saya sedar siapa saya
tak ada harta untuk dibanggakan
tak ada rupa untuk ditunjukkan
tak ada budi untuk ditabur
tapi....
saya masih ada sesuatu yang bernama maruah...
sesuatu yang aku ada untuk terus menyusuri hari-hariku di muka bumi ini
aku sedar dimana kaki ini berpijak
dimana tangan ini layak ku gapai
dimana tempat untuk ku berpaut
bukan ku pinta kasih yang teguh
cinta yang tiada tara
bukan ku cari kesempurnaan
bukan ku pinta segala kelebihan
biarkan aku hidup dengan duniaku
sekalipun hanya mimpi biarkan aku bermimpi seketika
usah dikejut aku dari tidur ini
biarkan kuhanyut seketika bersama mimpi indah ini
kerana saya sedar siapa saya
mungkin tidak layak mengecapi bahagia
di alam realiti
:'(
No comments:
Post a Comment