Yunus.
Aisya sedang menyusun pakaian yang selesai dilipatnya.Kemas disusun didalam
almari.Tersadai di atas katil empuk itu.Matanya merenung
siling.Terngiang-ngiang ujaran Tan Sri yunus ketika dia sedang minum petang
bersama orang tua itu.
“Atuk tak minta Aisya balas budi baik atuk dengan harta..tapi atuk minta
sangat...Aisya terima Armand sebagai suami.Bimbing dia ke jalan yang
lurus.”Lancar Tan Sri meluahkan hasrat hatinya.
Wajah tua itu direnung.Penuh harapan yang terlakar di wajah redup itu
menyulurkan rasa tidak sanggup untuk mengatakan tidak.
“Atuk...Aisya..tak rasa kami boleh bersama.Kami macam langit dah bumi.Takkan
boleh bersatu.Aisya takot lain jadinya atuk..”Aisya mengeluh perlahan.Rasa
simpati dan terhutang budi bertimpa-timpa,patutkah dia menerima Armand yang
hatinya sedingin ais.Mampukah dia leburkan pertelingkahan antara mereka.
“Atuk tahu...tapi atuk ada cara untuk buat dia terima Aisya...”Tan Sri Yunus
memberi cadangan.
Aisya tahu,sekalipun Tan Sri memberikan beribu sebab untuk mereka
disatukan,pasti Armand akan membuat tanggapannya sendiri..
“Atuk,beri Aisya masa untuk Aisya beri jawapan untuk semua ni.”Cukup dengan
ayat itu untuk meletakkan Aisya dalam kekeliruan.
Kejamkah dia jika menolak lamaran Tan Sri Yunus,tapi apa alasan yang munasabah
untuk Aisya menolaknya.
Aisya kembali di alam realiti,Tuhan..aku di persimpangan..berilah aku kemudahan
untuk harungi kemelut ini.Istikharah,ya hanya Dia yang mempunyai petunjuk
untuknya.Tuhan,permudahkan jalan buatnya.
Armand
menghempas kasar fail di atas meja Aisya.Tersentak gadis itu.Mahu tercabut
jantungnya dek dentuman fail itu.Aisya memandang raut wajah Armand yang
membahang.
“Apa ni?Tak reti bagi salam ke?Main redah sesuka hati kau je!”Keras suara
Aisya.
“Kau tak payah tunjuk baik kat sinilah.Kau ingat aku tak tahu kau gula-gulakan
atuk aku tu suruh kahwin dengan kaukan?Huh..dasar perempuan pungut macam kau
ni..kau ingat boleh tawan aku.”Armand bersuara kemudian ketawa.
Aisya memandang tepat ke anak mata Armand,lelaki itu memang tidak pernah sayang
mulutnya ketika berbicara.Aisya pasti,jawapan yang telah diberikan kepada Tan Sri
Yunus pagi tadi yang membawa Armand ke biliknya hari ini.Dada Aisya turun naik
menahan amarah.Jika di ikut rasa marah yang terbuku,mahu di tamparnya pipi
Armand,biar berdarah.
“Kau..kalau bercakap tu ada adab sikit boleh?Sini pejabat,bukan medan lepaskan
marah”Aisaya masih menahan kemarahan dihatinya.Berkali-kali dia beristighfar di
dalam hati.
Aisya nekad,menggalas hasrat Tan Sri Yunus membentuk Armand agar kembali
dijalan-Nya.Dia pasrah apa pun bakal menggamit perjalanannya nanti.
“Huh!Kau jangan ingat aku akan ikut jejak langkah atuk aku tu,yang tunduk
dengan perintah kau.Ini Armandlah....kau belum kenal aku siapa Aisya.Kau tunggu
nasib kau nanti.Nak sangat jadi bini aku...Kau tunggulah.”Armand berlalu
pergi,pintu bilik Aisya dihempas kuat.
Seluruh isi pejabat memandang dengan wajah yang terpinga-pinga.
Aisya duduk didalam buaian yang tergantung di balkoni biliknya.Berjeda
sendirian akan nasib diri yang entah bagaimana.Mampukah dia merubah
Armand.Kuatkah dia untuk menghadapi semua ini.Bukan dia buta untukmenilai
sejauh mana kesungguhan Armand menerima perkahwinan ini.
Malu dibuatnya ketika mencuba baju dibutik pengantin petang tadi,mujur
kehadiran Tan Sri Yunus sedikit sebanyak melenturkan kedinginan layanan Armand
terhadapnya.Ketika perunding perkahwinan menanyakan warna apa yang menjadi tema
perkahwinan mereka,kata-kata pedas Armand terngiang-ngiang lagi.
“Akak pilihlah warna apa yang akak rasa sesuai,yang saya tahu bukan warna
kegemaran perempuan tak tahu malu ni.”
Tuhan,saat itu mahu saja Aisya membenamkan wajahnya sedalamnya.Apa tidak
layakkah dirinya untuk bergandingan dengan Armand.
Apakah kerana dia hanya yatim piatu,sebatang kara,datang dari keluarga yang
miskin,dia tidak sepadan untuk berdiri sama tinggi dengan Armand?
Kuakan pintu mematikan lamunan Aisya,dicapainya tuala kecil yang tergantung di
bahunya lalu ditutup rambut yang sedari tadi terdedah.Wajah tua Tan Sri Yunus
yang berpakaian baju melayu melatari pemandangannya.
“Ada apa atuk?”
“Tak ada apa-apa...Cuma atuk nak beritahu Aisya,esok atuk kena pergi Johor.”
“Berapa hari?”
“Esok pagi atuk pergi,malam atuk dah balik KL la...kenapa ?Aisya nak ikut?”Usik
Tan Sri Yunus.
Aisya tersenyum.”Taklah,just nak tahu aje.Atuk jaga diri tau,jangan lupa makan
ubat ikut waktu.”Pesan Aisya.
“Aisya,atuk pergi sehari tak sampai...jangan risaulah.”Tan Sri tersenyum dengan
ulasan Aisya.
“Okeylah,atuk nak masuk tidur ni,Aisya pun tidurlah.”Ujar Tan Sri Yunus seraya
menutup pintu bilik Aisya.Gadis itu hanya mampu mengukir senyuman.
Malam semakin merangkak ke pagi,Aisya masih setia menanti kepulangan Tan Sri
Yunus.Dia sudah dimaklumkan akan kepulangannya sejam tadi.Rasa risau menjengah
kalbunya.Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi,Armand belum pulang lagi sejak
keluar usai maghrib tadi.Pelbagai perasaan bermain dibenaknya.Dia kesana kemari
tanpa tujuan.Kedengaran deruan enjin kereta menjengah ke halaman rumah
menggamit Aisya keluar.Kelibat Armand yang terhuyung-hayang dipapah seorang
perempuan menjerut perasaannya.
Bau minuman haram itu semerbak menusuk ke deria baunya.
“You...tolong bawak dia masuk dalam rumah,I tak larat lah..”Suruh gadis yang
berpakaian agak tidak cukup kain bagi Aisya.
Aisya turut memapah Armand hinggalah ke biliknya.Gadis yang menghantarnya itu
meminta diri setelah membaringkan Armand di atas katil.Suara Armand yang kadang
kuat,kadang perlahan kedengaran.Maklumlah orang sudah mabuk,akalnya sudah tidak
dapat berfungsi dengan baik.
Belum sempat Aisya melangkah keluar dari kamar Armand,tubuhnya dirangkul dari
belakang.Aisya kaget.
“Leen,you nak pergi mana?Malam masih muda....jomlah kita enjoyy...”Aramand
berkata seraya tangannya memeluk kuat tubuh Aisya.Aisya terasa mahu menjerit
kala itu.Tubuh Armand ditolak sekuat dayanya,bau arak yang menusuk ke rongga
hidung sudah tidak dihiraukan.Hatinya beristighfar berkali-kali memohon
pertolongan dari Allah.
“Lepaskan aku!Aku bukan Leen.”Jerit Aisya.
Armand hanya ketawa,biliknya dikunci dari dalam,perbuatannya yang dalam sedar
dan tidak itu menakutkan Aisya.Aisya cuba melarikan diri,namun bilik yang
menempatkan wardrobe,kamar mandi dan katil King itu cukup kecil untuknya
melarikan diri.Armand seperti manusia hilang akal pedoman.Tubuh Aisya ditarik
dan dihempaskan ke katil.Nafsu jantannya dan bisikan syaitan merajai hati.Dalam
tangisan dan jeritan,Aisya rebah dalam paksa.Tangisan Aisya makin meliarkan
tindakan Armand.Malam yang kian merangkak pagi itu terasa begitu neraka bagi
Aisya.
Tan Sri Yunus masuk kedalam rumah dengan seribu debaran,pintu utama tidak
berkunci.Hatinya berkocak sejuta rasa.Risau sekiranya berlaku apa-apa kepada
Aisya.Dia tahu Armand tidak boleh diharapkan kerana pasti sekarang dia masih
berfoya-foya diluar.
Hatinya kembali tenang melihatkan keadaan rumah yang tidak mencurigakan.Mungkin
Aisya lupa untuk kunci agaknya.
Ketika melintasi kamar Armand yang berhampiran dengan kamarnya telinga tuanya
menangkap bunyi tangisan.Dahinya berkerut.Tangannya pantas memulas tombol pintu
kamar Armand,berkunci.Lalu diseluk sakunya yang tersedia kunci pendua bagi
setiap bilik.
Bagai mahu tercabut jantungnya melihat keadaan Aisya yang sangat
mengaibkan.Gadis itu hanya diselimuti pakaian yang rabak,terperuk di bucu
katil.Terhinjut-hinjut menangis.Matanya tertancap jasad Armand yang berselimut
di atas katil.
“Cucu tak guna!”Jerkah Tan Sri Yunus seraya mencapai tali pinggang Armand yang
tergulung di hujung kakinya,dilibas laju ke tubuh muda itu dengan amarah yang
sangat menggunung.
Armand yang sedang lena dan separa mabuk menggelupur menahan
sakit.Pedih.Badannya yang putih melepak itu berbirat dengan kesan merah.
“Apa pun yang jadi...tarikh pernikahan kamu mesti diawalkan.Bersanding tu ikut
tarikh yang ditetapkan.”Tan Sri memutuskan keputusannya.
Aisya tidak beriak.Armand yang sedari tadi seperti lembu dicucuk hidung,dia
tahu dia sudah tiada sebarang hujah untuk membangkang keputusan Tan Sri Yunus.
“Atuk kecewa dengan kau Man..Atuk kecewa.”Luah Tan Sri Yunus.Matanya mula
bergenang dengan air mata.
“Atuk...Man..”Armand cuba bersuara,namun kata-katanya tersekat disitu.Aisya
seolah jijik dengan Armand.Tragedi semalam seakan terlayar diingatannya.Mahkota
yang selama ini di jaga telah ternoda,oleh bakal suaminya sendiri.Hinanya diri
terasa.
“Atuk,atuk buatlah apa pun keputusannya..Aisya ikut
aje.Assalamualaikum.”Perlahan Aisya bersuara lalu kembali ke kamarnya.Melepaskan
sendu dihati.Armand memandang sinis.
‘Nak tagih simpati atuk aku lah tu,hishh entah apalah bodoh sangat aku
ni...terogol perempuan tak tahu diuntung tu..mesti dia yang plan ni.’Gumam hati
Armand.Namun bibirnya terukir senyuman apabila terkenangkan tubuh Aisya yang
telah dijelajahnya semalam.
Tan Sri Yunus meraup wajahnya.Kepalanya yang memutih dengan uban picit-picit
perlahan.Sesak kepalanya memikirkan sikap Armand yang kaki botol,kaki
perempuan..Dari siapalah dia warisi sikap buruk itu,mungkin arwah menantunya?Dia
beristighfar laju,orang yang telah tiada tidak baik diungkit kisah hidupnya.
“Atuk,Man nak keluar,nanti malam Man balik”Ujar Armand seraya keluar menuju ke
kereta.Tidak dipeduli apa yang sudah berlaku.Itulah Armand Jericho..Tan Sri
Yunus hanya mampu menggelengkan kepalanya.Akankah terjadi satu kesilapan
sekiranya dia nikahkan mereka berdua.Namun,segalanya sudah terjadi,tidak dapat
tidak.Aisya dan Armand mesti disatukan.
Aisya
membersihkan diri,hampir seharian melayani tetamu yang datang,penat menjengah
tubuhnya.Terasa segar tatkala air dingin meleleh ditubuhnya.Usai mandi dan
menunaikan kewajipannya,Aisya merebahkan
tubuh diatas katil.Termenung seketika.Hari ini dia telah diijabkabulkan.Menjadi
isteri kepada Armand.Mengingatkan itu,dimana suaminya sekarang.Sejak usai
majlis akad nikah tadi,kelibatnya tidak kelihatan lagi.
Ketika Armand melangkah kedalam kamar Aisya,isterinya sedang
mengelamun.Huh!Berangan jadi jutawanlah tu.
“Hei,kau dengar sini perempuan.Aku takkan ulang lagi apa yang aku cakap
ni.So,aku nak kau fahamkan sampai ke tulang hitam kau tu.”
Aisya yang sedang berbaring terduduk.Salam tidak,ketuk pun tidak,suaminya
memberi amaran padanya.Tidak siumankah?Aisya hanya memandang wajah Armand
kosong.Apakah dunia nerakanya bakal bermula.
“Aku tak nak kau mengadu kat orang tua kat luar tu,apa-apa saja yang berlaku
antara kita.Aku tak nak dia sibuk pasal kau dengan aku.Faham!”
Aisya hanya mengangguk perlahan entah kenapa dia jadi bisu untuk membalas
kata-kata Armand terhadapnya.
“Satu lagi!Kalau aku nak khidmat kau kat atas katil ni,kau kena layan aku,kalau
tak,kau tahulah apa aku nak buat.”Keras suara Armand menusuk tangkai
pendengaran Aisya,terkedu dia diatas katil itu.
“Perempuan macam kau ni,tak layak dapat kedudukan macam isteri lain.Kau tu..dah
macam pelacur tahu!”Serentak itu tubuh Aisya di tarik rakus,terjatuh di sisi
katil dibuatnya.
“Kau tak layak tidur atas katil ni.Itu tempat kau!”Tunjuk Armand lalu
mencampakkan sebiji bantal ke arah lantai berdekatan sofa.
Aisya mengucap perlahan.’Tuhan,inikah harga yang harus aku bayar untuk membalas
jasa Atuk..Mak..ayah..kuatkah Aisya untuk hadapi semua ini.’Rintih hati
Aisya.Seraya membaringkan batang tubuhnya di tempat yang telah Armand khususkan
buatnya.
Armand sudah berbaring tanpa mempedulikan keadaan Aisya.Puas hatinya dapat
menyakiti hati Aisya.Dia tahu wanita itu takkan mampu melawan perintahnya,bukan
dia tidak dengar janji Aisya dengan atuknya semalam ketika Tan Sri masuk
kebiliknya untuk memberikan set barangan kemas arwah ibunya.
“Atuk,Aisya akan cuba jadi isteri yang baik dan taat pada Armand.Aisya redha
dengan apa jua yang bakal Armand aturkan untuk teraju rumah tangga kami.Aisya
ikhlas atuk.”Kata-kata itu kedengaran lagi dipeluput telinganya.
‘Redha sangatkan.Kau tunggulah nasib kau perempuan.Aku akan seksa kau
habis-habisan”Armand terlena dengan senyuman kemenangan ditangannya.
“Aisya
pergi dengan abang!”Arah Armand dihadapan Tan Sri Yunus.Aisya tahu,suaminya
hanya berlakon dihadapan Tan Sri Yunus.
“Aisya pergi dulu atuk.”Ucap Aisya seraya bersalaman dengan Tan Sri
Yunus.Didalam hatinya tersimpan seribu debaran,apa yang bakal dilakukan oleh
Armand.Hanya mampu berdoa.
Aisya membuntuti langkah Armand ke kereta.Lelaki i tu semakin dingin
dengannya.Seminggu menjadi isteri kepada Armand,seminggu juga dia berendam air
mata didalam hati.
Mentalnya didera dengan kata-kata hinaan dari Armand.Bukan tidak mahu dibalas
kata-kata berupa sindiran oleh Armand,namun memikirkan Armand adalah
suaminya,cuba disabarkan hati yang kian terluka.
Suasana di dalam kereta sepi,Armand tenang memandu.Tiaba-tiba Mazda R8 hitam
itu berhenti di bahu jalan.Aisya memalingkan wajah menghadap Armand yang sedang
mengancing giginya.
“Kau turun!”
Aisya tersentak.
“Kenapa?Lagipun office jauh lagi.”Balas Aisya tenang.
“Hei,aku cakap turun,turunlah.Apa kau tak faham bahasa melayu ke?”Seraya itu
dia keluar dan membuka pintu kereta untuk Aisya.Ditarik tangan Aisya kasar
tanpa sebarang rasa simpati.Terduduk Aisya di atas jalan bertar itu.Armand
menglemparkan beg bimbit dan beg tangan Aisya lalu menderum laju tanpa
mempedulikan Aisya yang sedang mengaduh sakit.Tapak tangan yang tergesel diatas tar.
Sakit yang dirasai tidak sepedih luka dihatinya.Air matanya mengalir lagi.
“Ya Allah,Kau kuatkanlah hati aku ya Allah.Sesungguhnya aku hambamu yang
lemah.”Rintih Aisya lalu cuba bangkit dan matanya meliar mencari kelibat
teksi,setelah kelibat kereta Armand hilang dari pandangannya.
Armand ketawa sendirian,puas hatinya dapat melakukan sesuatu yang menyakitkan
Aisya.Dia menang lagi.
“Padan muka kau perempuan.Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan.Ini
Armandlah....”
Armand
ketawa lagi.Dia pasti Aisya tidak akan memberitahu Tan Sri Yunus.’Dasar
perempuan bodoh!”Ujar Armand lagi.Laju kakinya menekan pedal minyak.Dia mahu
segera sampai ke pejabat,dan Atuknya pasti akan bertanya Aisya kepadanya,dan
dia sudah punya alasan untuk itu.
Aisya menyapu losen badan di seluruh badannya.Rambutnya disisir rapi.Malam ini
dia mengenakan gaun malam setelah yakin Armand tidak pulang malam ini.Lelaki
itu telah berpesan tadi sebelum keluar,agar tidak memberitahu Tan Sri Yunus
akan kepergiannya meraikan parti diluar bersama temannya.Katil itu bakal
menjadi miliknya malam ini.Dia memandang raut wajahnya di cermin.
“Hodoh ke aku?”Soalnya sendirian.Matanya menatap pantulan irasnya di cermin.
“Hurrmmm,apa tak cukup lawa ke aku erk?”Aisya berjeda sendirian.Perlahan dia
bangun
memperagakan tubuhnya dihadapan cermin.Gaun malam yang dikenakan malam itu agak
seksi, dengan kolar yang menampakkan dadanya yang gebu.Betisnya yang halus itu
terdedah hingga ke paha.Dia menari-nari sendiri.Sudah lama tidak meluangkan
masa sendirian.
“Cantik jugak aku ni,boleh Si Armand tu tak tergoda dengan aku”Gelak Aisya
seorang.
Tiada sudahnya memikirkan hubungan yang sememangnya tiada penghujungnya dengan
Armand.
Jam sudah menunjukkan 1 pagi,Aisya masih belum terlelap.Sekejap menoleh ke
kiri,sekejap ke kanan.Bermain-main dengan rantai yang tergantung
dilehernya.Lama-kelamaan matanya seakan berat dan,segalanya kelam.
Armand menghempaskan tangannya ke stereng.Mulutnya memaki
hamun yang bukan-bukan.Marahnya membuak-buak,apabila dia menanti hampir 3 jam
dan Syamir menghantar pesanan ringkas bahawa parti malam itu dibatalkan.Dia
menghidupkan enjin dan menderu pulang ke rumah.Hampir 20 minit perjalanan
keretanya menyusuri perkarangan banglo datuknya.Gelap.
Dalam gelap itu dia teraba-raba memasuki
bilik Aisya.
Cahaya yang samar-samar itu tidak menenggelamkan susuk tubuh Aisya dari
pandangan Armand.Dia menelan liur,selimut yang menutup tubuh Aisya terdedah
menampakkan betisnya yang mengancam.Armand tersenyum sinis.Tanpa menunggu lama
dia merebahkan diri di sebelah Aisya.Aisya terjaga.Mata-bertemu mata,mereka
hanyut melayari malam bersama rahsianya sendiri.Malam itu benar-benar
menjadikan Aisya perempuan yang paling bahagia,perwatakan Armand lain dari
sebelum ini.
“Ni bayaran untuk kau layan aku semalam.”Suara Armand mencelah di pendengaran
Aisya yang sedang mengenakan tudung di kepala.
Not 50 sebanyak 6 keping terhampar di hadapan Aisya.Tergamam Aisya
dibuatnya.Armand benar-benar membuatkan maruahnya terasa di injak-injak.Air
mata ditahan dari mengalir ke pipi.
“Armand,apa yang berlaku semalam,saya anggap itu adalah tanggungjawab sebagai
isteri kepada awak.Tak perlu awak lunasi dengan bayaran.Saya tak
perlukannya.”Aisya bersuara tegas.Kecewa hatinya hanya Tuhan yang tahu
disangkanya layanan istimewa semalam hanyalah sandiwara Armand.
“Isteri?Kau rasa perempuan macam kau tu
layak ke jadi isteri aku?”Tajam kata-kata Armand.
Aisya terpana.Kejamnya lelaki bernama Armand,demi janji kepada Tan Sri
Yunus...Aisya gagahkan hati melayani sikap dingin Armand yang tidak
berpenghujung.
“Armand...selagi saya di beri kekuatan
untuk menjadi Aisya Humairah,insyaallah...awak buatlah apa pun untuk lemahkan
saya..dengan kuasa Tuhan,saya yakin...awak akan menjadi Armand Jericho sepertimana
Atuk mahukan.”Usai berkata Aisya mencapai beg laptopnya dan menjinjing bagasi
yang penuh dengan dokumen penting meninggalkan Armand yang mencebikkan
bibirnya.
“Eleh....ingat aku peduli sangat dengan kau punya kekuatan tu.Ini
Armand...tidak merayu untuk perempuan...tapi dirayu!”Penuh keriakan Armand
berkata sendirian.
Armand melonggarkan tali lehernya.Tubuh disandarkan ke kerusi empuk
itu.Kata-kata Tan Sri Yunus sebentar tadi bergema di anak telinganya.Riak wajah
tua itu tergambar di tubir matanya.
“Mand,atuk tahu setiap apa yang Mand buat pada Aisya....walaupun Aisya tak
pernah cakap sepatah pun layanan buruk kamu pada dia.Mand...Aisya seorang
perempuan yang baik...Atuk tak nak kamu sia-siakan dia.Mungkin sekarang kamu
rasa dia tak layak jadi isteri kamu...tapi ingat Mand.....Tuhan tu maha
kaya,sekelip mata dia boleh ubah hati kamu,jangan sampai saat Allah ubah
perasaan kamu...waktu tu...perasaan kamu tu tak mampu lembutkan hati Aisya yang
semakin dingin.Kesabaran manusia ada tahapnya.”
“Aku nak berubah hati?Hahaha...Atuk buat lawak ke apa?Perempuan macam Aisya tu
boleh buat aku jatuh cinta...hahaha...Kesana-kemari dengan baju kurung,tudung
yang berbelit-belit..aku yang tengok pun rimas..”
“Kenapalah Aisya tak macam Erina yang
selalu daring,Syazlin yang up to date fesyennya...berseleralah sikit aku nak
ngap..Eh,bukan aku dah..”Armand ketawa lagi.
Armand akui,melewati malam hari dengan Aisya,sedikit sebanyak mencuit hati
jantannya.Tubuh yang langsing,rupa yang melayu tulen,hidung mancung
terletak,alis mata yang tak terlalu lentik,bibir yang cukup menggiurkan.Armand
tersenyum membayangkan tubuh Aisya yang selalu menjadi temannya saban malam.
“Argh! Aku tak boleh suka kat dia!Dia tu barua orang tua tu.Dia tak ubah macam
perempuan lain,kahwin dengan aku sebab nakkan harta atuk aku!”Gumam Armand.
Telefon bimbit yang terletak di atas mejanya bergetar,menandakan mesej
diterima.Jemarinya menari-nari di atas kekunci telefonnya.Malam ini satu lagi
janji temunya bersama Erina anak Dato` Ehsan itu ditetapkan.Armand hanya
tersenyum membayangkan raut wajah Erina,hilang sudah segala buah nasihat
daripada Tan Sri Yunus tadi.Yang bermain difikirannya,rencana malam ini
mestilah menjadi.Sesungguh manusia itu dalam kerugian,melainkan yang beriman
dan beramal soleh.
Tan Sri Yunus duduk menghadap kedua cucunya.Wajah Aisya dan Armand dipandang
silih berganti.Antara risau dan gentar,segalanya bercampur-baur.Risau akan
keadaan Aisya ketika ketiadaannya nanti,gentar akan sikap Armand terhadap Aisya
nanti,pendek kata,dia amat risau akan Aisya.
“Atuk pergi tak lama,dua minggu saja.Lagipun sekarang ajelah atuk tak
sibuk.Panggilan baik ni tak boleh kita tangguh-tangguh.Bukan selalu dapat
peluang macam ni.Memanglah kita ada harta,duit banyak...tapi nak ke tempat
mulia ni....bukan mudah.”Tenang Tan Sri Yunus mengatur kata.Matanya tidak lari
dari memandang wajah Aisya yang pucat.
Sejak akhir-akhir ini,Aisya selalu dilihatnya kurang bermaya.Lesu.Apa,sakitkah
cucunya itu.
“Kamu berdua jaga diri baik-baik.Armand...kamu tengok-tengokkan Aisya ni.Jangan
bebankan dia dengan kerja kat office
tu.Jangan selalu keluar malam.Mak Timah bukan 24 jam dalam rumah ni.Lagi
pula,majlis kamu berdua tu,dua minggu selepas atuk balik umrah..tak lama dah
tu.”
bebel Tan Sri Yunus lagi.
Armand kelihatan seperti tidak kisah.’Lagi seronok kalau Atuk tak ada’hatinya
berbisik.
“Atuk..flight bila?”soal Armand tidak sabar.
“Dua hari lagi.”jawab Tan Sri Yunus pendek.
“Aisya?”Panggil Tan Sri Yunus.
Aisya yang sedang mengelamun tersentak.
“Ya Atuk..”
“Kenapa atuk tengok Aisya macam tak sihat aje?Aisya sakit ke cu?”soal Tan Sri
Yunus prihatin.
“Tak ada apa-apalah atuk.Aisya okey je.Maybe banyak sangat fikir pasal kerja
kot.Atuk jangan risau okey.Aisya okey.”Aisya bersuara setelah diam begitu
lama.Dalam benaknya terhampar seribu kerisauan.Entah bagaimanalah nasibnya
nanti ketika ketiadaan Tan Sri Yunus.Pasti suaminya itu punya seribu macam
rancangan untuk menyakitinya.Tuhan...
“Atuk bukan apa,kalau Aisya sakit,atuk susah hati nak tinggalkan kamu
berdua,bukan atuk tak tahu...Armand ni bukan boleh diharap sangat.”Tempelak Tan
Sri Yunus kepad Armand.Terangkat kening lelaki itu.
Armand mendengus dalam hati.’Kau tunggulah nasib kau perempuan.Aku ajar kau
cukup-cukup bila atuk tak ada nanti’ketawa Armand dalam hatinya.
Aisya termenung di atas sofa.Tan Sri Yunus telah selamat tiba di Tanah Suci 2
jam lalu.Dia mendapat panggilan itu sebentar tadi.Syukur diucapkan didalam
hati.Tan Sri Yunus selamat juga sampai di sana.Kelibat Armand semenjak
kepergian Tan Sri Yunus sudah tidak kelihatan,tentunya lelaki itu sedang
meraikan ketiadaan Tan Sri Yunus,berparti agaknya.
Jam sudah hampir 10 malam.Aisya bergegas menunaikan solat isyak.Usai berdoa dia
membaringkan tubuh diatas katil.Kuakkan pintu mengejutkannya.Wajah Armand
terpancul dimuka pintu.
“Hei perempuan!Kau jangan nak bersenang lenang kat sini.Turun bawah,layan
kawan-kawan aku!Faham!”Arah Armand.
Aisya tersentak.Tidak mengerti.
“Apa maksud awak?”Soalnya.
“Kau tanya aku?Hei!Kau tak sekolah ke?Aku cakap..turun bawah...layan
kawan-kawan aku!Kami nak berparti.Kau faham!”Kuat suara Armand menyucuk anak telinga Aisya.
“Tapi Armand..”
“Tak ada tapi-tapi..”Spontan tangan Armand menarik lengan Aisya.Terkocoh-kocoh
Aisya mencapai tudung Ariani lalu disarungkan ke kepalanya.
Dengan kasar Armand menarik lengan Aisya menuruni tangga.Menuju ke ruang
tamu.Mata Aisya sempat menangkap kelibat rakan-rakan Armand yang berada
disitu.Masing-masing berpasangan.Aisya beristighfar didalam hati.Air matanya
seakan mahu menitis ditahan.Malu!
“Beb!Korang nak tahu tak,dia ni perempuan tak tahu malu.Dia gulakan atuk aku
supaya kahwinkan aku dengan dia,supaya dia boleh senang-lenang dengan kekayaan
aku!”Kata Armand seraya menolak tubuh Aisya sehingga gadis itu terduduk di atas
lantai.
“Alah,orang miskin memang macam tu.Tak sedar diri.Doirang ingat kita tak susah
payah ke cari kesenangan.Suka hati mak bapak diorang aja nak tumpang senang
kita.”Pedih kata-kata salah seorang daripada rakan Armand menampar pendengaran
Aisya.
‘Tuhan...tidak pernah sebesar hama hati ini ingin menumpang kekayaan
atuk,ibu...Aisya tak kuat bu....’desis hati Aisya.Air mata mula menuruni pipi
mungilnya.Bibir tidak mampu melawan kata-kata yang ditaburkan padanya.
“Wah,dia buat drama air mata pulak Armand...memang hebatlah bini kau ni.”
“Bini?Wait...tolong sikit erk...perempuan macam ni bini aku?Setakat atas katil
boleh la beb..kalau aku nak bawak keluar...malam sikit beb!”Serentak itu ketawa
mereka memenuhi ruang tamu itu.
Aisya tergamam dengan kata-kata Armand,teganya lelaki itu memperkotak-katikkan
maruahnya dihadapan rakan-rakannya.
“Dah..kau tak payah nak buat drama sedih kat sini...Pergi kat kereta aku kat
luar tu..kau ambik semua minuman yang kau dah beli tadi.Kau bawak kat sini!”Perintah
Armand lalu mencampakkan kunci keretanya kepada Aisya.Terketar-ketar tangan
putih gebu itu mencapai gugusan kunci yang dilemparkan seraya berjalan menuju
ke kereta Armand yang terparkir di perkarangan banglo.
Aisya membuka bonet kereta,terpandang olehnya,tin-tin minuman
keras.Bibirnya mengucap laju.
Dia berjeda disitu tanpa menyedari Armand yang makin menghampirinya.
“Hoi perempuan!Kau buat apa lagi tercegat kat sini?Kau bawak arak ni kat
kawan-kawan aku!Diorang dah dahagalah.Belajar saja tinggi tapi lembab!”Jemari
Armand menunjal kepala Aisya.
“Armand,kalau awak nak saya layan tetamu awak,boleh...tapi bukan hidangkan
minuman haram ni.Saya tak bersubahat Armand”
Armand bagaikan menyinga mendengar kata-kata Aisya.Serentak itu ditarik rambut
Aisya yang ditutupi tudung itu tanpa perasaan.Ditolak tubuh langsing itu ke
lantai.Tangannya mencabut tali pinggang yang berlingkar dipinggangnya.
“Kau siapa nak tegur aku?Kau tu orang miskin.Kalau tak kerana atuk aku tu
kesian dengan keluarga kau,mesti kau anak beranak dah lama mampus faham!”Luah
Armand seraya tangannya melibas batang tubuh Aisya.
Aisya cuba mengelak akan pukulan Armand,makin ligat libasan Armand mengenai
tubuhnya.Beraduh bibirnya berselangseli dengan libasan dan sumpah seranah
Armand.Air mata kian mencurah.’Ya Allah,kau selamatkanlah aku Ya Allah..’
“Armand!daripada you layan perempuan yang tak sedar diri ni apa kata you join
we all kat dalam.Buang masa aje you layan perempuan ni”Gadis yang sama
menghantar kepulangan Armand di malam hitam itu mencapai lengan Armand lalu di
peluk erat.Aisya hanya mampu memandang.Hatinya bagai disiat-siat.Armand,teganya
lelaki itu.
“Jom sayang.Benci I dengan perempuan ni.Menyusahkan!”Bibirnya tersenyum
puas,seakan segala dendamnya terburai dengan menyeksa Aisya.
Aisya menghantar pemergian Armand dengan air mata yang makin berlinangan.”Ya
Allah,sakit tubuh ini tidak seberapa dengan sakitnya hati ini Ya
Allah.”Pandangan Aisya makin kelam,sekelam langit yang hitam,dia rebah di
celahan pasu bunga.
Aisya mencelikkan matanya,tatkala telinga mendengar laungan azan dari surau
yang berdekatan dengan banglo Tan Sri Yunus.Terkejut melihatkan keadaan diri
yang terbaring di tempat parkir kereta,dicelahan pasu.Serentak itu ingatan
peristiwa semalam terbayang ditubir matanya.Kejamnya lelaki bernama Armand
Jericho.Tidak punya hatikah lelaki itu?
Aisya bingkas bangun.Tubuhnya kian terasa sakitnya.Lengannya baju tidurnya
diselak,kesan lebam kian terserlah dikulit mulusnya.Tidak dipedulikan sakit
yang sedikit menyucuk tubuh.Kakinya pantas masuk ke dalam rumah,isi rumah
kelihatan bersepah,mungkin gara-gara parti semalam?
Aisay tidak tunggu lama,masuk ke dalam biliknya membersihkan dirinya.Bersujud
dibawah kuasa yang Esa,memohon petunjuk dan perlindungan dari-Nya.Sesekali
doanya diiringi tangisan yang mendayu.Aisya nekad ,sungguhpun Armand bukanlah
pilihan hatinya,namun cinta buat lelaki itu telah mekar sejak dia berjanji
untuk menerima Armand sebagai suami.
“Ya Allah aku redha jika ini jalan yang harus aku lalui sebelum menemukan
bahagia.”
“Tahniah,puan mengandung”Berulang kali kata-kata Doktor
Harlina bermain diingatan Aisya.Tangan yang bermain-main dengan rantai yang
melingkari leher jinjang itu menari-nari disekitar kepala yang kian berdenyut.
“Apalah nasib yang anak mama akan lalui nanti,sama macam mama
atau...”Tidak,Aisya tidak mampu untuk mematikan ayatnya.Dia takut,takut
sekiranya Armand akan melakukan sesuatu dengan kandungannya yang baru 4 minggu.
Aisya berteleku diatas sofa ketika Armand melintasinya.Lelaki itu pantas
menghampirinya.Aisya tidak bereaksi.Dia tahu pasti Armand akan menyakiti
hatinya dengan kata-kata pedasnya.
“Kau mengandung kan?”Soal Armand mencarikkan reaksi Aisya.
“Tak!Siapa cakap?”Nafi Aisya.
“Kau jangan nak tipu aku,aku nampak kau pergi klinik Doktor Harlina,dia pun ada
call aku ucap tahniah.”Tangan Armand menarik sanggul Aisya.Berkerut muka Aisya
menahan sakit.
Aisya tersentak,lupa....Doktor Harlina adalah kenalan keluarga Tan Sri Yunus.
“Kau tu tak layak mengandungkan anak aku.Kau faham.Aku nak kau gugurkan anak dalam
perut kau tu.Faham?”Arah Armand tanpa sedikit pun rasa bersyukur kerana diberi
anugerah sebesar ini,seraya melepaskan jemari yang mencengkam kuat rambut
Aisya.
Aisya berdiri tegak menghadap Armand.
“Armand...saya boleh terima kalau awak caci maki saya,hina saya..tapi,untuk
gugurkan bayi ni....tidak sama sekali.Apa pun jadi..saya akan lahirkan
dia!”Ucap Aisya lalu berlari anak ke kamarnya.
Armand mendengus.
Aisya menarik beg roda yang membawanya kerumah ini 7 bulan lalu.Segala sijil
nikah dan dokumen pengenalan diri turut dibawanya.Dia nekad,biarlah Tan Sri
Yunus tercari-cari dimana dia nanti,yang pastinya,dia mahu lari dari
memperjudikan nasib kandungannya.Walau apa pun yang terjadi,janin yang sudah
sebulan tersemai di dalam rahimnya layak untuk merasai kehidupan didunia
ini.Aisya berjalan dalam kepekatan malam,bersama linangan air mata yang tidak
henti.Didalam hati yang tersimpan seribu cerita duka,dengan harapan esok masih
ada untuk dijalaninya.Biarlah Armand terus hanyut,dia sudah lelah untuk terus
bergelut memenangi hati Armand,Lelaki hati batu itu tidak mudah untuk
dilenturkan.Hanya pada Allah Aisya mengirimkan harapan dan doa,semoga masih
terbuka pintu dan jalan untuk insan bernama Armand yang kian memiliki sekeping
hati seorang perempuan bernama Aisya Humairah untuk kembali menjadi lelaki yang
mengenali Allah dan agama.
4 tahun berlalu.......
“Humairah!Tengah hari nanti kita ada lunch dengan Mr.Jericho.”Suara Aina
memberikan makluman di balas dengan anggukan.
“Err..Aina.boleh sediakan salinan setiap dokumen yang kita nak tandatangani
dengan pihak Mr.Jericho..sebab ini adalah projek usahasama kita yang pertama
dengan diorang..saya tak nak sebarang keraguan dari pihak mereka.Syarikat
diorang syarikat besar,susah nak dapat peluang ni”Tokok Humairah sebelumAina
meninggalkan ruang biliknya.Gadis itu mengangguk,lalu beredar.
Humairah meneruskan kerjanya.
“Humairah....”Telinga Humairah menangkap sebutan namanya.Dia mendongak.
“Yes..anything Rizal?”Soalnya kepad Rizal yang sudah mengambil tempat dihadapannya.
“You macam sibuk aje?”
“Of courselah Rizal...ini usahasama kita yang pertama dengan syarikat tu..bukan
you tak tahu dari tahun lepas kita selalu deal dengan diorang,tapi tahun ni
nasib baik dapat tau.”
“Humairah,you ni...terlalu fikirkan pasal kerja
aje...pagi,petang..malam..sikit-sikit kerja.Sikit-sikit kerja.You tak ada masa
langsung dengan I”Rengek Rizal.
Humairah menatap wajah Rizal yang sudah 4 tahun dikenalinya.Sejak hari pertama
dia menjejakkan kaki di Pertama Holdings.Lelaki itu sangat baik,sangat memahami
dan sentiasa mengambil berat akan dirinya.Bukann dia buta untuk melihat
perasaan lelaki itu terhadapnya.Namun...
“Rizal,I`m sorry...I bukan lupakann you..tapi ini satu-satunya projek pertama
yang I buat sendiri dari awal...I nak Encik Hadif puas hati dengan kerja
I.Okey..I janji ..lepas semua surat-menyurat selamat ditandatangan oleh pihak
AHAJ I janji...kita spend masa sama-sama..lagipun Umar selalu cakap dia
rindukan you.”Janji Humairah.
Mendengarkan sebaris nama Umar,Rizal tersenyum.Dia juga merindui gerangan itu.
“Okey...I tunggu.”Ucap Rizal seraya bangun dan sesampainya di pintu.
“Humairah..I teringi nak panggil you sayang..Can I?”Soalnya tiba-tiba.
Humairah tersenyum pahit.
“Up to you lah.”Ucap Humairah.
“Okey,bye sayang!”Ucap Rizal lalu menghilang di balik pintu.
Humairah termenung seketika.Tidak dinafikan,Rizal turut mengetahui segenap
hidupnya yang disembunyikan dari pengetahuan orang lain.Bahkan lelaki itu tidak
pernah menyakiti hatinya dengan persoalan yang sentiasa meniti dibibir masyarakat
lain.Lelaki tu terlalu memahaminya.Mungkin dia patut memberikan peluang untuk
Rizal.Mengingatkan itu,perasaannya terhiris lagi.
Armand mengerling jam ditangan.Hampir 12 tengah hari.Lagi 15 belas minit wakil
dari Pertama Holdings akan hadir.Debaran kian terasa.Entah mengapa,semenjak dia
dimaklumi oleh setiausahanya minggu lepas sebelum bertandang ke Negeri yang jauh terpesuk di utara tanah air ini,dia
seakan tidak sabar.Siapakah gerangan Humairah?
Mengingatkan separuh nama yang pernah hadir dalam hidupnya 4 tahun lalu,Armand
dihimpit seribu penyesalan.Di manakah dia?Apa sudah memiliki kehidupannya
sendiri?Armand berjeda sendirian.
“Mr.Jericho?”Panggilan itu mengembalikan Armand ke alam nyata.Seorang lelaki
sebayanya menyapa.Penampilannya kemas.
“Encik..Rizal?”Teka Armand.
Lelaki itu mengangguk.
“Puan Humairah?”Soalnya,setahunya dia akan bertemu empat mata dengan ketua
projek usahasama ini.
“Dia pergi ladies sekejap.”Terang Rizal.
Armand berbasa-basi,bertukar cerita dengan Rizal sementara menanti wanita
bernama Humairah.
“Maaf,saya lambat”Satu suara menghentikan perbualan Armand dan Rizal.Suara yang
membuatkan Armand terasa mahu rebah ketika ini.Waktu seakan berhenti
berdetik.Nafas masing-masing seakan tersekat.
Humairah beristighfar panjang.Armand mengucap syukur didalam hati.
“Shall we start now?”Rizal mencelah.Humairah mengambil tempat disisi
Rizal,bertentangan dengan Armand.
Penghawa dingin tidak mampu menyejukkan hati dua insan itu.
“Puan Humairah?”
“Yes,she is...so Mr. Jericho..”
“I prefer Armand.I feel comfortable with that.”Sengaja Armand menggunakan nama
itu.Dia mahu Aisya mengingatinya.
“Okey..”Rizal mengangguk.Dia tahu,lelaki inilah yang menjadi pengarah episod
duka dalah hidup Humairah.
Mereka bertiga meneruskan perbincangan dengan lancar,namun adegan mata
bertentang mata antara Aisya dan Armand,Rizal dapat melihatnya.Rizal tahu
gejolak hati Aisya.Dia yakin pasti pujaan hatinya sedang memendam rasa.
Hampir tiga minggu berulang-alik Perlis dan Kuala
Lumpur,petang ini barulah Armand berpeluang mendekati Aisya sendirian.Selalunya
Rizal akan bersama mereka.Rizal,lelaki itu seakan sentiasa melindungi Humairah
darinya,apakah lelaki itu punya hati terhadap Humariha?.Armand menghampiri
Aisya yang sedang menyusun kertas kerjanya yang sudah selesai dibentang.
“Aisya...”Humairah buat pekak.Sudah lama nama Aisya itu dibuang dari hidupnya.
Armand menarik tangan Humairah yang sedang menggulung kertas kerja.Terhenti
tingkah wanita itu.
“Encik Armand,please..disini tempat kerja.Sila jaga tatasusila awak.Saya tak
suka.”
“Aisya,maafkan saya...”Teragak-agak Armand berkata.
Humairah mencari raut keikhlasan yang keluar dari bibir Armand.
“Maaf?..For what?Awak buat salah apa dengan saya?”Humairah menyoal,pura-pura.
“For what I`ve done 4 years ago.”
Humairah menarik senyuman sinis.Ingat lagi lelaki ini rupanya,saban malam dia
menangisi nasib diri apa yang akan berlaku sekiranya dia bertemu dengan lelaki
dingin bernama Armand,hanya maaf yang lelaki itu pinta.
“4 tahun lalu?Encik Armand salah orang agaknya.Saya baru kenal saya 3 minggu
lepas..masakan awak boleh cakap awak buat salah dengan saya?”Sengaja Humairah
mahu menguji hati Armand.Dia masih belum buta untuk tidak mengenali lelaki
ini.Mendengarkan kata maaf dari lelaki itu seakan menyingkap kisah duka 4 tahun
dulu.
“Aisya,saya..”
“Stop it Armand.Bertemu awak tidak ubah seperti menoreh luka lama.Sakit 4 tahun
lalu makin menghimpit setiap kali saya tengok muka awak.”Humairah terus berlalu
tanpa mendengar Armand menghabiskan ayatnya.
Setiap kali mengingatkan sebaris nama Armand,setiap kali itulah air mata tidak
henti menghiasi matanya.
Armand berteleku di atas sejadah yang saban malam menjadi
temannya.Air mata kesal melatari pipinya.
“Ya Allah....hinanya aku ya Allah...”Ngongoi Armand dalam sendu.Terimbas setiap
perbuatannya terhadap Aisya 4 tahun lalu.
Armand akui,sejak 4 tahun lalu,tidur malamnnya tidak pernah lena.Sentiasa
dibayangi kehadiran Aisya disetiap penjuru
pandangannya.Esakannya,rayuannya...rintihanya....
Kata-kata Tan Sri Yunus kembali terngiang ditelinganya.
“Mand,atuk tahu setiap apa yang Mand buat
pada Aisya....walaupun Aisya tak pernah cakap sepatah pun layanan buruk kamu
pada dia.Mand...Aisya seorang perempuan yang baik...Atuk tak nak kamu
sia-siakan dia.Mungkin sekarang kamu rasa dia tak layak jadi isteri kamu...tapi
ingat Mand.....Tuhan tu maha kaya,sekelip mata dia boleh ubah hati kamu,jangan
sampai saat Allah ubah perasaan kamu...waktu tu...perasaan kamu tu tak mampu
lembutkan hati Aisya yang semakin dingin.Kesabaran manusia ada tahapnya.”
Ya,kini dia sudah menerima karma diatas perbuatannya sendiri.Mungkin hati
Aisya telah beku untuk memaafkan dirinya.
“Mand....”Panggilan Tan Sri Yunus.Lelaki bercermin mata tebal itu
menghampirinya.
“Tak tidur lagi?Menangis lagi?”Soalnya.
“Atuk...MAnd tak kuat atuk.Mad tak kuat...”Tangis Armand.Tubuh Tan Sri Yunus
dipeluk erat.
Tan Sri Yunus menepuk perlahan belakang Armand.
4 tahun cukup untuk menghukum Armand.Peristiwa 4 tahun lalu telah merubah siapa
Armand Jericho.Kemalangan yang hampir meragut nyawa cucunya telah memberikan
sinar jalan hidup yang baru buat Armand.Itulah manusia,saat Allah
mengggoncangkan nikmat yang dikecapi,barulah terasa diri telah hanyut dibelai
nikmat yang tak sudah.
Akibat kereta yang dinaiki terbabas dan telah meragut nyawa Erina,anak usahawan
terkenal,menyedarkan Armand dari terus leka menjunjung duniawi.Cucunya bangkit
menjalani hidup menjejaki Aisya,isteri yang tidak pernah dihargainya.Setiap
malamnya tidak pernah sepi dengan solat taubat,solat tahajjud.Pendek kata
Armand yang didalam pelukannya bukan lagi Armand si kaki botol,kaki
perempuan,kaki disko..tapi Armand....atau nama kegemarannya,Omar Saifullah.Dia
suka nama itu.
“Dia buat tak kenal dengan Mand atuk.Betul cakap atuk,hati dia dah dingin.”
Tan Sri turut mengalirkan air mata simpati.Ya Allah,kau berilah jalan
kebahagiaan buat cucuku”
“Mama!”Tubuh kecil itu merangkul leher Humairah sekeluarnya dari pagar nursery.
“Hari ini anak mama belajar apa?”Soal Humairah,tangannya mengangkat tubuh kecil
itu untuk didukung.
“Hari ni,cikgu Omar...ajar Omar pasal..family.Ada
father..mother...sister...lepas tuuu..”
“Lepas tu apa?”
“yang ader..ader tuu..”
“Ader-ader?”
“alaa..yang adik lelaki tuu”
“Brother?”
“Haaaa...brother.”
“Pandainya anak mama....Jom kita balik.”
“Mama...”Panggil Omar Yazid ketika mereka berdua beranak masuk ke dalam kereta.
“Ya sayang...”
“Errm...kenapa papa Omar jauh?Omar teringin nak tengok papa yang betul.Asyik
tengok gambar aje.”Ujar anak kecil itu.
Humairah terkedu,wajah anaknya ditatap penuh kasih.Papa...gambar..Ya,dia akui.Armand
adalah ayah kepada anaknya.Tidak pernah sekalipun dia nafikan.Gambar Armand
selalu ditunjukkan kepada anaknya.Gambar ketika akad nikah mereka.Wajah Armand
yang sedang tersenyum manis.
“Mama!”Panggilan Omar menarik kembali Humairah ke alam nyata.
“Ya sayang..jom kita balik..malam nanti Uncle Rizal ajak keluar.Omar nak
ikut?”Soal Humairah.
“Nakk..Omar pun dah rindu sangat kat Uncle Rizal.”
Persoalan tentang siapa dan dimana papanya hilang begitu saja.Omar terlalu
gembira untuk bertemu dengan Rizal agaknya.Namun rasa gusar tidak lari dari
membelenggu hatinya.Tidak mustahil Armand tahu akan kehadiran Omar Yazid.
Perbincangan yang diadakan di Kopitiam itu terhenti seketika setelah mendengar
deringan Iphone Armand.Kedua pasang mata Rizal dan Humairah memandangnya.
“Sorry need to answer..Urgent maybe..”Ujar Armand seraya bangun menuju kearah
ruangan tidak berpenghawa dingin.
Hampir 5 minit,Armand kembali ke meja dengan wajah yang cemas.
“Maaf Rizal,Humairah,saya rasa kita terpaksa hentikan perbincangan kita kat
sini dulu.Saya kena balik KL.Atuk saya
pengsan.I`m sorry.”Kata-kata Armand mengingatkan Humairah kepada Tan Sri
Yunus.
Dia pengsan?Sudah lama tidak ditemui orang tua itu yang cukup banyak budi padanya.
“Saya ikut?”Pinta Humairah tiba-tiba,Armand yang sedang menutup zip beg
sandangnya terhenti.
“Are you serious Humairah?”Soal Rizal.
“Yes I do.”Ujar Humairah.Rizal tahu,pasti Humairah rindukan
atuknya.Namun,mampukah dia lepaskan mereka berdua?
“Humairah,saya ...”Armand mati kata.
“Saya rasa tak perlu sebarang pertanyaan di waktu sekarang.Jom kita gerak
sekarang...tapi sebelum tu,saya kena jemput someone..”Matanya melirik ke arah
Rizal.Lelaki itu mengangguk.Ya,mungkin sekarang waktunya dia membawa Omar Yazid
kedalam hidup Armand.
Armand tidak mampu berkata apa,yang pastinya Atuknya pasti gembira melihatkan
kedatangan Humairah.Bibirnya tersenyum lebar.
“Mama,muka uncle ni..macam papa!”tegur Omar Yazid setelah masuk ke dalam kereta
Audititi putih milik Armand.
Armand tersentak.Papa?Matanya memandang wajah Humairah seakan meminta
penjelasan.
“Omar Yazid bin Armand
Jericho.Omar,ini...”
“Papa Omar.”sambung Armand.
Kanak-kanak kecil itu segera beralih ke atas riba Armand.Humairah
tersentak.Cepat benar anaknya itu beralih hati.
“Papa...father...Mama...Omar dah ada papa macam Siti...esok pergi sekolah Omar
nak cakap dengan Siti..Omar dah ada Papa.”Riang kanak-kanak itu bersuara.
Armand diselubungi sebak.Petah bibir halus itu bersuara.Humairah memandang
tanpa perasaan.Dia tahu pasti Armand punya agenda nanti.Kalau tidak
mengenangkan keadaan Tan Sri Yunus,tidak ingin dia mengikut lelaki ini.
“Omar,sini..duduk dekat mama,papa nak drive.Kita nak pergi jumpa Tok
Nyang.”Arah Humairah.
Lebar senyuman dibibir Armand,Aisya Humairah telah melahir dan mendidik
zuriatnya dengan sempurna.Mendengarkan kalimah papa meniti dibibir mungil itu
membuatkan rasa menyesal itu bertimpa-timpa.
“Aisya...sekali lagi..saya pohon maaf dengan apa yang telah saya lakukan pada
awak 4 tahun lalu.”Tenang Armand meluahkan maaf.Dia tahu berkali-kali dia telah
mengatakan maaf kepada Humairah namun tidak sekalipun wanita itu
menerimanya,mungkin benar..hatinya telah beku.
“Armand,harga air mata saya selama 4 tahun lalu bukan sekadar ucapan maaf,luka
di hati saya terlalu dalam...”
Armand sudah menduga,kata-kata itu akan terbit dari bibir Humairah.
“Aisya,saya akui saya seorang suami yang khilaf,4 tahun kehilangan awak
mencarikkan ketenangan saya...saya sedar sekalipun berjuta maaf saya
katakan,takkan mampu melembutkan hati awak yang sudah beku.Saya harap awak
bahagia disamping dia..”
“Dia?Who?”
“Rizal”
Humairah tertawa sinis.
“Nonsense”
“Aisya,saya tidak buta untuk lihat keikhlasan dan kerelaan Rizal yang sentiasa
disisi awak.Saya nampak cinta dimata dia untuk awak.”tiada sebarang nada dari
kata-kata Armand.
Humairah mengerutkan keningnya.Cemburukah Armand?
“Armand,atuk ..”
“I`m sorry.okey..Omar..let`s go son”Potong Armand seraya memasukkan gear membelah
jalan-jalan menuju Kuala Lumpur.
Armand lelah untuk menyakiti hati wanita itu lagi.Dia nekad untuk tidak
mengulangi perbuatannya 4 tahun lalu.Dia hanya mahukan maaf dari wanita bernama
Aisya Humairah.
8 jam perjalanan,Audititi putih itu memasuki perkarangan banglo yang
ditinggalkan 4 tahun lalu.Humairah memerhati sekelilingnya.Tiada sebarang perubahan.Kereta
yang sama terparkir digaraj,Cuma...Mazda R8 milik Armand 4 tahun lalu tiada
disitu.
“Saya fikir...kita akan melawat atuk kat hospital.”
“Atuk tak suka tinggal di hospital.Dia upah doktor peribadi untuk rawat dia
kalau berlaku apa-apa kecemasan.”Terang Armand tanpa di pinta.
“So..sekarang dia ada dalam bilik?”
Armand hanya mengangguk.Dia membimbit beg milik Humairah.Omar Yazid sedang didukung oleh Aisya yang mula
memasuki pintu masuk ke rumah.Armand memandang dari jauh.’Tuhan,masih adakah
sinar kemaafan buat aku.’Gumam Armand sendirian.
Armand meletakkan beg pakaian Humairah dibilik yang pernah dihuni
Humairah.Wanita itu kelihatan letih.Armand merapati Humairah dan mengambil Omar
Yazid dari dukungan Humairah.Lengan mereka bersentuhan.Humairah tidak bereaksi.
“Awak pergi rehat dulu.Atuk maybe tengah
tidur.Biar saya masuk jumpa dia dulu.Dia mungkin tak sabar nak jumpa awak.”Ujar
Armand dengan senyuman.
“Okey.”Jawab Humairah pendek.
“Aisyaa...”Panggil Tan Sri Yunus.Pantas tubuh Tan Sri Yunus dirangkulnya.Tumpah
tangisan Humairah.4 tahun memendam rasa rindu.
“Maafkan Aisya atuk.Aisya...”
“Sudahlah Aisya....atuk dah rasa lapang bila Aisya balik.Atuk dapat jumpa cucu
atuk balik.Syukur pada Tuhan.”Pintas Tan Sri Yunus.
Armand dari pintu kamar hanya memerhati gelagat dua beranak itu.Hatinya
melafazkan syukur.Namun jauh didasar hatinya terdetik,mampukah Aisya memaafkan
dirinya.Layakkah dia untuk mendapat kemaafan dari Aisya.Persoalan yang jawapan
hanya ada pada Aisya Humairah.
Seketika,teringat akan Omar Yazid yang tidur dibiliknya.Ah,rasa gembira
menggamit hati jantannya.Pantas kakinya melangkah menuju ke biliknya.
Aisya memandang dari ekor matanya kelibat Armand yang menjauh.Matanya kembali
menatap wajah tua Tan Sri Yunus.
“Aisya...atuk tahu apa yang atuk tanya ni,mungkin akan buat Aisya tidak senang
duduk...Cuma...atuk nak kepastian..macam mana dengan status kamu dengan
Armand?”
Aisya menongakkan wajahnya.
“Aisya tak pernah minta fasakh,tapi...Armand..Aisya tak tahu.”Ringkas jawapan
Aisya.
Tan Sri Yunus melepaska keluhan,diluah mati bapak,ditelan mati emak.Itulah yang
dirasakannya saat ini.Antara kasihkan Aisya,kasihankanArmand.Dia tidak mampu
menyangkal,Armand memerlukan Aisya,namun cucunya pernah berkata padanya.
“Armand tak pinta Aisya untuk kembali dalam hidup Armand.Cuma kemaafan yang
Armand nak dari dia”,berbekalkan kata-kata itu,Tan Sri Yunus tidak mampu
meluahkan apa yang dilalui Armand 4 tahun ini.
“Boleh Aisya maafkan Armand?”laju bibir Tan Sri Yunus bersuara.
Aisya mendongakkan wajahnya menatap anak mata Tan Sri Yunus penuh harapan.Untuk
kembali ke sisi Armand,tidak pernah diimpikan.Luka 4 tahun lalu masih terasa
bisanya.
“Aisya...Atuk tak minta Aisya kembali ke sisi Armand...tapi,tak salahkan kalau
kita saling bermaafan.Lagipun,he`s totally new Armand,atau nama kegemaran
dia...Omar Saifullah”
Aisya menundukkan wajahnya.Hasrat Tan Sri Yunus menikam kedamaiannya.Mudahkan
hati ini menerima kemaafan Armand,sedangkan hati ini telah hancur dimamah
perbuatan Armand sendiri.
Aisya diam lagi untuk beberapa ketika.Totally new Armand?Omar Saifullah?
“Aisya,atuk tahu dah banyak atuk minta dari Aisya sampaikan atuk dah hancurkan
masa depan Aisya.Tapi mahukan Aisya tunaikan harapan atuk yang satu ni.Maafkan
Armand.Please Aisya...”Lirih suara Tan Sri Yunus menusuk kalbu Aisya.Dia lemah
tatkala mendengar rayuan Tan Sri Yunus,nada yang sama ketika Tan Sri Yunus
memintanya menerima Armand 4 tahun dulu.
“Aisya keluar dulu Atuk,takut Omar terjaga.”Aisya meminta diri.Tan Sri Yunus
mengangguk menandakan dia mengizinkan.
‘Aisya..atuk tahu kamu berat untuk maafkan Armand,tapi percayalah..Armand
sekarang bukan lagi Armand 4 tahun dulu.Dia dah berubah...berubah sehinggakan
atuk turut merasakan kecewa dihatinya.Moga Tuhan lembutkan hatimu cu.Doa Tan Sri
Yunus didalam hati,matanya masih memandang pintu dimana Aisya keluar tadi.
Aisya menyalin pakaiannya.Rambut yang meleret panjang itu disanggul rapi.Tudung
dikenakan kembali.Deringan telefonnya mematikan tingkahnya.
Rizal.Dia menjawab panggilan dengan ucapan salam.Laju bibirnya bercerita
tentang perbualannya bersama Tan Sri Yunus petang tadi.
“Humairah,awak yakin awak boleh hadapinya?”Soalan Rizal menggoncangkan
keyakinannya.Rizal tahu siapa Armand dalam hidupnya.Dan Rizal juga pernah
menyatakan hasrat untuk memiliknya dan pernah juga hendak membantunya meminta
cerai kepada Armand.
“Entahlah Rizal.Atuk nak saya maafkan Armand.”
“So..?”
“Tak semudah itu Rizal.Luka 4 tahun dulu masih terasa.Saya tak boleh Rizal.Tak
boleh”
“Humairah,sedangkan nabi ampunkan ummat...”
“Saya bukan nabi Rizal.Saya manusia biasa.Saya ada hati,perasaan.Armand tak
mungkin berubah Rizal,saya kenal dia.Doa boleh saja berpura-pura untuk buat
saya kembali pada dia.Tak mustahil dia ulang balik sikap dia yang dulu.Kalau
betul dia memang dah berubah kenapa dia tak cari saya?Dimana dia waktu saya
perlukan dia?Tanggungjawab dia sebagai ayah,suami?”
Aisya meluahkan apa yang berbuku di sanubarinya.
“Aisya...awak sedar tak awak masih cintakan dia,kalau
awak tak cintakan dia,dah lama awak tamatkan ikatan perkahwinana awak dengan
dia.Kalau awak bukan nabi yang semudahnya nak maafkan kesalahan Armand,awak
perlu ingat...Armand juga bukan malaikat yang bersih dari dosa.”Panjang
Rizal bersuara.
Aisya terkedu dengan kata-kata Rizal.Egokah dia?
“Rizal..”
“Looks, Humairah...saya tahu awak terluka,sukar untuk awak maafkan Armand,tapi
fikirlah...atuk tak minta awak kembali pada Armand,tapi maafkan Armand.”
“Maksud awak?”
“Cara awak bercakap seolah-olah awak mahukan Armand kembali dalam hidup awak.”
“No..”
“Listen Humairah...saya nampak masih ada cinta dihati awak buat Armand.Kalau
tak awak takkan sekecewa ini.”
Suasana sepi seketika,Aisya cuba mencerna kata-kata Rizal.
“Okeylah,got to go.Assalamualaikum”
Usai menjawab salam,Aisya mematikan talian.Termenung seketika dibirai
katil.Biliknya tidak berubah langsung.Bau wangian yang sama,warna yang sama
dan..susun atur yang sama.
Mungkinkah Armand benar-benar berubah..
“Mama!”Panggil Omar Yazid,mencicit anak kecil itu ke riba Aisya.Pipinya dicium
lembut oleh Aisya.
“Jom,papa panggil makan.Tok Nyang pun ada sekali.Jomlah mama...”
“Jom...”Aisya bersuara seraya mendukung tubuh genit Omar Yazid menuju dining area.
Aisya memasukkan beg kedalam bonet.Wajah sugul Tan Sri Yunus
membuatkan dia tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu.Wajah Armand yang
tidak beriak dipandangnya.Lelaki itu sentiasa kelihatan tenang.Huh!mungkin
lakonannya sahaja.
“Atuk,Aisya balik dulu ya.”Tangan Tan Sri Yunus dikucup kasih.
Tubuh Aisya dirangkul Tan Sri Yunus.Lama.Air mata ditahan supaya tidak gugur.
“Selalu-selalulah balik sini.”Pesan Tan Sri Yunus seraya mencium pipi
cicitnya.Setelah berpamitan Toyota Innova milik Tan Sri Yunus yang dipandu
Armand perlahan-lahan meninggalkan perkarangan banglo.
Suasan sepi,sesekali kedengaran suara Omar Yazid ketawa kerana mendengar celoteh
papanya.Aisya hanyut dalam dunianya.Anak matanya sesekali memandang sisi wajah
Armand.Kelihatan makin terurus,makin matang.Yang nyata Armand yang di
hadapannya tidak seperti Armand yang dulu,kaki pukul,kaki botol,kaki disco dan
kaki perempuan.
‘Apa agaknya yang berlaku sepanjang ketiadaanya 4 tahun ini?’gumam hati
Aisya.”Tapi benarkah dia telah berubah,tapi kenapa dia tak minta untuk aku
balik kesisi dia?”namun soalan itu terluah di dalam hati.
“Aisya..”Panggil Armand lembut.Omar Yazid susah hanyut terlena diatas riba
mamanya.
Aisya memandang wajah Armand yang sedang memandu.
“Saya tak tahu adakah sekarang waktunya untuk kita bercakap pasal kita.Tapi
saya tak tahu bila lagi waktu yang sesuai untuk kita bincang elok-elok.”
“Straight to the point!”Pintas Aisya.Armand melepaskan keluhan.
“Saya tahu kalau awak tak cakap pun,saya tahu awak tak boleh maafkan
saya.Tapi...saya tak minta apa-apa lagi dari awak Aisya.Cuma maaf yang saya
mahu dari awak.Saya janji,saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak maafkan
saya.”
“Ceraikan saya!”Aisya bersuara keras tiba-tiba.Entah mengapa ringan bibirnya
berkata-kata.Aisya terkedu sendiri dengan kata-katanya.
Armand tersentak.Sungguh tidak diduga.Memang dia tidak pernah meminta untuk
Aisya kembali kesisinya,tapi...bukan juga berpisah dengannya.
‘Ya Allah,sakitnya ujian-Mu’desis hati Armand.Dia bungkam seketika.
“Aisya...mahalkah harga kemaafan buat saya?”Soal Armand.Tenang,sebak didada
bagaikan mahu pecah.Aisya mati kata.
“Insyaallah,saya akan uruskan hal tu secepat mungkin.”
Kata-kata Armand bagaikan sembilu menusuk ke jantung Aisya.Kuatkah dia untuk
menghadapi perpisahan secara rasmi dengan Armand,benar kata Rizal,masih ada
cinta buat Armand dihatinya.
Keadaan kembali sunyi,masing-masing melayan perasaan.
‘Kenapa awak tak minta untuk kita baiki mahligai kita yang pernah hancur’desis
hati Aisya.
‘Kalau itu mampu buat awak kembali bahagia,maafkan dosa saya,saya redha
Aisya,walau hakikatnya...hati saya hancur dimamah permintaan awak.’rintih hati
Armand.Matanya menghadap jalan raya dihadapan.
Sesungguh jodoh itu rahsia Allah.Kita tidak tahu siapa yang akan kita temui
untuk melangkapkan hidup kita.
Aisya menatap raut wajah Omar yang sedang lena.Armand telah
menginap di Hotel Putra Palace.Masih terngiang-ngiang kata-kata yang keluar
dari bibir lelaki kacukan Belanda Melayu itu.
“Insyaallah,saya akan uruskan hal tu secepat mungkin.”
Tak mudah untuk memaafkan Armand,tapi lagi sukar sekiranya dia berpisah dengan
Armand.Mungkin benar,he`s totally new Armand?Aisya berjeda sendirian.Keliru
dengan perasaannya terhadap Armand dan Rizal.
Bolehkah dia lupakan setiap kesengsaraan yang Armand berikan 4 tahun
lalu?Egokah dia sekiranya dia berkeras terhadap Armand.Berdosakah dia selama
ini.
Deringan telefon memecahkan lamunan Aisya.Telefon yang terletak diatas meja
disisi katil dicapai.Tertera nama Armand.Mahu apa dia waktu ini?Tidak menanti
lama,panggilan itu dijawan dengan ucapan salam.
“Maaf ganggu awak?Awak dah tidur ke?”Soal Armand.
“Belum,...kenapa?”
“I don`t know how to say....setiap kali saya tengok awak dan Omar....saya rasa
berdosa sangat.Saya tak minta apa-apa dari awak,Aisya....Cuma satu..kemaafan
dari awak.Maafkan kesilapan dan dosa saya terhadap awak 4 tahun dulu.”Lirih
Armand bersuara.
“Maaf?Untuk awak ulangi silap tu lagi?”Tajam suara Aisya.
Armand terkedu sendiri.
“Aisya..”
“Stop it Armand!Lelaki macam awak boleh ke berubah?Mustahil Armand.Dalam hati
awak tu Cuma ada hasad dengki,kekejaman..”
“Aisya....benar cakap atuk..hati awak dah dingin.Apa pun jalannya..saya takkan
putus asa untuk mendapat kemaafan dari awak Aisya.”
Suasana sepi seketika.Masing-masing menanti siapa yang akan mulakan kata.
“Maaf saya lupa...hanya perpisahan yang boleh buat awak maafkan
saya.Insyallah,habis aje projek usahasama kita..saya akan cepat-cepat jumpa peguam
saya.Sebelum tu,saya nak Aisya senaraikan apa-apa yang Aisya mahukan dari
saya...”
“Maksud awak?”
“Maybe....macam kereta?Rumah?or anything
else yang awak mahu..bukan niat saya untuk mengumpan awak dengan harta...tapi
sekurang-kurangnya...sebelum ikatan awak sebagai isteri saya putus,biarlah saya
berikan sesuatu untuk awak.”
Aisya terusik dengan kata-kata Armand.Entah mengapa kata-kata itu seakan
ikhlas,lahir dari hati Armand.Argh..sakitnya menjeruk perasaan,antara cinta dan
simpati keduanya bertembung menjadi satu.
“Aisya...are you still there?”Soal Armand setelah Aisya diam sedari tadi.
“Yes,I`m here...”
“Kalau macam tu..saya rasa sampai disini ajelah.Atuk kirim salam pada awak dan
Omar.Assalamualaikum,jaga diri.”Pamit Armand seraya mematikan panggilan.Aisya
menjawab salam di dalam hati.Air matanya mengalir perlahan.
Mengapa Armand menbuatkan dirinya diambang dosa.Salahkah kiranya dia tidak
memberi kemaafan buat Armand.Tegakah hatinya berpisah dengan Armand?Omar
Yazid?Dia perlukan Armand,seorang ayah...
Ya Allah..hebat ujian-Mu....
Armand sujud lagi.Ketenangan kian menjalar disegenap
hatinya.Permintaan Aisya bermain-main diingatannya.
“Ceraikan saya!”Kata-kata itu bermain lagi.
“Ya Allah...sesungguhnya syurgamu menarik aku jauh ke dalam gaung ujian,nerakamu
memagari aku dengan segala nikmat.Aku redha ya Allah...andai ini adalah jalan
untuk aku bersihkan dosaku.”
Armand berteleku lagi diatas sejadah.Bibirnya mengalunkan kalimah kitab
Al-Quran. Alhamdulillah,berkat tidak henti mengunjungi kelas mengaji selama
hampir 2 tahun,kini bibirnya tidak lagi keras untuk membaca kitab suci ini.Peristiwa
4 tahun lalu terulang tayang ditubir matanya.Betapa marahnya Tan Sri Yunus
ketika pulang dari Tanah Suci,tatkala mengetahui Aisya sudah tiada.Puas dia
dileteri,namun dalam hatinya bersorak gembira.Tiada lagi perempuan yang menjadi
penyebab dia harus tunduk mengikut telunjuk Tan Sri Yunus.
Dan malam yang penuh duka itu terlayar diingatannya,jeritan Erina,tangisan
Erina,keadaan Erina yang menghadapi mati amat menakutkan.Dia lihat
segala-galanya dengan mata itu.Saat itu terasa malaikat Izrael begitu hampir
kepadanya.Teringat setiap perbuatan kejinya kepada Aisya,layanan buruknya
kepada isteri yang tidak pernah dihargai.Wajah-wajah insan yang sentiasa
disisinya terimbas diingatan saat itu.Wajah Tan Sri Yunus yang penuh
kekecewaan,wajah Aisya..isterinya yang
polos,yang bersih.Paling menyedihkan,Erina mati tanpa sempat bertaubat.
Ketika sedar dari kemalangan itu,Armand tidak henti melafazkan syukur kerana
masih diberi kesempatan untuk bertaubat,mengenali dan mendalami keindahan
Islam.Sungguh rasa jahil tidak pernah lekang dari dirinya.
Sekarang,hasratnya cuma satu,mahu Aisya bahagia...sekalipun bukan bersama
dengannya.Dia relakan perpisahan ini...cuma...Omar Yazid.Ya,anak kecil itu
tidak pernah mengecap nikmat kasih sayangnya.
“Ya Allah....aku benar-benar dilema Ya Allah....hati aku sayangkannya...aku
perlukan Aisya..tapi aku sedar Ya Allah...aku tidak layak untuk bersamanya.Dia
baik,terlalu baik....”Gumam Armand di dalam hati bersama tangisan yang tidak
berlagu.
Rizal menatap wajah Aisya dihadapannya.Dia perasan jiwa wanita itu tidak berada
disini.Sekadar jasadnya.Pasti persoalan Armand yang memenuhi benaknya,yakin
Rizal.
“Humairah....”Panggil Rizal.Aisya tersentak.
“Awak okay?”
“Ya..saya okey.Kenapa?”
“You don`t look like what you say.”
Aisya tersenyum,Rizal seorang sahabat yang bernar-benar memahaminya.
“Don`t worry..when I`m say,I`m okay...I really meant it.”Aisya menyakinkan
Rizal.
Rizal mengerti.Aisya tidak mahu berkongsi cerita dengannya.
“What about your atuk hope?”
Aisya melepaskan keluhan,cuba menyusun kata-kata.
“Aisya Humairah....”Lembut panggilan Rizal menyusup ke telinga Aisya.
Aisya teragak-agak untuk memulakan kata.
“Saya tak tahu apa nak buat..Saya keliru ..”
“Keliru?”
“Saya tak pasti Rizal.Atuk cakap Armand totally change.He`s new Armand.”
“So..apa yang buat awak keliru ?”
“Saya takut dia pura-pura.Saya ada cakap..kalau dia nak saya maafkan
dia..ceraikan saya.”
Rizal tersenyum.Kepalanya digeleng perlahan.
“Humairah....awak jangan terlalu pentingkan diri.Awak patut beri Armand peluang
untuk tunjukkan keikhlasan dia.Cerai bukan jawapan bagi masalah awak
berdua.Awak kejam Humairah.Awak pernah rasa bagaimana deritanya bersama Armand
dulu.Awak rasa setiap kesakitan yang Armand bagi pada awak..Tapi ingat
Humairah,awak bukan Tuhan untuk terus hukum dia macam tu.”
Kata-kata Rizal begitu menyucuk perasaannya.
“Tapi dia tak pernah minta untuk saya kembali pada dia.”
“Mungkin dia terlalu rasa bersalah untuk bersama awak.Dia rasa berdosa dengan
kesilapan dia yang lalu.”
“Tapi..”
“Awak jangan lupa Humairah...antara awak dan Armand,ada Omar.Dia perlukan papa
dia,dan awak perlukan suami awak.Jangan noktahkan perkahwinan awak berdua
dengan perceraian.Bincang elok-elok dengan Armand.”
“Macam mana nak bincang...sedangkan setiap kali kami berjumpa dia selalu minta
maaf,maaf,maaf.Tak pernah sekalipun dia minta untuk saya balik kesisi dia.”
“Up to you.”
“Maksud awak?”
“Semua terpulang pada awak Humairah.Awak perlu perjuangkan kembali hak awak
sebagai isteri dia.”
Aisya masih membuat riak tidak faham.
“Kalau dalam hati awak masih ada Armand...tak salah untuk awak perjuangkan
cinta awak dengan dia.”
“Entahlah...”Keluh Aisya.Segalanya bagaikan tersimpul rapi,antara kecewa,kasih
dan simpati...segalanya bercampur baur.
Armand mengelap tubuh kaku Tan Sri Yunus,atuknya pengsan lagi.Jantungnya makin
lemah menurut doktor Harlina.Aisya yang masih memangku tubuh Omar Yazid
dikerlingnya.Wanita itu tidak henti-henti menangis sejak kedatangan mereka keHospital
Sungai Buloh.
“Aisya,sabarlah...atuk will be right.”Pujuk Armand.
Aisya masih diam tidak berkutik.
“Bagi Omar pada saya.Mesti awak lenguh riba dia lama sangat.”Pinta Aramnd lalu
mengangkat anak kecil itu ke dalam dukunganna lalu dibaringkan diatas sofa yang
satu lagi,berdekatan sofa yang diduduki Aisya.Wanita itu masih lagi tidak
berkata apa-apa.
“Armand,kejamkah saya kalau saya tak maafkan awak?”Perlahan kata-kata Aisya
menyusup ke telinga Armand.Terpenpan dia seketika.
“Saya....”Armand mati kata.
“Orang tak rasa apa yang saya lalui ketika jadi isteri awak 4 tahun lalu.Saya
bukan boneka yang tak ada perasaan Armand.Luka yang awak calitkan tak mudah
untuk sembuh.Begitu dalam sampai saya tak sanggup nak ingat lagi.Hanya Tuhan
tempat saya mengadu.Air mata bukan lagi ubat untuk saya waktu tu.Kehadiran
Omar..buat saya lupa seketika tentang kesakitan yang awak buat.Rizal yang
banyak membantu saya untuk terus cekal jalani hidup dengan Omar,tanpa awak
sebagai suami.”Aisya mengesat air mata yang kian lebat.
Armand menangis di dalam hati.Matanya terpaku pada wajah Aisya yang
keruh.Begitu sekali luahan hati Aisya.
Melihatkan air mata Aisya,seakan mahu dirangkul tubuh itu ke dalam
pelukannya.Tuhan...kejamnya dia waktu itu.
“Aisya...”
“Awak rasa mudahkah saya nak maafkan awak.Berdendamkah saya kalau tak maafkan
awak?”
“Aisya....saya minta maaf.Saya tahu saya takkan mampu kembali kepada 4 tahun
lalu untuk padam setiap kesengsaraan yang awak lalui.Kalau saya mampu untuk
balik waktu tu,satu-satunya yang takkan saya lakukan adalah menjadi suami awak
Aisya.Tapi,saya tak mampu Aisya.Saya hanya manusia yang biasa yang melalui
hidup dengan belas kasihan Allah.Waktu Allah ambil nyawa Erina dihadapan mata
saya..waktu tu..yang saya nampak hanya wajah awak dan Atuk.Wajah yang paling
banyak saya lakukan dosa.Saya...”Armand terkelu seketika.Liur ditelan.
Aisya yang mula diam menatap mata Armand yang jelas penuh penyesalan.Tersentuh
seketika hatinya.Ayat Armand dicerna semula.
“Kalau saya mampu untuk balik waktu
tu,satu-satunya yang takkan saya lakukan adalah menjadi suami awak Aisya.”,kemalangan?Kematian
Erina?Tuluskah kata-kata itu?
“Jadi awak fikir jadi suami saya tu satu kesilapan?”Terpacul kata-kata itu
dibibir mungil Aisya.
Armand tersentak.Tidak bukan itu
maksudnya.
“Aisya....”Kata-kata Armand mati disitu.Suara Tan Sri Yunus
kedengaran sayup-sayup.
“Armand....Aisya...”Panggilan itu mendekatkan Aisya dan Armand ke arah Tan Sri
Yunus.
“Atuk..”Kedua mereka bersuara.
“Omar mana?”Soalnya.Lemah.
“Dia ada kat atas sofa,tengah tidur atuk.”Jelas Armand.Aisya hanya
diam.Tangannya mengelus-elus jemari TanSri Yunus.
“Mand...Aisya.....atuk ni dah tak lama agaknya....kubur tu dah melambai-lambai
panggil atuk.Atuk dah...”
“Atuk...please...jangan cakap macam tu lagi.Mand tak suka.Atuk will be
right.”Pujuk Armand,lebih untuk menyedapkan perasaannya.
Aisya masih lagi diam.
“Mand....kalau 4 tahun dulu Allah ambil nyawa atuk...mungkin atuk takut untuk
tinggalkan kamu berdua,takut untuk kamu terus hanyut..tapi sekarng atuk dah tak
takut lagi.Atuk yakin....Armand dah berubah.Armand dah jadi Omar
Saifullah...macam yang Armand nak.Saifullah..pedang Allah cu...”Kata-kata Tan
Sri Yunus makin menyemarkkan esakan Aisya,Armand tidak beriak.
“Aisya....atuk tak minta Aisya kembali kepada Armand...tapi satu saja atuk
minta...maafkanlah Armand.Dia dah banyak berubah selepas kemalangan 4 tahun
lalu...”
“Atuk stop it,atuk perlukan rehat...”Armand memintas.Dia tidak mahu Tan Sri
Yunus membuka cerita 4 tahun lalu.
“Aisya need to know!”Keras suara Tan Sri Yunus,sesungguhnya dia amat bersimpati
dengan Armand,tidak sanggup lagi dia melihat keadaan Armand.
Aisya mengerutkan keningnya.Persoalan apakah yang menjadi kaitan dengan
dirinya.
“Atuk...please...kalau atuk sayangkan Mand,please...cepat sembuh.”Armand
menukar topik.
“Armand...”Tan Sri Yunus tahu,Armand memendam rasa.
Armand malas mahu bertegang urat dengan Tan Sri Yunus.Dia segera keluar untuk
mencari surau,waktu maghrib kian hampir.TanSri Yunus dan Aisya hanya memandang
tubuh itu menghilang dari kamar VIP itu.
Aisya mencari kelibat Armand di dalam biliknya,jam
menunjukkan2 pagi.Doktor Harlina menelefonnya tadi setelah Armand tidak dapat
dihubungi.Sejak pulang dari hospital tadi kelibat Armand sudah tidak kelihatan.
Tangannya teragak-agak untuk masuk.Namun memandangkan hal ini amat
penting,tidak dapat tidak,dia harus bertemu dengan Aramnd.Tanganya memegang
tombol pintu.Belum sempat tanganya mengetuk pintu..kedengaran suara orang
mengaji.Begitu lembut alunan kita suci itu menusuk kekalbunya.
Suara siapakah it?Tanpa memberi salam,pintu itu dikuak perlahan.Dari belakang
dia nampak tubuh Armand yang memebelakangi pintu sedang bersila di atas sejadah
sambil melagukan ayat-ayat suci.Tersentuh hatinya.Suara itu kedengaran begitu
ikhlas sekali.
Benarlah,Armand telah berubah.Selama ini dia terlalu prejudis terhadap lelaki
itu.Serta-merta kata-kata Rizal kembali dimindanya.
“Kalau dalam hati awak masih ada
Armand...tak salah untuk awak perjuangkan cinta awak dengan dia”
Mungkin dia patut berikan Armand peluang?Tapi mahukah Armand menerimanya?Aisya
dihimpit pelbagai rasa.Terasa setiap kekusutan makin menjelma.Segala-galanya
kelihatan makin rumit.
Rizal memerhati Armand yang sedang mara ke arahnya.Ya dia perlu bertemu empat
mata dengan Armand.Tidak sanggup lagi menahan segalanya.Hubungannya dengan
Aisya yang samar-samar perlukan titik noktah.Dia rela sekiranya Armand mahu
Aisya kembali,dia tahu,Armand lebih berhak.
“Lama tunggu?”Sapa Armand.
“Tak lama sangatlah..”Ujarnya kembali berbasa-basi.
“So...may you tell me,kenapa awak nak jumpa saya?”Armand terus terang
bertanya.Rizal tersenyum.
“Do you love Aisya?”Tersentak Armand dengan pertanyaan itu.
“Awak cintakan dia?”Soal Armand kembali.Rizal mengukir senyuman lagi,kali ini
lebih ikhlas.
Armand bertanyaka perasaanya pada Aisya,tipulah kalau dia tidak mencintai
Aisya.
“Saya tanya awak,tentang perasaan awak.Bukan saya.”
Armand diam seketika.Mencari kata-kata yang sesuai untuk dikatakan pada Rizal.
“Rizal...sesungguhnya cinta saya pada Aisya tak mampu saya ungkap.Tapi saya
sedar...saya tak mungkin miliknya kembali.Dia jauh dari gapaian saya.Mungkin
inilah karma yang harus saya lalui setelah apa yang telah saya lakukan 4 tahun
lalu padanya.”Telus Armand bersuara.
Rizal menatap anak mata Aramnd terpancar keikhlasan pada kata-katanya.
“Kenapa awak tak cari Aisya dulu?”
Armand diam lagi.Rizal seolah menjerat hatinya.
“Saya akui,mengenali Aisya Humairah mendekatkan saya pada erti cinta.Saya tahu
Aisya sedia maklum akan perasaan saya terhadapnya.Tapi..”Rizal menyisip jus
oren dihadapannya.Membiarkan Armand mencerna kata-katanya tadi.
“Cinta dia untuk awak masih ada.Terus terang saya katakan,saya pernah offer
untuk bantu dia menamatkan kisah rumah tangga awak berdua.Tapi,setiap kali saya
bersuara,setiap kali itulah..Aisya akan berdalih.Dia masih anggap awak suami
dia Armand.Awak perlu berusaha sikit saja untuk dapatlan dia kembali dalam
hidup awak.”
Armand mengeluh lagi.Mengapa semua orang mahukannya kembali dalam hidup
Aisya.Tidak ada cara lainkah untuk dia menyembuhkan luka dihati wanita itu.
“Awak pun boleh kalau awak berusaha untuk itu.”Armand bersuara akhirnya.
"Armand...Armand...kenapa awak tak...”
“Rizal,kalau awak nak Aisya...tak apa...saya akan lepaskan dia untuk awak.Saya
tak fahamlah kenapa semua orang nak saya kembali ke sisi Aisya?Tak ada cara
lainkah untuk saya ubatkan kembali luka dihati dia?Aisya sendiri yang mahukan
saya ceraikan dia.”Pintas Armand lalu bingkas banugn meninggalkan Rizal yang
terkebil-kebil.
‘Aisya Humairah....’Desis hati Rizal.
Aisya mencium tangan Tan Sri Yunus penuh kasih.Wajah tua itu
ditatapnya penuh kasihan.Terlantar di atas katil begini.Air matanya mengalir
lagi.Keriukkan pintu dibuka dari luar,mematikan tingkahnya.Wajah Armand yang
sugul memaku pandangannya.
‘Kenapa dia kelihatan begitu tertekan?’Desis hati Aisya.Dia bangun memberi
ruang untuk Armand.
“Aisya....boleh tunggu kat luar kejap?”Pinta Armand.
Aisya mengangguk.Dia faham mungkin Armand perlukan ruang untuk bersendirian
dengan Tan Sri Yunus.
Armand mengenggam jemari Tan Sri Yunus lembut.Matanya meliar memandang wajah
tua itu.Hatinya di pagut hiba.
“Atuk...kenapa semuaorang tak faham perasaan Mand.Bukan Mand kejam untuk buang
Aisya dari hidup Mand.Mand tak kuat untuk terus bersama Aisya atuk.She`s to
valueless to me.Mand takut atuk..Mand takut untuk hadapi sekali lagi hidup
dengan dia.Mand takut Mand akan sakitkah hati dia lebih dari apa yang Mand
lakukah dulu.Mand tak sanggup atuk.Mand tak sanggup.Dah banyak Mand lukakan
hati Aisya....Tapi Mand juga takut untuk berpisah dengan Aisya.Tak cukup lagi
ke tempoh 4 tahun ni untuk hukum Mand atuk...Mand tak kuat....”Bersama sedu
sedan Armand meluahkan rahsia hatinya.
Tan Sri Yunus yang telah sedar tatkala Armand menggenggam jemarinya turut
mengelirkan air matanya.Hiba rasa hatinya.
“Mand....”sayup suara Tan Sri Yunus.Mematikan tangisan Armand.
“Atukk...”
“Sabar cu,atuk faham....”
“Atuk...bukan tidak terlintas dihati Armand untuk miliki Aisya
kembali.Tapi..boleh dia terima Armand yang dah tak sempurna ni?Boleh ke
atuk?Armand si tempang?Si kaki palsu!Boleh ke atuk?”Lirih suara Armand.
Tan Sri Yunus makin esak tangisannya.
“Aisya berhak untuk dapat orang lain yang lebih sempurna,yang lebih
berdaya.Sedangkan..Mand.. Mand tak mampu.Hidup bergantungkan kaki palsu.Kaki
palsu atuk..”Sayu suara Armand.
Ya,kemalangan 4tahun lalu meragut kaki kirinya.Dia gagah menjalani hidupnya bersama
sejuta rasa syukur nyawanya tidak turut melayang.Mujur jua langkahnya tidak
kekok berbekalkan kaki palsu itu.
Aisya yang bersembunyi dibalik pintu terduduk,automatik air matanya mengalir
laju.Begitu banyak yang tersimpan disebalik ketenangan seorang lelaki bernama
Aramnd Jericho.Sedangkan bibirnya tidak henti meragui lelaki itu.Tidak menunggu
lama Aisya masuk ke dalam bilik yang menempatkan Tan Sri Yunus itu.
Matanya yang berair tidak dihiraukan.Wajah Armand dan Tan Sri Yunus yang
tergamam dengan kehadiran Aisya yang tiba-tiba itu.
“Armand...”Aisya meraih tangan Armand,diturunkan lututnya melutut dihadapan
Armand.Serta-merta kasihnya tertumpah melihat wajah ikhlas Armand.
Aramnd tersentak dengan perlakuan Aisya.Selepas 4 tahun,ini kali pertama Aisya
menyentuh tangannya.
Aisya tunduk mencium jemari Armand,air mata bercucuran membasahi pipi licin
Aisya.Tersengguk-sengguk dia menangis.
“Armand,maafkan saya kerana terlalu ego...saya pentingkan diri sendiri.Saya
isteri yang nusyuz..”Wajahnya disembamkan keriba Armand.Armand terkejut.
“Aisya...awak..”
Aisya mengangkat wajah seraya menahan Armand dari bersuara dengan tangannya.
“Armand,mahu tak awak terima saya kembali jadi isteri awak?”Soal Aisya.Armand
terpempan.
“Saya..saaa..”Suara Armand tersekat disitu.
“Armand,saya tak kisah apa pun yang terjadi pada awak.Saya Cuma mahukan awak
kembali dalam hidup saya.Omar,anak kita,dia perlukan awak dan saya untuk
menyempurnakan hidup dia..”Lembut suara Aisya.
Armand terkedu.Adakah Aisya mendengar setiap butir kata-katanya tadi?Pantas dia
menolak tubuh Aisya,jatuh terduduk dibuatnya.
“Aisya...saya tak perlukan simpati awak Aisya.Awak ada Rizal.Dia lebih layak
untuk awak.Saya ni tempang,cacat!Cacat Aisya.”Ujar Armand seraya menyelak kaki
seluar yang dipakainya.
Terpampang kaki plastik yang bersambung dengan lutut Armand.
Tangisan Aisya terhenti serta-merta.Tumpah simpatinya,bergunung penyesalannya.
“Ini..awak tengok ni.Ada ke perempuan yang nak lelaki macam saya?Cakap
Aisya!Kalau awak kembali kepada saya semata-mata kerana simpati,baiklah kita
perpisah Aisya.Tak guna kalau awak pura-pura.”Luah Armand.
Tan Sri Yunus yang diam tidak berkutik mengalirkan air mata.Tidak sanggup
melihat kepedihan Armand,cukuplah 4 tahun ini dia terseksa dek perbuatannya
sendiri.
“Armand,percayalah...tidak pernah sedetik pun saya berhenti dari mengingati
awak selama 4 tahun ini.Sekalipun dulu awak tidak pernah menerima saya sebagai
isteri kepada awak...saya tetap sayangkan awak.”Aisya merayu lagi.
“Stop it Aisya!Rayuan awak buat saya makin terseksa.It`s hurt me.Awak buat saya
rasa makin tidak berguna!”
Aisya dengan tidak semena-mena memeluk kaki kanan
Armand.Tangisannya berlagu lagi.
“Please Armand...saya..”
Tidak menunggu lama Armand mengatur langkah keluar dari kamar yang dirasakan
semakin sempit itu.Tidak sanggup dia melihat air mata Aisya.Itu akan
melembutkan hatinya.Membuatkan dia berat untuk melepaska Aisya,yang
pastinya..Rizal lebih layak buat Aisya.
Armand kaget sendiri,bagaimana pakaian kerjanya boleh
terhampar di atas katilnya sedangkan sebelum dia melangkah ke kamar mandi
tadi,tiada sebarang pakaian disitu.Telinganya menangkap bunyi derap tapak
kaki.Pantas dia menoleh.Wajah Aisya yang tersenyum menyapa pendengarannya.
“Kenapa awak ada dalam bilik ni?”Soal Armand seraya duduk,meletakkan tongkat
yang digunakan tadi disisi katil,dicapai tuala yang berada diatas katil,mahu
dilap kaki kirinya.Tanpa sempat berbuat demikian tuala itu dirampas Aisya.Penuh
hati-hati Aisya mengelap kakinya.Armand kaku.
“Salah ke saya masuk dalam bilik suami saya?Lagipun..”
“Stop pretending Aisya.It`s hurt me more!”Tajam suara Armand,Aisya tayang muka
selamba.Tidak dihiraukan kata-kata Armand.
Tangannya pantas mencapai kaki palsu Armand lalu dipasangkan ke lutut
Armand.Suaminya diam tidak berkutik.Terkumat-kamit bibir Armand menahan amarah.Aisya
tertegun melihat otot pejal didada Armand yang terdedah,sudah lama tidak
menatap tubuh sasa ini.Arghh.....fokus!Fokus!
“Aisya..”
“Shuttt...awak ni banyak cakaplah.Dari dulu sampai sekarang.Macam dalam sistem
pemerintahan diktator.Cuba sesekali awak dengan cakap orang.Ini tak..main
kepala dia aje..”Bibir Aisya mengukirkan senyuman buat Armand.Sudah di pahat
didalam hatinya,mahu mengejar cinta Armand yang masih utuh dihatinya.Dia
nekad,mahu melembutkan hati Armand.
“Dah siap,awak pakai baju ni ya,lepas siap,saya nak pakaikan tali leher.”Arah
Aisya.Armand hanya menurut.Dalam hatinya mahu sahaja dia memeluk tubuh
isterinya,namun memandangkan rasa rendah diri yang terlalu menggunung
dihatinya,niat itu terkubur begitu sahaja.
“Armand...do you know something?”Soal Aisya sekadar mahu memulakan bicara yang
lebih santai.
Armand menggeleng,laju.Aisya tersenyum sumbing,tangannya mencapai tali leher
berwarna coklat itu ,disimpul dan di pakaikan ke leher Armand.Dia terpaksa
mengjungkitkan kakinya sedikit kerana Armand agak tinggi darinya.
“Sebelum saya jadi isteri awak,saya selalu berangan.Nak pakaikan tie untuk
suami saya...nak sediakan pakaian untuk dia pergi kerja...macam sekarang ni..”Ujar
Aisya,serantak itu ikatannya dikemaskan.Armand masih lagi diam,tidak berkata
apa-apa.
Suasana sepi seketika.Armand seolah menanti apa yang bakal keluar dari bibir
Aisya.
“Then...ini yang naakk sangat saya buat!”ketika itu juga,satu ciuman mendarat
di pipi Armand.Aisya dengan segera menuju ke pintu.Sampai disitu dia berpaling
melihat Armand yang semakin kaku dan kaget dengan perbuatannya tadi.
“Turun bawah cepat sikit ya,Omar dah tunggu nak breakfast dengan awak!”Pamit
Aisya.
Armand yang baru sedar daripada menganalisa perbuatan Aisya teraba-raba pipinya
yang menjadi mangsa ciuman Aisya.
Bibirnya mengukir senyum sebelum riak wajahnya kembali muram.
‘Ikhlaskah Aisya menerima dirinya?’
“Armand..”Aisya memanggil nama suaminya yang sedang berbaring mengiring
membelakanginya.
Dia tahu Armand belum terlena lagi.Bibirnya menarik senyuman sehabis
manis.Tangannya mengunci pintu kamar,membuatkan Armand yang sedang pura-pura
tidur itu semakin laju degupan jantungnya.
Aisya merapati Armand,merebahkan tubuh berhadapan Armand.Lelaki itu membulatkan
matanya.
“Awak ni...”Aisya bersuara sebelum menyambung.
“4 tahun tidur malam tak ada awak.Kalau malam ni saya nak
tidur sini boleh?”Pinta Aisya tanpa sedikit segan.
Armand makin tidak tentu arah.Ah!Perlakuan Aisya semakin pelik.Sudahlah tengah
hari tadi datang ke pejabat membawa bekalan sehinggakan dia terpaksa
membatalkan janji temunya dengan pelanggan,tidak semena-mena ada budak
penghantar bunga menghantar bunga padanya.Belum pernah seumur hidupnya menerima
bunga.Staf-staf tidak henti mengusiknya.
Sekarang mahu tidur sekatil dengannya.Aduh!Pening jadinya.
Aisya menatap wajah Pan Asia suaminya.Dari mata turun ke hidung,turun ke bibir
seksi dan milik suaminya..kembali menatap anak mata hazel nut itu.
“Kenapa awak macam tak selesa?”Soal Aisya,sengaja.Dia tahu Armand tidak selesa
dengannya.Ah,pedulikan.Desis hatinya.
“Aisya..awak...”Jemari Aisya mematikan gerakan bibir Armand.
“You look so pale.Better you close your eyes.I won`t disturb you.Just want to
see you sleep.”tutur Aisya sopan.
Teringat ketika awal perkahwinannya dulu,dia suka merenung wajah Armand yang
sedang tidur,begitu polos.Mata Armand yang kosong tanpa perasaan.Senyuman sinis
yang kadangkala menyakitkan hati.
“Kenapa sekarang awak tak selesa.Dulu awak okey jer.Siap peluk-peluk
lagi.”Tutur Aisya tiba-tiba.Armand tidak bereaksi.
Suasana hihambat kesepian.Masing-masing diam tanpa kata,mata Aisya makin
berat,dan seketika pandangan makin kelam.
Armand hanya melihat telatah Aisya.Sesekali bibir Aisya menguntumkan senyuman.Hatinya
di pagut rasa takut.Takut untuk melihat senyuman itu menjadi air mata.Takut
sekali lagi menyeksa wanita dihadapannya.
Bukan dia mahu menafikan rindu yang bertamu didada,tetapi..dia takut.Dan
ketakutan itu menelan tiap angan-angan dan impian untuk memiliki Aisya semula.
Armand memerhati pelusuk wajah Aisya tanpa tudung itu.Dia sudah hanyut dibuai
mimpi.Armand menatap wajah Aisya sepuasnya,melepaskan rindu yang
membuak.Tangannya mengelus rambut ikal Aisya.Kening halus itu diusap
lembut.Pipi Aisya disentuhnya.Aisya tersedar,namun matanya tidak
dicelikkan.Pura-pura tidur,mahu menanti apa tindakan Armand.
“Aisya Humairah....kenapa awak buat saya makin berat untuk lepaskan awak.Setiap
kali lihat mata awak yang penuh harapan,saya terluka Aisya.Nak aje saya tarik
awak dalam dakapan saya.Tapi,saya tak mampu Aisya.Saya tak sempurna.Saya bukan
armand 4 tahun lalu.Saya hanya si kaki tempang,saya cacat..”Dalam nada perlahan
yang cukup untuk didengari Aisya,Armand melepaskan keluhan.
Aisya tersenyum didalam hati.Dia sudah yakin akan perasaan Armand padanya.
‘Armand,bersaksikan Tuhan,akan saya pertahankan cinta kita,kita akan bina
semula mahligai kita yang selami ini suram.’Desis hati kecil Aisya.
Armand turut terlena sambil tangannya masih dipipi Aisya,dengan perlahan tangan
Aisya memeluk pinggang suaminya.Biarlah dia mengalah,mempertahankan kasih
mereka.Dia sanggup jika itu yang telah tersurat dalam takdirnya.
Aisya terdengar esakan kecil.Matanya yang separa sedar itu
menangkap kelibat Armand yang sedang berteleku diatas sejadah menghadap kiblat.
“Ya Allah,aku bersyukur dikurniakan isteri sebaik dan sesolehahnya.Sesungguhnya
pemberian-Mu tidak pernah berkurangan kepadaku.Permata hati yang dikau
anugerahkan padaku tidak ternilai ya Allah.Ya Allah,kau ampunilah dosa isteriku,ya
Allah..Kau berilah sinar bahagia untuk dia Ya Allah.Aku tidak mampu untuk
berikan kebahagiaan itu padanya.Aku hamba-Mu yang hina lagi kerdil Ya
allah.”Bersama tangisan Armand berdoa dalam pagi yang kian hampir.
Tersentuh hati Aisya,mengalir air matanya.Tanpa ditahan-tahan,dia menerpa ke
arah Armand yang sedang khusyuk berdoa.Tangannya mencapai kedua tangan Armand
lalu dikucupnya penuh rasa kerdil.
“Armand...ampunkan saya Armand.Saya berdosa pada awak.Saya isteri yang..”
Armand meletakkan jemarinya dibibir Aisya.Bibirnya cuba mengukir senyum buat
Aisya.
“Aisya...saya redha setiap langkah awak pergi dari saya Aisya.Tapi itu belum
memadai dengan kesengsaraan yang saya berikan pada awak.Setiap luka yang saya
calitkan pada awak....tak mungkin saya dapat tebusnya.Maafkan saya
Aisya.Maafkan lelaki tempang ini,lelaki yang lemah ini,yang dulunya
bongkak,takbur...”Lirih suara Armand memohon keampunan padanya.
“Armand..”Kata-kata Aisya mati disitu.
Tanpa menanti lama,Armand merangkul tubuh Aisya
kedalam pelukannya.Tumpah segala rindu yang menimbun.
“Armand...why not we start it again.Bina
semula rumah tangga kita.Omar dan saya perlukan awak.”
Armand menatap anak mata Aisya,mencari keikhlasan di balik permintaannya.
“ Aisya...Saya....”
“Lelaki tidak memimpin dengan kesempurnaan fizikal Armand.Kalau awak fikir
tanpa kaki awak tu awak tak boleh bahagia,awak silap Armand...awak silap.”
“Aisya...pleaseee...”
“Armand....awak cakaplah apa sekalipun...saya tetap akan berada dengan awak.Tak
kira apa pun yang terjadi!Please Armand,berilah saya peluang itu.”Aisya bernada
merayu.
Armand berjeda sendirian.Separuh hatinya mahukan Aisya,separuh lagi..hanya
Tuhan yang tahu.
Mata mereka saling bertatapan.
Azan Subuh kedengaran dari Surau yang berdekatan banglo yang didiami mereka.Armand
merungkaikan pelukannya.
“Aisya..subuh dah azan....Jom solat sekali.”Arah Armand.
Aisya tercegat seketika,seraya bangun lalu keluar dari bilik Armand.Armand
menanti Aisya datang kemudiannya.
Hampir 15 minit,Aisya datang siap bertelekung.Disampingnya Omar yang sudah siap
memakai baju melayu serta berkopiah.Armand tersenyum.Terlupa seketika kemelut
rumah tangga mereka.
Mereka sekeluarga bersolat berjemaah,semoga apa yang dirasakannya saat ini,akan
sentiasa berkekalan.Doa Armand didalam hati.
Aisya menyusun lauk pauk diatas meja.Kelihatan begitu sibuk sekali.Sesekali
matanya melirik ke arah jam yang tergantung didinding.Senyuman makin melirik
dibibirnya.
Hampir 5 minit kemudian,kedengaran pintu utama dibuka,meluru Aisya kearah ruang
tamu.Sudah di agak siapa gerangannya.
“Mama!”Panggil anak kecil itu.Aisya
menerpa kearahnya lalu mendukung anak kecil tersebut.
“Papa mana?”Soalnya setelah tidak melihat kelibat suaminya.
“Tengah tolong tok nyang berjalan...dia nak masuk rumah.”Pendek anak kecil itu
menjawab.
Aisya melebarkan pandangan matanya keluar,baru teringat,atuk sudah dibenarkan
keluar sejak pagi tadi.
Wajah suaminya ditatap penuh kasih,tersenyum Armand membalas pandangan
isterinya.
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah,Tan Sri Yunus tersenyum di dalam
hati...moga apa yang dilihatnya bukan lakonan.
Suasana di meja makan agak riuh,melayan telatah Omar Yazid yang sangat mencuit
hati.Hari ini Armand merasakan hidupnya seakan lengkap.Dengan kehadiran Omar
Yazid,kembalinya Aisya ke dalam hidupnya.Armand melafazkan syukur di dalam
hati.
Mata mereka saling bertatapan untuk seketika,sebelum masing-masing membalas
senyuman,penuh makna.
Armand meletakkan naskah Al-Quran yang dibacanya di atas meja kerjanya.Kelibat
Aisya yang sedang menyikat rambut di meja solek dikerlingnya.Entah mengapa
perilaku Aisya malam ini,menggamit kenangan 4 tahun lalu.Sikap menggodanya
terserlah malam ini.Gaun malam yang di pakai Aisya kelihatan amat nipis
dimatanya.
Armand mendekati isterinya yang masih ralit membetulkan rambutnya yang panjang
mengurai.Terbias bau wangian rambutnya.Terkocak nalurinya seketika.
“You look so weird this night.”Sapa Armand,jemarinya bermain dengan rambut
Aisya yang mengurai,mematikan tingkah Aisya.
Aisya menatap anak mata hazel nut milik Armand.Anak matanya galak menyampaikan
hasrat hatinya.
“Pelik?Pelik yang macam mana tu?”Sengaja menguji.
Armand menarikkan senyuman.
“Entah....looks like you are try to seduce me?”
Aisya melepaskan tawanya.Armand mengerutkan keningnya.Dia buat lawakkah.
Tangan Aisya mula memainkan peranannya.Dia melingkarkan kedua tangannya ke
leher Armand.Mukanya disembamkan ke dada bidang Armand.Terkesima Armand
dibuatnya.
“You know how much I miss you?”Aisya bersuara gemersik.Armand menelan liur yang
dirasakan pekat.
“Err..”Armand bungkam.Peluh mula kelihatan di dahinya.Aisya ketawa lagi.Pantas
jemarinya menyeka peluh Armand lalu bibirnya spontan mengucup pipi
Armand.Armand kaget lagi.
“Saya tak pernah lupa tiap kemesraan yang awak berikan pada saya Armand.Pelukan
awak,ciuman awak..rengekan awak.Itu yang jadi ubat kerinduan saya pada
awak...”Aisya tersenyum lagi.
Armand cuba tersenyum,tapi nyata kekok.
Aisya menolak perlaha tubuh Armand ke belakang,mendekati katil.Terbaring Armand
di atas katil.
Aisya tahu Armand kaget,dia juga terasa malu dengan tindakan luar
logiknya,namun...dia mahu membuktikan yang dia tulus dengan keputusannya untuk
kembali kepada Armand.Dia mahu suaminya memilikinya sepenuhnya,punya hak
seperti suami lain.
Aisya membuka butang baju melayu Armand.Satu persatu.Matanya tidak sekelip pun
lari dari menatap anak mata Armand,dia lihat bibir Armand yang terkumat-kamit
ingin berkata sesuatu.
“Kenapa awak diam?”
“Err...”
“Saya tahu macam mana nak buat awak bercakap!”
Cup!bibir mungil Aisya mendarat dibibir Armand.Armand melopong.Ternganga.
“Aisya..apa awak buat ni?”
“Apa saya buat?”Aisya ketawa.Armand makin tidak keruan.
“Salah ke saya bermanja dengan suami saya?Salah ke kalau saya cuba nak
bahagiakan hati suami saya dengan bagi layanan yang baik...”Aisya berkata
pilu.Dia sudah buntu bagaimana mahu menyakinkan Armand akan perasaannya.’Saya
cintakan awak Armand!’Tukas hati Aisya.
Aisya mengubah posisinya dia duduk dibirai katil.Armand turut membetulkan
duduknya.
“Aisya...awak tahukan saya..”
“Saya tahu Armand..awak lelaki tempang,cacat,si kaki palsu?Itu awak nak
cakap.Saya dah muak dengan kata-kata tu.Kalau betul awak nak tebus kesilapan
awak pada saya dan Omar..kenapa awak tak bahagiakan kami dengan apa yang awak
ada.Kekurangan awak bukan penghalang untuk kita bina kembali hubungan kita
Armand.Saya tak nak yang lain,yang sempurna di mata awak..saya Cuma nak Armand
Jericho bin Abdul Ainin Jericho.Papa anak saya,suami saya...”Lirih suara Aisya.
Armand terkedu mendengar kata-kata Aisya.Dia hilang kata.Wajah sugul Armand
dipandangnya.Kesal menjengah hatinya.
Armand menarik Aisya ke dalam pelukannya.Pantas Aisya menolak.
“Tak perlu tenangkan hati saya Armand kalau hakikatnya awak tak pernah cintakan
saya.Lupa pula saya.siapalah saya ni kan,perempuan miskin yang simpan
angan-angan untuk kahwin dengan orang kaya seperti awak.”sinis kata-kata Aisya
menyucuk perasaan Armand.
“Aisya..stop crying,it`s hurt me.Saya tak mampu untuk lihat lagi kesedihan
awak.Ia menyakitkan saya.Iaa..”
“Sudahlah Armand,saya aje yang hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong mahukan
awak,tapi awak...entahlah...”
Aisya bangun namun tangannya ditarik Armand,langkahnya terhenti.
“Aisya...maafkan saya kalau apa yang saya buat memberi luka dihati awak.Saya
takut untuk sakiti awak lagi Aisya.Saya takut untuk pisang berbuah dua
kali.Saya takut..”Jemari Aisya menyentuh bibir Armand.
“Armand...ketakutan buat hidup kita tak tentu araj Armand...Janga jadikan
semalam sebagai kisah yang menghantui perjalanan awak untuk hari esok,tapi
pandanglah realiti hari ini Armand.Awak berhak untukbahagia.Kalau awak nak saya
dan Omar bahagia...kunci kebahagiaan kami terletak pada awak Armand.Kebahagiaan
kami adalah awak.”
Armand menghela nafas syukur.Gembira hati tidak terkata,seakan sinar bahagia
mula merayap ke tangkai hatinya.
Mereka berpelukan seketika.Sesungguhnya Syurga itu menabur duri-duri ujian
dijalannya,neraka pula mengasyikkan dengan nikmat berpanjangan yagn akhirnya
terkandas di pintu dosa.
Aisya seakan mengerti bahasa mata Armand,sesungguhnya hanya Armand empunya
tulang rusuknya,dan hanya Aisya tulang rusuknya yang hilang.
Bahagia adalah milik manusia yang sentiasa berani mencarinya,Armand tidak lagi
takut dengan bayangan dosa silamnya,Aisya bukan lagi memeluk bayangan tubuh
Armand,kini dia kembali miliki suami yang amat dicintainya.
“Saya cintakan awak”Aramnd berbisik lembut di anak telinga Aisya.Aisya
tersenyum.
“Cinta dihati Aisya hanya untuk Armand,biarlah takdir Allah sahaja yang
pisahkan kita.Hanya Allah.”
✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿✿◕‿◕✿
Bila Allah turunkan ujian pada hambanya bukan beerti Allah tidak mendengar
keluhan,kesakitan yang kita lalui...tapi Allah sudah menjanjikan sesuatu yang
amat indah untuk kita lalui setelah kesakitan itu.
11:05 PM,KUALA KEDAH,HOME SWEET HOME J
11:05 PM,KUALA KEDAH,HOME SWEET HOME J
Dari tinta penulis:
Bingkisan kedua dari saya...honestly...tak berpuas hati sangat dengan hasil kali ini,banyak yang berlaku sepanjang menghasilkan cerpen yang tidak seberapa ini...
Kepada kawan-kawan yang tidak lokek mem beri komen,saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Insyaallah akan datang dari saya HANTARAN HATI J
Bingkisan kedua dari saya...honestly...tak berpuas hati sangat dengan hasil kali ini,banyak yang berlaku sepanjang menghasilkan cerpen yang tidak seberapa ini...
Kepada kawan-kawan yang tidak lokek mem beri komen,saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Insyaallah akan datang dari saya HANTARAN HATI J
Too valueable perhaps .....not to valueless..:)
ReplyDeleteKeep it up!
Bestnya cerpen ni
ReplyDeleteBest sangat sampai saya nangis tau. I love it. Keep it up������
ReplyDeleteBestnyaπππππ
ReplyDeleteThumbs up!!!!!ππππππ
ReplyDelete